Ads 468x60px

-

Thursday, November 20, 2014

PAS Terengganu Di Fitnah Pembangkang Di Negeri Selangor, Kelantan, Penang

Tersebar dalam media sosial apa yang saya istilahkan sebagai tuduhan bertaraf sampah murahan kononnya Unit Amal PAS tak memberikan bantuan kepada pelajar-pelajar Unisza yang terperangkap banjir.


Dipersoalkan di mana Unit Amal PAS? Kononnya hanya Pemuda Umno yang membantu.

Saya tak pasti benarkah Pemuda Umno telah membantu, tetapi faktanya Unit Amal PAS telah tidak dibenarkan masuk ke kawasan Kampus serta asrama pelajar.

Kalau nak masuk membantu, mesti kena buat surat permohonan rasmi dulu.

Nak tunggu surat dapat kelulusan, kalau orang lapar jadi kebulur dulu! Kalau orang tenggelam jawabnya mati lemas dulu!

Banjir pun nak berpolitik juga. Ini adalah suatu yang amat dikesali.

Saya sebagai Pengarah Operasi Banjir PAS Terengganu di mana Unit Amal adalah satu dari armada kami merakamkan ucapan penghargaan yang tak ternilai atas segala sumbangan bakti yang telah dihulurkan oleh Unit Amal dalam operasi bantuan dan menyelamat. Ianya diakui oleh sesiapa sahaja yang melihat dengan mata bukan melihat dengan kepala lutut.

Kami akan terus berbakti kerana Allah tetapi fitnah juga perlu dijawab.

Dr Azman Ibrahim
Pengarah Jawatankuasa Operasi Banjir PAS Terengganu

Musibah Banjir di Parlimen Marang 2014

1. Parlimen Marang tahun ini diuji dengan banjir di 3 dun iaitu Bukit Payong, Alor Limbat dan Ru Rendang. Namun setakat ini, dun Pengkalan Berangan masih dalam pemerhatian kerana air mula meningkat di sekitar Temala dan Kubu.







2. Di Bukit Payong, iaitu dun yang paling teruk di Marang ditimpa musibah banjir ini. Ini dilihat pada jumlah mangsa banjir seramai 601 orang daripada 143 keluarga yang telah ditempatkan di Pusat Pemindahan di SMK Seri Payong.

3. Tindakan pantas ADUN Bukit Payong, YB Ustaz Mohd Nor Hamzah yang turun padang ketika lawatan beliau di Kampung Pulai Tinggi kelmarin turut dihargai. Beliau dengan segera mengarahkan parit sementara dibina bagi mengalirkan air yang kehilangan punca untuk mengalir akibat tersekat.

4. Setakat kemaskini hari ini, Pusat Pemindahan di SK Rusila bagi dun Ru Rendang menampung seramai 272 orang mangsa yang terdiri daripada 71 keluarga. Keadaan semakin baik dan terkawal berbanding sebelum ini. YDP PAS Kawasan Marang, Tn. Hj. Yahaya Ali dan Ustaz Khalil Abdul Hadi juga turut turun ke pusat pemindahan mewakili ahli Parlimen Marang merangkap Adun Ru Rendang.

5. Dun Alor Limbat agak sedikit terjejas akibat banjir ini. Mangsa banjir telah ditempatkan di SK Atas Tol yang menampung 32 orang mangsa daripada 9 buah keluarga. Adun Alor Limbat, YB Arifin Deraman turut meninjau rumah mangsa banjir di sana.

6. Persiapan jentera PAS Kawasan Marang yang terdiri daripada Pemuda, Muslimat, Unit Amal, Ameerah, Briged Muslimat, Kebajikan, Pasukan Perubatan, PASAK dan lain-lain dalam keadaan bersiap sedia untuk turun bila-bila masa sahaja. Sebanyak 5 buah bot juga bersedia untuk digunakan.

7. Bantuan lain yang diperlukan setakat ini ialah selimut, kain pelikat dan makanan ringan untuk mangsa di penempatan banjir. PAS Kawasan juga akan melancarkan derma dan membuka tabung di masjid-masjid kita untuk memberi peluang orang ramai yang ingin memberi sumbangan.

8. Untuk sebarang maklumat di Marang bolehlah dirujuk pada dunbukitpayongn18.blogspot.com, pasmarang.blogspot.com dan Facebook: Pas Kawasan Marang,  Buletin PAS Marang.

Ustaz Sidik Abu Bakar
Pengarah J/Kuasa Operasi Banjir Marang
PAS Kawasan Marang
20 November 2014.

Tindakan pantas Wakil Rakyat Bukit Payong Legakan rakyat

(Ustaz Mohd Nor sedang berbincang bagi mempercepatkan aliran air)
 
Tindakan pantas Wakil Rakyat Bukit Payong, YB Ustaz Mohd Nor Hamzah, telah berjaya mengurangkan limpahan air hujan yang tersekat kerana tiada aliran air yang betul.
Perkara ini berlaku ketika beliau melakukan lawatan keatas mangsa-mangsa banjir di Kampung Pulai Tinggi yang mana air bertakung dengan banyaknya dan telah menyebabkan kawasan yang tidak sepatutnya dinaiki air, menjadi banjir tiba-tiba (gambar kiri- kedalaman air kira-kira 2 kaki)
Bertindak hasil dari aduan penduduk setempat, beliau kemudiannya berunding dengan salah seorang penduduk di situ agar membenarkan parit sementara dibuat di atas tanahnya bagi mengalirkan air yang bertakung itu, ke saliran yang betul.
Beliau kemudiannya segera mengarahkan Skuad Bantuan Banjir Bukit Payong menghubungi pemandu jenkaut bagi melaksanakan rancangan menggali parit itu sejurus selepas mendapat kebenaran tuan tanah bekenaan.
Apabila parit sementara digali, maka air bertakung itu, sebahagian besarnya telah berjaya dialirkan ke saliran yang betul (Gambar kiri  dan bawah- air mengalir dengan laju setelah parit sementara digali)
Seorang penduduk, Nasir Ismail yang ditemui berkata, tindakan pantas Ustaz Mohd Nor telah berjaya mengurangkan kesusahan sebahagian penduduk yang terjejas dengan takungan air itu dimana air itu tidak dapat mengalir.
“Kita melihat sejak semalam air banjir ini tidak bergerak kerana tiada jalan untuk air mengalir.
Jadi pagi tadi alhamdulillah, wakil rakyat kita telah mengarahkan orang-orangnya bagi membuat parit sementara, jadi airpun cepat keluar.
Di sebelah sana, rumah yang terlibat dengan air yang tersekat ini, jadi, dengan adanya parit yang dibina secara segera ini akan dapat meringankan mereka dari masalah air yang naik mendadak,” kata beliau.
Turut diberikan perhatian ialah beberapa parit besar yang tersumbat yang mana air dari Kampung Pulai Tinggi ini dialirkan, kesemua parit besar itu, telah dibersihkan sekadar termampu oleh Skuad Banjir.

Ternyata kebimbangan dan dakwaan beliau semalam dan ketika sidang dewan berkenaan punca banjir antaranya ialah kerana longkang-longkang serta parit-parit tidak diselenggara dengan betul adalah tepat.

Banjir : DUN Bukit Payong aktifkan bilik

Hujan yang berterusan selama beberapa hari bermula Jumaat lalu telah menyebabkan beberapa kawasan di Bukit Payong mula dinaiki air dan mengakibatkan sebahagian kecil penduduk telah diarahkan berpindah.
Sehingga tengah malam 18 November, sebanyak 81 keluarga yang keseluruhannya berjumlah 384 orang didaftarkan di pusat pemindahan Sekolah Menengah Seri Payong.
Mereka dikenal pasti datang dari kawasan sekitar Pekan Bukit Payong seperti kawasan Perumahan Awam Kos Rendah berhampiran Giat Mara Bukit Payong.
Mereka mula dipindahkan pada waktu senja setelah air naik dengan agak pantas, mengakibatkan sesetengah kawasan rendah dinaiki air sedalam kira-kira satu meter.
Sehubungan dengan itu Majlis Tindakan DUN Bukit Payong telah mengaktifkan bilik gerakan yang telah ditubuhkan minggu lepas bagi memberikan bantuan yang sebaik mungkin kepada mangsa-mangsa.
Bermula petang tadi, Adun Bukit Payong, YB Ustaz Mohd Nor Hamzah sendiri telah turun padang bagi meninjau dan menghulurkan sedikit bantuan awal kepada beberapa mangsa yang terjejas.
Kawasan-kawasan yang dilawati beliau ialah sekitar Kubang Palas, Batu 9 dan Paya Resak.
Skuad Banjir DUN Bukit Payong petang tadi, yang terdiri daripada sukarelawan-sukarelawan di sekitar Bukit Payong, telahpun bergerak membantu sebahagian mangsa memindahkan barang-barang mereka ke tempat yang selamat.

Dijadualkan esok bantuan akan mula diagihkan kepada mereka yang terjejas tetapi tidak meninggalkan kediaman mereka untuk ke pusat pemindahan.

YB Ustaz Mohd Nor Hamzah akan mengetuai pasukan bantuan ini menemui dan menghulurkan bantaun kepada mangsa terbabit.
Bagi mereka yang memerlukan khidmat pemindahan, bantuan banjir dan juga kerja pembersihan dan bantuan lain, bolehlah menghubungi Haji Zamri 019-9842382, Mustaffa 019-9276510, Mr.Boo 019-9484883 dan Mat Chah 014-5078896.

Iklan Berbayar - SMS 013 929 9944 ( RM50.00 Sebulan )

-
-