Ads 468x60px

-

Friday, December 26, 2014

Banjir: Terburuk di Hulu Dungun selepas 30 tahun - Penduduk

DUNGUN 26 Dis. - Hampir 80 peratus kampung sekitar Hulu Dungun dinaiki air sejak gelombang pertama banjir melanda 15 Dis lepas, berpunca daripada limpahan air Sungai Dungun yang tidak dapat mengalir ke laut akibat fenomena air laut pasang besar.

Banjir yang melanda 20 buah kampung di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi itu disifatkan penduduk sebagai terburuk sejak 1983.

Antara kampung teruk terjejas ialah Kampung Kuala Jengai, Kampung Rantau Panjang, Kampung Dendang, Kampung Jerangau Sungai, Kampung Minda, Kampung Shukor, Kampung Padang Ping serta Kampung Lintang menyebabkan 2,955 mangsa daripada 789 keluarga dipindahkan di 19 pusat pemindahan.

Mangsa banjir, Mohd. Ismadi Khalid, 33, dari Kampung Minda berkata, banjir yang melanda tahun ini menyebabkan hampir kesemua penduduk di kampung berkenaan terpaksa dipindahkan apabila hampir 90 peratus rumah mereka hanya nampak bumbung.
Advertisement

“Banjir kali ini sangat teruk, kawasan kampung saya semua rumah hanya tinggal bumbung, mujur saya buat persiapan awal membuat rakit untuk menyelamatkan barang berharga kerana kampung ini setiap tahun dilanda banjir,” katanya ketika ditemui Bernama.

Bagi pasangan guru Zulfadzli Supaat, 42, dan Siti Salmiah Sikh Salim, 41, yang tinggal di Kampung Wa, mereka berdepan detik cemas apabila air mulai masuk ke rumah mereka pada tengah malam Rabu lepas dan Zulfadzli terpaksa meminta pertolongan rakan untuk memindahkan isteri dan bayinya yang berusia 45 hari.

“Memang sangat cemas, apa yang saya fikir, nak pindahkan isteri dan anak saya yang baru lahir. Saya terpaksa menelefon kawan minta tolong pada 3 pagi (Rabu) ... Alhamdulillah, mereka berdua selamat.

“Sudah 14 tahun saya tinggal di sini, ini kali pertama banjir sangat teruk, biasanya air hanya paras betis tetapi kali ini sehingga paras pinggang,” katanya.

Seorang warga emas dari Kampung Jerangau Sungai, Mat Jais Jah, 84, berkata banjir yang melanda kali ini mengingatkannya kepada bencana alam itu yang pernah melanda kampung berkenaan 31 tahun lepas.

“Masa tahun 1983, banjir dah teruk ... tapi kali ini lagi teruk sebab ramai mangsa dipindahkan. Tetapi mujur sekarang ada pusat pemindahan yang selesa dan diberi makanan. Kalau dulu, kami terpaksa berpindah dan berteduh di atas bukit di kampung ini.
Advertisement

“Masa itu, kami pindah sendiri, lari lintang pukang dari air dan rumah penduduk kampung yang di tempat tinggi dijadikan tempat berlindung. Sekarang, Alhamdulillah, semua disediakan kerajaan,” katanya.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Jerangau Sungai, Mohamad Jusoh berkata banjir yang melanda sekitar Hulu Dungun dan kampungnya menyebabkan lebih ramai mangsa banjir dipindahkan berbanding tahun sebelumnya.

“Biasanya, di kampung ini hanya 100 mangsa daripada 20 keluarga dipindahkan tetapi kali ini, jumlahnya meningkat mendadak sehingga 432 mangsa daripada 109 keluarga.

“Pusat pemindahan asal di kampung ini di Balai Raya Kampung Panchur terpaksa ditutup setelah dinaiki air dua hari lepas dan kita terpaksa membuka pusat pemindahan baharu di Sekolah Menengah Kebangsaan Jerangau untuk kemudahan mangsa banjir,” katanya.

Mohamad berkata, walaupun jumlah penduduk yang dipindahkan meningkat, makanan dan keperluan lain di pusat pemindahan adalah mencukupi.

Tinjauan Bernama sekitar Hulu Dungun mendapati penduduk menggunakan perahu serta bot laju sebagai pengangkutan untuk menjalankan aktiviti harian dan beberapa jalan utama sekitar DUN Bukit Besi, ditutup kepada semua kenderaan berikutan limpahan air sungai. - Bernama

Thursday, December 25, 2014

PRESIDEN PAS CAKNA RAKYAT



IJTIMA ANTARABANGSA PERPADUAN UMMAH KE-3



Tarikh 20 - 22 Mac 2015
Hari: Jumaat, Sabtu & Ahad
Lokasi: Kg Rusila, Marang, Terengganu

Butiran:

1] Insyallah, Ijtimak ini akan dihadiri oleh Al-Imam Syeikh Dr Yusuf Al-Qardhawi dan para Ulamak Gerakan Islam Sedunia

2] Sasaran jemputan & kehadiran melebihi 200 000 pendokong dan umat Islam (Semua dijemput hadir)

3] Jangan lepaskan peluang ini bagi menempatkan diri kita bersama dengan para Ulamak Gerakan Islam dari seluruh dunia.

4] Jangan lepaskan peluang ini, sila kosongkan tarikh anda bagi menghadiri Ijtimak Gerakan Islam Sedunia tersebut

SEBARKAN KEPADA KELUARGA DAN SAHABAT KITA SEMUA !!!

KONVENSYEN PAS KAWASAN MARANG

 

 

 

 

 

skuad sukarelawan marang

Skuad Sukarelawan Banjir Marang. kami menerima sumbangan berbentuk makanan spt beras, biskut, sardin, gula, ikan bilis... pempers... hubungi 0199201704 ( Ust Sidek)

Obama dan Najib berseronok main golf di Hawaii

 
Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama menghabiskan cuti Krismas di Hawaii ditemani rakan-rakan dan keluarga bermain golf serta beristirehat. Namun, bersama beliau di lapangan golf adalah tetamu mengejutkan, Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak.
The Washington Post melaporkan hari ini, Najib antara empat orang termasuk Joe Paulsen dan Mike Brush, bermain golf bersama Obama di pengkalan Marine Corps, Kanehoe Bay.
Obama pada April lalu menjadi presiden Amerika dalam tempoh 50 tahun yang melawat Malaysia.
Bagaimanapun, pentadbiran Najib kebelakangan ini dikritik hebat kerana menekan lawannya dengan menggunakan Akta Hasutan, antara yang menjadi mangsa termasuk pemimpin pembangkang dan ahli akademik.
Media Amerika juga mengkritik Obama kerana tidak menyatakan pendiriannya keatas Putrajaya susulan penggunaan akta penjajah tersebut.
Najib ketika ini sedang bercuti ke Hawaii dan ketiadaan beliau dalam negara juga menimbulkan pelbagai reaksi tidak senang, malah bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad juga mengkritik Najib secara terbuka.
Kumpulan pendesak Melayu, Perkasa juga memberi kata dua kepada Najib supaya berhenti banyak menghabiskan masa ke luar negara jika tidak mahu hilang kuasa.
Kejatuhan mata wang ringgit dan harga pasaran minyak dunia yang memberi impak kepada keadaan ekonomi negara juga membimbangkan ramai, bagaimanapun Najib dilihat tidak serius.
Negara juga ketika ini dilanda bencana banjir besar khususnya di pantai timur.
Sementara itu di Hawaii, wartawan dibenarkan masuk di lubang ke-18 untuk membuat liputan ringkas. - 25 Disember, 2014.

Monday, December 15, 2014

Pil kuda: Saman terhadap Presiden PAS ditolak dengan kos

KUALA TERENGGANU: Mahkamah Tinggi di sini menolak dengan kos saman yang difailkan oleh bekas calon PKR Dun Bukit Besi pada PRU13 lalu, Mohd Shamsul Mat Amin terhadap Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.
Sehubungan itu, Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa turut memerintahkan Mohd Shamsul membayar kos RM10,000 kepada Tuan Guru Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang.

Mohd Shamsul Mat Amin memfailkan saman terhadap Tuan Guru Abdul Hadi susulan ceramah Presiden PAS di Kampung Tebakang, Alor Limbat, Marang semasa kempen PRU itu.

Shamsul mendakwa ceramah itu mengaitkan beliau sebagai calon PKR dengan pil kuda.

Presiden PAS diwakili Tetuan Awi & Co manakala Shamsul diuruskan Tetuan Vasudevan & Co. - HARAKAHDAILY 15/12/2014

Iklan Berbayar - SMS 013 929 9944 ( RM50.00 Sebulan )

-
-