Ads 468x60px

-

Friday, June 26, 2015

Majlis Syura tak pernah bincang UG

SUBKY LATIF | .

APA yang dikatakan UG atau kerajaan perpaduan yang menghantui setengah kerabat Pakatan Rakyat hanya satu kebarangkalian jika pernah ia dibincangkan oleh Majlis Syura Ulamak.

Sehingga ini Majlis Syura tidak mengetahuinya dan tidak pernah membincangkannya.

Antara yang menyebabkan DAP mencurigai PAS khususnya pimpinan TG Haji Abdul Hadi Awang ialah hantu UG ini. Dikatakan PAS ada rancangan sulit bersama Umno bagi mewujudkan kerajaan perpaduan sejak zaman pentadbiran Tun Abdullah Badawi lagi.




Jika gagasan itu hendak diadakan dipercaya ia akan dihalang oleh dua pihak; oleh Dr. Mahathir di sebelah Umno dan oleh Majlis Syura di sebelah PAS. Pimpinan Umno sama ada di bawah Tun Abdullah mahupun di bawah PM Najib tidak terdaya menghadapi Dr. Mahathir.

Jika Najib sekarang begitu lantang menyanggah Dr. Mahathir bukanlah kerana dia memang berani menghadapi Dr. Mahaathir tetapi terpaksa berani kerana Dr. Mahathir menuntut perletakan jawatannya juga. Dari mati terguling baiklah mati melawan.

Dr. Mahathir dipercayai amat menghantui PAS sejak dari zaman PAS bersama Umno dalam kerajaan BN dulu. Entah apa yan ditakutkannya tetapi dialah yang menendang PAS dari politik yang diusahakan oleh Perdana Menteri Tun Razak itu.

Adapun Majlis Syura Ulamak adalah kuasa dalam PAS yang berhak membenarkan sebarang kerjasama atau muafakat dengan lain-lain pihak di luar PAS dan sebarang tindakan bagi menamatkan muafakat itu.

Ketika PAS menyertai kerajaan campuran PAS-Perikatan tahun 1973 dulu, Majlis Syura belum wujud. Sebelum isu itu diluluskan oleh Muktamar Khas PAS, pimpinan Datuk Asri mendapatkan restu Dewan Ulama dulu.

Sekalipun Muktamar adalah badan tertinggi parti itu tetapi amalan konvesional sejak wujud Majlis Syura hanya Majlis Syura yang diberi kuasa menentukan hubungannya dengan lain-lain pihak seperti usul tanpa bahas bagi menamakan hubungan dengan DAP yang dibuat di Kuala Selangor dalam mukamar lalu. Usul Dewan Ulama itu tidak muktamad melainkan ia diputuskan oleh Majlis Syura.

Maka sebarang niat mana-mana pemimpin PAS hendak mengadakan UG ia mestilah dibuat oleh Majlis Syura Ulamak. Adalah diketahui sepanjang TG Nik Abdul Aziz menjadi Mursyidul Am beliau tidak mahu mendengar adanya sebarang sosek-sosek bagi PAS mengadakan pakatan politik dengan Umno.

Beliau akan menyinga apabila ada orang kanan PAS dikatakan hendak berpakat dengan Umno. Beliau nescaya selar dalam sidang media terbuka dan di mana-mana perjumpaan.

Justeru tiada yang berani untuk mengemukakan sebarang kerja seperti itu kepada Majlis Syura dan sehinggalah beliau meninggal dunia awal tahun ini tiada pernah apa yang dikatakan UG itu dikemukakan kepada Majlis Syura.

Jika kemungkinan ia dicakapkan di sana sini oleh sesiapa dalam parti itu tetapi tidak sampai ke Majlis Syura, maka tiadalah jadi satu agenda PAS. Jika ada sebarang kecenderungan terhadap hasrat yang diangap tidak suci oleh semua, sebelum ia dicurigai oleh orang di luar PAS, orang PAS akan berperang sama sendiri dulu. Maka UG bukanlah isu dari PAS.

Jika ia ada sudah lama orang PAS menubuhkan parti baru. – HARAKAHDAILY 26/5/2015

PAS masih ada kekuatan walaupun diserang

KUALA LUMPUR: Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man tidak menafikan PAS akan kehilangan sokongan dari pengundi Cina pada pilihan raya akan datang berikutan siutasi semasa selepas Muktamar Tahunan PAS Ke-61 yang lalu.

Namun katanya, PAS masih mempunyai sokongan dari pengundi Melayu yang merupakan pengundi teras kepada parti itu.

"Kita tengok ada sedikit reaksi dalam segi sokongan pengundi Cina bila kerjasama dalam Pakatan Rakyat longgar.

"Dalam masa yang sama kita masih mempunyai pengundi teras (Melayu), namun sokongan dari bukan Melayu juga kita perlukan," kata Timbalan Presiden PAS itu kepada Harakahdaily.

Beliau turut berpendapat, kemelut yang berlaku itu akan memberi peluang kepada PAS dalam melengkapkan pengundi Melayu.

"Kita bertanding di kawasan Melayu, undi Melayu mempunyai kekuatan. Jika undi teras ini dapat kita kuasai tidak mustahil kemenangan milik PAS.

"Namun dalam kemelut yang berlaku ini ada kesan positif dan negatif, PAS akan terus kekal di dalam Pakatan Rakyat," katanya lagi.

Tuan Ibrahim turut meminta agar parti-parti di dalam Pakatan Rakyat menghormati polisi dan dasar masing-masing.

"Setiap parti mesti menghormati polisi dan dasar masing-masing. Kita fokus isu bersama dan perlu perkuatkan parti bukannya menyerang antara satu sama lain.

"Kita mesti melihat kekuatan bersama, bukannya melihat kelemahan dan saling melemahkan parti.

"Kemelut ini boleh selesai kalau kita balik kepada prinsip asal menghormati polisi dan dasar parti masing-masing," ujarnya lagi.

Tambah beliau, walaupun PAS menjadi mangsa dan diserang dari pelbagai sudut, parti itu masih ada kekuatan sokongan ahli dan penyokong tegar. - HARAKAHDAILY 26/6/2015

Thursday, June 25, 2015

PAS Negeri Terengganu (BPPNT) Sesi 2015-2017

Senarai Penuh Jawatankuasa Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu (BPPNT) Sesi 2015-2017

Mesyuarat Kali Pertama Sesi ini yang diadakan di Markaz Tarbiah PAS Kuala I Terengganu pagi tadi telah mempersetujui senarai penuh Ahli-ahli Jawatankuasa dabn Potfolio, Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu (BPPNT) Sesi 2015-2017, seperti berikut;
Pesuruhjaya (PJ): YB Ustaz Satiful Bahri Mamat
Timb PJ 1: YB Dr Alias Razak
Timb PJ 2: Hj Yahaya Ali
Tim PJ 3: Dato’ Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh
Setiausaha: Hj Muhyidin Abdul Rashid
Pen. SU1: Zakaria Dagang
Pen. SU2: Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah
Pen. SU3: YB Hj Hanafiah Mat
Bendahari: Cg M. Shukrimun Shamsudin
Ketua Penerangan: YB Ustaz Mohd Nor Hamzah
Pengarah P/raya: YB Ustaz Ariffin Deraman
AJK:
1. Dr Azman Ibrahim
2. Ustaz Azman Shapawi Abdul Rani
3. Sdra Kamaruzaman Abd Wahab
4. Hjh Zarani Othman
5. Sdra Mohamad Yasin Muda
6. YB Dato’ Dr Mohd Khairuddin Aman Razali
7. Ust Dr Abu Bakar Abdullah
KETUA-KETUA LAJNAH
1. Politik & Praya: YB Ust Saiful Bahri Mamat
2. Tarbiyah & Perkaderan: YB Ust Saiful Bahri Mamat
3. Pembangunan Tanah, Peneroka Bandar & Hal Ehwal Orang Asal: YB Dr Alias Razak
4. Hal Ehwal DUN: YB Dr Alias Razak
5. Badan Penggerak Demokrasi & Mobilisasi: Hj Yahaya Ali
6. Lembaga Pembinaan Kompleks PAS: Hj Yahaya Ali
7. Pusat Pengurusan Kecemasan & Bencana: Hj Yahaya Ali
8. Ekonomi & Pengembangan Usahawan: Dato’ Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh
9. Lembaga Pemerkasaan Parti: Hj Muhyidin Abdul Rashid
10. Pengurusan Harta PAS: Cg M. Shukrimun Shamsudin
11. Penerangan & Hubungan Media: YB Ust Mohd Nor Hamzah
12. Dakwah, Kesenian & Kebudayaan: Ust Azman Shapawi Abdul Rani
13. Pendidikan: Ust Dr Abu Bakar Abdullah
14. Pekerja & Pengguna: YB Ust Wan Hassan Mohd Ramli
15. Kebajikan & Kemasyakatan: Dr Azman Ibrahim
16. Asas Tani & Alam Sekitar: Ust Shaharizukirnain Abd Kadir
17. Undang2: Kamaruzaman Abd Wahab
18. Perpaduan Nasional: YB Hj Hanafiah Mat
19. Arkib & Persejarahan: Ust Wan Sukairi Wan Abdullah
20. Jabatan Praya: YB Ust Ariffin Deraman
21. Jabatan IT: Hj Mohamad Iszeham Mat Ali
22. Institut Kajian Polisi: Dr Mohamad Khazani Abdullah

Tuesday, June 23, 2015

Portfolio AJK PAS Pusat

Senarai kabinet PAS Pusat sesi 2015-2017 yang terdiri dari Ahli Jawatankuasa Harian (Lantikan) dan 8 orang Ahli Jawatankuasa Tambahan (Lantikan) telah diumumkan oleh Timbalan Presiden PAS, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man kepada media pada 21hb Jun, 2015 yang lepas.
Disebabkan perubahan agak besar dalam Jawatankuasa PAS Pusat, hamper semua Lajnah mendapat Pengerusi yang baru kecuali 4 sahaja iaitu, Lajnah Politik dan Pilihanraya (dipengerusikan oleh Dato’ Seri Abdul Hadi Awang), Lajnah Dakwah (Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man), Lajnah Pendidikan (Dato’ Mohd Amar Abdullah) dan Lajnah Hal Ehwal Parlimen (Dato’ Mahfuz Omar).
Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat yang lepas juga bersetuju membentuk 24 portfolio dengan menggabungkan dua lajnah sebelum ini, iaitu Lajnah Asas Tani dan Lajnah Alam Sekitar telah digabungkan menjadi satu lajnah yang akan dikenali dengan nama Lajnah Asas Tani dan Alam Sekitar. Lajnah ini dipengerusikan seorang muka baru, Haji Sanusi Mohd Noor, mantan Setiausaha Politik Menteri Besar Kedah.
Serentak dengan penggabungan tersebut, satu portfolio baru yang dinamakan Lajnah Hubungan NGO telah ditubuhkan yang dipengerusikan oleh seorang lagi muka baru, Prof Madya Hj Zainal Abidin Kidam, mantan Timbalan Naib Canselor Universiti Selangor (UniSel).
Sementara Lajnah Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) kembali dipengerusikan oleh Setiausaha Agong seperti di awal penubuhannya pada tahun 2000 dahulu. Manakala satu lagi perubahan adalah jawatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan Ketua Pegawai Operasi (COO) Pusat Penyelidikan PAS (PPP) juga telah ditukarkan kembali kepada Pengarah PPP seperti di awal penubuhannya dahulu.
Berikut adalah senarai penuh Pengerusi dan Pengarah Lajnah-lajnah dan Jabatan dikalangan AJK Pas Pusat;          
NO
LAJNAH
PEMEGANG JAWATAN
1
Politik dan Pilihan raya
Pengerusi  YB Dato Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (P)
Timbalan : YBhg. Dato Tuan Ibrahim Tuan Man (TP)
Setiausaha :
YB Dato Takiyuddin Hassan (SUA)
YBhg. Dato Mustafa Ali (KP Pilihanraya)
2
Tarbiyah dan Perkaderan
Pengerusi : YB Ust Idris Ahmad
Timbalan  : YB Ust Sallehen Mukhyi
3
Dakwah
Pengerusi : YBhg. Dato Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan 1 : YBhg. Dr Nik Zawawi Salleh
Timbalan 2 : YBhg. Ust Mokhtar Senik
4
Penerangan dan Hubungan Media
Pengerusi : YB Nasrudin Hassan Tantawi
Timbalan : YB Dato Nasurudin Daud
5
Ekonomi & Pengurusan Harta PAS
Pengerusi : YB Dato Dr Mohd Khairudin Aman Razali at-Takiri
Timbalan : YBhg. Ust Zaharuddin Mohammad
 6
Pendidikan            
Pengerusi : YB Dato Mohd Amar Abdullah
Timbalan  : YBhg.Hj Zainal Abidin Kidam

7
Pembangunan Tanah, Peneroka Bandar & Hal Ehwal Orang Asal
Pengerusi : YBhg. Hj Razman Zakaria
Timbalan 1 : YBhg. Dr Ali Akbar
Timbalan 2 : YBhg. Hj Mohamad Hussain
8
Pekerja dan Pengguna
Pengerusi : YBhg. Mohd Taufek Abdul Ghani
Timbalan : YB Ust Abdullah Hussin
9
Teknologi Maklumat dan Komunikasi
(bersifat sistem sokongan parti di peringkat Pusat dan  lebih sesuai di bawah pentadbiran SUA)
Pengerusi : Dato Setiausaha Agung PAS (Dato’ Takiyuddin Hassan)
Pengarah IT – Mohd Shuhaimi Embong (kekal)
10
Kebajikan dan Kemasyarakatan
Pengerusi: YBhg. Dr Rosni bt. Adam
Timbalan 1 : YBhg. Dr Ridhuan Mohd Nor
Timbalan 2 : YB Dato Nasuruddin Daud
11
Hubungan Antarabangsa dan Hal Ehwal Luar
Pengerusi : YB Dato Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Timbalan : YBhg Dr Ahmad Samsuri bin Mokhtar
12
Undang-undang dan Hak Asasi Manusia
Pengerusi : YBhg. Dato Wan Abdul Mutalib Embong
Timbalan : YB Dato Dr Mohamad Fadzli Hassan
13
Asas Tani dan Alam Sekitar
(‘Lajnah Asas Tani’ dan ‘Lajnah Alam Sekitar’ digabungkan menjadi satu lajnah)
Pengerusi : YBhg. Sanusi Mohamad Nor
Timbalan :  Hj Mohamad Hussain
14
Perpaduan Nasional
Pengerusi : YBhg. Dr Najihatul Salihah Ahmad
15
Kebudayaan dan Kesenian
Pengerusi :  YBhg. Dr Ridhuan Mohd Nor
Timbalan : YBhg.Ust Norazli Musa
16
Hubungan NGO
Pengerusi: YBhg. Hj Zainal Abidin Kidam
17
Hal Ehwal Parlimen
Pengerusi: YB Dato Hj Mahfuz Omar
18
Badan Penggerak Demokrasi dan Mobilisasi
Pengerusi : YBhg. Hj Salahuddin Ayub
19
Lembaga Pemerkasaan Parti
Pengerusi : YBhg. Dato Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan :  YBhg. Dr Rosni Adam
20
Lembaga Pembinaan Kompleks PAS
Pengerusi : YB Dato Iskandar Abdul Samad
Timbalan 1 :  YBhg. Hj Mohamad Noor Mohamad
Timbalan 2 :  YB Dato Dr Mohd Khairudin Aman Razali at-Takiri
21
Pusat Penyelidikan PAS (PPP)
Pengerusi : Dato’ Seri Presiden PAS
Pengarah : YBhg. Dr Mohd Zuhdi Marzuki
Timbalan  : YBhg. Zaharudin Mohammad
22
Pusat Pengurusan Kecemasan dan Bencana
Pengerusi : YB Dato Iskandar Abdul Samad
Timbalan  : YBhg. Hj Hussin Ismail
23
Jabatan Pilihanraya PAS
Pengerusi: Dato’ Ketua Pengarah Pilihanraya (Dato’ Mustafa Ali)
24
HARAKAH

Pengerusi : YB Ust Idris Ahmad
Pengarah Urusan : YBhg Dr Rosli Yaakup (kekal)
Penasihat Editorial : Ketua Penerangan (YB Nasrudin Hassan Tantawi)
25
Pejabat Presiden PAS
  1. Setiausaha Politik
  2. Setiausaha Sulit
  3. Setiausaha Akhbar
  4. Pegawai Khas
  5. Pegawai Penyelidik
-       YBhg. Dr Ahmad Samsuri Mokhtar (kekal)
-       YBhg. Hj Zaihan Mohd Daud (kekal)
-      
-       YBhg. Kamaruzaman Mohamad (kekal)
-       YBhg. Abdul Malik Abdul Razak

Nota:-
1
Jawatankuasa Kewangan
[Fasal 76 (2)(a)]
Pengerusi : Presiden
Ahli : Setiausaha Agung & Bendahari PAS Pusat
2
Lembaga Pemegang Amanah
[Fasal 78(2)]
Tidak lebih 5 orang
Pengerusi : Presiden
Ahli :
  1. Setiausaha Agung
  2. Bendahari

Sekian, terimakasih
YB Dato’ Takiyuddin Hassan
Setiausaha Agong PAS

Surat Terbuka Kepada Semua Ahli PAS ; Dilema Aqidah Dan Pendekatan

Menemui semua ahli PAS semoga berada dalam limpahan rahmat Allah SWT,
Setiap pengikut perjuangan Islam wajib menyedari dan faham, bahawa ada dua aspek penting dalam perjalanan perjuangan Islam yang sangat mencabar. Gagalnya kita memahaminya, boleh mneyebabkan ada kalangan yang kecundang atau tercicir di tengah jalan dalam perjalanan perjuangan ini, kerana tidak menghayatinya dengan betul. Kedua-dua aspek tersebut mewajibkan hidayah, melalui ilmu, kebijaksanaan dan terpentingnya memohon petunjuk Allah dengan khusyu’ setiap rakaat salat dan bila-bila masa sahaja.
Pertama : ‘Aqidah perjuangan; dan kedua : pendekatan yang dilakukan, beramal, dakwah dan melaksanakan Islam bagi membawa rahmatnya kepada seluruh manusia.
Kedua-dua aspek ini dilakukan oleh Rasulullah S.A.W. bersama para sahabatnya R.A. yang setia bersamanya dengan petunjuk Allah daripada al-Quran, dalam semua keadaan. Ianya ditunjukkan dalam Marhalah Makiyyah dan Madaniyyah, iaitu di masa lemah dan kuat, di masa belum wujudnya negara dan setelah tegaknya negara.

Pertama
Beristiqamah bersama aqidah perjuangan Islam adalah sangat berbeza dengan perjuangan yang hanya bergantung kepada ideologi ciptaan manusia.
Ianya menuntut kita tetap bersama Islam dengan keimanan kepada Allah dengan segala nama dan sifatnya yang mulia. Islam adalah benar, rahmat dan adil, dalam segala hukumnya yang wajib, sunat, makruh, haram dan harus. Percaya kepada janji Allah daripada dunia sehingga akhirat, walau pun perkaranya ghaib dan tidak dapat dicapai oleh akal dan panca indera. Perkara aqidah adalah tetap dan tidak berubah dan tidak boleh diubah; walau apapun dugaannya.

Kedua
Aspek ini menuntut kita beristiqamah melaksanakan pendekatan yang dizinkan Allah, halal dan haramnya adalah dengan cara yang diizinkan oleh Allah, berhubungan dengan bukan Islam dan musuh dengan cara yang diizinkan Allah juga. Walaupun hukumnya dari segi aqidah tegas dan tetap.
Sirah Nabawiyyah melaporkan pendekatan Rasulullah S.A.W. menerima perlindungan keluarganya yang dipimpin oleh Abu Tolib di atas semangat kekeluargaan tanpa menerima Islamnya, menerima pembelaan salah seorang pemimpin kaumnya Mut’im bin ‘Adi yang menentang kezaliman walaupun dia bukan Islam, meminta khidmat petunjuk jalan berhijrah ke Madinah daripada seorang bukan Islam bernama Abdullah bin ‘Uraiqit dengan keimanan menegakkan negara di Madinah dan menjanjikan hadiah gelang emas kerajaan Parsi kepada Suraqah bin Malik, musuh yang datang untuk membunuhnya di tengah jalan.
Hakikatnya ialah, apabila Abu Tolib dan lain-lain menawarkan keamanan dengan meninggalkan aqidah, maka ianya ditolak dengan keras. Apabila pemimpin Makkah menawarkan pertabalan menjadi raja yang berkuasa dan tawaran harta kekayaan dengan syarat meninggalkan aqidah perjuangan maka ditolak dan bersedia untuk mati kerana mempertahan aqidah dan perjuangannya.
Sikap yang sama ditunjukkan oleh semua para sahabat R.A. ketika berada di-Makkah, sehingga bersama melakukan Hijrah yang menghasilkan kejayaan. Maka bersabdalah Rasulullah S.A.W.
إنّمَا الأَعْمَالُ بالنِّيّاتِ، وَإِنَّمَا لِكُلِّ امرِىءٍ مَا نَوَى، فَمَنْ كَانَتْ هجرته إلى الله ورسوله، فهجرته إلى الله ورسوله، ومن كانت هِجْرَتُهُ لِدُنْيَا يُصيبُهَا، أَوْ امْرَأَةٍ يَنْكَحُهَا، فَهِجْرَتُهُ إِلى مَا هَاجَرَ إِلَيْه. (البخاري ومسلم).
(Sesungguhnya semua amalan itu mestilah mengikut niatnya, dan setiap orang akan menerima ganjaran dan akibat mengikut niat masing-masing. Sesiapa yang melakukan hijrah kerana Allah dan Rasul, nescaya dia mendapat fadilat hijrah kerana Allah dan Rasul. Sesiapa yang niat hijrahnya kerana dunia, atau seperti kerana mengikut wanita yang hendak dinikahinya maka terimalah dia mengikut naitnya itu).
Hadis ini adalah bersempena dengan peristiwa Hijrah dan menjadi dalil kepada semua amalan seseorang. Hijrah adalah pendekatan, wujudnya aspek “niat” adalah menunjukkan bahawa urusan hijrah ini mempunyai “aqidahnya”. Allah melakukan penapisan dunia sebelum penapisan akhirat.
Apabila tegaknya negara di Madinah, Allah secara tegas menunjukkan jalan istiqamah di antara Aqidah dan pendekatan kepada Rasulullah S.A.W. dan para sahabatnya, dalam keadaan yang lebih mencabar dalam masyarakat majmuk berbagai agama, kaum dan sikap. Islam, bukan Islam dan munafik. Allah berfirman:
۞عَسَى ٱللَّهُ أَن يَجۡعَلَ بَيۡنَكُمۡ وَبَيۡنَ ٱلَّذِينَ عَادَيۡتُم مِّنۡهُم مَّوَدَّةٗۚ وَٱللَّهُ قَدِيرٞۚ وَٱللَّهُ غَفُورٞ رَّحِيمٞ ٧ لَّا يَنۡهَىٰكُمُ ٱللَّهُ عَنِ ٱلَّذِينَ لَمۡ يُقَٰتِلُوكُمۡ فِي ٱلدِّينِ وَلَمۡ يُخۡرِجُوكُم مِّن دِيَٰرِكُمۡ أَن تَبَرُّوهُمۡ وَتُقۡسِطُوٓاْ إِلَيۡهِمۡۚ إِنَّ ٱللَّهَ يُحِبُّ ٱلۡمُقۡسِطِينَ ٨ إِنَّمَا يَنۡهَىٰكُمُ ٱللَّهُ عَنِ ٱلَّذِينَ قَٰتَلُوكُمۡ فِي ٱلدِّينِ وَأَخۡرَجُوكُم مِّن دِيَٰرِكُمۡ وَظَٰهَرُواْ عَلَىٰٓ إِخۡرَاجِكُمۡ أَن تَوَلَّوۡهُمۡۚ وَمَن يَتَوَلَّهُمۡ فَأُوْلَٰٓئِكَ هُمُ ٱلظَّٰلِمُونَ ٩ الممتحنة
Semoga Allah akan mengadakan perasaan kasih sayang antara kamu dengan orang-orang yang kamu musuhi dari kerabat kamu itu (dengan jalan menjadikan mereka insaf dan memeluk Islam) dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa (atas tiap-tiap sesuatu), dan Allah Maha pengampun, lagi Maha Mengasihani. Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu) dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil. Sesungguhnya Allah hanyalah melarang kamu daripada menjadikan teman rapat orang-orang yang memerangi kamu kerana agama (kamu) dan mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu, serta membantu (orang lain) untuk mengusir kamu dan (ingatlah), sesiapa yang menjadikan mereka teman rapat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.
Ayat-ayat al-Quran tersebut bermaksud bahawa Allah menunjukkan kepada kita supaya berlaku baik kasih sayang terhadap seluruh manusia mengikut sempadannya. Maka Rasulullah S.A.W, menjalinkan segala pendekatan hubungan dengan kalangan bukan Islam, secara bertahaluf, berta’awun, berdamai, memaaf kesalahan dan lain-lain.
Apabila berlakunya sikap bermusuh yang mahu merosakkan Aqidah maka dibatalkan segala bentuk hubungan walupun terhadap kaumnya di Makkah. Menunjukkan banyaknya keterbukaan dalam perkara pendekatan dan sangat tegas dalam perkara Aqidah perjuangan.
Maka setiap ahli PAS mestilah bersama dengan jama’ah yang ditubuhkan di atas prinsip dan matlamat beraqidah yang teguh bersama konsep pendekatannya, dan wajib beristiqamah mengikut kenyataan nas serta sejarah.
Sesiapa yang mengikuti perjalanan bersama atau membaca sejarah PAS, akan menyaksikan gelombang dan liku perjuangan dan hilangnya pemimpin paling tinggi, ahli biasa atau penyokong secara sendirian atau tenggelam bersama parti dan pertubuhan yang dijadikan bahteranya.
Adapun perkara yang akan datang berada dalam ilmu Allah dan kita diwajibkan mengambil iktibar serta sentiasa berilmu, berdoa dan bertawakkal kepada Allah.
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS

Sunday, June 21, 2015

'PAS kerja dengan semua parti yang tak chauvinis'


PAS akan bekerjasama dengan sesiapa sahaja kecuali 'chauvinis', kata Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Beliau berkata demikian selepas beberapa kali didesak oleh wartawan mengenai pendirian PAS mengenai Pakatan Rakyat. Bagaimanpun Hadi tidak menyebut secara khusus merujuk DAP.


"Kita kerja dengan semua parti yang tidak chauvinis," kata Hadi yang mengulangi perkataan 'chauvinis' sekali lagi untuk menekankan maksudnya.

MP Marang itu berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan kunjungan ke bazar Ramadan di Kampung Baru petang ini.

DAP sebelum ini sering dilabel oleh pelbagai pihak termasuk Umno sebagai parti 'chauvinis'.

DAP dan PAS menghentikan kerjasama dan DAP berkeras menyatakan bahawa Pakatan Rakyat telah mati. PAS bagaimanapun masih bertegas bahawa gabungan pembangkang masih wujud.

"Saya boleh jalan lagi, hidup lagi," kata Hadi apabila diminta mengulas bahawa terdapat pemimpin PAS yang menyatakan Pakatan telah berkubur.

"Apa makna Pakatan? Pakatan (bermaksud) sekurang kurangnya dua bukan. Kalau satu (parti) saja jadi Pakatan tak? Tak boleh jadi kan.

"Pakatan (Rakyat) masih ada lagi. PKR belum buat keputusan," kata MP Marang itu lagi.

Sementara itu, Hadi menafikan bahawa beliau menggelar pencabarnya Ahmad Awang sebagai calon DAP, sewaktu pemilihan parti itu baru-baru ini.

"Saya tak kata dia calon mana-mana. Saya tidak ada keluar kenyataan begitu," katannya.

Ahmad dilapor berkata beliau sedang mengkaji untuk mengambil tindakan undang-undang termasuk terhadap presiden yang didakwanya menuduh beliau sebagai calon DAP dan beliau menyifatnya sebagai "fitnah".

PAS umum senarai AJK baharu 2015-2017

KUALA LUMPUR: PAS telah mengumumkan senarai kabinet baharunya dan pelantikan lapan Ahli Jawatankuasa Kerja (tambahan) yang baharu pada sidang media parti itu di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut hari ini.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man telah membuat pengumuman tersebut selepas mesyuarat kali kedua AJK PAS Pusat yang dipengerusikan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Hadir sama dalam sidang media itu, Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad dan Setiausaha Agung yang baharu, Datuk Takiyuddin Hassan.

Berikut adalah senarai AJK yang diumumkan sebentar tadi -

Setiausaha Agung: Datuk Takiyudin Hassan
Bendahari: Mohammad Nor Mohamad
Ketua Penerangan PAS Pusat: Ustaz Nasrudin Hassan
Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat: Datuk Mustafa Ali
Penolong Setiausaha Agung 1: Khairul Faizi Ahmad Kamil
Penolong Setiausaha Agung 2: Khairul Fahmi

AJK PAS Pusat (Lantikan)

1. Mohammad Hussin (Sabah-Sarawak)
2. Muhtar Suhaili (Sabah-Sarawak)
3. Zainal Abidin Kidam
4. Datuk Mahfuz Omar
5. Datuk Wan Abdul Muttalib Embong
6. Salahuddin Ayub
7. Dr Najihatussalehah Ahmad
8. Mohd Taufek Abdul Ghani

- HARAKAHDAILY 21/6/2015

Saturday, June 20, 2015

DAP YANG MEMULAKAN GAME, DAP JUGA YANG MENGAKHIRINYA

KENYATAAN MEDIA
DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA
3 Ramadhan 1436 / 20 Jun 2015
“DAP YANG MEMULAKAN GAME, DAP JUGA YANG MENGAKHIRINYA”

Merujuk kepada laporan berita RoketKini bertarikh 16 Jun 2015, mesyuarat Jawatankuasa Pusat DAP telah membuat keputusan bahawa Pakatan Rakyat sudah tidak lagi wujud atau mati.
Saya melihat ini satu ‘game’ yang telah lama dimulakan oleh DAP dengan mengambil kesempatan dalam beberapa isu intra koalisi Pakatan Rakyat serta berterusan menyerang peribadi Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang.
PAS telah beberapa kali mengulangi ketetapan bahawa kami tidak akan bekerjasama dengan UMNO apatah lagi membentuk Kerajaan Perpaduan dengan parti tersebut. Kenyataan Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man selepas Muktamar PAS telah menegaskan perkara ini.
Begitu juga isu yang dipertikaikan oleh DAP mengenai pertukaran Menteri Besar Selangor. Ia turut dijawab dengan baik walaupun ia berpunca daripada tindakan kontroversi beberapa pihak yang bermula dengan Kajang Move.
Wakil pimpinan PAS juga telah memberikan penjelasan serta dialog bersama pimpinan DAP berhubung isu implementasi Enakmen Kanun Jenayah Syari’ah di Kelantan. Ini menunjukkan bahawa segala isu yang dibangkitkan telah dijawab oleh PAS.
Namun, sehingga laporan berita RoketKini semalam, DAP masih terus memfitnah PAS dan Presiden secara khususnya. Parti tersebut juga telah mengambil keputusan drastik sebelum ini dengan membatalkan kerjasama politik di Sarawak, Sabah dan terakhir memutuskan hubungan dengan Presiden PAS pada 24 Mac 2015.
Kemudian, DAP secara konsisten menyerang hampir setiap hari dan mencampuri urusan dalaman pemilihan PAS menjelang Muktamar PAS yang lalu. Perkara ini turut disedari dan ditempelak oleh beberapa pimpinan PAS yang turut kalah dalam pemilihan baru-baru ini.
Tindakan-tindakan melampau DAP inilah yang memaksa Dewan Ulama’ PAS Pusat membuat reaksi dan mengusulkan satu usul tergempar bagi memutuskan hubungan dengan DAP dan kekal di dalam Pakatan Rakyat. Walau bagaimanapun, ia dengan syarat mendapat persetujuan daripada Masjlis Syura Ulama’ PAS.
Kenyataan Lim Guan Eng sejurus selepas mesyuarat jawatankuasa parti berkenaan harus merujuk kepada kenyataan kontradik YAB Azmin Ali yang masih rasional mempertimbangkan situasi yang berlaku. Beliau masih optimis dengan kerjasama Pakatan Rakyat di Selangor dan menolak pilihan untuk membubarkan DUN.
Dalam sandiwara ini, DAP dilihat terlalu ofensif, gopoh dan terburu-buru menyerang PAS. Mereka sendiri yang memulakan ‘game’ ini dan mereka sendiri yang akhirnya mematikan Pakatan Rakyat.
Kami dari Dewan Pemuda PAS Malaysia sekali lagi menekankan yg kami bersama-sama Presiden PAS dan kepimpinannya untuk bersama-sama komited dalam bertahalluf dengan Pakatan Rakyat selagi mana ia selari dengan ketetapan syara yg digariskan oleh Majlis Syura Ulama PAS.
Sekian, terima kasih.
Yang benar,
IR. HJ KHAIRIL NIZAM KHIRUDIN
Naib Ketua, Dewan Pemuda PAS Malaysia
Ketua, Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan

Friday, June 19, 2015

PULAU PINANG, SELANGOR MILIK 3 PARTI

MARANG: Presiden PAS, Dauk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menjelaskan bahawa persetujuan bertulis pernah dibuat bersama antara tiga parti dalam Pakatan Rakyat bagi menghormati hak masing-masing.

“Sebab itu, kita (PAS) memberi peringatan acap kali dan sudah diadakan tandatangan bersama iaitu mereka menerima hak kerajaan Kelantan yang dipimpin oleh PAS untuk membuat sesuatu bagi melaksanakan Islam.

“Hak dia (DAP) tidak setuju terpulang kepada dia, tapi dia (DAP) hendak nasihat supaya kita berhenti itu tidak bolehlah,” ujarnya kepada media selepas menyampaikan kuliah mingguan di Masjid Rusila, pagi tadi.

Beliau menjelaskan demikian ketika mengulas tindakan DAP menentang RUU persendirian yang dibawa oleh PAS ke Parlimen, baru-baru ini.

Namun, katanya PAS telah mencapai satu kejayaan apabila berjaya menarik orang bukan Islam menjadi ahli Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) dalam sayap parti.

Berikut adalah transkrip ringkas soal jawab beliau bersama media.

Soalan: Sekarang ini apa yang akan PAS buat kepada DAP yang telah bubar Pakatan Rakyat, adakah PAS masih lagi mahu berada dalam pakatan?

Jawapan: Pertama, bila disebut pakatan bermakna banyak parti dan bukan satu parti sahaja. Jika hanya satu parti buat keputusan itu bukan pakatan. Pakatan ini kena ada dua sekurang-kurang atau pun banyak (parti). Dalam hal ini kita faham apa makna pakatan. Sehingga hari ini, PKR masih tidak buat apa-apa kenyataan dan DAP telah membuat kenyataan dia. Ada pun dari segi buat keputusan PAS ini bukan milik saya seorang. PAS ini milik pimpinan secara kolektif dan dengan sebab itu saya perlu merujuk kepada kepimpinan PAS dan termasuklah yang menjaga teras kepada dasar PAS iaitu Majlis Syura Ulamak.

Pada Datuk Seri, adakah Datuk Seri sebagai Presiden PAS boleh terima kenyataan Lim Guan Eng yang mendakwa tidak wujud lagi Pakatan Rakyat?

Itu kenyataan peribadi dan pada saya itu satu kenyataan yang tidak tepat kerana satu parti itu bukan pakatan. Pakatan mesti merangkumi banyak parti yang ada dalam pakatan itu. Boleh buka Kamus Dewan tengok apa makna pakatan.

Pada Datuk Seri, status Pakatan Rakyat itu masih wujud?

Ya, sehingga kini masih wujud.

Tetapi, Datuk Seri, Lim Guan Eng kata PKR juga telah menyatakan Pakatan Rakyat juga sudah tidak wujud lagi?

Saya melihat Kamus Dewan apa makna pakatan dan dengan sebab itu, Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak membuat kenyataan yang menunjukkan kita berpisah. Dan ini menunjukkan pakatan antara dua parti masih ada. Manakala, dengan DAP sehingga hari ini kita masih belum dapat satu keputusan secara rasmi dan kita dapat melalui media sahaja.

Maknanya PAS akan bekerjasama dengan PKR sahaja?

Kita bekerjasama dengan semua parti yang tidak cauvinis, itu sikap kita.

Datuk Seri, dalam muktamar PAS mahu melihat semula tahaluf siasi. Tapi, apabila pendekatan yang dibuat oleh Lim Guan Eng dalam soal bubar pakatan ini, maksudnya PAS masih mahu pertahankan pakatan ini atau masih menunggu MSU untuk membuat keputusan?

Pakatan Rakyat dibubarkan dan terbubar dengan sendirinya apabila semua parti dalam Pakatan Rakyat keluar daripada pakatan atau dipecat semua tinggal satu sahaja. Jika masih ada dua itu masih dalam pakatan.

Bagaimana dengan tindakan kerajaan Pulau Pinang yang memecat Ahli Majlis PBT. Adakah itu sememangnya DAP mahu memutuskan hubungan dengan PAS, Datuk Seri?

Kerajaan Pulau Pinang bukan sahaja melibatkan dengan PAS termasuklah dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan parti PKR masih ada lagi dalam Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Sebab itu, keputusan kerajaan negeri mesti keputusan kerajaan yang melibatkan parti yang ada dalam kerajaan itu.

Datuk Seri, yang jelas PAS masih sayangkan Pakatan Rakyat?

Kita sayangkan perpaduan. Perpaduan kaum kerana kita menerima hakikat masyarakat majmuk yang ada di Malaysia.

Pada Datuk Seri, Lim Guan Eng tidak berhak membut keputusan bubar pakatan?

Itu terpulang kepada masyarakat di bawah menilai. Biar masyarakat umum melihat kenyataan dia.

Bila agaknya, Majlis Syura Ulamak (MSU) akan membuat keputusan di antara hubungan PAS dengan DAP?

Itu akan ditentukan dalam mesyuarat yang ditentukan oleh Jawatankuasa PAS Pusat pada bila-bila masa sahaja dalam masa terdekat ini, insya Allah. - HARAKAHDAILY 19/6/2015

MCA jangan masuk campur, hormati perlembagaan

Saya merujuk kepada gesaan oleh Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan MCA Negeri Terengganu, Datuk Toh Chin Yaw yang mahu Kerajaan Negeri Kelantan dan Terengganu supaya menyemak semula usaha melarang perniagaan beroperasi selepas tengah malam dan menubuhkan suatu ‘task force’ untuk mengambil tindakan ke atas umat Islam yang tidak berpuasa dan menjual makanan sebelum jam 2.00 petang pada bulan Ramadan.

Saya ingin tegaskan kepada MCA supaya tidak campur tangan dalam urusan pentadbiran serta hal ehwal undang-undang yang berkait dengan orang Islam dan silalah hormati perlembagaan.

Kerajaan negeri telah menjelaskan bahawa kewajaran tindakan itu ialah untuk mengelakkan kegiatan tidak bermoral berlaku di premis-premis perniagaan dan bagi mengelakkan tersebarnya budaya negatif dalam kalangan masyarakat.

Ia juga bagi memastikan rukun Islam dilaksanakan oleh setiap orang Islam yang berkewajipan secara sempurna tanpa adanya persekitaran yang boleh mencemarinya.

MCA juga harus sedar dan faham bahawa di bawah kuasa Perlembagaan Persekutuan juga, pihak berkuasa negeri mewujudkan Enakmen Pentadbiran Islam Negeri dan di bawah enakmen inilah Mahkamah Syariah ditubuhkan. Bidang kuasanya adalah bersumberkan kepada Senarai 2 Jadual Sembilan Perlembagaan Persekutuan.

Amat tidak wajar sekali apabila MCA mengambil sikap mempertikaikan Perlembagaan Persekutuan yang telah memperuntukkan Badan Perundangan Negeri diberikan kuasa untuk mentadbirkan Undang-Undang Islam dan semua hal-ehwal Islam di negeri masing-masing.

Saya percaya bahawa masyarakat bukan Islam juga mempunyai sistem nilainya yang tersendiri. Eloklah jika MCA memberi fokus memperkukuhkan sistem nilai tersebut dan tidak masuk campur dalam urusan umat Islam.

Undang-undang yang dikuatkuasan ke atas umat Islam itu adalah bertujuan untuk melahirkan masyarakat yang patuh kepada agama dan patuh juga kepada undang-undang justeru akan memberikan implikasi yang baik dan positif terhadap negara.

Tidak timbul soal undang-undang itu adalah ‘draconian’ atau penguatkuasaannya bersifat ‘authoritarian’. Sektor pelacongan juga tidak bergantung kepada sektor perniagaan yang beroperasi selepas waktu tengah malam sahaja. - HARAKAHDAILY 19/6/2015

Penulis adalah AJK PAS Pusat, Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat dan Ahli Parlimen Kuala Nerus.

Monday, June 15, 2015

Apabila keputusan muktamar PAS diputar belit

Semalam FB Dewan Ulamak PAS Pusat telah memuatkan usul mereka pada Muktamar PAS yang baru lalu.

Tujuannya adalah untuk merungkai kekeliruan yang timbul akibat usul tersebut.

Para akhir usul tersebut menyebut:

"Maka Muktamar Dewan Ulamak PAS kali ke 54 mencadangkan kepada Majlis Syura Ulamak dan Jawatankuasa PAS Pusat supaya hubungan kerjasama politik dengan DAP dibatalkan dan PAS terus kekal dalam Pakatan Rakyat".

Inilah usul Dewan Ulamak.

Ia tidak menuntut muktamar memutuskan hubungan tetapi mencadangkan kepada Majlis Syura Ulamak dan Jawatankuasa Pusat untuk membuat keputusan tersebut.

Itulah keputusan muktamar, agar dibawa ke Majlis Syura Ulamak dan Jawatankuasa Pusat.

Keputusan pula belum dibuat.

Tetapi ada pihak yang mengambil keputusan untuk membakul sampah keputusan muktamar itu dengan mengumumkan perkara yang tidak diputuskan oleh muktamar.

Mereka mengatakan Muktamar telah memutuskan hubungan dan berhujjah bahawa keputusan Muktamar perlu dipatuhi.

Ada yang menghuraikan dengan panjang lebar tentang Perlembagaan PAS tetapi usul yang mereka fahami adalah bukan usul yang diluluskan oleh muktamar.

Saya tidak tahu kenapa keputusan muktamar diputarbelit begitu rupa.

Kita perlu maafkan mereka jika mereka benar-benar tidak faham atau tidak jelas.

Saya berharap usul asal Dewan Ulamak yang dimuatkan ke FB mereka akan dapat menjelaskan perkara ini.

Hormatilah keputusan perwakilan muktamar. - HARAKAHDAILY 14/6/2015

DATUK ISKANDAR A SAMAD

Naib Presiden PAS

Saturday, June 13, 2015

PAS lantik PJ baharu negeri 2015-2017

KUALA LUMPUR: PAS telah selesai melantik Pesuruhjaya Negeri-negeri sesi 2015-2017 dalam mesyuarat pertama parti itu baru-baru ini.


Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan Pejabat Presiden PAS melalui Setiausaha Politiknya, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, pelantikan itu membabitkan kesemua negeri.
Lima negeri bertukar Pesuruhjaya iaitu Melaka, Negeri Sembilan, Kedah, Pulau Pinang dan Pahang.
Berikut adalah senarai pelantikan Pesuruhjaya Negeri:
1. Kelantan - Datuk Ahmad Yaakob (kekal)
2. Terengganu - Satiful Bahari Mamat (kekal)
3. Perlis - Shukri Ramli (kekal)
4. Perak - Razman Zakaria (kekal)
5. Selangor - Datuk Iskandar Abdul Samad (kekal)
6. Sabah - Paumin@ Aminuddin Aling - (kekal)
7. Sarawak - Adam Ahid (kekal)
8. Wilayah Persekutuan - Haji Mohammad Nor Mohamad (kekal)
9.- Melaka - Ustaz Kamarudin Sidek (baharu)
10.- Kedah - Datuk Ir Amirudin Hamzah (baharu)
11.- Johor - Datuk Dr Mahfodz Mohamad (kekal)
12.- Pulau Pinang - Ustaz Mohd Fauzi Yusof (baharu)
13.- Pahang - Ustaz Rosli Jabar (baharu)
14.- Negeri Sembilan - Ustaz Mustafa Daharun (baharu)
– HARAKAHDAILY 13/6/2015

Friday, June 12, 2015

Tidak Wajar DAP Beri Kata Dua Kepada Azmin – Tan Sri Muhammad Taib

Adalah tidak sayugia Pengerusi DAP Selangor Tony Pua memberi kata dua kepada Menteri Besar negeri Selangor Mohamed Azmin Ali.
Mantan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib menasihatkan DAP supaya tidak memberikan tekanan kepada Azmin supaya memilih, samada DAP atau PAS.
“Merujuk kepada kenyataan Pengerusi DAP Selangor YB Tony Pua berdasarkan laporan akhbar Sinar Harian hari ini, saya ingin menasihatkan beliau supaya tidak memberi tekanan kepada YAB Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali supaya memilih antara DAP dengan PAS.
mat taib masuk pas“Ini kerana kenyataan tesebut tidak mencerminkan semangat Pakatan Rakyat yang telah diberi mandat besar oleh rakyat negeri Selangor dalam Pilihanraya Umum ke 13 yang lalu,”ujarnya dalam satu kenyataan.
Beliau juga memberikan pandangan agar pemimpin kedua-dua parti mencari penyelesaian terbaik menangani krisis yang berlaku sekarang.
“Saya juga ingin memberikan pandangan kepada pimpinan tertinggi PAS dan DAP supaya mencari jalan penyelesaian terbaik bagi menangani konflik yang berlaku sekarang ini.
“Buat permulaan, saya ingin mencadangkan DAP supaya menarik balik kenyataan untuk memutuskan kerjasama dengan Presiden PAS, Datok Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang.
“Saya juga memohon Ahli Majlis Syura Ulamak dan pimpinan tertinggi PAS supaya dapat mengambil satu sikap yang dapat menyelamatkan hubungan sesama parti dalam Pakatan Rakyat,”tambah bekas Ahli Majlis Tertinggi Umno, yang menyertai PAS sejurus selepas PRU13.
Menurutnya Umno dalam keadaan lemah sekarang dan Pakatan Rakyat harus tidak mensia-siakan harapan 52% rakyat Malaysia.
“Jangan disia-siakan harapan rakyat Malaysia yang telah memberi undi 52% kepada Pakatan Rakyat, khususnya harapan rakyat negeri Selangor yang telah memberi mandat kepada Kerajaan Pakatan Rakyat.
“Dalam keadaan Umno BN sedang lemah dengan pelbagai isu yang melanda mereka, Pakatan Rakyat perlu menunjukkan contoh alternatif terbaik kepada rakyat bagi menghadapi Pilihanraya Umum ke 14 nanti,”jelas beliau

Thursday, June 11, 2015

PAS umum lantikan AJK baharu 21 Jun


KUALA LUMPUR - PAS akan mengumumkan pelantikan Ahli Jawatankuasa Pusat baharu serta biro-biro parti pada 21Jun depan.

Perkara berkenaan disahkan oleh Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man selepas mesyuarat pertama Jawatankuasa Pusat PAS. "Malam ini adalah mesyuarat pertama untuk mengesahkan beberapa cadangan seperti jawatankuasa tambahan dan lantikan lajnah. Perkara-perkara lain kita tidak bincang.
Bagi lantikan baharu, dalam peruntukan ada enam tambahan jawatan yang akan diumumkan kemudian," katanya.

Ditanya adakah ahli PAS yang kalah sewaktu pemilihan muktamar lalu akan dilantik semula, Tuan Ibrahim berkata, kebiasaannya pihak berkenaan akan dilantik semula menduduki beberapa jawatan.

"Ini prosedur biasa dan kita akan isytiharkan pada 21 ini," katanya.

Ditanya lagi mengapakah pengumuman ahli tersebut mengambil masa yang lama, beliau berkata, itu adalah prosedur biasa.

Diasak lagi dengan pertanyaan mengapakah tidak ada perbincangan mengenai isu memutuskan hubungan dengan DAP pada mesyuarat tersebut, beliau berkata, perkara berkenaan diserahkan kepada Majlis Syura Ulama PAS.

"Usul itu hanya usul muktamar dan akan diserahkan kepada Majlis Syura Ulama PAS. Mesyuarat itu saya tidak tahu bila," katanya.

Sementara itu menjawab mengenai kenyataan Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua yang mengatakan keberadaan PAS dalam kerajaan Negeri Selangor adalah sesuatu yang pelik selepas memutuskan hubungan dengan DAP, Tuan Ibrahim berkata, PAS masih dalam PR.

"Ia bukan sesuatu yang pelik...Kita (PAS) masih sebahagian dari PR. Kerajaan selangor adalah kerajan PR.

"Kita masih lagi bekerjasama dengan baik di Selangor," jelasnya.

Saf Kepimpinan Muslimat PAS Sesi 2015-2017

Alhamdulillah, setinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Allah SWT di atas limpah dan kurnianya, Dewan Muslimat PAS Malaysia telah menyempurnakan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Kali Pertama untuk Sesi 2015-2017 pada 19 Sya’aban 1436 bersamaan 9 Jun 2015 yang lalu.

Saf Kepimpinan DMPM yang telah diputuskan buat masa ini adalah seperti berikut :
Ketua
USTAZAH NURIDAH MOHD SALLEH
Timbalan Ketua
DR. ROSNI ADAM
Naib Ketua
PUAN SALAMIAH MOHD NOR
Setiausaha
PUAN KARTINI AHMAD
Bendahari
DR. CHE FARIDAH ISMAIL
Ketua Penerangan
USTAZAH WAN HASRINA WAN HASSAN
Pengarah Pilihanraya
PUAN NORAINI HUSSIN
Sehubungan dengan itu, kami juga telah membuat beberapa perlantikan lain yang akan diumumkan pada masa yang sesuai.
Dalam jangkamasa terdekat ini, DMPM akan melakukan lawatan kerja ke Sabah untuk meninjau secara dekat, keadaan gempa bumi yang berlaku baru-baru ini serta beberapa siri program lain di dalam bulan Ramadhan.
Kami turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Saf Kepimpinan DMPM yang lepas, Allah SWT jua lah sebaik-baik pemberi balasan.
Akhirnya, kami memohon kekuatan daripada Allah SWT untuk menjalankan amanah dan kepercayaan daripada ahli-ahli PAS khususnya dan rakyat Malaysia secara umumnya.
Selamat Menyambut Ramadhan al Mubarak, marilah sama-sama kita mempersiapkan diri untuk memasuki madrasah Ramadhan dan berlumba-lumba untuk membuat amal kebajikan bagi meraih pahala dalam bulan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan ini.
USTAZAH NURIDAH MOHD SALLEH
Ketua
Dewan Muslimat PAS Malaysia

Tuesday, June 9, 2015

Mesyuarat pertama JK PAS baru esok


KUALA LUMPUR: Jawatankuasa PAS Pusat sesi 2015-2017 akan mengadakan mesyuarat pertamanya esok di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut.

Penolong Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, mesyuarat yang akan berlangsung jam 8.30 malam itu akan melantik setiausaha agung, ketua penerangan, bendahari dan semua jawatan yang dilantik.

Bagaimanapun katanya, mesyuarat esok tidak akan membincangkan kedudukan parti dalam Pakatan Rakyat.

"PAS akan mengkaji semula kedudukannya dalam Pakatan Rakyat, tetapi ini tidak akan dilakukan pada mesyuarat pertama kita esok," katanya. - HARAKAHDAILY 9/6/2015

Pemuda PAS selesai bentuk kabinet

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) sesi 2015-2017 selesai melantik Jawatankuasa Harian dalam mesyuarat pertama malam tadi.

Berikut adalah senarai penuh Ahli Jawatankuasa Harian Dewan Pemuda PAS Malaysia:

Ketua
Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz (Pengerusi Lajnah Politik)


Timbalan Ketua
Muhammad Khalil Abdul Hadi (Pengerusi Lajnah Antarabangsa)

Naib Ketua
Khairil Nizam Khirudin (Pengerusi Akademi Kepimpinan Pemuda)

Setiausaha
Afnan Hamimi Taib Azzamuddin (Pengerusi Majlis Setiausaha Pemuda (Sekretariat)

Bendahari
Muhtar Suhaili

Ketua Penerangan
Ahmad Fadhli Shaari

Pengarah Pilihanraya Pemuda
Syarhan Humaizi Abdul Halim

Penolong Setiausaha 1
Nurul Islam Mohamed Yusoff

Penolong Setiausaha 2
Damanhuri Dol

Penolong Setiausaha 3
Eikhwan Ali

Sementara itu, Nik Abduh berkata perlantikan penuh jawatankuasa dan portfolio akan dibuat pada mesyuarat keduanya selepas selesai siri lawatan ke beberapa negeri negeri bagi tujuan 'bottom up management review pada Ramadhan nanti.

"Saf bakal ditampilkan ini nanti adalah kombinasi lulusan agama, profesional dan aktivis dari pelbagai latar belakang bidang dan kepakaran," kata beliau dalam kenyataan hari ini.

DPPM juga katanya merakam rasa prihatin terhadap mangsa banjir di beberapa kawasan di negeri Melaka dan akan mengadakan lawatan segera ke sana untuk menyampaikan sumbangan kewangan kepada mangsa.

Jabatan AMAL telah pun digerakkan ke sana untuk sumbangan tenaga.
"Semoga Allah merahmati anak muda Malaysia dengan keberkatan bulan Ramadhan yang bakal menjelang tiba," katanya. - HARAKAHDAILY 9/8/2015

Minda YDP: PAS selepas Muktamar

Muktamar Pas telah berlalu dan meninggalkan pelbagai kenangan dan pengajaran. Apa pun yang pasti dengan keahlian lebih dari 1 juta orang, parti Melayu-Islam ini terbukti diminati oleh kawan dan lawan kerana peranannya cukup besar untuk turut mendominasi lanskap politik negara. Pujian dan kecaman adalah lumrah dalam dunia politik kerana ia ada hubung kait dengan niat, agenda dan sumber maklumat yang diperolehi oleh pihak-pihak yang berkenaan.





Oleh kerana bergaul dengan ramai kawan-kawan dari pelbagai latar belakang - Pas, PKR, Umno, NGO's dan mereka yang non partisan, saya seronok mengikuti pandangan dan tulisan mereka dan rasa terpanggil untuk memberi sedikit penjelasan. Cuma nasihat saya, jangan terlalu emosi dan dapatkan maklumat dari semua sumber yang berwibawa. Kalau kita merujuk hanya kepada satu dua sumber maklumat yang tidak boleh dipertanggungjawabkan, kadang-kadang nampak hilang kewarasan cara kita berfikir.

Para perwakilan seramai 1,162 orang telah membuat keputusan siapa pemimpin yang mereka minat (dari jawatan Presiden hingga Ahli Jawatankusa Kerja) untuk menerajui parti sebagaimana pemilihan dalam parti-parti lain seperti Umno, PKR dan DAP. Oleh kerana Pas parti besar (bukan parti nyamuk) mereka yang memilih ini adalah 'yang terpilih' mewakili kawasan-kawasan seluruh negara dari pelbagai latar belakang. Sebahagian besarnya penjawat awam, golongan profesional, business men, pesara selain dari golongan yang dipopularkan sebagai 'geng ulamak'. Maknanya tidak semua yang hadir memakai kopiah, serban dan berjubah itu geng ulamak. Oleh itu jangan kita mudah perlekehkan mereka seolah-olah hanya 'lebai kampung' saja yang mengundi baru-baru ini. Mereka ada sikap dan pendirian sendiri. Mereka tidak mudah mengundi secara 'chai' hanya berdasarkan beberapa keping gambar yang diviralkan. Hanya orang mengundi lebih tahu suasana pada waktu itu.



Dalam perkara ini, Pas tidak pernah mencampuri urusan parti-parti lain kerana ia adalah urusan dalaman atau rumah tangga masing-masing. Tetapi pemilihan kepimpinan Pas kali ini agak pelik kerana samada DAP atau pihak-pihak tertentu beriya-iya benar campur tangan dari awal supaya golongan tertentu yang dikatakan pro ulamak mesti dijatuhkan dan golongan pro liberal-progresif dari kalangan profesional mesti dipertahankan. Alasan dan andaiannya mudah, sekiranya golongan pro ulamak dipilih Pakatan Rakyat (PR) akan hancur. Kalau kita ahli atau penyokong kuat PKR, adakah kita suka urusan parti kita dicampur tangan oleh orang luar? Sebab ada beda kita memberi pandangan peribadi secara sembang-sembang bersama kawan-kawan dengan kita menulis dalam konteks berkempen untuk memburukkan satu pihak lain yang boleh dibaca statusnya di seluruh dunia dalam facebook dan seumpamanya. Atas keterbukaan sikap, ini pun saya masih boleh terima, asalkan maklumat yang ditulis adalah sahih, bukan maklumat tepi jalan.

Keputusan pemilihan telah diumumkan dan pihak 'SPR' yang mengendalikannya tidak pula mengaitkan pihak yang menang dengan politik wang sebagaimana kezaliman yang berlaku dalam Umno. Cuma yang menjadi perbualan ialah kempen secara agresif melalui media alternatif seperti whatsapp, facebook dan lain-lain yang pada saya tidak dapat dielakkan kerana kita hidup di zaman ICT. Saya tidak akan pertahankan kes-kes kempen buruk yang berlaku tanpa mengira dari golongan mana sekiranya ia melampaui adab Islam lebih-lebih lagi atas nama parti Islam. Sebab itu kami tidak segan untuk menerima kritikan dari wakil bukan Islam atas nama Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) dalam isu ini. Saya melihat kepada pengalaman PKR yang selalu bertukar ganti pemimpin dari awal penubuhannya, bukan sedikit usaha terpaksa dibuat untuk memulihkan parti apabila berlaku perkara-perkara yang tidak diingini - kekecuhan, baling kerusi, tuduhan politik wang dan sebagainya.

Masalah yang berlaku, kempen zaman ICT ini bukan lagi kesemuanya diuruskan melalui 'campaign manager' tetapi cukup hanya seorang biasa menulis, tulisannya boleh dibaca dan diikuti seluruh dunia. Kajian yang dibuat oleh pihak dalaman parti adalah sangat jelas bahawa agen-agen 'cyber trooper' Umno bekerja keras menyerap masuk dan memainkan peranan untuk memburukkan lagi suasana. Banyak kenyataan-kenyataan liar yang disiarkan menggunakan nama pemimpin dilakukan oleh saraf Umno ini.
Pemimpin pergi dan pemimpin datang adalah lumrah dalam mana-mana organisasi dan perjuangan. Yang pergi sudah tentu meninggalkan jasa, wajib diberi penghargaan. Kalau pun ada kesilapan yang dilakukan, ia tidak boleh menenggelamkan segala kebaikan dan sumbangan yang pernah dicurahkan sebelum ini. Tetapi kita tidak boleh pula mengatakan yang pergi adalah yang terbaik, tidak ada kesilapan dan tidak ada lagi orang lain boleh menggantikan tempat mereka. Ini berlawanan dengan ilmu 'management' bahawa seseorang itu boleh membuktikan kepimpinannya sekiranya diberi peluang.
Mereka yang pernah memimpin tetapi tidak terpilih bukan dipecat dari ahli, hanya berubah 'position' dalam permainan yang masih panjang. Ambillah hikmah dan pengajaran dari pemecatan Khalid ibnu Walid sebagai panglima perang di zaman Saidina Umar, terus istiqamah dan tidak buat sesuatu yang merugikan perjuangan. Boleh jadi mereka akan buat 'come back' selepas ini dengan penampilan yang lebih hebat, sesuatu yang tidak mustahil dalam dunia politik.

Berilah peluang dahulu kepada pasukan baru sebelum apa-apa penilaian dibuat. Jangan sikap benci kita kepada mana-mana pihak, kita tidak berlaku adil. Hayati apa yang Allah sebutkan dalam al-Quran (Surah al-Baqarah ayat 216) supaya kita kembalikan kepada Allah, hikmah sesuatu perkara yang berlaku. Realitinya dalam Pas selama ini pun tidak ada pemisahan antara golongan ulamak dan profesional, masing-masing saling kuat menguatkan. Kita tunggu saja kabinet penuh yang akan dibentuk nanti.

Hingga setakat selesai muktamar, tidak ada keputusan parti untuk keluar dari PR. Bahkan Presiden dalam ucapan dasar dan penggulungannya menegaskan PR perlu diperkasakan selama mana ianya tidak bercanggah dengan syariat Islam. Yang ada hanya menghantar signal keras kepada DAP yang tidak menghormati keputusan awal dahulu bahawa dalam soal dasar perjuangan masing-masing parti, telah disepakati untuk 'agree to disagree' dengan maksud tidak mencampurinya.

Saya kadang-kadang merasa hairan, bagaimana kawan-kawan kita semacam tidak ada rasa sensitif lansung terhadap DAP yang menyerang 'hal ehwal Islam' atas maslahah untuk menang Putrajaya. Bahkan ada pihak di kalangan kawan-kawan kita menjadi pembela DAP dengan memberi modal dan hujjah bagi menolak perjuangan Pas khususnya berhubung dengan isu hudud. Kalau belum lagi menjadi kerajaan persekutuan sudah tunjukkan taring menentang hak orang Islam, adakah kita yakin apabila menang nanti, semuanya akan selesai. Disinilah bedanya sikap Pas yang tidak mahu dihubung kait menjadi 'kuda tunggangan' mana-mana pihak dengan mahu kekal dalam PR dan menawan Putrajaya bersama Islam.

Dalam isu hudud sepatutnya DAP lebih relaks. Ini prinsip perjuangan Pas dari awal termasuk zaman al-marhum Tuan Guru Nik Aziz. Apa perlunya pemimpin DAP membuat kenyataan demi kenyataan menentang 'hudud' (sebenarnya hanya mahu pinda akta 355 untuk perluaskan bidang kuasa Mahkamah Syariah) sehingga mengajak masyarakat bersatu menentangnya. Sedangkan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kelantan diluluskan sebelum wujudnya PR. Perjuangan Pas dalam isu ini pula tidak di buat secara revolusi, tetapi secara demokrasi iaitu mengikut 'rules of law' dan untuk orang Islam sahaja demi untuk menyelesaikan masalah jenayah yang semakin meruncing. Kalau pun diluluskan di Parlimen, banyak lagi usaha yang perlu dipersiapkan. Kalau ditolak, habis setakat itu dan perlu dicari jalan dan ikhtiar yang lain pula. Begitu juga, apa perlunya DAP begitu bersungguh mencampuri urusan pemilihan Pas supaya tidak naik golongan ulamak.

Berkait dengan usul untuk memutuskan hubungan dengan DAP tetapi kekal dalam PR, tunggulah keputusan muktamad Majlis Syura Ulamak (MSU) dari segi hukum dan Jawatankuasa Kuasa Kerja Pas Pusat dari segi perlaksanaan sebagaimana maksud asal usul dan diterima oleh muktamar tanpa bahas. Mengapa ada kawan-kawan kita yang cepat sangat nak letak jawatan sedangkan keputusan muktamad belum dibuat. Mengapa pula pemimpin DAP cepat sangat minta mereka yang berkhidmat dengan kerajaan negeri supaya berundur dengan segera. Ini semua adalah dunia politik yang mempunyai serba kemungkinan dan sentiasa hidup.

Soal Pas mahu bergabung dengan Umno atau membentuk 'unity government' (UG) tidak berbangkit sama sekali. Mesyuarat MSU pada 19 Mei lalu masih lagi menegaskan untuk tidak ada kerjasama politik dengan Umno. Tidak semudah yang kita fikirkan hanya dengan sekeping gambar pertemuan Presiden Pas dengan Timbalan Perdana Menteri di Sabah atas isu kemanusian kerana gempa bumi terus dibuat kesimpulan dan hubung kait dengan UG. Mengapa pula kita senyap dan apa yang nak dikaitkan apabila ada juga gambar pertemuan mesra Presiden Pas dengan Penasihat DAP di negeri yang sama dan pada tarikh yang sama?

Haji Yahaya Ali
TPJ Pas Terengganu
YDP Pas Kawasan Marang

Iklan Berbayar - SMS 013 929 9944 ( RM50.00 Sebulan )

-
-