Ads 468x60px

-

Friday, October 9, 2015

Bekas ADUN BN Dun Alor Limbat, Alias Abdullah, mati ditembak


Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)  BN Alor Limbat, Alias Abdullah.

MARANG: Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alor Limbat, Alias Abdullah, 51, mati ditembak di rumahnya di Kampung Alor Limbat di sini, selepas solat Jumaat tadi. Ketua Polis Terengganu, Datuk Rosli Abd Rahman, ketika dihubungi, mengesahkan kejadian kira-kira jam 2 petang itu.

Bekas ADUN Pengkalan Berangan, Yahya Khatib Mohamad, berkata beliau dimaklumkan oleh isteri bekas wakil rakyat Barisan Nasional itu, Noriha Muhammad, suaminya ditembak di kepala dalam jarak dekat di rumah mereka.

Beliau berkata, Allahyarham yang baru pulang daripada solat Jumaat dipercayai ditembak selepas membuka pintu rumah yang diketuk individu tidak dikenali. "Mengikut apa yang dimaklumkan oleh isteri Allahyarham, tidak lama selepas pulang dari solat Jumaat, ada individu mengetuk pintu rumah dan arwah kemudian membuka pintu sebelum ditembak. "Tembakan daripada jarak dekat itu dikatakan terkena pada kepala sebelum arwah rebah.

Arwah kemudian dikejarkan ke Klinik Kesihatan Bukit Payong sebelum disahkan meninggal dunia," katanya. Allahyarham Alias yang turut memiliki firma guaman Alias Abdullah & Co dipilih sebagai ADUN Alor Limbat dari 2004 hingga 2008.

Allahyarham yang dilahirkan di Kampung Alor Limbat, pernah menjadi Timbalan Ketua UMNO Bahagian Marang dari 2004 hingga 2013 dan Ahli Jawatankuasa UMNO Negeri dari 2011 hingga 2013. Allahyarham yang pernah berkhidmat sebagai Ketua Unit Pendakwaan Negeri (Timbalan Pendakwaraya/Peguam Kanan Persekutuan) meninggalkan seorang balu dan empat orang anak.

Wednesday, October 7, 2015

TG Haji Abdul Hadi Awang Dalam Senarai 500 Individu Muslim Paling Berpengaruh Di Dunia

Kuala Lumpur, 6 Oktober :  Datuk Seri Abdul Hadi Awang diletakkan dalam senarai 500 individu Muslim paling berpengaruh didunia. Ianya tercatat dalam dalam laman web " The Muslim 500" yang menjadi antara rujukan popular untuk mengetahui kedudukan skala "pengaruh" individu utama di dunia. Terbitan pertama "The 500 Most influential Muslims" telah dikeluarkan pada tahun 2009 yang dikompilasikan oleh Royal Islamic Startegic Studies Centre yang berpusat di Amman Jordan.
Datuk Seri Hadi Awang merupakan Naib Presiden Kesatuan Ulamak Sedunia yang diketuai oleh As Syeikh Dr Yusuf Al Qaradawi yang merupakan antara ulamak yang tersohor di dunia Islam pada hari ini. Beliau merupakan Presiden Parti Islam SeMalaysia PAS  iaitu parti Islam tertua di Malaysia yang ditubuhkan sejak sebelum merdeka lagi.
Pernah menjadi Menteri Besar Terengganu bermula 1999 hingga 2004 merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri dan Parlimen hingga sekarang . Beliau turut menulis puluhan buku-buku karangan beliau sendiri dalam pelbagai tajuk terutamanya yang berkaitan politik dan demokrasi di dalam Islam.
Pada setiap pagi Jumaat , kuliah mingguan beliau di Rusila dihadiri oleh ribuan umat Islam sehingga kini. Kewujudan parti serpihan baru PAN telah melonjakkan lagi populariti parti pimpinan beliau dalam perkembangan yang terbaru.

Pil kuda: Mahkamah tolak rayuan bekas calon PKR

PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan hari ini menolak rayuan bekas calon PKR Dun Bukit Besi, Mohd Shamsul Mat Amin terhadap Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkaitan isu pil kuda.

Mahkamah mengarahkan perayu membayar kos RM10,000 kepada kepada Tuan Guru Abdul Hadi.

Pada 11 Mei lalu, Mahkamah Rayuan juga telah menolak rayuan berhubung isu tersebut.

Pada 15 Disember tahun lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu juga menolak saman Mohd Shamsul dengan memerintahkan bekas calon PKR itu membayar kos RM10,000 kepada Tuan Guru Abdul Hadi.

Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu menolak saman fitnah RM2 juta difailkan Mohd Shamsul terhadap Presiden PAS itu.

Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa turut memerintahkan Mohd Shamsul membayar kos RM10,000 kepada Ahli Parlimen Marang itu.

Pada 23 Februari tahun lalu, Tuan Guru Abdul Hadi diperintahkan oleh Mahkamah Tinggi untuk membayar ganti rugi RM2 juta kepada Mohd Shamsul selepas gagal memasukkan kehadiran bagi menjawab atau memfailkan pembelaan terhadap saman yang dikemukakan oleh Shamsul pada 5 Disember 2013.

Empat hari selepas itu, beliau memfailkan permohonan bagi mengetepikan perintah penghakiman ingkar itu.

Mohd Shamsul menyaman Abdul Hadi berhubung kenyataannya bahawa ada calon PKR menjual pil kuda menjelang pilihan raya umum ke-13 tahun lepas sebagai alasan untuk PAS meletakkan calonnya bertanding di Dun Bukit Besi sehingga menyaksikan berlaku pertandingan tiga penjuru.

Dalam pernyataan tuntutannya, Mohd Shamsul mendakwa ucapan Presiden PAS itu dalam ceramah di Kampung Tebakang Alor Limbat, Marang pada 22 April 2013 telah menjatuhkan maruahnya dan keluarga serta menjejaskan reputasinya sebagai calon dan ahli perniagaan. - HARAKAHDAILY 7/10/2015

Iklan Berbayar - SMS 013 929 9944 ( RM50.00 Sebulan )

-
-