Ads 468x60px

-

Saturday, July 20, 2013

Hadi: Ambillah jawatan MB, kami nak Kuala Besut



 
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyokong pandangan Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa supaya pemimpin BN kekal menjadi menteri besar jika parti Islam itu menang dalam pilihan raya kecil DUN Kuala Besut 24 Julai ini.

Abdu Hadi yang juga ahli Parlimen Marang berkata parti itu mahukan kedudukan kerusi seri 16:16 bagi membolehkan mereka menegur pentadbiran negeri sedia ada jika melakukan kesilapan.

"Tak apa, beri kita 16 kerusi, biar dia jadi MB. Tak apa kamu ambil jadi menteri besar. Kita nak 16 kerusi. Apa faedah dia kita ada 16 kerusi (dan) kita tidak menjadi menteri besar? Faedahnya, kita boleh tegur dia.

"Benda yang tidak betul, tidak boleh, kita bangkang... Kita seri, dia tidak boleh buat benda yang tidak betul. Benda yang betul kita sokong, benda yang tidak betul kita bangkang dengan 16 sama.

"Faedahnya, kita mempunyai satu kekuatan untuk membetulkan kerajaan Terengganu," katanya dalam ceramahnya di Kampung Nail, Kuala Besut malam tadi.

Husam dilapor berkata kerajaan BN Terengganu masih boleh dikekalkan dan PAS tidak akan membentuk kerajaan baru di negeri itu sekalipun menang dalam pilihan raya kecil itu dengan kedudukan 16:16 di Dewan Undangan Negeri (DUN).

Sementara seorang lagi Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub percaya PAS dapat memperoleh kedudukan sebagai menteri besar Terengganu jika DUN mencapai anggota 16:16 antara Pakatan Rakyat dan BN.

Abdul Hadi juga mengajak pengundi khususnya yang bekerja nelayan supaya "belajar daripada orang terpelajar" yang memberi kemenangan kepada PAS di empat parlimen di Terengganu.

Menegaskan beliau tidak berniat menghina kumpulan itu, ahli parlimen Marang itu menggesa pengundi Kuala Besut mengambil "peluang kedua" dalam pilihan raya kecil itu demi membuat perubahan, dengan mengundi calon PAS Azlan Yusof.

"Kita sedar, orang kerana sibuk ke laut, sibuk dengan kerja, kita tidak baca internet, tak baca media baru.  Sebab itu kita tidak boleh buat perubahan... Kita maaflah mereka, sebab tak dapat maklumat," katanya.

Friday, July 19, 2013

Che Long Larang Tutup Pagar Rumah, Ajar Anak-anak Pemurah

  • PDF
http://buletinonline.net/images/stories/aberita24/IMG_3834.jpgBESUT - Calon PAS, Haji Endut@ Azlan Yusof yang ebih dikenali sebagai Che Long sering mengingatkan keluarganya supaya memberi kemudahan kepada tetamu yang datang kerumahnya dan mengajar nak-anak menyantuni masyarakat supaya tidak bersifat kedekut

“Che Long sering berpesan kepada saya dan anak-anak jangan tutup pintu pagar rumah, kalau tidak akan menyukarkan tetamu datang.

“Tak kiralah sama ada mereka datang mahu meminta pertolongan atau bertandang ke rumah,” ujar isteri Che Long, Che Zabiyah Muhammad, 44.

Kata beliau suaminya Azlan Yusof, seorang yang gemar membantu menyelesai masalah orang lain khususnya berkaitan kewangan sejak dahulu lagi.

Che Zabiyah berkata, sepanjang Ramadan setiap tahun, Che Long menyediakan peruntukan tidak kurang RM2,000 kepada mereka yang datang ke rumah memohon keperluan harian.

Katanya, suami mendidik anak-anak menyantuni masyarakat supaya tidak bersifat kedekut dan perlu kena ingat sejarah keluarga sebelum ini bukannya kalangan keluarga senang.

“Kami sekeluarga memberi sokongan padu kepada Che Long sejak awal lagi. Biar pun tahu tugas dan tanggungjawab begitu berat, namun berusaha setakat terdaya,” katanya ketika ditemui di rumahnya semalam.

Bermula jam 9.30 pagi setiap hari, Zabiyah  akan bersama muslimat turun padang berkempen membantu suaminya.

Zabiyah juga mengucapkan terima kasih kepada bekas calon PAS Kuala Besut pada pilihan raya umum lalu, Napisah Ismail yang banyak membantu kempen dengan bertemu pengundi.

Kes kalimah Allah terus bersambung di mahkamah



 
Mahkamah Rayuan menetapkan 22 Ogos bagi mendengar permohonan Ketua Biskop Roman Katolik Murphy Pakiam untuk mengetepikan rayuan kerajaan berhubung penggunaan kalimah Allah dalam Bible.

Perkara itu dibuat ketika pengurusan kes di hadapan pendaftar mahkamah semalam.

Jika permohonan itu gagal, mahkamah pada 10 September dijadual mendengar permohonan oleh pencelah dalam rayuan mereka.

Difahamkan asas permohonan biskop itu berdasarkan 10 penyelesaian yang ditandatangani oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada April 2010, yang mana kerajaan membenarkan penggunaan kalimah Allah untuk teks bahasa Malaysia dan Indonesia.

Peguam mewakili mingguan Herald berhujah, oleh kerana ia dipersetujui oleh Najib, kenapa kerajaan patut merayu.

Penganut Kristian terutamanya di Malaysia Timur menggunakan kalimah Allah ketika bersembahyang. Terdapat gula golongan Sikh yang mengamalkan pendekatan sama.

NGO: Nik Aziz dihalang solat di kem TUDM




 
Pengerusi NGO Kebajikan Rangkaian Bekas Tentera (KERABAT) Mejar (B) Yusoff Ali mempersoalkan tindakan pengurusan kem tentera Gong Kedak di Besut yang menurutnya menghalang mursyidul am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat daripada menunaikan solat di masjid kem tersebut.

Laporan Harakahdaily yang memetik kenyataan Yusoff menyebut, pengurusan kem pada awalnya membenarkan bekas menteri besar Kelantan itu diundang untuk menunaikan solat Maghrib di masjid tersebut pada malam tadi.
Namun pengurusan kem Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) itu bertukar fikiran di saat akhir, kata Yusoff yang menambah, tindakan itu mungkin dibuat atas arahan pihak atasan.

Katanya, perkata itu tidak sepatutnya dibuat kerana pemimpin Umno sebelum ini juga bebas mengunjungi masjid tersebut.

“Kita faham kerana pegawai di kem berkenaan semuanya kawan-kawan saya yang pernah khidmat bersama di TUDM sebelum ini, namun kerana tekanan atasan mereka tidak dapat berbuat apa-apa,” katanya seperti dipetik Harakahdaily.

Menurut laporan itu lagi, Masjid di kem Tentera Udara Diraja Malaysia itu mengadakan majlis berbuka puasa setiap hari sejak penamaan calon pada Jumaat lepas.

Sedangkan, masjid berkenaan sebelum ini tidak pernah membuat majlis berbuka puasa secara besar-besaran setiap hari, yang terbuka kepada penduduk tempatan, lapor lidah parti PAS itu lagi.

Abby Abadi lelong baju kurung demi Che Long




Selebriti terkenal Artis Abby Abadi hari ini melelong baju kurung dan tudung miliknya bagi mengumpul dana untuk disumbangkan jentera pilihan raya kecil PAS di DUN Kuala Besut pada 24 Julai ini.

Baju kurung cekak musang hijau dengan hiasan berkilauan di bahagian leher dan dada serta bersulam di bahagian lengan itu dijual dalam lelongan di Karnival "Jom Bersama Che Long" anjuran PAS di Kampung Baharu, Kuala Besut.

NONEIa dimenangi pembida yang juga bekas exco Pemuda PAS Kelantan Dr Rosli Alani Abd Kadir dengan nilai RM1,010.

Dr Alani pada mulanya bersaing dengan seorang pembida perempuan yang saling menawarkan harga tertinggi bagi mendapatkan baju kurung tersebut.

Akhirnya, Dr Rosli menawarkan harga RM1,010 untuk membolehkan beliau memiliki baju kurung tersebut sekaligus menutup peluang pesaingnya selepas kiraan dibuat.

Pengerusi majlis bagi acara tersebut meminta Dr Rosli naik ke pentas untuk mengambil baju kurung tersebut dan berseloroh berkata:

"Nak beri kepada isteri yang mana, tak tahulah," seloroh pengerusi yang mengundang gelak ketawa kira-kira 500 pengunjung yang hadir.

'Mahu lelong barang lain?'

Kemudiannya, apabila pengerusi bertanya kepada Abby sama ada beliau mahu melelong barang lain termasuk kaca mata hitam yang dipakainya, Abby berkata beliau boleh memberikan tudung ungu yang dipakainya.

NONEMajlis kemudiannya melakukan bidaan tudung ungu Abby dengan harga permulaan RM70.

Tudung itu (kiri) akhirnya dibeli dengan harga RM100 oleh salah seorang jentera PAS kawasan itu Asri Husin.

Sebelum itu, Abby menyampaikan ceramah motivasinya kepada pengunjung khususnya Muslimat PAS dan menceritakan pengalaman pahit manis penglibatannya dalam dunia glamor.

Karnival dua hari itu bermula hari ini. Antara program disusun, khidmat kesihatan, gunting rambut, bertindik, tukar minyak hitam kenderaan, gerai jualan, pertandingan melukis dan bayi sihat serta ceramah motivasi keluarga bersama penceramah Ustaz Ja dan Abby sendiri.

Abby turut mengambil kesempatan menyampaikan kepada pemenang bayi sihat dan melukis.

Iklan Berbayar - SMS 013 929 9944 ( RM50.00 Sebulan )

-
-