Ads 468x60px

-
Showing posts with label Video. Show all posts
Showing posts with label Video. Show all posts

Monday, February 17, 2014

Presiden PAS : Jaminan Kepada Kaum Tionghua PAS Akan Tentang Politik Perkauman

KUALA TERENGGANU – Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang member jaminan kepada seluruh rakyat khususnya kaum Tionghua, PAS tidak akan mengikut rentak Umno-BN dan akan menentang politik perkauman.
Presiden PAS melambaikan tangan kepada warga TionghuaBeliau mengajak masyarakat pelbagai kaum, supaya jadikansemangat hidup bermasyarakat sebagai satu cara untuk bersatu padu dan tolong menolong antara satu sama lain.
“PAS mengajak masyarakat pelbagai kaum, supaya jadikansemangat hidup bermasyarakat sebagai satu cara untuk menyatupadukan kita, walaupun kita berbeza agama, berbeza kaum, tetapi ada perkara yang kita boleh bersatu, yang kita boleh bersetuju.
“Ada kalangan kita yang menjadi peniaga, jadi petani, nelayan dan sebagainya. Jadikan di tempat kerja masing masing ini, semangat tolong menolong antara satu sama lain,”jelasnya.
Beliau yang juga Ahli Prlimen Marang berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam sempena Tahun Baru Cina di kampong Tiong Kuala Terengganu pada Sabtu, 15 Februari.
IMG_6221Malangnya kata beliau, Barisan Nasional (BN) yang dipimpin oleh UMNO yang telah memerintah selama hampir 60 tahun telah menjadikan perbezaan kaum ini sebagai alat untuk mengekalkan kekuasaan mereka.
Oleh sebab itu, beliau mendedahkan, mengapa isu perkauman telah dihidupkan semula oleh Umno dan BN sejak kebelakangan ini.
Beliau mengucapkan terima kasih kepada kaum Tionghua di seluruh negara yang telah menambah undi kepada PR pada pilihanraya lalu, yang telah menambah undi Melayu, walaupun turut meningkat, tetapi tidak mencukupi.
Oleh kerana Pakatan Rakyat banyak mendapat kemenangan di kawasan bandar berbanding di kawasan pedalaman, beliau menyeru para peniaga dibandar-bandar menyampaikan maklumat kepada mereka yang tinggal di kampung.
“kerana mereka yang ada di kawasan pedalaman, (kawasan) Felda tidak ada maklumat. Kita hanya mampu buat perubahan di kawasan bandar sahaja.
Jamuan Makan Malam Sempena Tahun Baru China 2014“Oleh kerana itu, peniaga peniaga yang ada di bandar ini, beri kefahaman kepada mereka. Kita memerlukan sedikit undi lagi. Satu perubahan yang besar akan dapat dilakukan,”saran beliau.
Justeru itu, beliau berkata, PAS memberi jaminan sesungguhnya akan menentang politik perkauman yang cuba dimainkan oleh mana-mana pihak.
“PAS memberi jaminan kepada kaum Tionghua, PAS akan menentang politik perkauman. PAS memberi jaminan. Dan PAS tidak akan terikut dengan politik perkauman BN.
“Elakkan perpecahan yang boleh merugikan kita dan anak-anak kita,”tegas beliau

PJ Terengganu : Syabas Kepada Kaum Tionghua Kerana Bernai Hadir ke Program PAS

..KUALA TERENGGANU – Pesuruhjaya PAS negeri Terengganu, YB Ustaz Satiful Bahri Mamat mengucapkan ribuan terima kasih dan syabas kepada kaum Tionghua yang berani hadir ke Majlis Makan Malam Sempena Tahun Baru Cina yang dianjurkan parti itu.
Beliau berkata, majlis seperti itu merapatkan lagi PAS dengan masyarakat berbilang kaum, sekaligus menggagalkan usaha Umno dan Barisan Nasional (BN) yang cuba memecahbelahkan masyarakat.
“kita mengadakan perjumpaan (dan) pertemuan seperti ini untuk mendekatkan antara kita dengan masyarakat berbilang kaum,
IMG_6221“sebab kita sedia maklum bahawa Umno ( dan Barisan Nasional) dia akan cuba memecahbelahkan, menimbulkan isu ‘rasis’ perkauman, perbalahan antara kaum, demi untuk mengekalkan (kuasa) Barisan Nasional,”ujarnya.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paka berkata, PAS sebagai sebuah parti politik dan gerakan Islam mempunyai ahli daripada pelbagai bangsa, bahasa.
Sebaliknya, kata beliau, Barisan Nasional masih mengamalkan perjuangan berdasarkan komposisi kaum, yang menyebabkan perbalahan pada hari ini.
Oleh itu, Beliau menyeru seluruh rakyat khususnya kaum Tionghua untuk meneruskan perubahan yang telah dibuat, bagi menghadapi pilihanraya umum yang akan datang.
Di negeri Terengganu, katanya, walaupun sebanyak RM2.3 bilion bajet diluluskan, tetapi rakyat tidak mandapat manfaat yang besar.
“Di negeri Terengganu, walaupun bajet RM2.3 bilion tahun ini, apa yang diperolehi oleh rakyat? Yang khususnya memerlukan kepada pendidikan, rumah, tempat tinggal, peluang pekerjaan dan sebagainya.
Makan Malam Sempena Tahun Baru China 2014“Pemasalahan sosial makin banyak. Barang-barang makin mahal hari ini, yang murah hanya ‘kangkung’. Tak patut rakyat nak makan kangkung hari-hari? Sedang pemimpin hidup dalam keadaan mewah. Jadi, perkara ini kita perlu buat perubahan,”ujarnya lagi
Katanya, warga Tionghua kini tidak takut dan mempedulikan ugutan MCA dan Barisan Nasional yang sentiasa menekan kehidupan rakyat.
“Jadi saya ucapkan terima kasih, tahniah dan syabas, kerana saudara yang berani hadir di sini, sebab kadang-kadang Umno ini tekan, tindas, (sehingga) orang takut nak hadir program PAS.
“Dia ugut, tak nak bagi BR1M dan sebagainya. Tapi, hari ini orang sudah berani, ini merupakan hak kita, kita mesti berani untuk memperjuangkanya, untuk mendapatkan hak kita,”tambahnya.
Beliau yakin, dengan komitmen, semangat perjuangan dan setia kawan, PAS yang menerajui Pakatan Rakyat, akan berpeluang sekali lagi untuk memerintah negeri Terengganu.

Iklan Berbayar - SMS 013 929 9944 ( RM50.00 Sebulan )

-
-