Ads 468x60px

-
Showing posts with label Berita Terengganu. Show all posts
Showing posts with label Berita Terengganu. Show all posts

Tuesday, February 23, 2016

Balai Penghulu Jadi Sarang Ular?

MARANG – Balai Penghulu biasanya berfungsi sebagai pusat kepada pentadbiran sesebuah mukim bagi memberikan perkhidmatan secara lebih efektif kepada masyarakat setempat yang kadang-kadang tinggal jauh daripada Pejabat Tanah atau Daerah.
IMG-20160223-WA0003Akan tetapi agak malang bagi penduduk sekitar Pekan Bukit Payung apabila sebuah Balai Penghulu telah ditinggalkan sejak sekian lama, bukan lagi berfungsi sebagai pejabat wakil kerajaan negeri, sebaliknya mungkin menjadi sarang ular.
Dengan dinding, pintu dan tingkap banyak yang pecah dan dimakan anai-anai, semak-samun disekelilingnya, ia menjadi tanda tanya penduduk, kenapa balai ini terbiar kerana ini semua adalah duit rakyat.
Demikian antara luahan beberapa penduduk di sekitar Pekan Bukit Payung apabila ditanya tentang Balai Penghulu yang dianggarkan bernilai RM150 ribu itu, tidak berpenghuni dan berfungsi sehingga kini.
Seorang penduduk, Haji Aziz Abdullah berkata, beliau nampak seekor ular tedung selar berkeliaran di sekitar balai itu tidak beberapa lama dahulu dan merasa bimbang jika ular itu bertembung dengan penduduk setempat.
Beliau berharap agar balai tersebut diselenggarakan dengan baik agar ianya tidak menjadi sarang binatang berbisa mahupun sarang penagih dadah suatu hari nanti.
IMG-20160223-WA0005“Harap kerajaan datanglah untuk melihat-lihat bangunan tinggal ini kerana ianya terletak di sebelah Pusat Asuhan Tadika Islam (PASTI) yang kita bimbang juga dengan keselamatan pelajar-pelajar ini selepas nampak ular itu.
Sudah kira-kira 10 tahun balai ini tidak dgunakan selepas penghulu terakhir, kalau tak salah ingatan saya, Penghulu Alias menggunakannya sebagai pejabat,” kata beliau.
Haji Aziz ditemui ketika program gotong royong membersih kawasan Pasti Pekan Bukit Payung, bagi membasmi denggi dan mengalirkan semula longkang yang tersumbat di belakang Pasti.
Seorang lagi peserta gotong royong yang ditemu bual, Jailani Mohammad berkata, dia terpaksa menggunakan gergaji bermotor dan memotong semua pohon-pohon yang agak besar yang masuk ke kawasan Pasti.
IMG-20160223-WA0002Menurutnya, kawasan balai yang bersemak, secara tidak langsung, memberikan kesan yang tidak baik juga kepada Pasti di sebelahnya.
Bagi beliau ini adalah salah satu kerja amal kerana mahu menjaga keselamatan kanak-kanak pelajar Pasti itu dan juga memikirkan premis itu adalah kepunyaan rakyat.
Namun begitu, seruan yang sama diluahkan beliau, agar wakil kerajaan datang dan berbuat sesuatu dengan balai tersebut, sekurang-kurangnya melegakan perasaan risau penduduk setempat.
Manakala Ketua PAS Cawangan Pekan Bukit Payung, Ustaz Zakaria Ismail melihat kegagalan memanafaatkan sepenuhnya premis kerajaan yang menggunakan wang rakyat ini adalah satu bentuk pembaziran yang tidak sepatutnya berlaku.
Wakil Rakyat Dun Bukit Payung, YB Ustaz Mohd Nor Hamzah yang turut sama menyertai gotong royong itu juga kesal dengan keadaan premis yang begitu teruk dan uzur dilihat dan akan cuba mencari jawapannya daripada kerajaan.

Friday, February 28, 2014

Perintah Penghakiman Ingkar; Jangan Dengar Khabar Angin

Bismillah.Saya mewakili Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu (BPPNT) hadir ke Kompleks Mahkamah Terengganu tadi (semalam 27 Februari) bersama Setiausaha Politik Presiden PAS, Dr Ahmad Shamsuri Mokhtar, mengiringi peguam Dato’ Seri Presiden, Tuan Haji Asmuni Awi dan pasukannya untuk menfailkan permohonan untuk mengenepikan perintah penghakiman ingkar bagi kes saman fitnah oleh Mohd Shamsul Mat Amin.
Mahkamah telah menerima permohonan dan memutuskan untuk mendengar kes ini pada 30hb Mac 2014.
fail notis ketepi2Oleh itu saya mewakili BPPNT sekali lagi menyeru kepada semua ahli PAS agar bertenang dan bersabar serta menjauhkan diri dari melayan khabar-khabar dari pihak-pihak yang berniat jahat khususnya terhadap Presiden dan PAS amnya, terutamanya di media-media maya yang sebahagian besarnya sangat jauh daripada kebenaran.
Kami InsyaAllah akan cuba sedaya upaya untuk sentiasa menyalurkan maklumat-maklumat terkini dan benar berkaitan kes ini.
Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada pasukan peguam Dato’ Seri Presiden yang diketuai oleh Tuan Haji Asmuni bagi membuat pembelaan keatas Presiden.
YB Ustaz Mohd Nor Hamzah
Ketua Penerangan BPPNT
27 Rabiu’l Akhir 1435 bersamaan 27hb Feb 2014

Monday, January 27, 2014

'Jasad yang pergi, ilmu dan perjuangan kekal di dada kami'


KUALA LUMPUR: Pemergian Almarhum Tuan Guru Harun Taib adalah satu kehilangan besar buat Gerakan Islam di rantau ini, kata AJK PAS Pusat, Nasrudin Hassan. 

Bagaimanapun, katanya malang ada portal dan penulis seperti melepaskan dendam tersumbat apabila membidik almarhum sebagai perginya ulama konservatif sehari selepas beliau kembali ke rahmatillah. 

Tambah Ahli Parlimen Temerloh itu, tanpa peduli adab dan hormat, mereka seperti gembira dengan pemergian almarhum. 

“Saya sekadar ingin mengingatkan, yang pergi ialah jasad almarhum Tuan Guru mendapatkan kekasihnya yang Maha Kuasa tetapi ilmu dan roh perjuangan masih kekal di dada kami anak-anak muridnya. 

“Perjuangan beliau akan bersambung insya Allah,” tegasnya yang merupakan anak didik almarhum.

Wednesday, May 22, 2013

Insiden PRU-12 Di Rusila; Hakim Benarkan Ikat Jamin


http://buletinonline.net/images/stories/aberita20/Kamaruzzaman%20A%20Wahab.pngKUALA TERENGGANU
 - Kesemua enam orang yang dituduh terlibat dalam kes Insiden PRU-12 di Rusila diberi jaminan oleh hakim Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu sehingga kes tersebut dibicarakan di Mahkamah Rayuan Putrajaya.

Menurut Peguam yang mengendalikan kes tersebut Kamaruzaman A Wahab, tiga dari sembilan orang yang dituduh dalam kes tersebut telah dilepaskan dan dibebaskan, manakala enam yang dibicarakan semalam Selasa 21 Mei telah dijatuhkan hukuman penajara diantara 6 hingga 13 bulan bulan.

Beliau berkata, sebahagian dari jumlah enam orang yang dijatihkan hukuman tersebut diterima rayuannya dan sebahagiannya telah ditolak.

Bagaimana pun, setelah bersidang sehingga jam 3.30 petang, Hakim Dato' Yazid Mustaffa membenarkan jaminan kepada kesemua enam orang tersebut dengan jaminan sebanyak RM2,000 setiap orang sehingga kes itu dibicarakan di Mahkamah Rayuan Putrajaya.

"Kes ini (kesleuruhannya) melibatkan sembilan orang, diamna dimana dalam kes ini tiga orang telah dilepaskan dan dibebaskan, enam orang (yang dibicarakan) hari ini, rayuannya dibenarkan sebahagian dan dikekalkan hukuman sebahagiannya,

"sekarang dibuat rayuan ke Mahkamah Rayuan Putrajaya, dan semua enam orang yang terlibat (itu) telah diberi jaminan sehingga kes ini didengar di (Mahkamah Rayuan) Putrajaya,"ujarnyanya ketika ditemui. 

[Lihat Video]

http://buletinonline.net/images/stories/aberita20/Ustaz%20Khalil%20Mahkamah%2021%20mei.jpgDalam penghujahannya, Dato' Yazid membenarkan ikat jamin enam orang terbabit berdasarkan fakta kes dan suaana semasa serta tempoh proses rayuan yang dibuat.

"memandangkan kepada fakta kes dan suasana semasa di mana proses rayuan akan hanya bermula antara enam hingga  sembilan bulan, maka saya berperpandangan permohonan peguambela supaya dibenarkan diikat jamin diterima,

"Dengan ini saya memutuskan supaya dikenakan jaminan RM2,000 seorang dengan setiap kes dikehendaki dua orang penjamin,"tegasnya.

Turut hadir memberikan sokongan moral adalah Exco Dewan Pemuda PAS Pusat Ustaz Mohd Khalil Abdul Hadi, dan Bendahari PAS Terengganu M.Shukrimun Shamsuddin.

Sehubungan itu, Ustaz Mohd Khalil mengucapkan terima kasih kepada Hakim Dato' Yazid dan bersyukur kepada Allah SWT kerana mempertimbangkan rayuan dan memberikan ikat jamin kepada mereka yang terlibat.

Beliau menyeru dan memohon supaya seluruh ahli dan penyokong PAS agar melakukan solat hajat dan munajat, supaya Allah memberikan kemudahan terhadap rayuan kes tersebut di Mahkamah rayuan kelak dan mereka yang dituduh, dilepaskan dan dibebaskan.

Iklan Berbayar - SMS 013 929 9944 ( RM50.00 Sebulan )

-
-