Ads 468x60px

-

Wednesday, July 14, 2010

Muktamar PAS Kawasan Marang kali 26

Mesyuarat Agong PAS Kawasan Marang kali ke-26

Tarikh : 8 Mei 2010

Tempat : Dewan utama (A) Masjid Rusila.

Perbarisan Unit Amal Marang mengambil tempat.




Unit Amal Marang sedang bersiap untuk menerima kunjungan tetamu

Saf Kepimpinan Pas Kawasan Marang dan AJK Kelab Penyokong
sedang menunggu Ketibaan perasmi.



Hj Yahaya Ali selaku YDP Kawasan Marang sedang memperkenalkan AJK PAS Kawasan dan AJK Kelab Penyokong PAS kepada YB Dato' Seri Hj Mohd Nizar Jamaluddin.



YB Mohd Nizar Jamaluddin bersama-sama menghayati lagu rasmi PAS.


Pemeriksaan perbarisan Unit Amal.


Unit amal cilik ini menarik minat DS Mohd Nizar Jamaluddin.


Pendaftaran perwakilan dan pemerhati.


Perwakilan Mesyuarat Agong



Dato' Seri Nizar sedang menyampaikan ucapan perasmian.


Anugerah Khas cawangan terbaik kawasan Marang, Pas Cawangan Bukit Kulim, Pengkalan Berangan. Ustaz Sulaiman mewakili PAS cawangan menerima anugerah dari YB DS Nizar yang diiringi oleh Hj Yahaya Ali.


Wakil kelab penyokong menyerahkan borang keahlian kepada YB DS Nizar

Friday, March 12, 2010

PAS Marang hilang pejuang aktif

MARANG, 11 Mac: PAS Kawasan Marang kehilangan seorang pejuang tulen yang gigih dengan mewakafkan diri untuk menegakkan kalimah Allah di atas muka bumi ini.

Pemergian Ustaz Ghazali Mohd, 63, yang dikenali dengan panggilan Pak Su Li dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 18, Jalan Kuala Terengganu-Kuala Berang, dekat Kampung Binjai Rendah, petang semalam amat dirasai terutama rakan-rakan seperjuangan yang bergerak aktif sejak 1960-an lagi.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengakui hakikat tersebut yang turut menyampaikan ucapan takziah ketika menziarahi keluarga allahyarham dan mengimami solat jenazah tiga beranak itu.

Kejadian yang mengorbankan Ghazali, isteri, Halimah Awang, 56, dan anaknya, Radiah, 39, berlaku kira-kira pukul 3.40 petang semasa Toyota Avanza yang dipandu allahyarham bersama tujuh ahli keluarganya dalam perjalanan ke Kuala Terengganu bagi membeli persiapan untuk kenduri perkahwinan anaknya Ahad ini.

Allahyarham pernah beberapa kali dipilih menganggotai Jawatankuasa PAS Kawasan Marang dan menjadi Naib Ketua Urusan Ulamak PAS kawasan penggal lepas di samping menjawat Timbalan Pengarah MTD Pengkalan Berangan hingga akhir hayat.

Penglibatan aktif allahyarham di peringkat Dun Pengkalan Berangan telah mendapat kepercayaan kepimpinan untuk menjadi wakil calon PAS dalam pilihan raya umum di Dun berkenaan.

Iklan Berbayar - SMS 013 929 9944 ( RM50.00 Sebulan )

-
-