Tuesday, January 28, 2014
Program Pas Kawasan Marang
24hb Jan 2014 (Jumaat) : Peserta program dilepaskan oleh T.Guru Presiden dr Masjid Rusila -Rombongan ke Program Tamrin & Brainsorming PAS KAWASAN MARANG di MADU, Kelantan.

Program Tamrin & Brainsorming PAS KAWASAN MARANG di MADU, Kelantan. Telah dirasmikan oleh YDP PAS KAWASAN MARANG, Tuan Haji Yahaya Ali. Merangkap TPJ2 Pas Terengganu. Rombongan peserta telah dilepaskan oleh Presiden Pas dari Masjid Rusila selepas kuliah pagi jumaat. Berita dihttp://pasmarang.blogspot.com/

Program Munaqasyah Ucapan Dasar Presiden
Telah dirasmikan oleh Dato' Tuan Ibrahim, Naib Presiden Pas dlm Program Munaqasyah Ucapan Dasar Presiden. Turut membentang kertas kerja Dr Rosli Yaakob ( Pengarah Urusan Harakah)

Himpunan Mujahidah Marang
31 Jan 2014 : Program dirasmikan Dato' Tuan Ibrahim, Naib Presiden Pas di Dewan Tok Guru, Masjid Rusila.

Monday, January 27, 2014
Brainstorming Dun Bukit Payung
Tahniah Kepada Dun Bukit Payung kerana berjaya mengadakan Brainstorming

'Jasad yang pergi, ilmu dan perjuangan kekal di dada kami'

KUALA LUMPUR: Pemergian Almarhum Tuan Guru Harun Taib adalah satu kehilangan besar buat Gerakan Islam di rantau ini, kata AJK PAS Pusat, Nasrudin Hassan.
Bagaimanapun, katanya malang ada portal dan penulis seperti melepaskan dendam tersumbat apabila membidik almarhum sebagai perginya ulama konservatif sehari selepas beliau kembali ke rahmatillah.
Tambah Ahli Parlimen Temerloh itu, tanpa peduli adab dan hormat, mereka seperti gembira dengan pemergian almarhum.
“Saya sekadar ingin mengingatkan, yang pergi ialah jasad almarhum Tuan Guru mendapatkan kekasihnya yang Maha Kuasa tetapi ilmu dan roh perjuangan masih kekal di dada kami anak-anak muridnya.
“Perjuangan beliau akan bersambung insya Allah,” tegasnya yang merupakan anak didik almarhum.
Saturday, January 25, 2014
Terkenang saat manis bersama Ustaz Harun di UK
DR RAJA AHMAD ISKANDAR AL-HISS

Ustaz Harun Taib nama yang sering menjadi sebutan oleh ahli PAS. Pandangan pedas dan tegas. Saya mula mengenali ayahanda Ustaz Harun secara dekat sejak mula bertugas sebagai Pegawai di Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) pada tahun 1998. (Penulis berbaju batik)
Rata-rata orang ramai apabila disebut nama Ustaz Harun Taib seperti menikus kecuakan. Mungkin dari raut wajah dan pakaiannya kelihatan seperti seorang yang garang. Tapi itu adalah persepsi sahaja bagi siapa yang tidak mengenalinya.
Ketika itu kebanyakan kami petugas di pejabat DPPP menjadikan konsep “pejabatku rumahku”. Maka sememangnya segalanya di Markaz PAS Taman Melewar. Pejabat DPPP terletak di tingkat atas manakala Pejabat Dewan Ulama Pas pula terletak tingkat bawah. Selalunya almarhum Ustaz Harun akan bermalam di pejabat DUPP setiap kali selepas mesyuarat DUPP atau Jawatankuasa Harian PAS Pusat. Maka tiap kali almarhum tidur di pejabat, maka menjadi kelaziman kami akan diajak makan tengah malam. Faiz Nawi, Fadli Ghani dan Yusapiza adalah ahli minum malam tetap bersama almarhum. Wajah garang yang sering diwar-warkan tidak langsung terbit apabila kami bersama. Banyak sangat perkara kami berkongsi tatkala keluar minum malam.
Apabila Allah beri kemenangan kepada PAS memerintah Terengganu, ayahanda Ustaz Harun dilantik menjadi Exco Pendidikan dan Dakwah Kerajaan Terengganu dibawah pimpinan Menteri Besar, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang. Tatkala itu saya merasakan mungkin suasana akan berubah, almaklumlah almarhum sudah menjadi Exco Kerajaan Negeri, kereta Mercedes model lama berlampu petak bertukar kepada kereta Mercedes masterpiece Exco, tetapi ternyata sangkaan saya dan sahabat meleset apabila masih mendapat panggilan telefon beliau mengajak kami untuk minum malam bersamanya. Banyak perkara kami kongsi terutama pandangan saya sebagai petugas parti terhadap kerajaan Terengganu yang almarhum sebagai salah seorang Exconya. Saya antara yang sering berkomunikasi dengannya, mungkin kerana atas sifat saya sebagai Setiausaha Politik Ketua Pemuda ketika itu.
Tahun 2003, saya mengambil keputusan untuk meneruskan pelajaran saya ke peringkat PhD ke Manchester. Antara pimpinan yang menghubungi saya menyokong hasrat itu adalah Ustaz Harun. Beliau juga berhasrat untuk menghantar anaknya sendiri ke United Kingdom bagi menimba ilmu di sana.
Setelah saya berada di bumi UK hampir 5 bulan. Tiba-tiba telefon saya berdering, terpapar nombor tidak dikenali dari Malaysia. Apabila saya jawab," Assalamualaikum Raja, Harun ni." Saya pelik.. ish sapa pulak Harun ni, jawab saya, " Harun mana ni", barulah dia balas Ustaz Harun. Malu rasanya bila tak kenal suaranya. Tapi itulah Ustaz Harun tidak pernah memperkenalkan diri dengan gelaran Datuk atau Ustaz kepada sesiapa yang dijumpainya. Panggilan telefon tadi rupanya nak memaklumkan kepada saya bahawa dia nak hantar sejumlah pelajar anak Terengganu bagi melanjutkan pelajaran ke United Kingdom. Pesannya pada saya, tolong tengok-tengokkan mereka setibanya di UK.
Sepanjang saya di UK, rumah saya adalah antara rumah persinggahan tetap pimpinan PAS. Antara yang sering dan wajib singgah adalah Ustaz Harun sendiri. Nasi lemak ayam masakan isteri saya antara kegemarannya. Kambing panggang antara makanan kegemarannya juga yakni saya selalu membawanya ke kedai kebab Pakistan di Cheetham Hill.
Setiap kali Ustaz Harun bertandang ke UK, sudah pasti kami menganjurkan program bersamanya. Jika tempohnya kehadirannya lama, maka program tamrin kami aturkan untuk dikongsi dengannya.
Saya antara yang gembira jika Ustaz Harun datang menziarahi anak-anaknya di UK. Pernah sekali Ustaz Harun meluangkan masanya selama 6 jam bermula 8 malam hingga 2 pagi ketika musim sejuk berdiskusi dan bertukar pandangan dengannya. Hanya saya dan dia tanpa gangguan di rumah anaknya di Wigan kira kira 40 minit perjalanan dari Manchester. Begitu juga ketika Ustaz Harun menziarahi anaknya di Birmingham pada musim bunga. Saya tak lepaskan peluang bertemu dengannya bagi mendapat isu terkini dan penjelasan isu semasa terutama selepas PRU12.
Selepas saya pulang ke tanah air. Antara pimpinan yang saya hubungi sudah pastinya ustaz Harun Taib. Seperti biasa, nasihat dan pandangan dihembuskan kepada telinga saya sebagai kekuatan penerus perjuangan. Selepas dipilih dalam muktamar 2009 sebagai Exco dan ditaklifkan sebagai Exco Antarabangsa DPPP. Ustaz Harun adalah salah seorang guru antarabangsaku, Ustaz Harun antara yang disegani oleh dunia islam. Gerakan Ikhwan Mesir terutamanya memanggilnya Maulana Harun Tayyib sebagai menghormati ilmu dan kepimpinannya. Tatkala beliau ke UK, saya antara yang mengiringi beliau dalam pertemuan dengan pihak luar.
Semasa menjadi Naib Ketua Pemuda Pusat, Ustaz Harun sering menghubungi saya bagi mendapatkan penjelasan bagi beberapa tindakan saya terutama isu DAP. Begitu juga selepas muktamar baru ni, Ustaz Harun antara yang sering menasihati saya agar terus istiqamah. Kali terakhir saya bertemu ayahanda ustaz Harun ketika mesyuarat PAS Pusat bulan Januari di KUIZM dan itulah kali terakhir tangannya ku cium. Semoga ciuman terakhirku menjadi azimat perjuanganku. Selamat jalan ayahandaku. Moga Allah tempatkan ayahanda ustaz Harun dikalangan yang terpilih.
AL-FATIHAH...
Penulis adalah Penolong Setiausaha Agung PAS merangkap Ketua Dewan Pemuda PAS Perak.

Subscribe to:
Posts (Atom)
Iklan Berbayar - SMS 013 929 9944 ( RM50.00 Sebulan )
-
-