Ads 468x60px

-

Wednesday, April 9, 2014

GST: Rakyat jadi mangsa tabiat boros Menteri Kewangan

KUALA LUMPUR: Selagi tiada perubahan pada sikap menteri kewangan, selagi itu rakyat di negara ini bakal dibebankan dengan pelbagai bayaran termasuk yang terbaru Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang diluluskan Dewan Rakyat kelmarin.

Pengarah Pusat Penyelidikan PAS, Dr Dzulkefly Ahmad (gambar) berkata, memang benar GST bakal menjana pendapatan besar kepada negara namun selagi masalah sikap tidak diubah, tiada guna cukai baru diperkenal melainkan hanya menyusahkan rakyat.

"Apa tabiatnya? Berbelanja besar masa mewah dan masa meleset, mudah buat bajet tambahan, beri kepada kroni secara direct-nego, masih kekal monopoli dan konsesi-konsesi, ketirisan dan rasuah masih di takuk lama.

"Ini Ketua Audit Negara yang laporkan setiap tahun berlaku perkara sama," kata beliau kepada Harakahdaily.

Kelmarin, Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-undang GST selepas melalui dua hari perbahasan untuk bacaan kali kedua.

Pengundian belah bahagi menyaksikan 118 ahli parlimen BN menyokong sementara 81 ahli parlimen Pakatan Rakyat menyatakan tidak bersetuju.

GST yang dijadual dilaksanakan pada April tahun hadapan dijangka bakal memberi tambahan pendapatan negara sebayak RM3 bilion untuk tahun pertama dan unjuran sehingga RM20 bilion pada keadaan optimanya.

Mengulas lanjut, Dzulkefly yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat berkata, kerajaan tidak wajar menyalahkan pemberian subsidi sebagai punca kebejatan kewangan negara sehingga menghalalkan perlaksanaan GST.

Hutang kerajaan Pusat katanya bukanlah disebabkan oleh faktor subsidi sahaja, dan jika sekalipun benar, ianya hanya sedikit.

Tetapi kata beliau, punca lebih besar adalah cara pengurusan kewangan negara yang tidak berhemat.

Beliau turut meminta Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Razak menjelaskan punca kerajaan BN menanggung defisit fiskal terus menerus selama 16 tahun dan hutang Kerajaan Persekutuan yang telah mencecah hampir 55% dari KDNK walaupun tidak diizinkan Akta Pinjaman Tempatan 1959.

"Negara memerlukan seorang Menteri Kewangan yang tinggi hemahnya, beramanah-integriti, sepenuh-masa, cermat, tekun, akumen kewangan yg tajam, tak diganggu-gugat oleh kepentingan kroni.

"GST boleh jana pendapatan yang mewah berbilion ringgit, tapi yang mesti berubah menteri kewangan dan tabiatnya," katanya.

MH370: Kenapa tiada taklimat kepada MP Pakatan?

KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat (PR) kesal dengan penolakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim untuk memberikan taklimat berkaitan MH370 kepada ahli parlimen PR.

Sikap tersebut dilihat seolah-olah Shahidan cuba berdolak-dalik untuk mengadakan pertemuan dengan semua wakil rakyat Pakatan Rakyat.

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar, berkata sebelum ini Shahidan meminta wakil Pakatan mengemukakan notis untuk tujuan taklimat tersebut, namun tidak bersedia mengadakan taklimat selepas permintaan untuk memberi notis diberikan.

"Sebelum ini, beliau minta kami mengemukakan notis untuk tujuan tersebut. Selepas notis dihantar, beliau kemudiannya membalas notis tersebut dengan mengatakan kerajaan hanya akan memberi taklimat berkaitan MH370 selepas semua jawatankuasa khas yang dilantik selesai membuat siasatan.

"Perkara ini menimbulkan pelbagai persoalan, apa masalah yang tidak boleh hendak bagi taklimat kepada Pakatan, sedangkan taklimat sama diberikan kepada wakil rakyat BN. Sedangkan banyak lagi persoalan yang tidak terjawab berkaitan krisis tersebut," tegas beliau pada satu sidang media, di lobi parlimen, hari ini.

Tambah Mahfuz, sekiranya kerajaan tidak mahu mengadakan taklimat untuk wakil rakyat Pakatan secara berasingan, sepatutnya mereka turut dipanggil ketika taklimat bersama ahli parlimen BN sebelum ini.

Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke mendakwa Shahidan tidak menunaikan janji apabila sebelum ini menyatakan kesediaan untuk mengatur taklimat tersebut pada 8 April.

"Bagaimanapun, kami dimaklumkan melalui surat balasan bahawa kerajaan tidak bersedia untuk memberi taklimat, sebaliknya hanya berbuat demikian selepas jawatankuasa selesai melakukan siasatan, selain turut menafikan kerajaan cuba menyembunyikan sesuatu berkaitan krisis tersebut," kata beliau pada sidang media yang sama.

Tegas Anthony, taklimat ini bukan sekadar untuk mendapatkan maklumat, sebaliknya ia boleh dijadikan platform untuk berbincang memandangkan banyak persoalan di sebalik tragedi ini.

Dalam pada itu, beliau turut kesal kerana tiada sebarang tanda-tanda untuk kerajaan menubuhkan Jawatankuasa Khas Parlimen (PSC) biarpun esok merupakan hari terakhir persidangan parlimen.

"Jadi, macam tiada langkah proaktif dari kerajaan untuk menangani krisis ini. Soal sekarang, bukan soal mencari pesawat MH370 sahaja, tetapi ia lebih dari itu, iaitu soal sistem radar negara, imigresen dan perkara utama lain yang merupakan isu nasional," kata beliau.

Sebelum ini, Pakatan menuntut taklimat yang disampaikan sendiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak atau pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien.

Bagaimanapun, taklimat tersebut tidak dapat diadakan ekoran ketiadaan Najib dan Hishammuddin  dalam negara.

Justeru, Shahidan menggesa Pakatan mengemukakan notis untuk permohonan taklimat bagi tarikh lain, namun selepas wakil Pakatan menyerahkan notis, Shahidan mengatakan kerajaan hanya akan memberi taklimat selepas laporan dari jawatankuasa yang dibentuk kerajaan  selesai.

Thursday, March 27, 2014

Statement TPJ Pas Terengganu - TnHj Yahaya Ali - Isu Batu Buruk

Sebagaimana berakhirnya insiden MH370 menurut sumber kerajaan dengan penuh kesedihan, perasaan yang sama dikongsi terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu hari ini berkait insiden Batu Buruk yang berlaku pada tahun 2007. 



Pada prinsipnya saya tidak boleh menerima keputusan penjara 6 bulan dan denda RM5000.00 terhadap Suwandi dan Azman yang ditembak oleh polis hingga nyaris maut. Pihak pendakwa yang membina kes dan agen-agen yang dikerah menjadi saksi serta hakim yang membuat keputusan bertanggungjawab terhadap Allah samada di dunia ini mahupun di akhirat nanti. 

Hanya 2 perkara saja, implikasi dalam urusan kehidupan kita samada pahala atau dosa. Saya doakan kawan-kawan yang terlibat beserta keluarga masing-masing termasuk Abd Rahman dan Hisham yang dihukum penjara sehari dan denda RM5000 bersabar menghadapi ujian dari Allah SWT ini

Haji Yahaya Ali
TPJ Pas Negeri Terengganu
.

IKLAN BERBAYAR - SMS [ IKLAN] send 0199910 5222


Friday, February 28, 2014

Zoo Bukit Takal; Saman Majlis Perbandaran Kemaman Ditolak

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Khamis 27 Februari telah menolak saman fitnah RM5 juta oleh Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) terhadap PAS lebih mengenai isu Zoo Bukit Takal Zoo di Kemaman, Terengganu.
Pesuruhjaya Kehakiman Rosilah Yop, dalam ketetapan beliau berpendapat bahawa, MPK telah gagal membuktikan elemen fitnah dalam kes itu.
Peguam Noorazmir Zakaria, yang mewakili PAS, memberitahu media bahawa hakim itu berkata MPK telah gagal membuktikan bahawa kenyataan fitnah telah diterbitkan oleh PAS terhadap majlis itu.
takal
“Mahkamah menolak saman itu dengan RM30, 000 untuk kos,” katanya.
Pada 22 Mac tahun lepas, MPK memfailkan saman terhadap PAS mencari RM5 juta sebagai ganti rugi daripada pihak yang didakwa telah mengedarkan risalah yang didakwa MPK mengandungi kata-kata palsu dan fitnah mengenai isu Zoo Bukit Takal.
Pada 23 Julai tahun lepas, Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan PAS untuk mengenepikan penghakiman Ingkar dalam usaha kecuaian disampaikan oleh pihak kepada PAS
MPK telah memfailkan permohonan untuk mendapatkan penghakiman ingkar terhadap parti itu selepas ia gagal hadir dua kali di mahkamah walaupun diarahkan untuk berbuat demikian
Sebaliknya, mahkamah semalam menolak saman MPL itu dengan kos sebanyak RM30,000

Iklan Berbayar - SMS 013 929 9944 ( RM50.00 Sebulan )

-
-