Ads 468x60px

-

Wednesday, April 9, 2014

Solat Hajat Mohon Allah Permudahkan Perbicaraan Melibatkan Presiden PAS

KUALA‬ TERENGGANU– PAS menyeru semua ahli&juga penyokongnya agar beramai-ramai melakukan solat hajat memohon Allah memberi kemudahan kes perbicaraan perintah ingkar mahkamah melibatkan Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang,yang akan berlangsung pada 14 April ini.“sama-samalah kita berdoa agar Tuan Guru Presiden akan diselamatkan oleh cubaan dari pihak-pihak yang ingin memalukan dan menjatuhkan imej Tuan Guru,”kata Ketua Penerangannya, YB Ustaz Mohd Nor Hamzah.

Beliau turut melahirkan rasa simpati kepada seluruh pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) kerana menurutnya, arahan penasihat parti meraka, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak didengari dan ditaati oleh ahli dan cabang PKR sendiri. “Saya juga melahirkan rasa simpati yang teramat kepada seluruh pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) kerana arahan penasihat parti mereka Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak didengari dan ditaati oleh ahli dan cabang PKR sendiri sehinggakan DSAI mula dianggap berbohong. “Alhamdulillah tarbiyyah yang sering kita adakan walaupun dipandang sebagai langkah yang tidak perlu, membuktikan ahli-ahli PAS dididik supaya taat kepada pimpinan dalam perkara kebaikan seperti ini,”ujarnya.

Katanya, Presiden PAS dan PAS secara keseluruhannya tidak pernah merayu dan menagih simpati mana-mana pihak agar dihapuskan saman ini kerana sememangnya Tuan Guru Presiden tidak bersalah dalam hal ini. “Ini kerana beliau tidak pernah membuat tuduhan kepada sesiapa secara khusus malah tidak pernah menyebut nama sesiapapun dalam ceramah beliau di Kampung Tebakang semasa kejadian. “Oleh itu saranan meminta maaf kepada individu- individu tertentu dalam isu ini, adalah jauh dari kewarasan berfikir seorang insan yang normal,”jelasnya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini, Rabu 9 April. Beliau berkata, kes tersebut sebenarnya, sangat mudah untuk diselesaikan tetapi ada pihak-pihak yang berkepentingan cuba menangguk di air yang keruh. “Jika dilihat seseorang dari parti yang lain yang turut dikaitkan oleh sesetengah pihak sebagai orang yang dimaksudkan oleh Tuan Guru dalam ceramahnya itu, “tidak pernah kedengaran untuk menyaman Tuan Guru kerana pastinyalah dia berfikiran waras disebabkan Tuan Guru tidak pernah menyebut namanya dan pastinya dia tidak terasa kalau dia bukan pelakunya,”ujarnya lagi.

Oleh itu, beliau sekali lagi menyeru agar dilakukan solat hajat di masjid-masjid, surau- surau, markas-markas ataupun juga di rumah-rumah agar kejahatan niat orang yang berniat jahat dapat dipatahkan dengan kehendak Allah

GST: Rakyat jadi mangsa tabiat boros Menteri Kewangan

KUALA LUMPUR: Selagi tiada perubahan pada sikap menteri kewangan, selagi itu rakyat di negara ini bakal dibebankan dengan pelbagai bayaran termasuk yang terbaru Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang diluluskan Dewan Rakyat kelmarin.

Pengarah Pusat Penyelidikan PAS, Dr Dzulkefly Ahmad (gambar) berkata, memang benar GST bakal menjana pendapatan besar kepada negara namun selagi masalah sikap tidak diubah, tiada guna cukai baru diperkenal melainkan hanya menyusahkan rakyat.

"Apa tabiatnya? Berbelanja besar masa mewah dan masa meleset, mudah buat bajet tambahan, beri kepada kroni secara direct-nego, masih kekal monopoli dan konsesi-konsesi, ketirisan dan rasuah masih di takuk lama.

"Ini Ketua Audit Negara yang laporkan setiap tahun berlaku perkara sama," kata beliau kepada Harakahdaily.

Kelmarin, Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-undang GST selepas melalui dua hari perbahasan untuk bacaan kali kedua.

Pengundian belah bahagi menyaksikan 118 ahli parlimen BN menyokong sementara 81 ahli parlimen Pakatan Rakyat menyatakan tidak bersetuju.

GST yang dijadual dilaksanakan pada April tahun hadapan dijangka bakal memberi tambahan pendapatan negara sebayak RM3 bilion untuk tahun pertama dan unjuran sehingga RM20 bilion pada keadaan optimanya.

Mengulas lanjut, Dzulkefly yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat berkata, kerajaan tidak wajar menyalahkan pemberian subsidi sebagai punca kebejatan kewangan negara sehingga menghalalkan perlaksanaan GST.

Hutang kerajaan Pusat katanya bukanlah disebabkan oleh faktor subsidi sahaja, dan jika sekalipun benar, ianya hanya sedikit.

Tetapi kata beliau, punca lebih besar adalah cara pengurusan kewangan negara yang tidak berhemat.

Beliau turut meminta Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Razak menjelaskan punca kerajaan BN menanggung defisit fiskal terus menerus selama 16 tahun dan hutang Kerajaan Persekutuan yang telah mencecah hampir 55% dari KDNK walaupun tidak diizinkan Akta Pinjaman Tempatan 1959.

"Negara memerlukan seorang Menteri Kewangan yang tinggi hemahnya, beramanah-integriti, sepenuh-masa, cermat, tekun, akumen kewangan yg tajam, tak diganggu-gugat oleh kepentingan kroni.

"GST boleh jana pendapatan yang mewah berbilion ringgit, tapi yang mesti berubah menteri kewangan dan tabiatnya," katanya.

MH370: Kenapa tiada taklimat kepada MP Pakatan?

KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat (PR) kesal dengan penolakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim untuk memberikan taklimat berkaitan MH370 kepada ahli parlimen PR.

Sikap tersebut dilihat seolah-olah Shahidan cuba berdolak-dalik untuk mengadakan pertemuan dengan semua wakil rakyat Pakatan Rakyat.

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar, berkata sebelum ini Shahidan meminta wakil Pakatan mengemukakan notis untuk tujuan taklimat tersebut, namun tidak bersedia mengadakan taklimat selepas permintaan untuk memberi notis diberikan.

"Sebelum ini, beliau minta kami mengemukakan notis untuk tujuan tersebut. Selepas notis dihantar, beliau kemudiannya membalas notis tersebut dengan mengatakan kerajaan hanya akan memberi taklimat berkaitan MH370 selepas semua jawatankuasa khas yang dilantik selesai membuat siasatan.

"Perkara ini menimbulkan pelbagai persoalan, apa masalah yang tidak boleh hendak bagi taklimat kepada Pakatan, sedangkan taklimat sama diberikan kepada wakil rakyat BN. Sedangkan banyak lagi persoalan yang tidak terjawab berkaitan krisis tersebut," tegas beliau pada satu sidang media, di lobi parlimen, hari ini.

Tambah Mahfuz, sekiranya kerajaan tidak mahu mengadakan taklimat untuk wakil rakyat Pakatan secara berasingan, sepatutnya mereka turut dipanggil ketika taklimat bersama ahli parlimen BN sebelum ini.

Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke mendakwa Shahidan tidak menunaikan janji apabila sebelum ini menyatakan kesediaan untuk mengatur taklimat tersebut pada 8 April.

"Bagaimanapun, kami dimaklumkan melalui surat balasan bahawa kerajaan tidak bersedia untuk memberi taklimat, sebaliknya hanya berbuat demikian selepas jawatankuasa selesai melakukan siasatan, selain turut menafikan kerajaan cuba menyembunyikan sesuatu berkaitan krisis tersebut," kata beliau pada sidang media yang sama.

Tegas Anthony, taklimat ini bukan sekadar untuk mendapatkan maklumat, sebaliknya ia boleh dijadikan platform untuk berbincang memandangkan banyak persoalan di sebalik tragedi ini.

Dalam pada itu, beliau turut kesal kerana tiada sebarang tanda-tanda untuk kerajaan menubuhkan Jawatankuasa Khas Parlimen (PSC) biarpun esok merupakan hari terakhir persidangan parlimen.

"Jadi, macam tiada langkah proaktif dari kerajaan untuk menangani krisis ini. Soal sekarang, bukan soal mencari pesawat MH370 sahaja, tetapi ia lebih dari itu, iaitu soal sistem radar negara, imigresen dan perkara utama lain yang merupakan isu nasional," kata beliau.

Sebelum ini, Pakatan menuntut taklimat yang disampaikan sendiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak atau pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien.

Bagaimanapun, taklimat tersebut tidak dapat diadakan ekoran ketiadaan Najib dan Hishammuddin  dalam negara.

Justeru, Shahidan menggesa Pakatan mengemukakan notis untuk permohonan taklimat bagi tarikh lain, namun selepas wakil Pakatan menyerahkan notis, Shahidan mengatakan kerajaan hanya akan memberi taklimat selepas laporan dari jawatankuasa yang dibentuk kerajaan  selesai.

Thursday, March 27, 2014

Statement TPJ Pas Terengganu - TnHj Yahaya Ali - Isu Batu Buruk

Sebagaimana berakhirnya insiden MH370 menurut sumber kerajaan dengan penuh kesedihan, perasaan yang sama dikongsi terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu hari ini berkait insiden Batu Buruk yang berlaku pada tahun 2007. 



Pada prinsipnya saya tidak boleh menerima keputusan penjara 6 bulan dan denda RM5000.00 terhadap Suwandi dan Azman yang ditembak oleh polis hingga nyaris maut. Pihak pendakwa yang membina kes dan agen-agen yang dikerah menjadi saksi serta hakim yang membuat keputusan bertanggungjawab terhadap Allah samada di dunia ini mahupun di akhirat nanti. 

Hanya 2 perkara saja, implikasi dalam urusan kehidupan kita samada pahala atau dosa. Saya doakan kawan-kawan yang terlibat beserta keluarga masing-masing termasuk Abd Rahman dan Hisham yang dihukum penjara sehari dan denda RM5000 bersabar menghadapi ujian dari Allah SWT ini

Haji Yahaya Ali
TPJ Pas Negeri Terengganu
.

IKLAN BERBAYAR - SMS [ IKLAN] send 0199910 5222


Iklan Berbayar - SMS 013 929 9944 ( RM50.00 Sebulan )

-
-