Ads 468x60px

-

Monday, April 21, 2014

Speaker Dun Kelantan rakam takziah kepada Nozula

KOTA BHARU: Speaker Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan, Datuk Abdullah Ya’kub turut merakam ucapan takziah kepada Adun Paloh di atas kematian isterinya akibat kemalangan jalan raya petang Khamis lalu.

“Saya bagi pihak warga Dun Kelantan mengambil kesempatan merakam ucapan takziah kepada Dato' Nozula Mat Diah kerana terbabit dalam kemalangan jalan raya sehingga mengorbankan isterinya, Datin Maziah Din.

“Semoga Datuk dan anggota keluarga bersabar terhadap musibah yang menimpa tersebut. Hidup dan mati setiap hamba-Nya berada dalam ketentuan Allah SWT,” katanya di sini.

Pada kejadian petang Khamis lalu kenderaan yang dipandu Nozula dipercayai terbabas dan merempuh tebing bukit di KM 23 Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai.

Nozula mengalami kecederaan kini dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh, manakala isterinya Datin Maziah Din meninggal dunia di tempat kejadian.

Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob dan Penyelia Dun Galas, Ustaz Abdullah Husain turut menziarahi Nozula yang juga Ketua Pembangkang di Dun Kelantan.

Pesawat MAS ke Bangalore berpatah balik, selamat mendarat di KLIA


KUALA LUMPUR: Penerbangan Malaysia Airlines yang menuju ke Bangalore, India, hari ini berpatah balik selepas mengalami kerosakan gear dan selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa KL.

Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein melalui Twitternya berkata penerbangan itu membuat pendaratan cemas pada pukul 1.56 pagI dan semua penumpang serta anak kapal selamat.
    
Beliau dalam perjalanan ke KLIA.

Penerbangan MH192 berlepas dari KLIA pada pukul 10.09 malam tadi dengan 159 penumpang dan tujuh anak kapal, bagaimanapun pada 12.40 tengah malam, ia menghantar tweet sedang berpatah balik.

Dalam kenyataan media pada pukul 1.35 pagi, MAS berkata gear mendarat sebelah kanan pesawat itu rosak semasa berlepas dan pesawat itu dijangka membuat pendaratan cemas pada pukul 2 pagi.

"Penerbangan MH192, yang menggunakan pesawat B737-800, dijadual tiba di Bangalore pada pukul 11.35 malam hari yang sama (semalam).  

"Penerbangan itu membawa sejumlah 166 orang termasuk 159 penumpang dan tujuh anak kapal," menurut MAS.    

Insiden itu menarik perhatian global terutama daripada pengguna Internet yang memberi reaksi kepada tweet MAS berkenaan.

Kejadian penerbangan MAS berpatah balik ini berlaku tidak berapa lama daripada kejadian kehilangan penerbangan MAS Kuala Lumpur-Beijing MH370, pada 8 Mac. Penerbangan itu juga dilaporkan telah cuba berpatah balik.

Pesawat MH370, yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal itu, hilang daripada radar kira-kira sejam setelah berlepas dari KLIA pada pukul 12.41 tengah malam ketika berada di Laut China Selatan. Ia dijadual mendarat di Beijing pada pukul 6.30 pagi hari yang sama, 8 Mac.

Gerakan mencari melibatkan pelbagai negara dilancarkan untuk mengesan pesawat itu, mula-mula di Laut China Selatan dan kemudian selepas diketahui kapal terbang itu melencong dari laluan, misi mencari digerakkan di sepanjang koridor utara dari sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan ke utara Thailand serta koridor selatan dari Indonesia ke selatan Lautan Hindi.    

Berikutan analisis terhadap data satelit yang belum pernah dilakukan sebelum ini, syarikat telekomunikasi satelit United Kingdom Inmarsat dan Cawangan Penyiasatan Kemalangan Udara UK (AAIB) merumuskan Penerbangan MH370 telah terbang di sepanjang koridor selatan dan kedudukan terakhirnya ialah di tengah-tengah Lautan Hindi, di barat Perth, Australia.

Pada 24 Mac, 17 hari selepas kehilangan pesawat itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan Penerbangan MH370 "berakhir di selatan Lautan Hindi". - Bernama

Thursday, April 17, 2014

Karpal maut dalam nahas, anak cedera

Ahli parlimen Bukit Gelugor dan peguam kanan Karpal Singh maut dalam kemalangan di Kilometer 306.1 Lebuhraya Utara Selatan laluan utara di Kampar awal pagi ini.
 
Pembantu peribadi beliau, Michael Cornandez turut maut dalam kemalangan itu yang membabitkan kenderaan serbaguna (MPV) yang dinaiki mereka dengan sebuah lori dalam perjalanan menuju utara berhampiran Gua Tempurung.

Anaknya Ram Karpal dan pemandu kereta itu dilaporkan cedera.
 
Gambar di kawasan kemalangan menunjukkan kenderaan yang dinaiki Karpal rosak teruk.
 
Seorang jurucakap polis memberitahuMalaysiakini kemalangan dipercayai berlaku apabila Toyota Alphard tersebut merempuh lori yang menukar laluan tanpa memberi isyarat.
 
Karpal, 74, menjadi lumpuh dan menggunakan kerusi roda selepas terbabit dalam satu kemalangan pada 2005.

Ahli politik lantang ini mendapat ijazah perundangan dari Universiti Singapura dan berkhidmat sebagai peguam sebelum bertanding kerusi Parlimen pada tahun 1978.
 
Perkhidmatan lama beliau sebagai MP Jelutong sebelum ini serta ucapan berapi di Dewan Rakyat menyebabkan beliau digelar 'Harimau Jelutong'.
 
Karpal melepaskan jawatan Pengerusi DAP baru-baru ini selepas didapati bersalah dalam kes hasutan.
 
Sementara itu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengucapkan takziah melalui laman sosial twitter.
 
"Saya baru mendarat di Ankara (Turki) apabila mendapat khabar YB Karpal terbunuh dalam kemalangan jalan raya. Takziah kepada keluarga beliau," tulis twit tersebut.

Sementara itu, Bernama memetik Ketua Polis Daerah Kampar Supt Ng Kong Soon berkata Karpal dan Cornelius, 40-an, maut di tempat kejadian.
  
Selain itu, katanya, pembantu rumah Karpal Singh, seorang wanita warga Indonesia cedera parah dan mengalami pendarahan di bahagian otak sementara anak lelaki Karpal, Ram Singh, 38, dan pemandu kenderaan MPV tidak mengalami kecederaan dalam kemalangan pada pukul 12.40 pagi itu.
  
"Siasatan awal polis mendapati kenderaan MPV jenis Toyota Alphard berwarna putih yang membawa lima penumpang termasuk Karpal Singh, dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang dipercayai hilang kawalan apabila tiba di kawasan kejadian dan melanggar bahagian kanan lori yang sedang bergerak di sebelah kiri
laluan itu," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
  
Beliau berkata lori lima tan yang membawa muatan simen, besi dan mozek itu dipercayai bergerak perlahan di sebelah kiri laluan ke utara itu memandangkan ia membawa muatan berat dan tempat kejadian juga merupakan kawasan laluan berbukit.
  
Ng berkata kesemua mangsa dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh.
  
Operasi menyelamat kesemua mangsa dalam kemalangan itu dibantu anggota Bomba dan Penyelamat di tempat kejadian, katanya.

Tuesday, April 15, 2014

Pokok Kurma Berbuah di pekarangan Masjid Wakaf Tembesu

Masjid Wakaf Tembesu jadi tumpuan

Wan Hussin menunjukkan pokok kurma yang ditanam di pekarangan Masjid Wakaf Tembesu yang mengeluarkan buah.

WAKAF TEMBESU – Selepas sembilan tahun ditanam pokok kurma di pekarangan Masjid Wakaf Tembesu, akhirnya mengeluarkan buah.

Kawasan masjid itu kini menjadi perhatian dengan orang ramai dan jemaah yang singgah untuk solat selain melihat sendiri pokok kurma berbuah.

Walaupun hanya tiga daripada 18 pokok yang ditanam mengeluarkan buah, namun ia ternyata membuktikan bahawa pokok tersebut juga boleh mengeluarkan hasil jika ditanam di negara ini.

Menurut salah seorang jemaah yang juga turut terlibat dalam penjagaan pokok kurma tersebut, Wan Hussin Wan Mohd, pokok berkenaan mula ditanam antara tahun 2005 dan 2009 secara berperingkat.

“Saya pada awalnya juga tidak menyangka bahawa pokok kurma ini berbuah kerana pada asalnya ia ditanam untuk hiasan, namun kelmarin (Jumaat) saya dimaklumkan oleh salah seorang jemaah bahawa pokok kurma telah berbuah.

“Saya pergi melihat pokok itu dan nampak buahnya yang lebat.. agak besar mungkin sudah lama berbuah cuma tidak disedari," katanya.

Wan Hussin berkata, dia gembira kerana penat lelah selama ini berbaloi.

Dia yang pernah bekerja di Felda mengakui turut melakukan kajian ketika menguruskan tanaman tersebut.

“Berdasarkan kajian dan maklumat yang saya peroleh, proses menanam pokok kurma ini hampir sama dengan pokok kelapa sawit dan pokok salak, ia perlu ditanam secara berpasangan dan tidak boleh ditanam sepohon sahaja jika ingin melihat ia berbuah.

“Proses pembajaan ketika anak pokok juga penting,” katanya.

Bagaimanapun, katanya pokok kurma berbeza sedikit dengan jenis pokok palma yang lain kerana pelepah atau daun perlu dibersihkan secara teliti bagi mengelak gangguan terhadap proses tumbesaran pokok tersebut.

“Pokok ini juga (kurma) turut mempunyai aturan tanaman yang tertentu di mana jarak kira-kira 10 meter antara satu sama lain bagi memastikan pokok tersebut dapat membesar dengan baik dan jika bernasib baik ia boleh mengeluarkan buah,” katanya.

Wan Hussin juga berpendapat tanaman itu boleh dikomersialkan namun perlu dilakukan kajian lanjut terlebih dahulu.

“Kita banyak mempunyai kawasan berpasir terutamanya di Setiu yang boleh diusahakan dengan tanaman kurma,” katanya.

Mahkamah Tinggi ketepi perintah penghakiman ingkar

Asmuni (kiri) bersama pemimpin PAS Pusat dan negeri yang turut hadir di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu, pagi ini.
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu hari ini mengetepikan penghakiman ingkar yang diperoleh calon PKR bagi kerusi Dun Bukit Besi terhadap Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Demikian dimaklumkan peguam Asmuni Awi ketika dihubungi sebentar tadi.

Menurutnya, hakim memutuskan demikian dengan alasan penyerahan saman tidak teratur iaitu diserahkan kepada pihak yang tidak wujud.

Selain itu, katanya penghakiman ingkar RM2 juta yang diperolehi oleh plaintif tidak mengikut kaedah mahkamah 2012.

“Jadi mahkamah memerintahkan defendan masukkan kehadiran dalam tempoh 14 hari bermula hari ini untuk tetapkan pengurusan kes pada 18 Mei,” ujarnya.

Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu pada 23 Februari lalu mengarahkan Presiden PAS membayar saman RM2 juta berikutan penghakiman ingkar yang diperoleh bekas calon PKR itu, Mohd. Shamsul Mat Amin.
Berikutan itu, Asmuni telah memfailkan permohonan untuk mengetepikan perintah itu di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu pada keesokan hari.
.

IKLAN BERBAYAR - SMS [ IKLAN] send 0199910 5222
Nabi Muhammad bersbda,’’Rumah tanpa kurma bagai rumah tanpa makanan.’’ Diriwayatkan pula bahwa Nabi menyantap mentimun dengan kurma matang. (HR Abu Dawud). Nabi SAW pernah bersabda ; “Barang siapa yang mengikuti sunnahku, bererti dia cinta kepadaku. Dan barang siapa yang cinta kepada ku, maka akan masuk syurga bersamaku.”


BUNCIT?... MIGRAN??... STRESS??... KENCING MANIS??... GOUT??... BUASIR??... STROKE?? KEMBALI KPD PERUBATAN mengikut al-quran dan hadis... http://drsunnah.com


Iklan Berbayar - SMS 013 929 9944 ( RM50.00 Sebulan )

-
-