Ads 468x60px

-

Wednesday, May 21, 2014

Disaman Cermin Gelap, Pemandu Boleh Cabar di Mahkamah - Peguam

SHAH ALAM, 20 MEI: Pemilik kenderaan yang disaman Polis dalam operasi cermin gelap sebelum 16 Jun disarankan ke mahkamah untuk mencabar saman berkenaan.

Hal ini kerana, saman bukan bermaksud perlu membuat bayaran kerana polis sendiri perlu membuktikan kesalahan berkenaan.


Penasihat guaman Kempen Anti Saman Ekor (Kase), Zulhazmi Shariff, berkata beliau mempertikaikan tindakan Polis yang mula mengeluarkan saman terhadap pemilik kenderaan yang menggunakan cermin gelap sedangkan tindakan itu sepatutnya bermula 16 Jun ini.

Katanya, pada 15 Mei Ketua Pasukan Trafik Bukit Aman SAC Mohd Fuad Abdul Latif dalam kenyataan media berkata pihak Polis memberikan tempoh sehingga 15 Jun ini kepada pemilik kenderaan menggunakan cermin gelap supaya menukar kepada cermin mengikut spesifikasi betul.

“Tiba-tiba malam semalam/ malam kelmarin polis buat operasi saman 23 orang kes cermin gelap apa cerita? itu sahaja.

“Isu cermin gelap ini tidak ada masalah kerana ia ada peraturan. Kaedah-kaedah kenderaan, jenis-jenis cermin dan dia boleh kuatkuasakan peraturan itu.

“Cermin depan depan ketelusan (cahaya) 70 peratus dan cermin lain 50 peratus. Itu tiada masalah, cuma orang ramai bermasalah dari segi peratusan tersebut,” katanya kepada Selangor Kini.

Katanya lagi, antara perkara lain yang dibangkitkan adalah mengenai prosedur pemeriksaaan cermin gelap yang dilakukan di malam hari.

“Kalau kalau polis tidak ikut (prosedur) kepada orang-orang yang kena saman jangan bayar. Pergi lawan di mahkamah.

“Sebabnya walaupun kita salah tetapi polis yang mengambil tindakan tanpa mengikut undang-undang turut salah, tidak timbul soal kita nak lawan peraturan,” jelasnya lagi. - Afix Redzuan/20/5/14

Tuesday, May 13, 2014

13 May 2014 : KENYATAAN MEDIA PAS TERENGGANU

Badan Perhubungan PAS Terengganu sedang mengadakan mesyuarat khas berhubung krisi politik yang sedang berlaku sekarang. Bagi pihak pemimpin PAS, saya berharap semua pihak bertenang dan bersabar.

InsyaAllah, atas kepentingan seluruh rakyat, kita akan memutuskan perkara yang terbaik bagi menyelesaikan kemelut ini. 

Dari semasa ke semasa, PAS Terengganu akan membuat pemberitahuan kepada media, melalui media rasmi bagi mengelakkan sebarang khabar angin dan kenyataan-kenyataan diluar dari keputusan pemimpin.

Pemimpin PAS Terengganu mengikuti dengan teliti perkembangn yang berlaku ini dari awal dan tindakan yang perlu sedang di ambil.

Sekian dimaklumkan

YB Hj Satiful Bahri Mamat
Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu
Jam 11.35 pagi
13 Rejab,1435/ 13 Mei 2014

Thursday, May 1, 2014

Tahniah Brunei

PENGISYTIHARAN HUKUM PERUNDANGAN ISLAM DI BRUNEI

"Pada 22hb Oktober 2013 yang lalu Beta telah mengumumkan perwartaan Perintah Kanun Hukuman Jenayah Syar’iah 2013, maka pada hari ini setelah berlangsung 6 bulan Beta dengan bertawakal kepada Allah SWT serta bersyukur mengistiharkan bahawa esok hari Khamis 1 Rejab 1435H bersamaan 1hb Mei 2014M adalah tarikh mulanya berkuatkuasa Perintah Kanun Hukuman Jenayah Syar’iah 2013 fasa pertama yang kemudian akan diikuti pula dengan fasa selanjutnya."

"Tidaklah berbangkit sama sekali kita menangguhkan sebagaimana yang dinukil oleh media. Kita perlu memahami ungkapan enam bulan selepas akta digazetkan dimana sehingga ke hari ini pun ia masih lagi didalam lingkungan 6 bulan tersebut."

"Alhamdulilah dengan ini kita mengulangi lagi sejarah perundangan Islam yang pernah diamalkan beberapa kurun terdahulu di Negara ini. Semua itu adalah berkat keazaman kita untuk menolong ugama Allah di bumi yang bertuah ini. Allah telah berjanji untuk menolong kita jika kita menolong ugamanya. Ini pasti berlaku sebagaimana firmannya dalam surah Muhammad ayat 7 tafsirnya: Wahai orang orang yang beriman, jika sekiranya kamu menolong agama allah nescaya Allah akan menolong dan membela kamu untuk mencapai kemenangan serta menatapkan pendirian kamu dalam membela kebenaran."

"Dengan mengembalikan segala pujian kepada Allah maka kewajipan Beta dan kewajipan kita semua dihadapannya dalam perkara perundangan sudah pun kita sempurnakan. Tinggal sahaja lagi peranan masing-masing terutama agensi-agensi yang berkaitan hendaklah melaksanakannya dengan penuh tanggungajawap, amanah dan berhemah. Ingatlah fokus kita hanyalah kepada Allah jua untuk mencari redha nya semata mata bukan melihat kekiri atau kekanan untuk mencari-cari siapa yang suka atau tidak."

"Kita tidak pernah melihat orang lain dengan kaca mata yang buruk kerana itu adalah hak dan pilihan mereka. Kita juga tidak mengharapkan mereka untuk menerima dan mempersetujui kita tetapi memadailah jika mereka menghormati kita sahaja sebagaimana kita juga menghormati mereka."

"Adapun andaian-andaian berupa berbagai teori adalah perkara lumrah yang tidak pernah berkesudahan. Kita tidak boleh berpegang dengan teori yang statusnya tidak lebih dari teori, berbanding dengan apa yang kita pilih ialah tuntutan Allah. Sesungguhnya tuntutan Allah itu bukanlah ia teori tetapi hukum wajib yang tidak ada keraguan padanya. Kalau teori mengatakan undang-undang Allah kejam dan tidak adil tetapi Allah sendiri telah menegakkan undang2nya, itu adil. Maka dimanakah harga teori itu disini berhadapan dengan wahyu Allah."

"Dengan ikhlas kita tegaskan bahawa keputusan untuk melaksanakan perintah Kanun Hukuman Jenayah Sariah 2013 ini bukanlah untuk suka-suka tetapi adalah atas dasar mematuhi perintah Allah yang termaktub dalam Al-Quran dan Al-Hadis. Beta amatlah berbangga dan sukacita atas pendirian rakyat dan penduduk Negara ini yang telah menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi termasuk di kalangan mereka yang bukan berugama Islam. Lebih-lebih lagi sokongan padu itu turut diambil oleh ahli2 Majlis Mesyuarat Negara di dalam sidang nya yang berlangsung baru-baru ini."

- Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal
Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bersempena Majlis Pengishtiharan Penguatkuasaan Perintah Kanun Hukuman Jenayah Syar’iah 2013.

Thursday, April 24, 2014

Ayuh Semua

Himpunan Bantah GST & Kenaikkan Harga Barang, Pada 1 Mei 2014 di Dataran Merdeka. Mulai 2 Petang - 5 Petang. SEMUA Rakyat Dijemput hadir...

Iklan Berbayar - SMS 013 929 9944 ( RM50.00 Sebulan )

-
-