Saturday, February 15, 2014
Majlis Makan Malam Tahun Baru Cina Terengganu
Majlis Makan Malam Tahun Baru Cina Terengganu di Kampung Tiong, Kuala Terengganu, Terengganu. Bersama Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, PJ Pas Terengganu Ustaz Saiful Bahri Mamat, TPJ1 Dr Alias, TPJ2 Haji Yahaya Ali, serta pimpinan Pas Negri, Pas Kawasan Terengganu. DLL

Kunjungan Hormat Pegawai Kedutaan AS
YDP merangkap Tim Persuruhjaya 2 PAS Terengganu menerima kunjungan hormat Aaron M.Cope, pegawai dari kedutaan Amerika Syarikat di Pejabat Perhubungan Pas Negeri Terengganu

PAS Paya Besar lancar tabung bantu maahad tahfiz terbakar
KUANTAN: PAS Kawasan Paya Besar melalui Dewan Pemudanya, melancarkan tabung derma bagi sumbangan segera berikutan malapetaka Maahad Tahfiz Muhammadiah Bukit Rangin yang hangus dijilat api malam semalam.
Menurut Yang Dipertua PAS Kawasan Paya Besar, Tarmizi Yahaya, kebakaran tersebut berlaku sekitar jam 10.30 malam ketika pengetuanya Tengku Muhammad Tengku Jaafar bersama 18 orang pelajarnya mengikuti program Ijtima' Tarbawi di Balai Islam Darul Salam, Permatang Badak.
Katanya, pada waktu itu hanya beberapa orang yang tinggal termasuk isteri pengetua, anak, cucu, menantu, adik ipar dan seorang lagi tenaga pengajar masing-masing sempat menyelamatkan diri keluar ikut pintu belakang meredah longkang untuk ke rumah jiran.
“Saya difahamkan tiada apa yang dapat diselamatkan kerana kebakaran begitu pantas. Keseluruhan asrama, katil, tilam, bantal, pakaian tahfiz dan harian,ruang surau, pejabat, kerusi meja rak, kitab tafsir dan al-Quran hangus dijilat api.
“Kita masih bersyukur kerana tiada kemalangan jiwa. Bagi yang ingin menyumbang wang tunai, boleh memasukkannya ke akaun Dewan Pemuda PAS Paya Besar Bank Islam 0601-9010-0368-98. Sila maklumkan jumlah sumbangan anda di nombor bendahari DPPPB 0169868639,” katanya.
Tambahnya, barangan lain juga boleh disumbangkan seperti pakaian, makanan kering dan yang sesuai.
Untuk bertanya lebih lanjut atau untuk menghantar sendiri bantuan, boleh menghubungi pengetuanya Ustaz Tengku Muhammad di talian 013-9380762.
Maahad tahfiz ini membiayai anak yatim dan anak fakir miskin juga tempat persekolahan tahfiz pelajar dari Rumah Anak Yatim dan Miskin D'NASTI kelolaan Nisa’ Pahang.

Majlis Ramah Mesra dan Dialog Tertutup dgn NGO2
Majlis Ramah Mesra dan Dialog Tertutup dgn NGO2 pada 14hb Februari 2014 bertempat di Qurata Riverside, Kuala Ibai, Kuala Terengganu. ANJURAN Lujnah Badan Penggerak Demokrasi Dan Mobilisasi Rakyat Terengganu (Singkatan DEMI) - lagi gambar di : https://www.facebook.com/demokrasiterengganu

Blog : http://demokrasiterengganu.blogspot.com/
“Kita sekarang ini berada dalam masyarakat yang penuh cabaran……..dengan kejahilan ummah terhadap agamanya sendiri, minat golongan muda yang melampau kepada hiburan, isu kebajikan,
Katanya ramai anggota masyarakat bersikap ‘acuh tak acuh’ dengan isu-isu disekeliling mereka, kerana hanya memikirkan soal ‘cari makan’.
DEMI Seru NGO Lahirkan Masyarakat Peduli
KUALA TERENGGANU – PAS Negeri Terengganu (BPPNT) telah menubuhkan Badan Penggerak Demokrasi dan Mobilisi Rakyat (DEMI) bagi menangani kehidupan rakyat semakin tercabar kini, yang menganca masyarakat.
Menurut Timbalan Pesuruhjaya II PAS Terengganu Haji Yahaya Ali ia adalah kerana kejahilan ummah, hiburan melampau, kebajikan rakyat terabai, hak pengguna tidak terbela, penyalahgunaan kuasa dan rasuah.
“Kita sekarang ini berada dalam masyarakat yang penuh cabaran……..dengan kejahilan ummah terhadap agamanya sendiri, minat golongan muda yang melampau kepada hiburan, isu kebajikan,
“hak-hak pengguna dan keselamatan yang tidak terbela, pengurusan dan pembahagian ekonomi yang tidak adil, penyalahgunaan kuasa oleh pihak berkuasa, rasuah dan lain-lain isu yang mengancam masyarakat,”ujarnya.
Beliau yang juga Pengerusi DEMI berkata demikian ketika berucap pada majlis Dailog Bersama NGO yang diadakan pada Jumaat, 15 Februari.
Kira-kira 100 orang wakil dari 20 badan bukan kerajaan (NGO) daripada pelbagai sektor termasuk agama, ekonomi dan usahawan, kebajikan, sosial, sukan dan rekreasi, hadir dalam dialog tersebut.
Katanya ramai anggota masyarakat bersikap ‘acuh tak acuh’ dengan isu-isu disekeliling mereka, kerana hanya memikirkan soal ‘cari makan’.
Oleh itu beliau menyeru NGO terbabit meningkatkan perkhidmatan bagi membimbing orang ramai menjadi sebuah masyarakat yang peduli.
“anggota masyarakat kita kita sangat perlu dibimbing kerana mereka mengambil sikap tidak peduli atau sikap terlalu mudah berhubung dengan soal masa depan mereka……generasi akan datang dengan (dan) isu-isu yang bergolak,
“Mereka hanya fikir soal cukup makan, selebihnya mereka tidak mahu ambil peduli,”jelasnya.
Justeru, kata beliau DEMI dan badan-badan NGO akan bersama menggerakkan masyarakat dengan menyedarkan mereka tentang hak dan tanggungjawab mereka dalam sebuah negara demokrasi.
Ia adalah penting, kata beliau, bagi melahirkan masyarakat yang berjiwa besar, yang mampu membawa perubahan pada masa akan datang.
Saturday, February 8, 2014
Subscribe to:
Posts (Atom)
Iklan Berbayar - SMS 013 929 9944 ( RM50.00 Sebulan )
-
-