Pesuruhjaya PAS Selangor Iskandar Abdul Samad berkata buat masa ini PAS masih sebahagian daripada parti komponen dalam pakatan pembangkang dan akan menjaga kepentingannya dalam kerajaan negeri itu.
SHAH ALAM: PAS Selangor akan keluar daripada pentabiran kerajaan negeri Selangor jika Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim melantik Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) daripada Umno untuk menyertai Exco kerajaan negeri.
Pesuruhjaya PAS Selangor Iskandar Abdul Samad berkata buat masa ini PAS masih sebahagian daripada parti komponen dalam pakatan pembangkang dan akan menjaga kepentingannya dalam kerajaan negeri itu.
"Kami masih membawa semangat Pakatan Rakyat dan berpegang kepada prinsip-prinsipnya.
"PAS juga tidak akan menuntut Adun PAS dilantik sebagai exco (dalam pentabiran kerajaan negeri Selangor sekarang)," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Abdul Khalid yang dipecat sebagai anggota PKR dilaporkan berkata pihaknya masih boleh meneruskan pentadbiran kerajaan negeri bersama empat Exco PAS.
Wednesday, August 13, 2014
Iskandar: PAS kekal dalam exco demi Pakatan
Exco PAS Iskandar Abdul Samad menangkis tuduhan dari rakan-rakannya dalam Pakatan bahawa parti itu bertindak khianat kerana masih kekal dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri sedangkan exco PKR dan DAP dipecat.
Jelasnya, PAS melakukan pengorbanan besar kerana terus kekal dalam pentadbiran Tan Sri Khalid Ibrahim demi memastikan Umno tidak mengambil kesempatan dari situasi pada masa ini.Menurutnya, PAS akan dapat mengelakkan Umno bertindak demikian melalui tekanan ke atas menteri besar agar tidak melantik wakil dari seteru politik parti Islam itu ke dalam jawatankuasa exco.
"Kami juga mahu memastikan Umno tidak mengambil kesempatan di dalam keadaan sekarang. Tetapi kami menghadapi risiko dituduh telah mengkhianati Pakatan Rakyat.
"Kami akan keluar dari kerajaan jika ADUN Umno dilantik sebagai exco. PAS masih berada di dalam Pakatan Rakyat. PAS akan menjaga kepentingan Pakatan Rakyat di dalam kerajaan.
"Kami masih membawa semangat Pakatan Rakyat dan berpegang kepada prinsipnya. PAS juga tidak akan menuntut ADUN PAS dilantik sebagai Exco," katanya lagi
Melalui cara itu, ia akan dapat memastikan perancangan dan program kerajaan Selangor dapat diteruskan, katanya dalam satu kenyataan kepada Malaysiakini.
PAS tidak mahu rakyat kerugian akibat daripada kemelut ini, katanya yang menegaskan bahawa parti itu akan terus menjaga kepentingan Pakatan dalam kerajaan negeri
Pandangan tersebut turut dipertegas oleh seorang lagi anggota exco PAS, Sallehen Mukhyi yang berkata mereka tidak akan teragak-agak meletak jawatan sekiranya Khalid melantik anggota exco baru dari parti Umno.
'Tak timbul exco Umno'
"Soal Umno (jadi exco) tak timbul. Tidak akan ada dalam kerajaan. Tak ada Umno. Tidak akan jadi kalau Umno ada dalam exco. PAS akan keluar.
"Umno tidak ada dalam senarai (barisan exco) ini. Dia bukan kerajaan dan dia adalah pembangkang," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.
Exco PAS tersebut mengulas kenyataan bekas exco DAP Ean Yong Hian Wah berkata, yang kecewa dengan tindakan PAS menyertai mesyuarat exco hari ini.
Ean mendakwa tindakan PAS itu tidak menunjukkan semangat Pakatan Rakyat.
"Saya kecewa dengan PAS kerana mereka sertai mesyuarat hari ini. Ini menunjukkan mereka tidak ada semangat Pakatan Rakyat.
"Saya akan bekerja macam biasa. Saya juga minta supaya Pakatan Rakyat mesyuarat secepat mungkin untuk bincang perkara ini," katanya.
Mereka juga diarahkan mengosongkan pejabat hari ini.
Semalam lima exco daripada PKR dan DAP dipecat oleh Khalid kerana tidak bersetuju bersama pasukannya mentadbir negeri Selangor.
Khalid menghantar surat pemecatan kepada lima exconya, tiga daripada DAP dan dua daripada PKR. Beliau bagaimanapun belum menulis surat kepada Rodziah Ismail kerana berada di luar negeri.
Bagaimanapun kesemua exco tersebut tetap datang bertugas hari ini selepas merasakan pemecatan mereka tidak sah.
Sebelum ini dilaporkan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar menepis khabar angin ADUN Umno di negeri itu dan PAS akan berpakat memberi sokongan majoriti ahli dewan negeri kepada Khalid.
Isu MB: Pemecatan 5 Exco DAP, PKR Sah, Diarah Kosongkan Pejabat
SHAH ALAM: Lima Exco DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dipecat diarah mengosongkan pejabat selepas mesyuarat Exco mengesahkan pemecatan mereka yang mendapat perkenan daripada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Arahan dan pengesahan itu diumumkan oleh Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di sini, pada tengah hari Rabu.
"Pembatalan pelantikan exco (DAP dan PKR) adalah sah dan diperkenan Sultan Selangor," jelasnya.
Tegas Khalid, pemecatan tersebut dilakukan selepas kelima-lima exco tersebut didapati melanggar 10 aku janji ketika lafaz sumpah di hadapan Sultan, tahun lalu.
"Mereka (lima exco) mengeluarkan kenyataan bersama untuk tidak mahu mempunyai sebarang hubungan dengan Menteri Besar dan hanya menghadiri mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) bagi memantau perjalanan kerajaan negeri serta hanya akan menurut kehendak parti yang mereka dokongi," katanya.
Ketika ditanya tuduhan Exco DAP, Datuk Teng Chang Khim yang tidak mengiktiraf pemecatan tersebut, Khalid menegaskan, beliau mendapat perkenan Sultan secara bertulis yang diterima dua jam selepas menghantar surat memohon perkenan pemecatan tersebut.
"Saya tulis surat kepada Tuanku Sultan pada pukul 2 petang semalam (Selasa) selepas terima berita kumpulan exco terbabit tidak menyokong menteri besar dan mengeluarkan beberapa kenyataan.
"Tuanku Sultan membalas secara bertulis (selepas dua jam) untuk benarkan menteri besar memaklumkan kepada exco berkenaan penamatan khidmat mereka," katanya.
Dalam surat yang dibacakan Khalid, Sultan Sharafuddin bertitah tidak menghalang beliau menamatkan perkhidmatan exco-exco terbabit.
Malah, Khalid berkata mesyuarat exco pada Rabu berjalan seperti biasa dengan korum mencukupi bersama empat ahli Majlis Mesyuarat kerajaan Negeri (MMKN) dan tiga pegawai Ex-Officio.
Tegasnya, jumlah tersebut memadai dan sah mengikut Artikel 53 (2) B Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor yang menetapkan sekurang-kurangnya mempunyai empat anggota MMKN untuk mentadbir negeri secara sah.
Sementara itu, ketika ditanya mengenai portfolio yang dikosongkan keenam-enam exco tersebut, Khalid berkata, perkara itu belum diputuskan dan perlu mendapat perkenan Sultan Sharafuddin terlebih dahulu.
"Buat masa ini belum buat sebarang keputusan untuk tambah penyertaan ahli exco. Malah ia perlu mendapat perkenan Sultan," katanya.
Sunday, August 10, 2014
Isu Khalid: PAS akan terus bersama Pakatan Rakyat
HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali menegaskan parti itu akan terus bersama dengan Pakatan Rakyat.Beliau menyatakan demikian sebagai respons kepada tindakan PKR memecat keahlian Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim daripada parti itu, semalam.
Sehubungan itu, beliau mengingatkan kepada semua peringkat kepimpinan parti, ahli dan para penyokong supaya bertenang dalam menghadapi konflik politik yang sedang di Selangor kini.
"Kepimpinan PAS sedang berada di tengah-tengah isu ini dan menangani isu ini secara berhemah, cermat dan bijaksana bersama-sama dengan kepimpinan Pakatan Rakyat yang lain," ujarnya ketika dihubungi Harakahdaily sebentar tadi.
Beliau juga menjelaskan bahawa keempat-empat Exco Kerajaan Selangor daripada PAS akan terus berkhidmat dan berfungsi kerana kerajaan negeri masih wujud.
Mereka terdiri daripada Adun Chempaka, Iskandar Abdul Samad (Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Peneroka Bandar), Adun Sabak, Sallehen Mukhyi (Hal Ehwal Islam, Pemodenan Pertanian, Pembangunan Desa), Adun Selat Klang, Dr Halimah Ali (Pendidikan dan Pendidikan Tinggi, Pembangunan Modal Insan) dan Adun Sijangkang, Dr Ahmad Yunus Hairi (Belia dan Sukan, Infrastruktur dan Kemudahan Awam). - HARAKAHDAILY 10/8/2014
Friday, August 8, 2014
Henti kenyataan sanggah Presiden PAS – Majlis Syura
KUALA LUMPUR: Majlis Syura Ulamak memandang serius beberapa kenyataan terbuka sebahagian pimpinan parti yang dilihat menyanggahi kenyataan Presiden sebagai ketua parti.
Maka Majlis Syura Ulamak memberi peringatan tegas kepada seluruh pimpinan dan ahli parti agar kenyataan-kenyataan ini dihentikan serta merta.
Keputusan itu dibuat pada Majlis Syura Ulamak PAS yang telah bersidang pada 9 Syawal 1435 bersamaan 6 Ogos 2014 di Kota Bharu, Kelantan.
Perkara itu dinyatakan dalam satu kenyataan Majlis Syura yang ditandatangani Mursyidul Am PAS dan timbalannya, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Tuan Guru Datuk Dr Haron Din. –HARAKAHDAILY 7/8/2014
Maka Majlis Syura Ulamak memberi peringatan tegas kepada seluruh pimpinan dan ahli parti agar kenyataan-kenyataan ini dihentikan serta merta.
Keputusan itu dibuat pada Majlis Syura Ulamak PAS yang telah bersidang pada 9 Syawal 1435 bersamaan 6 Ogos 2014 di Kota Bharu, Kelantan.
Perkara itu dinyatakan dalam satu kenyataan Majlis Syura yang ditandatangani Mursyidul Am PAS dan timbalannya, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Tuan Guru Datuk Dr Haron Din. –HARAKAHDAILY 7/8/2014
Subscribe to:
Posts (Atom)
Iklan Berbayar - SMS 013 929 9944 ( RM50.00 Sebulan )
-
-


