Ads 468x60px

-

Saturday, November 14, 2015

DARI SEKUTU KUAT MENJADI SETERU KETAT

DARI SEKUTU KUAT MENJADI SETERU KETAT ... EMPAT PERISTIWA BESAR YANG MENYEBABKAN PAS DAN DAP BERSENGKETA.
Oleh : Lim Sian See
Satu setengah tahun lepas, PAS merupakan penyokong kuat Pakatan Rakyat yang sudah berkubur sekarang.
PAS sentiasa memenuhi janji mereka untuk berpakat dengan PKR dan DAP dan sentiasa menggerakkan jentera mereka yang besar untuk menyokong perhimpunan dan acara anjuran Pakatan.



Terima hakikat PAS mungkin bukan yang genius dalam hal berkaitan polisi pembangunan ekonomi tetapi sebagai sebuah parti berlandaskan agama, mereka dilihat sentiasa cuba untuk berpegang dengan prinsip mereka.
Jadi, bagaimana kerjasama ini boleh gagal begitu pantas dan mengapa PAS begitu keras dengan DAP sekarang? ... JOM TERJAH!!!
1) TIADA KEPUTUSAN KONSENSUS PAKATAN DALAM KES LANGKAH KAJANG. PAS TIDAK BERSETUJU DAN TIDAK DIBAWA BERUNDING.
Seperti yang disebutkan banyak kali oleh pemimpin DAP dan PKR, Pakatan berfungsi pada asas keputusan secara konsensus - bermakna kesemua 3 parti mesti bersetuju sebelum keputusan penting dibuat.
Ianya tidak beroperasi dengan asas keputusan majoriti 2/3. Ketiga-tiga mesti bersetuju.
PAS membantah keras Langkah Kajang ini tetapi ianya masih dilaksanakan tanpa persetujuan PAS - sesuatu yang pastinya melanggar perjanjian konsensus Pakatan.
Malah, ianya dilihat sebagai tindakan satu pihak iaitu PKR - sebagai satu strategi oleh Pengarah Strategi nya ketika itu, Rafizi Ramli.
Malah Setiausaha Agung Lim Guan Eng pun tidak mengetahuinya. Melainkan Lim Guan Eng menipu pada ketika itu, apabila Adun Kajang meletak jawatan untuk membenarkan Anwar bertanding di situ, maka hal ini bukan satu keputusan bersama.
Petikan akhbar - Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng telah menafikan mengetahui apa yang berlaku di Selangor berikutan peletakan jawatan Adun Kajang Lee Chin Cheh semalam.
Beliau berkata beliau tidak dimaklumkan dengan perkara itu oleh ketua de facto PKR dan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang akan bertanding di pilihanraya kecil Kajang. Lim juga berkata beliau baru mengetahuinya.
“Saya tidak diberitahu mengenai apa yang terjadi di Selangor berkenaan peletakan jawatan itu atau jawatan Menteri Besar Selangor.
“Adalah lebih baik sekiranya Anwar yang jawab. Saya tidak berhak menjawab atau memberikan pandangan. Pandangan saya terhadap hal ini tidak penting,” - Jan 28, 2014.
http://goo.gl/ti2pdW
Sebagai seorang yang suka mengambil kesempatan, DAP kemudiannya turut serta dalam rancangan PKR dan Rafizi ini - Tetapi PAS tetap enggan untuk turut serta kerana prinsip keputusan konsensus Pakatan telah dilanggar.
2) FITNAH TERHADAP BEKAS MENTERI BESAR SELANGOR TAN SRI KHALID IBRAHIM.
Melihatkan kerjasama yang baik dengan Tan Sri Khalid, PAS percaya Tan Sri Khalid telah dijadikan mangsa. Dan ianya tidak adil melihat seseorang seperti itu difitnah dan dimalukan - sesuatu yang bertentangan dengan ajaran Islam.
Ketika kempen memaksa Khalid meletak jawatan, PKR dan DAP mengeluarkan kenyataan 91 muka surat yang mengandungi tuduhan terhadap Khalid berkenaan segala macam tuduhan salah laku dan rasuah.
Tuduhan ini banyak kali diulang di dalam ceramah oleh pemimpin PKR dan DAP di seluruh negeri.
Khalid sudah semestinya marah dan telah menyaman malu PKR pada Ogos 2014.
Ketika itu, Khalid turut mengarahkan pembantunya untuk menyerahkan laporan PKR berkenaan kaitan pemimpin PKR dengan urusniaga yang meragukan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, yang memohon badan tersebut untuk menyiasat dakwaan parti - lalu menjadi orang pertama (dan masih satu-satunya) orang di Malaysia yang meminta diri beliau disiasat untuk kes rasuah.
Penilaian awal PAS yang Khalid difitnah terbukti benar apabila setahun kemudian, selepas Khalid diturunkan dari jawatan MB Selangor, Khalid menang saman malunya terhadap PKR apabila bekas Setiausaha Agung PKR membacakan permohonan maaf secara terbuka di dalam mahkamah.
Permohonan maaf itu adalah tanpa syarat dan PKR mengakui setiap tuduhan dan dakwaan terhadap Khalid adalah tidak benar dan berniat memfitnah.
"...dokumen tersebut telah menyatakan dan memberi
ss.com/2011/09/30/23889/
Kebenaran untuk Kelantan melaksanakan hudud di Kelantan tidak pernah didedahkan di dalam ceramah dan ucapan Pakatan selepas itu kerana mereka memilih untuk menyebut “Hudud tidak termasuk di dalam Polisi Bersama Pakatan Rakyat”.
Akhirnya selepas PRU-13, PAS cuba menegakkan Hudud di Kelantan sekali lagi dan DAP membantah keras dan mula memperkecilkan PAS.
Kemudian segalanya mula meletup!
Pada April 2014, seorang pemimpin kanan wanita PAS berkata, “DAP pernah bersetuju PAS perjuang konsep Negara Islam.”http://goo.gl/oW67CK
Sehari kemudian pada April 2014, Naib Presiden PKR Tian Chua telah memberitahu media yang DAP dan PKR sememangnya telah bersetuju untuk Hudud di Kelantan - yang menyebabkan Lim Guan Eng memanggil Tian Chua sebagai ‘tidak bertanggungjawab dan penipu yang tidak beretika”. http://goo.gl/UxvkTl
Beberapa hari kemudian, Presiden PAS Abdul Hadi Awang JUGA berkata DAP telah bersetuju untuk PAS melaksanakan hudud. Tetapi Lim Guan Eng menafikannya dan menuntut Hadi memberikan bukti.http://goo.gl/kgogGy
Akhirnya, satu salinan surat yang ditandatangani bersama-sama oleh Abdul Hadi Awang dan Lim Guan Eng sebelum PRU-13 mula timbul.http://goo.gl/2FplaO
Di dalam surat tersebut, jelas ianya menyebut “PAS berhak memperjuangkan aqidah dan konsep Negara Islam secara sendiri.”
Sekarang, melainkan Lim Guan Eng jahil yang Negara Islam juga melibatkan hukum syariah dan hudud, ianya jelas yang DAP membenarkan PAS melaksanakan hudud kerana Lim Guan Eng menandatanganinya!
Surat itu juga disiarkan di laman Facebook rasmi Abdul Hadi Awang.https://goo.gl/W0ueW8
Dan jika anda percaya surat itu palsu atau Hadi Awang telah berbohong, anda boleh menonton videonya di sini dan lihat siapa yang ada di dalam video apabila mereka membacakan surat ini beberapa ketika sebelum PRU-13 di hadapan sekumpulan ahli PAS.https://www.youtube.com/watch?v=TPvyYjm7aNA&feature=youtu.be
Maka, di dalam fikiran mereka, PAS marah dengan DAP kerana DAP telah melanggar janji dan surat persetujuan yang telah ditandatangani. Dan tidak hanya itu, PAS marah yang pemimpin DAP telah menyerang pemimpin PAS dengan teruk dan kurang ajar - memanggil Abdul Hadi dengan pelbagai gelaran buruk.
Ini telah melanggar persetujuan bertulis serta keputusan konsensus dan penafian terbuka terang-terangan oleh DAP yang masih ada hati untuk menyerang semula PAS dan melabel PAS sebagai penipu membuat mereka hilang sabar.
Melihatkan semua peristiwa di atas, hubungan antara PAS dan DAP nampaknya tidak boleh dipulihkan.
Siapa yang menipu, siapa yang berkata benar, parti mana yang memegang prinsip dan parti mana yang tidak boleh dipercayai adalah jelas....


Wednesday, November 4, 2015

PARTI POLITIK ISLAM MENUJU POLITIK MATANG

Perubahan kerap disalah erti. Setiap perubahan perlukan pengorbanan. Perubahan perlu diolah agar natijahnya benar-benar membawa makna.
Selepas lebih 61 tahun PAS berada dalam arena politik negara, sesuatu perlu dilakukan untuk menunjukkan bahawa PAS semakin matang. Pas sedang memulakan gerakan perubahan dengan melakukan transformasi imej. Apa yg Presiden PAS sedang lakukan adalah sebahagian daripada pembentukan budaya politik matang PAS.
Fokus politik PAS adalah utk membawa penyelesaian Islam kpd negara, bukan berebut kuasa. Mendapat kuasa hanya salah satu jalan untuk memastikan Islam memerintah.
PAS diasaskan bukan atas budaya bermusuh. Budaya politik PAS juga bukan berlatarkan perbalahan atau permusuhan, selagi mana pihak lain tidak memusuhi Islam.
Politik PAS adalah politik kerjasama, bukan politik blok atau sekutu. Bekerjasama selagi mana ia menguntungkan negara dan rakyat dan untuk mendapat kesejahteraan rakyat.
Imej baru ni menyebabkan ramai keliru kerana telah terbiasa dgn imej lama. Ada yg memperlekeh, ada yg mempersenda, ada yg marah dan macam-macam.
Dalam masa pembentukan di tahap awal ni, kita jangan endahkan kata-kata org yg nak mengata. TGHH mengambil sikap ini, terus melangkah ke hadapan.
Jika kita istiqamah, org ramai akan mula nampak cara kita dan akhirnya persepsi org ramai akan berubah.
Tanda awal sudah banyak, dgn penglibatan pelbagai NGO, dan tambahan bilangan ahli baru yg begitu tinggi.
Komen dari pihak lain yg memusuhi PAS sememangnya sentiasa negatif. Media alternatif yg diketahui umum memusuhi PAS akan sentiasa memutarbelit berita atau nemberi berita separuh, tidak menyeluruh untuk menimbulkan persepsi buruk pembaca terhadap PAS.
Namun jika semua ahli dan penyokong PAS terus meyakini usaha pimpinan PAS yg ada, Insya-Allah, PAS akan terus kedepan dalam pentas politik untuk membawa aspirasi melahirkan Malaysia yg sejahtera untuk semua rakyat tanpa mengira agama, bangsa dan keturunan.
Marilah bersama menyokong usaha Presiden PAS dan sama-sama berdoa agar usaha ini dipermudahkan.
Dr. Mohd Fuad Mohd Salleh
Ahli Ikatan Ilmuan Nasional
21 Muharram 1437
3 Nov. 2015.

Friday, October 9, 2015

Bekas ADUN BN Dun Alor Limbat, Alias Abdullah, mati ditembak


Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)  BN Alor Limbat, Alias Abdullah.

MARANG: Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alor Limbat, Alias Abdullah, 51, mati ditembak di rumahnya di Kampung Alor Limbat di sini, selepas solat Jumaat tadi. Ketua Polis Terengganu, Datuk Rosli Abd Rahman, ketika dihubungi, mengesahkan kejadian kira-kira jam 2 petang itu.

Bekas ADUN Pengkalan Berangan, Yahya Khatib Mohamad, berkata beliau dimaklumkan oleh isteri bekas wakil rakyat Barisan Nasional itu, Noriha Muhammad, suaminya ditembak di kepala dalam jarak dekat di rumah mereka.

Beliau berkata, Allahyarham yang baru pulang daripada solat Jumaat dipercayai ditembak selepas membuka pintu rumah yang diketuk individu tidak dikenali. "Mengikut apa yang dimaklumkan oleh isteri Allahyarham, tidak lama selepas pulang dari solat Jumaat, ada individu mengetuk pintu rumah dan arwah kemudian membuka pintu sebelum ditembak. "Tembakan daripada jarak dekat itu dikatakan terkena pada kepala sebelum arwah rebah.

Arwah kemudian dikejarkan ke Klinik Kesihatan Bukit Payong sebelum disahkan meninggal dunia," katanya. Allahyarham Alias yang turut memiliki firma guaman Alias Abdullah & Co dipilih sebagai ADUN Alor Limbat dari 2004 hingga 2008.

Allahyarham yang dilahirkan di Kampung Alor Limbat, pernah menjadi Timbalan Ketua UMNO Bahagian Marang dari 2004 hingga 2013 dan Ahli Jawatankuasa UMNO Negeri dari 2011 hingga 2013. Allahyarham yang pernah berkhidmat sebagai Ketua Unit Pendakwaan Negeri (Timbalan Pendakwaraya/Peguam Kanan Persekutuan) meninggalkan seorang balu dan empat orang anak.

Wednesday, October 7, 2015

TG Haji Abdul Hadi Awang Dalam Senarai 500 Individu Muslim Paling Berpengaruh Di Dunia

Kuala Lumpur, 6 Oktober :  Datuk Seri Abdul Hadi Awang diletakkan dalam senarai 500 individu Muslim paling berpengaruh didunia. Ianya tercatat dalam dalam laman web " The Muslim 500" yang menjadi antara rujukan popular untuk mengetahui kedudukan skala "pengaruh" individu utama di dunia. Terbitan pertama "The 500 Most influential Muslims" telah dikeluarkan pada tahun 2009 yang dikompilasikan oleh Royal Islamic Startegic Studies Centre yang berpusat di Amman Jordan.
Datuk Seri Hadi Awang merupakan Naib Presiden Kesatuan Ulamak Sedunia yang diketuai oleh As Syeikh Dr Yusuf Al Qaradawi yang merupakan antara ulamak yang tersohor di dunia Islam pada hari ini. Beliau merupakan Presiden Parti Islam SeMalaysia PAS  iaitu parti Islam tertua di Malaysia yang ditubuhkan sejak sebelum merdeka lagi.
Pernah menjadi Menteri Besar Terengganu bermula 1999 hingga 2004 merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri dan Parlimen hingga sekarang . Beliau turut menulis puluhan buku-buku karangan beliau sendiri dalam pelbagai tajuk terutamanya yang berkaitan politik dan demokrasi di dalam Islam.
Pada setiap pagi Jumaat , kuliah mingguan beliau di Rusila dihadiri oleh ribuan umat Islam sehingga kini. Kewujudan parti serpihan baru PAN telah melonjakkan lagi populariti parti pimpinan beliau dalam perkembangan yang terbaru.

Pil kuda: Mahkamah tolak rayuan bekas calon PKR

PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan hari ini menolak rayuan bekas calon PKR Dun Bukit Besi, Mohd Shamsul Mat Amin terhadap Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkaitan isu pil kuda.

Mahkamah mengarahkan perayu membayar kos RM10,000 kepada kepada Tuan Guru Abdul Hadi.

Pada 11 Mei lalu, Mahkamah Rayuan juga telah menolak rayuan berhubung isu tersebut.

Pada 15 Disember tahun lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu juga menolak saman Mohd Shamsul dengan memerintahkan bekas calon PKR itu membayar kos RM10,000 kepada Tuan Guru Abdul Hadi.

Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu menolak saman fitnah RM2 juta difailkan Mohd Shamsul terhadap Presiden PAS itu.

Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa turut memerintahkan Mohd Shamsul membayar kos RM10,000 kepada Ahli Parlimen Marang itu.

Pada 23 Februari tahun lalu, Tuan Guru Abdul Hadi diperintahkan oleh Mahkamah Tinggi untuk membayar ganti rugi RM2 juta kepada Mohd Shamsul selepas gagal memasukkan kehadiran bagi menjawab atau memfailkan pembelaan terhadap saman yang dikemukakan oleh Shamsul pada 5 Disember 2013.

Empat hari selepas itu, beliau memfailkan permohonan bagi mengetepikan perintah penghakiman ingkar itu.

Mohd Shamsul menyaman Abdul Hadi berhubung kenyataannya bahawa ada calon PKR menjual pil kuda menjelang pilihan raya umum ke-13 tahun lepas sebagai alasan untuk PAS meletakkan calonnya bertanding di Dun Bukit Besi sehingga menyaksikan berlaku pertandingan tiga penjuru.

Dalam pernyataan tuntutannya, Mohd Shamsul mendakwa ucapan Presiden PAS itu dalam ceramah di Kampung Tebakang Alor Limbat, Marang pada 22 April 2013 telah menjatuhkan maruahnya dan keluarga serta menjejaskan reputasinya sebagai calon dan ahli perniagaan. - HARAKAHDAILY 7/10/2015

Iklan Berbayar - SMS 013 929 9944 ( RM50.00 Sebulan )

-
-