Ads 468x60px

-

Wednesday, May 28, 2014

SULTAN PERAK, SULTAN AZLAN SHAH MANGKAT.

Sultan Perak Sultan Azlan Muhibbudin Shah Ibni Al Marhum Sultan Yussuf Izudin Shah
mangkat pada jam 1.30 petang hari ini

Perkara itu diumumkan oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zambry Abd Kadir secara langsung di RTM hari ini.

Ekoran kemangkatan itu, bendera negeri akan dikibarkan separuh tiang selama 100 hari di negeri itu manakala bendera Malaysia pula selama seminggu.

Semua hiburan dan keraian ditanggguhkan dalam tempoh tujuh hari.

Menteri besar juga mengumumkan cuti umum di Perak selama sehari esok sebagai tanda berkabung.

Jenazah almarhum akan dibawa ke Istana Kuala Kangsar esok pagi dan akan dimakamkan selepas asar.

Tuesday, May 27, 2014

Dyana calon yang bertenaga dan berani – Presiden PAS


TELUK INTAN: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang meminta pengundi Teluk Intan memilih calon yang berani dan membawa suara rakyat di parlimen.

Kata beliau, keberanian yang ditunjukkan calon yang mewakili Pakatan Rakyat, Dyana Sofya Mohd Daud wanita Melayu yang sanggup mewakili DAP harus menjadi pilihan pengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan pada 31 Mei nanti.

"Kita pilih calon yang boleh membawa amanah kita, membawa hak suara kita di parlimen dan bukannya pemimpin yang hanya tahu 'angguk' walaupun perkara itu tak betul.

"Dyana calon yang bertenaga dan keberanian beliau yang kita inginkan. Beliau wanita Melayu yang berani menjadi calon DAP, saya sendiri pun tak berani nak jadi calon DAP," ucap beliau sambil disambut ketawa para hadirin.

Beliau berucap demikian pada Majlis Hi-tea Bersama Presiden PAS di Taman Cicerly yang turut dihadiri Dyana.

Beliau menjelaskan bahawa Dyana mempunyai peranan di dalam DAP yang akan membawa suara orang Melayu.

"Walaupun yang bertanding itu DAP tetapi calonnya adalah Melayu dan sebagai orang Melayu kita patut menangkan calon Melayu.

"Kita patut bincang soal calon, kalau DAP menang beliau yang akan bercakap bagi pihak kita. Suara beliau bukan hanya mewakili orang Cina tetapi juga suara orang Melayu," jelasnya.

Ahli Parlimen Marang itu turut memberitahu masih ada rakyat negara ini yang hairan kerana PAS sanggup bekerjasama dengan DAP dan tidak dengan Barisan Nasional (BN).

"PAS tidak bekerjasama dengan BN kerana kita telah beri peluang sebelum ini, mereka ajak kita masuk kerajaan ketika itu.

"Kita masuk dengan syarat tampilkan perkara yang elok-elok dalam pentadbiran tapi mereka tendang kita sehinggalah berlakunya darurat di Kelantan.

"BN meluluskan darurat di Kelantan melalui parlimen dengan tujuan untuk menjatuhkan PAS, DAP waktu itu membela kita dan bantah darurat di Kelantan.

"Kita tak lupa jasa dan kita kenang budi mereka, sekarang kita bersama mereka dengan matlamat perjuangan yang sama," sambung beliau.

Tambah beliau, walaupun ada perbezaan pendirian namun PAS dan DAP mempunyai banyak persamaan terutamanya dalam urusan memperjuangkan hak rakyat.

"Walaupun ada perbezaan tapi banyak persamaan dan kita bekerjasama dalam hal ini, ini beza dengan Umno mereka tak mahu bincang tetapi DAP walaupun ada perbezaan pendapat kita masih boleh duduk bersama untuk berbincang.

"Kita bekerjasama dalam segala hal untuk pastikan calon Melayu dari DAP akan menang pada pilihanraya kecil ini," katanya.

Beliau yang meminta agar pengundi Melayu memberi sokongan penuh kepada Dyana bagi memastikan wanita Melayu dapat mengekalkan kemenangan Pakatan Rakyat di Teluk Intan.

Dalam pada itu beliau sempat berbual-bual dan turut memberi nasihat kepada Dyana ketika program hi-tea itu. - HARAKAHDAILY 26/5/2014

Wednesday, May 21, 2014

Syariah: PAS T'ganu junjung kasih titah Sultan Mizan

KUALA TERENGGANU: PAS Terengganu sedia memberi kerjasama dan menyatakan sokongn padu kepada kerajaan negeri sekiranya bersungguh-sungguh meletakkan usaha dan tindakan mendaulatkan Islam.

Pesuruhjayanya, Ustaz Satiful Bahri Mamat(gambar) menegaskan, PAS yakin negeri ini bukan hanya akan bergerak maju dengan pembangunan dan kemajuan bahkan lebih penting daripada itu, Darul Iman akan benar-benar mendapat keredhaan daripada Ilahi.


“Justeru saya bersama kepimpinan PAS Terengganu serta seluruh rakyat Terengganu berdiri teguh, menyokong setulus dan sepenuhnya titah tuanku agar kerajaan negeri menyediakan satu perancangan strategik dan secara holistik dalam usaha mendaulatkan syariah dari semasa ke semasa,” ujarnya YANG JUGA Adun Paka dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini, sebagaimana di bawah.

PAS Terengganu menjunjung kasih atas titah Sultan Mizan Zainal Abidin dan menggesa kerajaan negeri khususnya Menteri Besar yang baharu, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman mengambil perjalanan dan tindakan segera.

Pada pembukaan sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) 13 April lalu, titah baginda yang kami percaya merupakan arahan, perlu dititikberatkan oleh Kerajaan Negeri Terengganu.

Sultan mahu Kerajaan Terengganu memberikan fokus kepada soal 'good governance', urus tadbir yang baik dalam semua aspek perjalanan kerajaan termasuk menekankan soal integriti dan akauntabiliti kepada pemimpin kerajaan negeri.

Baginda bertitah, kurangnya persefahaman, kerjasama dan perpaduan di antara kerajaan dan rakyat akan menyebabkan pembangunan negeri 'terencat'.

Sehubungan itu, PAS suka menarik perhatian MB baharu supaya tidak mengulangi kesilapan mantannya dalam soal kira bicara dengan rakyat.

Dua contoh projek pembangunan, pembinaan jalan melibat penduduk Kampung Banggol Donas dan pembinaan jalan Kampung Pasir Putih adalah jelas bertentang dengan prinsip-prinsip integriti dan akauntabiliti sebagaimana dititahkan Tuanku Sultan.

Bahkan kes pembinaan jalan di Kampung Banggol Donas telah dinyatakan dengan jelas dalam Laporan Ketua Audit Negara tahun 201, pada muka surat 37 di bawah tajuk Agensi Pemohon Tidak Mengisytiharkan Pengambilan dan tidak diwartakan Di Bawah Seksyen 4 Akta Pengambilan Tanah (APT) 1960.


Banyak lagi projek di bawah pimpinan Datuk Seri Ahmad Said yang tidak menepati prinsip-prinsip yang integriti dan akauntabiliti umpamanya pemberian tender projek-projek pembangunan tasik Kenyir yang melibatkan kos RM300 juta, pembelian Strawberry Park melibatkan RM26 juta dan pembelian Manis FM yang melibatkan wang rakyat RM7 juta.

PAS juga kesal dengan tindakan kerajaan negeri apabila Yang Dipertua Dun menolak usul supaya DUN membincangkan soal perlaksanaan Enakmen Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) Terengganu 1432H/2002M yang telah diluluskan dan direstui Sultan Mizan Zainal Abidin.

Tujuan PAS membentangkan usul itu adalah supaya syariat didaulatkan di negeri Terengganu Darul Iman, sejajar dengan saranan Tuanku ketika baginda bertitah merasmikan sambutan tiga abad pentadbiran Islam Ahad lalu.


Titah tuanku membayangkan hasrat tuanku yang amat tinggi untuk melihat negeri jajahan baginda melaksanakan syariah Islam, mengembalikan kegemilangan pemerintah Islam dan perlaksanaan syariat oleh moyang baginda Sultan Zainal Abidin I, sejak 300 tahun yang lampau.

Sekaligus mengukuhkan Undang-undang bagi Diri Kerajaan Negeri Terengganu 'Itqan al-Muluk bi ta'di as-Suluk' yang ditulis sendiri oleh Sultan Zainal Abidin III bertarikh 11 Zulkaedah 1329H bersamaan 2hb November tahun 1911.

Baginda pasti telah mendengar usaha yang telah diambil oleh negeri Aceh Darus Salam yang juga mempunyai ikatan silaturrahim kekeluargaan dengan kesultanan  Terengganu Darul Iman.

Begitu juga dengan Brunei Darussalam yang telah pun menguatkuasakan Fasa Pertama Perlaksanaan Undang-undang Syariah, ditunjang dengan kekuatan Baginda Sultan Hasanal Bolkiah Mu'izzadin Waddaulah.

Negeri Terengganu juga terbukti dalam sejarah sebagaimana yang dicatatkan atas 'Batu Bersurat', undang-undang seorang raja yang menyebut Islam sebagai agama rasmi dan menerangkan hukum-hukum Islam, telah terpahat sejak 700 tahun dahulu.

Oleh itu, sayugialah, Terengganu yang digelar Darul Iman, yang mendapat jolokan sebagai  'Serambi Madinah' melaksanakan sepenuhnya Undang-undang Islam yang telah pun diwartaan sebagai Undang-undang Tertinggi bagi negeri ini.

PAS sedia memberi kerjasama dan menyatakan sokongn padu kepada Kerajaan Negeri Terenganu sekiranya kerajaan bersungguh-sungguh meletakkan usaha dan tindakan mendaulatkan Islam dan yakin negeri ini bukan hanya akan bergerak maju dengan pembangunan dan kemajuan bahkan lebih penting daripada itu, Darul Iman akan benar-benar mendapat keredhaan daripada Ilahi.

Justeru saya bersama kepimpinan PAS Terengganu serta seluruh rakyat Terengganu berdiri teguh, menyokong setulus dan sepenuhnya titah tuanku agar kerajaan negeri menyediakan satu perancangan strategik dan secara holistik dalam usaha mendaulatkan syariah dari semasa ke semasa. - HARAKAHDAILY 



Disaman Cermin Gelap, Pemandu Boleh Cabar di Mahkamah - Peguam

SHAH ALAM, 20 MEI: Pemilik kenderaan yang disaman Polis dalam operasi cermin gelap sebelum 16 Jun disarankan ke mahkamah untuk mencabar saman berkenaan.

Hal ini kerana, saman bukan bermaksud perlu membuat bayaran kerana polis sendiri perlu membuktikan kesalahan berkenaan.


Penasihat guaman Kempen Anti Saman Ekor (Kase), Zulhazmi Shariff, berkata beliau mempertikaikan tindakan Polis yang mula mengeluarkan saman terhadap pemilik kenderaan yang menggunakan cermin gelap sedangkan tindakan itu sepatutnya bermula 16 Jun ini.

Katanya, pada 15 Mei Ketua Pasukan Trafik Bukit Aman SAC Mohd Fuad Abdul Latif dalam kenyataan media berkata pihak Polis memberikan tempoh sehingga 15 Jun ini kepada pemilik kenderaan menggunakan cermin gelap supaya menukar kepada cermin mengikut spesifikasi betul.

“Tiba-tiba malam semalam/ malam kelmarin polis buat operasi saman 23 orang kes cermin gelap apa cerita? itu sahaja.

“Isu cermin gelap ini tidak ada masalah kerana ia ada peraturan. Kaedah-kaedah kenderaan, jenis-jenis cermin dan dia boleh kuatkuasakan peraturan itu.

“Cermin depan depan ketelusan (cahaya) 70 peratus dan cermin lain 50 peratus. Itu tiada masalah, cuma orang ramai bermasalah dari segi peratusan tersebut,” katanya kepada Selangor Kini.

Katanya lagi, antara perkara lain yang dibangkitkan adalah mengenai prosedur pemeriksaaan cermin gelap yang dilakukan di malam hari.

“Kalau kalau polis tidak ikut (prosedur) kepada orang-orang yang kena saman jangan bayar. Pergi lawan di mahkamah.

“Sebabnya walaupun kita salah tetapi polis yang mengambil tindakan tanpa mengikut undang-undang turut salah, tidak timbul soal kita nak lawan peraturan,” jelasnya lagi. - Afix Redzuan/20/5/14

Iklan Berbayar - SMS 013 929 9944 ( RM50.00 Sebulan )

-
-