- Haji Salleh akan membuat laporan rasmi kepada pihak polis
KUALA NERUS – Pendirian PAS berkait soal pembangunan adalah amat jelas,
tidak menghalang sebarang bentuk pembangunan dan kemajuan yang
dilaksanakan mana-mana pihak, selagi tidak menjejaskan hak serta
kepentingan rakyat.
Ia adalah lebih baik, sejak dari awal, setiap rancangan untuk
membangukan apa-apa projek itu mencapai muafakat, diantara rakyat da
pihak kerajaan, sejajar dengan kehendak Islam dan kepentigan sejagat.
Namun sebaliknya, setiap hari semakin banyak rancangan pembangunan
yang mahu dilaksanakan oleh kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN),
hanya merundingkannya dengan pihak-pihak yang selari dengan kerajaan,
umpamanya Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) yang
semuanya dianggotai oleh parti yang memerintah.
Sedangkan
Umno hanyalah sebahagian dari 51% di kawasan-kawasan yag dimenangi
parti itu dan selebihnya dimenangi oleh PAS, yag sepatutnya menjadi
panduan bagi ‘runding cara’ setiap projek itu dengan rakyat.
Umpamanya, projek pembinaan jalan dan jambatan Kampung Jeram Tok Kong
yang mula dilaksanakan pada tahun 2008, kerajaan hanya merundingkannya
dengan JKKK yang mempunyai kepentingan justeru kecederungan menyokong
Umno.
Pembinaan jalan yag melibat pengambilan tanah-tanah milik orang ramai
itu, sepatutnya dirunding dan diperhalusi, justeru mana-mana
undang-undang sekali pun dunia dan akhirat, tidak membolehkan
perlaksanaan pembangunan dengan ‘merampas’ hak orang lain.
Salah satu kelompok taah yang terlibat adalah tanah kampung tradisi
Banggol Donas, yang ditebas tebang, dibuka dan dibangunkan oleh
orang-orang Melayu Islam.
Dalam milenium baru, abad ke-21 ini, kerajaan tidak boleh
sewenang-wenangnya mengunakan undang-undang atau akta bagi memaksa
rakyat menerima sebarang pembangunan terutamanya yang melibatkan tanah.
“sekarang orang dah cerdik, sudah pandai, kerajaan tak boleh
mengguakan ‘akta tanah’ begitu sahaja demi untuk membina jalan itu, ada
peruntukan dalam perlembagaan yang memberikan hak lebih besar kepada
rakyat, hak-hak asasi,”kata Haji Salleh Embong, Pengerusi Jawatakuasa
Bertindak Tanah Kampung Baggol Donas.
“Ha….ha…ha……. lucu, itu cerita lucu, dia (pejabat) tak tahu nak buat
apa dah, sebab itu dia nak bunuh peribadi (saya)………bila balik nanti,
saya akan buat ‘report’ polis berkenaan fitnah dan ugutan,”kata Haji
Salleh ketika dihubungi berada di luar Terengganu kerana merundigkan
tindakan selanjutnya dengan peguam yang mewakili tuntutannya.
Beliau
berkata demikian apabila ditanya tentang komen Penolong Kanan Pentadbir
Tanah bahagian Pengambilan Tanah, Pejabat Tanah Kuala Terengganu, Wan
Hariff Rafany Wan Muda yang berkata, tindakan membawa pasukan polis
untuk menyerahkan notis kepada Haji Salleh atas faktor keselamatan.
Wan Hariff mendakwa pegawainya pernah menerima ancaman ketika menghantar notis pindah sebelum hari Selasa 8 Oktober lalu.
Sedangkan, seorang lagi pemilik tanah yang terlibat dengan projek
itu, Halim bin Mohd, menafikan pihaknya pernah mendapat sebarang notis
pindah sebelum ini.
“sangat-sangat bohong, sebenarnya tak ada, tak pernah pegawai datang
serah notis, yang ada datang (pegawai pejabat tanah) hanya menawarkan
wang pampasan, itu sahaja,”jelasnya ketika dihubungi.
Tegasya, datang serah notis pun tidak pernah, bagaimana pegawai itu boleh mendakwa, pernah menerima ancaman!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Iklan Berbayar - SMS 013 929 9944 ( RM50.00 Sebulan )
-
-
No comments:
Post a Comment