Ads 468x60px

-

Monday, December 28, 2015

Pengalaman PAS 1999-2004 Layak PAS Ganti Umno

Sumber asal oleh Awang Harun



Kemenangan PAS Terengganu pada PRU ke-10 (1999-2004) telah berjaya meletakkan al-Quran, as-Sunnah, Ijma’ Ulama dan Qias sebagai hukum yang tertinggi bagi negeri Terengganu Darul Iman.
Persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Terenganu pada 24 April 2003 telah meluluskan Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam (Terengganu) (Pindaan) 2003 yang dikemukakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Manir, Dato’ Harun Taib.
Kerajaan PAS Terengganu juga melakukan ‘Reformasi Pentadbiran Tanah’ seperti yang dijanjikan dalam manifesto pilihan raya 1999 dengan menyusun semula sistem pentadbiran tanah.
Membuka semula permohonan tanah rakyat yang ditutup secara rasmi oleh kerajaan BN terdahulu sejak tahun 1975. Menurunkan kadar premium tanah dari 20 peratus kepada 10 peratus harga pasaran tanah. Bahkan, kelonggaran cara bayaran juga diperkenalkan bagi yang benar-benar tidak mampu.
Menyelesaikan pemberian geran dan hak milik tanah kepada peserta-peserta rancangan tanah Felda dan Felcra. Kerajaan PAS Terengganu berjaya melepasi sasaran 50,000 permohonan tanah rakyat setahun.
Contohnya, bagi tempoh April 2002 hingga April 2003 sebanyak 50,731 permohonan tanah rakyat diselesaikan oleh kerajaan negeri.
Menambahkan hasil pendapatan negeri melalui peningkatan hasil tanah. Pada tahun 2001, kerajaan memungut RM51,831,000 (RM51.8 juta) dan meningkat kepada RM78,733,000 (RM78.7 juta) pada tahun 2002.
Selain itu, pengurusan kewangan negeri lebih cekap di bawah kepimpinan ulama’ yang selama ini dicanang oleh Umno-BN kononnya ulama’ tidak pandai memerintah negeri.
Hakikatnya, ‘Akaun Bebas Riba’ apabila kerajaan pimpinan PAS segera memindahkan simpanan aset tetap (fixed deposit) dari bank-bank konvensional kepada bank yang mengamalkan sistem perbankan Islam.
Pihak Jabatan Audit Negara telah memperakui ketelusan kerajaan PAS Terengganu terhadap setiap sen yang dibelanjakan. Audit menyifatkan sebagai pengurusan yang kemas dan tiada wujud sebarang penyelewengan kewangan.
Kerajaan PAS ketika itu berjaya mengurangkan perbelanjaan mengurus kira-kira RM82,939.00 sebulan tanpa menjejaskan produktiviti perkhidmatan di pejabat-pejabat kerajaan seluruh negeri.
Rakyat perlu diingatkan, kerajaan BN Terengganu telah menerima bayaran hasil royalti petroleum daripada Petronas sebanyak lima peratus sejak tahun 1978. Bayangkan, sehingga Ogos 1999 jumlah hasil terimaan royalti tersebut sebanyak RM6,694,584,608.00. Malangnya, BN mewariskan hutang pula kepada kerajaan PAS Terengganu berjumlah RM731,334,342.85.
Jumlah kutipan zakat selama tiga tahun di bawah kerajaan PAS hampir menyamai jumlah pungutan zakat selama 10 tahun di bawah kerajaan BN terdahulu. Bagi tahun 1990 hingga 1999 di bawah kerajaan BN pungutan sebanyak RM85 juta sahaja.
Manakala, dalam tempoh tiga tahun pertama pemerintahan PAS Terengganu jumlah pungutan zakat adalah sebanyak RM82.4 juta dan jumlah pungutan tahunan bermula tahun 2000.
Tahun 2000
RM20.8 juta
Tahun 2001
RM28.7 juta
Tahun 2002
RM32.9 juta
Tahun 2003
RM40.05 juta
Di antara peningkatan ketara kepada hasil negeri ialah melalui cukai hasil hutannya mengikut tahun adalah seperti berikut;
Tahun 1995
RM25,842,329.07
Tahun 1996
RM28,522,571.35
Tahun 1997
RM32,210,314.33
Tahun 1998
RM14,945,506.01
Tahun 1999 RM13,434,571.17
Tahun 2000
RM29,086,863.71
Tahun 2001
RM34,256,921.01
Tahun 2002
RM53,065,165.62
Tahun 2003
RM63,486,530.36
Malah, pemerintahan kerajaan PAS Terengganu juga berjaya meningkatkan jumlah kutipan premium pembalakan berbanding di zaman kerajaan BN sebelumnya.
Zaman kerajaan BN juga terkenal dengan kewujudan terlalu banyak anak-anak syarikat milik kerajaan negeri tetapi malangnya terpaksa menanggung kerugian setiap tahun. Tetapi, kerajaan PAS Terengganu telah menyusun semula pengurusan anak-anak syarikat serta mengkaji semula pelaburannya.
Antara kejayaan lain, Terengganu menjadi satu-satunya negeri yang berupaya menyediakan kemudahan penginapan hotel di Makkah al-Mukarramah untuk rakyat Terengganu dan Malaysia amnya.
Bahkan, Tuanku al-Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin sendiri berkenan merasmikan hotel Darul Iman Palace milik TDM Berhad, sebuah anak syarikat kerajaan Terengganu di Makkah pada November 2003. Hotel berkenaan dipajakkan oleh kerajaan Arab Saudi kepada TDM selama lima tahun dengan perjanjian bayaran RM5 juta.
Kesungguhan kerajaan PAS memartabatkan pendidikan anak bangsa jelas terbukti dengan penubuhan beberapa institusi pendidikan baru. Antaranya, Kolej Islam Sains Terengganu (KIST), Kolej Sains dan Teknologi Al-Quran (KOSTAQ) dan Sekolah Rendah Agama Bersepadu (SRAB) di bawah kendalian Yayasan Terengganu (YT).
Pada tahun 1999, negeri Terengganu ketika itu menduduki tempat kedua tertinggi kadar kemiskinan rakyatnya di bawah kerajaan BN. Sejumlah 17.3 peratus atau 173 bagi setiap 1000 orang rakyat Terengganu adalah miskin.
Maknanya, pendapatan royalti petroleum yang hampir RM7 bilion yang pernah diterima oleh kerajaan BN Terengganu telah gagal diurus untuk mengatasi masalah kemiskinan rakyat.
Namun begitu, selepas dua tahun PAS memerintah Terengganu iaitu pada tahun 2001 negeri telah berjaya mengurangkan kadar kemiskinan rakyatnya kepada 14 peratus dan berubah dari tempat kedua negeri termiskin menjadi tempat ketiga dan keempat seterusnya.
Keharmonian hidup di kalangan orang bukan Islam terjamin di bawah pemerintahan PAS Terengganu. Ini kerana, janji manifesto pilihan raya PAS 1999 menggariskan tiga perkara utama bagi masyarakat bukan Islam.
Pertama, jaminan kebebasan mereka mengamalkan agama dan budaya masing-masing. Kedua, menggalakkan interaksi, persefahaman dan perpaduan antara orang Islam dan bukan Islam. Dan ketiga, menjamin bukan Islam menikmati hak dan keadilan yang saksama.
Bukti komitmen kerajaan PAS tidak boleh disangkal lagi. Apabila, Sidang Dun Terengganu pada 24 April 2003 telah meluluskan Enakmen Bagi Meminda Undang-undang Bagi Diri Kerajaan Terengganu (Bab Yang Pertama) (Pindaan) 2003.
Enakmen tersebut membolehkan Dun Terengganu melantik Adun dari kalangan wanita dan bukan Islam, apabila tiada antara mereka yang terpilih melalui pilihan raya. Syarat lantikan tersebut dengan mendapat sokongan sekurang-kurangnya tujuh ahli dewan (Dun) Terengganu.
Langkah itu membuktikan kerajaan negeri pimpinan PAS sentiasa prihatin mengenai perjuangan nasib kedua-dua sektor masyarakat tersebut (wanita dan bukan Islam) dan mahu suara mereka diwakili sebaik-baiknya di peringkat tertinggi dalam negeri.
Selama ini, pihak lawan PAS sering kali menwar-warkan kononnya PAS sebuah parti ‘taliban’ yang selalu mendiskriminasikan kaum hawa. Sedangkan, dia (Umno-BN) mengeksploitasikan kaum wanita tidak pula menjadi kesalahan.
Kaum wanita di negara ini dijadikan ‘objek’ untuk memenuhi tuntutan hawa nafsu melalui hiburan, modeling, pengiklanan dan lain-lain.
Justeru itu, bagi membuktikan PAS meninggikan martabat kaum hawa serta tidak mengkesampingkan golongan tersebut dinobatkan sebagai calon PAS dalam Pilihan Raya Kecil di Dewan Undangan Negeri (Dun) Tenang.
Hari penamaan calonnya pada 22 Januari dan hari membuang undi jatuh pada 30 Januari 2011. Awang harap ada kejayaannya di sana…jika Umno-BN tidak menang pasti calon muslimat PAS itu akan menang.
Rumusannya; PAS dan Pakatan Rakyat telah mempunyai serba sedikit pengalaman memerintah negeri. Contohnya, kerajaan PAS Kelantan telah berjaya memerintah negeri selama 20 tahun.
Manakala, rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat sedang mentadbir dengan baik di Kedah, Selangor dan Pulau Pinang kecuali Perak yang ‘dirampas’ kuasanya setahun lalu.
Rakyat hari ini bukan lagi bertaraf ‘tok nyadat’ seperti ayah ‘Mat Said’ tetapi semuanya sudah celik IT dan tahu maklumat sebenar. Ini kerana, semua maklumat berada di hujung jari kita sahaja.
“IMBAS KEMBALI SEJARAH…dan… BELAJARLAH DARI SEJARAH”

Oleh : 
http://apaorangkata.blogspot.my/2011/01/pengalaman-pas-1999-2004-layak-pas.html )

No comments:

Post a Comment

Iklan Berbayar - SMS 013 929 9944 ( RM50.00 Sebulan )

-
-