Ads 468x60px

-

Wednesday, February 6, 2013

Asrama Maahad Darul Quran terbakar


05/02/2013 3:49pm


MARANG - Sebuah blok asrama separuh konkrit Sekolah Maahad Darul Quran yang menempatkan 90 pelajar musnah dalam kebakaran semalam.
Kebakaran pada 10.30 malam itu menyebabkan pelajar tingkatan dua sekolah berkenaan tinggal sehelai sepinggang selepas asrama itu hampir seratus peratus musnah, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku.
Kejadian itu berlaku ketika pelajar berkenaan sedang belajar di dalam kelas dan disedari orang ramai termasuk Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang berada di dalam sebuah daripada bangunan di kawasan itu.
Abdul Hadi berkata, beliau berada tidak jauh dari tempat kejadian sebelum terhidu bau asap dan melihat asap tebal namun tidak dapat memastikan bangunan yang terbakar kerana kedudukan bangunan di kawasan itu agak dekat antara satu sama lain.
Beliau kemudian menghubungi seorang daripada petugas di sekolah berkenaan untuk melihat punca asap tebal itu dan dimaklumkan mengenai kebakaran bangunan asrama menempatkan pelajar tingkatan dua.
"Kejadian itu berlaku terlalu pantas, kami tidak mampu untuk menyelamatkan apa-apa. Ada di kalangan penduduk setempat memadam kebakaran terlebih dahulu bimbang merebak ke bangunan lain.
"Saya bersyukur kebakaran itu tidak melibatkan kecederaan dan ketika kejadian pelajar berada di dalam kelas tetapi kami tetap membuat pemeriksaan takut ada pelajar yang uzur (sakit) di dalam bilik asrama,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment

Iklan Berbayar - SMS 013 929 9944 ( RM50.00 Sebulan )

-
-