Ads 468x60px

-

Thursday, February 28, 2013

Hakikatnya - UMNO yang benarkan Bible Melayu di Import

Putrajaya setuju benar keluarkan 35,000 kitab Injil ditahan KDN

Oleh G Manimaran Petikan berita asal : [[ klik ]]
KUALA LUMPUR, 15 Mac 2011 — Putrajaya telah bersetuju untuk mengeluarkan kitab Injil dalam Bahasa Malaysia yang ditahan Kementerian Dalam Negeri di Kuching dan Pelabuhan Klang, sejak 2009, — beberapa hari selepas pelbagai pihak mendesak kerajaan berbuat demikian.

Keputusan itu selaras dengan warta 1982 di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang telah membenarkan pengeluaran dan penyebaran kitab Injil dalam Bahasa Malaysia secara terhad dan terkawal, di mana buku-buku tersebut mesti dicap dengan tag “Untuk Penganut Agama Kristian Sahaja”.

Tengah hari tadi,  Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menafikan yang Kabinet pernah membuat keputusan membenarkan 5,000 kitab Injil yang ditahan Kementerian Dalam Negeri sejak 2009 dibawa keluar.

Katanya, Kabinet masih belum membincangkan status kitab-kitab Injil yang dirampas dan ditahan di Pelabuhan Klang itu.

“Kami akan membincangkan pada mesyuarat Kabinet minggu ini. Kabinet belum membincangkannya lagi,” kata beliau.



Beberapa pihak termasuk PAS berpendapat tidak wajar kitab Injil dalam Bahasa Malaysia seharusnya tidak ditahan oleh Kementerian Dalam Negeri.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan lewat petang ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala berkata sejak 1982, dengan akta tersebut, laporan menunjukkan bahawa tiada sebarang isu atau masalah yang dihadapi dalam pelaksanaannya.

“Dengan merujuk kepada fakta tersebut, kerajaan Malaysia telah bersetuju untuk menggunakan warta 1982 yang sama dalam pengeluaran kitab Injil,” kata beliau yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu).

Beliau berkata, setelah pemerhatian dan analisis yang teliti, Peguam Negara juga telah menetapkan bahawa pengeluaran kitab Injil yang telah diterjemahkan dalam Bahasa Malaysia tidak akan memberi kesan dalam kes mahkamah yang berkaitan isu kalimah Allah.

“Oleh itu, dalam konteks berikut kerajaan telah dapat secara amnya mengeluarkan buku Kitab Injil tersebut,” kata beliau.

Idris juga berkata, kerajaan sangat komited dan akan memberikan komitmen yang berterusan untuk menyelesaikan masalah atau isu-isu berkaitan agama dengan penuh adil dan saksama demi kebaikan negara Malaysia yang berbilang kaum dan agama.

“Oleh itu, kerajaan akan terus mengadakan dialog khas untuk membincangkan jalan penyelesaian isu-isu tertentu dengan melibatkan semua penganut pelbagai agama,” katanya.

Selain itu kata beliau, kerajaan Sarawak juga bersetuju dan berpendapat bahawa penahanan buku kitab Injil yang telah sekian lama ditahan seharusnya dikeluarkan.

Idris, yang merupakan penganut agama Kristian yang berasal dari Sarawak telah berhubung dengan Persekutuan Kristian Malaysia (CFM) bagi pihak kerajaan.

Menurut beliau, “ini adalah satu kompromi yang memanfaatkan kedua-dua belah pihak dalam menangani perbezaan pendapat antara penganut agama Kristian dan Islam di negara ini.

“Bagi penganut agama Kristian, kerajaan telah bersetuju untuk mengeluarkan kitab Injil di Kuching mahupun di Pelabuhan Klang.

“Dari perspektif penganut agama Islam pula, seperti yang telah ditetapkan oleh Peguam Negara, pelaksanaan ini tidak akan memberi kesan dalam kes mahkamah yang berkaitan isu Kalimah Allah,” kata beliau lagi.

Justeru kata beliau, kerajaan jelas sangat komited dalam menyelesaikan masalah berkaitan agama sejajar dengan konsep 1 Malaysia.

No comments:

Post a Comment

Iklan Berbayar - SMS 013 929 9944 ( RM50.00 Sebulan )

-
-