Ads 468x60px

-

Friday, February 28, 2014

Presiden PAS Fail Notis Ketepikan Perintah Penghakiman Ingkar

KUALA TERENGGANU – Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang memfailkan notis permohonan mengenepikan Perintah Penghakiman Ingkar yang telah dimasukkan oleh plaintif pada 17 Februari lalu.
Peguamnya Haji Asmuni Awi berkata mahkamah telah menetapkan untuk mendengar permohonan mengeepikan perintah tersebut pada 30 Mac depan.
fail notis ketepi1“Assalamu’alaikum warahmatuLlahi wabarakatuh, saya suka maklumkan bahawa pada hari ini saya telah memfailkan notis permohon untuk mengegnepikan perintah penghakiman ingkar,
“yang dimasukkan oleh pihak plaintif Encik Shamsul terhadap Tuan Guru Presiden (PAS) Dato’ Seri Abdul Hadi Awang pada 17 Februari lalu,
“dan permohonan pada hari ini adalah untuk mengenepikan perintah tersebut, dan mahkamah telah menetapkan pendengaran untuk permohonan untuk mengenepikan perintah tersebut pada 30hb Mac yang akan datang ini,”jelasnya.
fail notis ketepiBeliau yang juga Pengerusi Lajnah Guaman PAS Pusat berkata demikian pada stu sidang media di lobi mahkamah Kompleks Mahkamah Tinggi dan Sesyen Kuala Terengganu pada Khamis 27 Februari.
Hadir sama ialah Setiausaha Politik Presiden PAS Dr. Shamsuri Mokhtar, Ketua Penerangan PAS Terengganu YB Mohd Nor Hamzah, Timbalan Ketua Pemuda PAS Terengganu YB Hishamuddin Abd Karim, Pembantu Khas Presiden Tuan Haji Mohd Zaihan Daud dan peguam Ahmad Fitri Asmuni.
Katanya, salinan permohonan tersebut akan dihantar segera kepada peguam pihak plaintif A. Vasudevan.
Sementara itu, katanya, pihak plaintif boleh mengemukakan apa-apa hujah untuk difailkan dan membalas sebarang dokumen atau affidavit yang dikemukakan oleh pihakk plaintif sebelum pendengaran pada 30hb Mac.

No comments:

Post a Comment

Iklan Berbayar - SMS 013 929 9944 ( RM50.00 Sebulan )

-
-