(Ustaz Mohd Nor sedang berbincang bagi mempercepatkan aliran air)
Tindakan pantas Wakil Rakyat
Bukit Payong, YB Ustaz Mohd Nor Hamzah, telah berjaya mengurangkan limpahan air
hujan yang tersekat kerana tiada aliran air yang betul.
Perkara ini berlaku ketika beliau
melakukan lawatan keatas mangsa-mangsa banjir di Kampung Pulai Tinggi yang mana
air bertakung dengan banyaknya dan telah menyebabkan kawasan yang tidak
sepatutnya dinaiki air, menjadi banjir tiba-tiba (gambar kiri- kedalaman air kira-kira 2 kaki)
Bertindak hasil dari aduan
penduduk setempat, beliau kemudiannya berunding dengan salah seorang penduduk
di situ agar membenarkan parit sementara dibuat di atas tanahnya bagi
mengalirkan air yang bertakung itu, ke saliran yang betul.
Beliau kemudiannya segera mengarahkan
Skuad Bantuan Banjir Bukit Payong menghubungi pemandu jenkaut bagi melaksanakan
rancangan menggali parit itu sejurus selepas mendapat kebenaran tuan tanah
bekenaan.
Apabila parit sementara digali,
maka air bertakung itu, sebahagian besarnya telah berjaya dialirkan ke saliran
yang betul (Gambar kiri dan bawah- air mengalir dengan laju setelah parit sementara digali)
Seorang penduduk, Nasir Ismail yang
ditemui berkata, tindakan pantas Ustaz Mohd Nor telah berjaya mengurangkan
kesusahan sebahagian penduduk yang terjejas dengan takungan air itu dimana air
itu tidak dapat mengalir.
“Kita melihat sejak semalam air
banjir ini tidak bergerak kerana tiada jalan untuk air mengalir.
Jadi pagi tadi alhamdulillah,
wakil rakyat kita telah mengarahkan orang-orangnya bagi membuat parit
sementara, jadi airpun cepat keluar.
Di sebelah sana, rumah yang
terlibat dengan air yang tersekat ini, jadi, dengan adanya parit yang dibina
secara segera ini akan dapat meringankan mereka dari masalah air yang naik
mendadak,” kata beliau.
Turut diberikan perhatian ialah
beberapa parit besar yang tersumbat yang mana air dari Kampung Pulai Tinggi ini
dialirkan, kesemua parit besar itu, telah dibersihkan sekadar termampu oleh Skuad Banjir.
Ternyata kebimbangan dan dakwaan
beliau semalam dan ketika sidang dewan berkenaan punca banjir antaranya ialah
kerana longkang-longkang serta parit-parit tidak diselenggara dengan betul
adalah tepat.