Ads 468x60px

-

Thursday, November 20, 2014

Musibah Banjir di Parlimen Marang 2014

1. Parlimen Marang tahun ini diuji dengan banjir di 3 dun iaitu Bukit Payong, Alor Limbat dan Ru Rendang. Namun setakat ini, dun Pengkalan Berangan masih dalam pemerhatian kerana air mula meningkat di sekitar Temala dan Kubu.







2. Di Bukit Payong, iaitu dun yang paling teruk di Marang ditimpa musibah banjir ini. Ini dilihat pada jumlah mangsa banjir seramai 601 orang daripada 143 keluarga yang telah ditempatkan di Pusat Pemindahan di SMK Seri Payong.

3. Tindakan pantas ADUN Bukit Payong, YB Ustaz Mohd Nor Hamzah yang turun padang ketika lawatan beliau di Kampung Pulai Tinggi kelmarin turut dihargai. Beliau dengan segera mengarahkan parit sementara dibina bagi mengalirkan air yang kehilangan punca untuk mengalir akibat tersekat.

4. Setakat kemaskini hari ini, Pusat Pemindahan di SK Rusila bagi dun Ru Rendang menampung seramai 272 orang mangsa yang terdiri daripada 71 keluarga. Keadaan semakin baik dan terkawal berbanding sebelum ini. YDP PAS Kawasan Marang, Tn. Hj. Yahaya Ali dan Ustaz Khalil Abdul Hadi juga turut turun ke pusat pemindahan mewakili ahli Parlimen Marang merangkap Adun Ru Rendang.

5. Dun Alor Limbat agak sedikit terjejas akibat banjir ini. Mangsa banjir telah ditempatkan di SK Atas Tol yang menampung 32 orang mangsa daripada 9 buah keluarga. Adun Alor Limbat, YB Arifin Deraman turut meninjau rumah mangsa banjir di sana.

6. Persiapan jentera PAS Kawasan Marang yang terdiri daripada Pemuda, Muslimat, Unit Amal, Ameerah, Briged Muslimat, Kebajikan, Pasukan Perubatan, PASAK dan lain-lain dalam keadaan bersiap sedia untuk turun bila-bila masa sahaja. Sebanyak 5 buah bot juga bersedia untuk digunakan.

7. Bantuan lain yang diperlukan setakat ini ialah selimut, kain pelikat dan makanan ringan untuk mangsa di penempatan banjir. PAS Kawasan juga akan melancarkan derma dan membuka tabung di masjid-masjid kita untuk memberi peluang orang ramai yang ingin memberi sumbangan.

8. Untuk sebarang maklumat di Marang bolehlah dirujuk pada dunbukitpayongn18.blogspot.com, pasmarang.blogspot.com dan Facebook: Pas Kawasan Marang,  Buletin PAS Marang.

Ustaz Sidik Abu Bakar
Pengarah J/Kuasa Operasi Banjir Marang
PAS Kawasan Marang
20 November 2014.

No comments:

Post a Comment

Iklan Berbayar - SMS 013 929 9944 ( RM50.00 Sebulan )

-
-