Ads 468x60px

-

Tuesday, July 7, 2015

'Amat malang jika dakwaan terhadap Najib benar'

PUTRAJAYA - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak perlu tampil dan membawa bukti kukuh bagi menafikan dakwaan beliau telah menyeleweng dana 1Malaysia Development Bhd (1MDB) berjumlah AS$700 (RM2.6 bilion) seperti didakwa oleh Wall Street Journal (WSJ), " ?kata Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din.

Mengulas lanjut, beliau berkata perkara itu perlu dilakukan segera, kerana sekiranya Najib lambat bertindak ia akan membawa lebih banyak impak negatif terhadap negara.

"....Bagaimanapun jika perkara itu (pemindahan dana daripada 1MDB ke akaun peribadi Najib) berlaku maka amat malang sekali kepada rakyat Malaysia kerana dalam suasana ekonomi negara sedang diambang kemerosotan dan nilai ringgit kejatuhan tetapi tiba-tiba kita dapat perkhabaran macam ini yang menyebabkan pelabur luar takut untuk melabur di negara ini.

"Jika berlaku sekaligus orang ramai akan hilang keyakinan kepimpinan negara. Oleh itu saya berharap perkara itu tidak berlaku," katanya ketika ditemui pemberita di Majlis Iftar Amal Institut Pintar Tahfiz Fuqaha (IPTAF) di sini Everly Putrajaya baru-baru ini.

Berikutan itu Datuk Dr Haron Din berkata beliau berharap Perdana Menteri dan 1MDB dapat mengemukakan bukti kukuh bagi menafikan dakwaan terbaru ini.

"Bagaimanapun, jika berlaku juga memang amat malang dan tidak boleh dipandang ringan," katanya. - Sinarharian

No comments:

Post a Comment

Iklan Berbayar - SMS 013 929 9944 ( RM50.00 Sebulan )

-
-