Ads 468x60px

-

Sunday, January 17, 2016

Turun Beramai-Ramai Sertai Demonstrasi Membantah TPPA!!!!!

KUALA TERENGGANU – Ahli dan penyokong PAS serta orang ramai diseru turun beramai-ramai untuk menyertai demonstrasi membantah Perjanjian Perkongsian Trans- Pasifik (Trans Pacific Partnership Agreement – TPPA) pada sabtu ini 23hb Januari di Dataran Merdeka.
Pengerusi Badan Penggerak Demokrasi dan Mobilisasi Terengganu (DEMI) Haji Yahaya Ali berkata isu TPPA adalah sangat penting kerana melibatkan masa depan negara.
“isu ini sangat penting, isu penjajahan ekonomi, isu yang melibatkan masa depan anak cucu kita, isu perjanjian TPPA yang melibatkan 12 negara yang dipimpin oleh Amerika (Syarikat) menyebabkan satu pasaran terbuka secara liberal,
“Peniaga-peniaga daripada luar boleh masuk ke negara kita tanpa sekatan. Sudah tiada lagi satu dasar perlindungan, barang-barang daripada luar,
“mampukah negara kita, usahawan-usahawan kita bersaing dengan negara luar yang mempunyai syarikat multinasional syarikat yang sangat besar?,”soal beliau.
Kesan perjanjian itu, kata beliau, ubat-ubatan menjadi lebih mahal harganya kerana terpaksa bergantung kepada ubat asal yang telah dipatenkan.
Katanya, dari segi sektor makanan dan keselamatan negara pengeluaran padi negara tidak dapat kerana bertanding dengan syarikat dan industri padi di negara luar yang mendapat subsidi daripada kerajaan hampir 100%.
“bayangkanlah…………. berapa puluh syarikat padi akan terancam! Apa saja ‘bisnes’ yang diniagakan oleh rakyat Malaysia ini,
“terpaksa bersaing dengan negara luar termasuk bidang profesional, bidang guaman dan seumpamanya,”jelas beliau.
Oleh itu, beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya II PAS Terengganu menggesa seluruh ahli dan penyokong PAS dipelbagai peringkat mesti hadir beramai-ramai bagi mencapai sasaran penyertaan dari negeri Terengganu.
“PAS pusat telah memutuskan yang asalnya tema hitam, kita sasarkan 20,000 orang dari Terengganu ini pada hari Sabtu ini mesti pakai baju hijau Fastaqim.
“setiap kawasan bermula dengan Kemaman, Dungun, Marang, Kuala Terengganu, Kuala Nerus gerakkan anak buah dia dari kawasan masing-masing seramai 3,000 orang,”ujarnya.
Bagi PAS Kawasan Hulu Terenggganu, kata beliau, mestilah menghantar sekurang-kurangnya 2,000 peserta dan Setiu serta Besut sekurang-kurangnya, setiap kawasan mesti mengerahkan seramai 1,500 orang ahli.
“Insya Allah seramai 20,000 orang (sebagaimana) diamanah oleh pimpinan kita iaitu penyertaan yang paling ramai seramai 20,000 orang berbaju hijau kita berkumpul di Dataran Merdeka pada Sabtu 23 Januari,”ujarnya lagi.

No comments:

Post a Comment

Iklan Berbayar - SMS 013 929 9944 ( RM50.00 Sebulan )

-
-