KUALA TERENGGANU: Mahkamah Tinggi di sini menolak
dengan kos saman yang difailkan oleh bekas calon PKR Dun Bukit Besi pada
PRU13 lalu, Mohd Shamsul Mat Amin terhadap Presiden PAS, Datuk Seri
Tuan Guru Abdul Hadi Awang.
Sehubungan itu, Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa turut memerintahkan
Mohd Shamsul membayar kos RM10,000 kepada Tuan Guru Abdul Hadi yang juga
Ahli Parlimen Marang.
Mohd Shamsul Mat Amin memfailkan saman
terhadap Tuan Guru Abdul Hadi susulan ceramah Presiden PAS di Kampung
Tebakang, Alor Limbat, Marang semasa kempen PRU itu.
Shamsul mendakwa ceramah itu mengaitkan beliau sebagai calon PKR dengan pil kuda.
Presiden PAS diwakili Tetuan Awi & Co manakala Shamsul diuruskan Tetuan Vasudevan & Co. - HARAKAHDAILY 15/12/2014
Monday, December 15, 2014
Thursday, November 20, 2014
PAS Terengganu Di Fitnah Pembangkang Di Negeri Selangor, Kelantan, Penang
Tersebar dalam media sosial apa yang saya istilahkan sebagai tuduhan bertaraf sampah murahan kononnya Unit Amal PAS tak memberikan bantuan kepada pelajar-pelajar Unisza yang terperangkap banjir.
Dipersoalkan di mana Unit Amal PAS? Kononnya hanya Pemuda Umno yang membantu.
Saya tak pasti benarkah Pemuda Umno telah membantu, tetapi faktanya Unit Amal PAS telah tidak dibenarkan masuk ke kawasan Kampus serta asrama pelajar.
Kalau nak masuk membantu, mesti kena buat surat permohonan rasmi dulu.
Nak tunggu surat dapat kelulusan, kalau orang lapar jadi kebulur dulu! Kalau orang tenggelam jawabnya mati lemas dulu!
Banjir pun nak berpolitik juga. Ini adalah suatu yang amat dikesali.
Saya sebagai Pengarah Operasi Banjir PAS Terengganu di mana Unit Amal adalah satu dari armada kami merakamkan ucapan penghargaan yang tak ternilai atas segala sumbangan bakti yang telah dihulurkan oleh Unit Amal dalam operasi bantuan dan menyelamat. Ianya diakui oleh sesiapa sahaja yang melihat dengan mata bukan melihat dengan kepala lutut.
Kami akan terus berbakti kerana Allah tetapi fitnah juga perlu dijawab.
Dr Azman Ibrahim
Pengarah Jawatankuasa Operasi Banjir PAS Terengganu

Musibah Banjir di Parlimen Marang 2014
1. Parlimen Marang tahun ini diuji dengan banjir di 3 dun iaitu Bukit Payong, Alor Limbat dan Ru Rendang. Namun setakat ini, dun Pengkalan Berangan masih dalam pemerhatian kerana air mula meningkat di sekitar Temala dan Kubu.
2. Di Bukit Payong, iaitu dun yang paling teruk di Marang ditimpa musibah banjir ini. Ini dilihat pada jumlah mangsa banjir seramai 601 orang daripada 143 keluarga yang telah ditempatkan di Pusat Pemindahan di SMK Seri Payong.
3. Tindakan pantas ADUN Bukit Payong, YB Ustaz Mohd Nor Hamzah yang turun padang ketika lawatan beliau di Kampung Pulai Tinggi kelmarin turut dihargai. Beliau dengan segera mengarahkan parit sementara dibina bagi mengalirkan air yang kehilangan punca untuk mengalir akibat tersekat.
4. Setakat kemaskini hari ini, Pusat Pemindahan di SK Rusila bagi dun Ru Rendang menampung seramai 272 orang mangsa yang terdiri daripada 71 keluarga. Keadaan semakin baik dan terkawal berbanding sebelum ini. YDP PAS Kawasan Marang, Tn. Hj. Yahaya Ali dan Ustaz Khalil Abdul Hadi juga turut turun ke pusat pemindahan mewakili ahli Parlimen Marang merangkap Adun Ru Rendang.
5. Dun Alor Limbat agak sedikit terjejas akibat banjir ini. Mangsa banjir telah ditempatkan di SK Atas Tol yang menampung 32 orang mangsa daripada 9 buah keluarga. Adun Alor Limbat, YB Arifin Deraman turut meninjau rumah mangsa banjir di sana.
6. Persiapan jentera PAS Kawasan Marang yang terdiri daripada Pemuda, Muslimat, Unit Amal, Ameerah, Briged Muslimat, Kebajikan, Pasukan Perubatan, PASAK dan lain-lain dalam keadaan bersiap sedia untuk turun bila-bila masa sahaja. Sebanyak 5 buah bot juga bersedia untuk digunakan.
7. Bantuan lain yang diperlukan setakat ini ialah selimut, kain pelikat dan makanan ringan untuk mangsa di penempatan banjir. PAS Kawasan juga akan melancarkan derma dan membuka tabung di masjid-masjid kita untuk memberi peluang orang ramai yang ingin memberi sumbangan.
8. Untuk sebarang maklumat di Marang bolehlah dirujuk pada dunbukitpayongn18.blogspot.com, pasmarang.blogspot.com dan Facebook: Pas Kawasan Marang, Buletin PAS Marang.
Ustaz Sidik Abu Bakar
Pengarah J/Kuasa Operasi Banjir Marang
PAS Kawasan Marang
20 November 2014.

Tindakan pantas Wakil Rakyat Bukit Payong Legakan rakyat
(Ustaz Mohd Nor sedang berbincang bagi mempercepatkan aliran air)
Tindakan pantas Wakil Rakyat
Bukit Payong, YB Ustaz Mohd Nor Hamzah, telah berjaya mengurangkan limpahan air
hujan yang tersekat kerana tiada aliran air yang betul.
Perkara ini berlaku ketika beliau
melakukan lawatan keatas mangsa-mangsa banjir di Kampung Pulai Tinggi yang mana
air bertakung dengan banyaknya dan telah menyebabkan kawasan yang tidak
sepatutnya dinaiki air, menjadi banjir tiba-tiba (gambar kiri- kedalaman air kira-kira 2 kaki)
Bertindak hasil dari aduan
penduduk setempat, beliau kemudiannya berunding dengan salah seorang penduduk
di situ agar membenarkan parit sementara dibuat di atas tanahnya bagi
mengalirkan air yang bertakung itu, ke saliran yang betul.
Beliau kemudiannya segera mengarahkan
Skuad Bantuan Banjir Bukit Payong menghubungi pemandu jenkaut bagi melaksanakan
rancangan menggali parit itu sejurus selepas mendapat kebenaran tuan tanah
bekenaan.
Apabila parit sementara digali,
maka air bertakung itu, sebahagian besarnya telah berjaya dialirkan ke saliran
yang betul (Gambar kiri dan bawah- air mengalir dengan laju setelah parit sementara digali)
Seorang penduduk, Nasir Ismail yang
ditemui berkata, tindakan pantas Ustaz Mohd Nor telah berjaya mengurangkan
kesusahan sebahagian penduduk yang terjejas dengan takungan air itu dimana air
itu tidak dapat mengalir.
“Kita melihat sejak semalam air
banjir ini tidak bergerak kerana tiada jalan untuk air mengalir.
Jadi pagi tadi alhamdulillah,
wakil rakyat kita telah mengarahkan orang-orangnya bagi membuat parit
sementara, jadi airpun cepat keluar.
Di sebelah sana, rumah yang
terlibat dengan air yang tersekat ini, jadi, dengan adanya parit yang dibina
secara segera ini akan dapat meringankan mereka dari masalah air yang naik
mendadak,” kata beliau.
Turut diberikan perhatian ialah
beberapa parit besar yang tersumbat yang mana air dari Kampung Pulai Tinggi ini
dialirkan, kesemua parit besar itu, telah dibersihkan sekadar termampu oleh Skuad Banjir.
Ternyata kebimbangan dan dakwaan
beliau semalam dan ketika sidang dewan berkenaan punca banjir antaranya ialah
kerana longkang-longkang serta parit-parit tidak diselenggara dengan betul
adalah tepat.
Banjir : DUN Bukit Payong aktifkan bilik
Hujan yang berterusan selama
beberapa hari bermula Jumaat lalu telah menyebabkan beberapa kawasan di Bukit
Payong mula dinaiki air dan mengakibatkan sebahagian kecil penduduk telah
diarahkan berpindah.
Sehingga tengah malam 18
November, sebanyak 81 keluarga yang keseluruhannya berjumlah 384 orang
didaftarkan di pusat pemindahan Sekolah Menengah Seri Payong.
Mereka dikenal pasti datang dari
kawasan sekitar Pekan Bukit Payong seperti kawasan Perumahan Awam Kos Rendah
berhampiran Giat Mara Bukit Payong.
Mereka mula dipindahkan pada
waktu senja setelah air naik dengan agak pantas, mengakibatkan sesetengah
kawasan rendah dinaiki air sedalam kira-kira satu meter.
Sehubungan dengan itu Majlis
Tindakan DUN Bukit Payong telah mengaktifkan bilik gerakan yang telah ditubuhkan
minggu lepas bagi memberikan bantuan yang sebaik mungkin kepada mangsa-mangsa.
Bermula petang tadi, Adun Bukit
Payong, YB Ustaz Mohd Nor Hamzah sendiri telah turun padang bagi meninjau dan
menghulurkan sedikit bantuan awal kepada beberapa mangsa yang terjejas.
Kawasan-kawasan yang dilawati
beliau ialah sekitar Kubang Palas, Batu 9 dan Paya Resak.
Skuad Banjir DUN Bukit Payong petang
tadi, yang terdiri daripada sukarelawan-sukarelawan di sekitar Bukit Payong,
telahpun bergerak membantu sebahagian mangsa memindahkan barang-barang mereka
ke tempat yang selamat.
Dijadualkan esok bantuan akan
mula diagihkan kepada mereka yang terjejas tetapi tidak meninggalkan kediaman
mereka untuk ke pusat pemindahan.
YB Ustaz Mohd Nor Hamzah akan
mengetuai pasukan bantuan ini menemui dan menghulurkan bantaun kepada mangsa
terbabit.
Bagi mereka yang memerlukan
khidmat pemindahan, bantuan banjir dan juga kerja pembersihan dan bantuan lain,
bolehlah menghubungi Haji Zamri 019-9842382, Mustaffa 019-9276510, Mr.Boo
019-9484883 dan Mat Chah 014-5078896.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Iklan Berbayar - SMS 013 929 9944 ( RM50.00 Sebulan )
-
-