Ads 468x60px

-

Sunday, April 7, 2013

Sebuah kerajaan yang telus dan amanah - itu yang telah Kedah buktikan 5 tahun lalu




ALOR SETAR – Rakyat sekarang telah pandai memilih kerajaan yang boleh memberi jaminan bahawa hak mereka dipelihara.

Pesuruhjaya PAS Kedah, Dato’ Seri DiRaja Ustaz Azizan Abdul Razak berkata, rakyat mahukan pemerintah yang menjalankan pentadbiran secara telus dan amanah serta memberi jaminan sosial yang selamat.

“Rakyat hari ini mahukan pemerintah yang telus, di mana mereka (rakyat) boleh jalankan kehidupan serta melakukan aktiviti dengan aman, jaminan sosial yang baik sekaligus mereka dapat tingkatkan pendapatan mereka.



“Sebagai contoh, sebuah anak syarikat kerajaan negeri yang mana masa kita ambil alih kerajaan alami kerugian yang teruk, terpaksa tambah modal berjuta-juta, Alhamdulillah dalam masa beberapa bulan, syarikat ini peroleh keuntungan yang baik, ini adalah hasil daripada pentadbiran yang telus dan amanah,” ujar beliau pada sidang media selepas Majlis Tandatangan Memorandum Persetujuan Manifesto Pilihan Raya Umum ke 13 Pakatan Rakyat Negeri Kedah. 
 
Mengulas kejayaan manifesto terdahulu (PRU 12), beliau berkata kerajaan Pakatan Rakyat (PR) bukan sahaja dapat menunaikan janji, malahan berjaya membuat apa yang tidak terkandung dalam manifesto tersebut.

“Kita bukan sahaja buat apa yang dijanji, malah kita boleh buat apa yang tak ada dalam manifesto, seperti pembinaan kampus induk Kolej Universiti Insaniah dan juga Skim Kafalah.

“Barisan Nasional pun tak pernah ada manifesto, bila kita (PR) buat, mereka (BN) pun buat juga, bila kita berjaya menawan Putrajaya, Insya Allah, janji-janji manifesto dapat dilaksanakan dengan lebih baik kerana tiada kekangan kewangan,” jelas beliau.

No comments:

Post a Comment

Iklan Berbayar - SMS 013 929 9944 ( RM50.00 Sebulan )

-
-