Ads 468x60px

-

Thursday, April 4, 2013

PRU13: Muslimat PAS sasar kumpul RM200,000

Saidah Hairan,04 Apr 2013

KUALA LUMPUR: Dewan Muslimat PAS Pusat mengalu-alukan ahli korporat, usahawan, individu ke program `Hi Tea Muslimat‘ untuk mengumpul dana khas calon-calon Muslimat bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 ini.

Timbalan Ketua DMPP, Dr Siti Mariah Mahmud berkata, Dewan Muslimat mensasarkan sumbangan sebanyak RM200,000 untuk membantu gerak kerja 22 orang calon Muslimat yang bertanding di Parlimen dan Dun seluruh Malaysia.

Menurut beliau, Hi Tea Dewan Muslimat itu akan diadakan pada 7 April dengan sumbangan satu kerusi berjumlah RM1,000 atau sumbangan boleh dibuat secara perkongsian.

Beliau yakin muslimat PAS kreatif dan mampu untuk mencari sumbangan bagi mengisi dana pilihan raya untuk calon-calon Muslimat.

Hi Tea tertutup DMMP itu akan diadakan di Astana Era Mewah, Lot 2896, Jalan Paya Jaras Tengah, Pinggiran Sungai Buloh, Seksyen U19 Shah Alam bermula jam 2.30 petang.

Dalam majlis itu juga diadakan tayangan montaj, sembang santai bersama pimpinan serta persembahan daripada artis terkenal, Wan Aisyah Wan Ariffin (Aisyah).

Sumbangan amat dialu-alukan dan bagi dermawan yang tidak boleh hadir ke Hi Tea boleh terus masukkan sumbangan ke `DEWAN MUSLIMAT PAS PUSAT BANK ISLAM (MEDAN MARA) akaun 140 410 100 376 73 dan hubungi Dr Siti Mariah di talian 019-2361889.

No comments:

Post a Comment

Iklan Berbayar - SMS 013 929 9944 ( RM50.00 Sebulan )

-
-