Kekejaman tentera Mesir mesti ditentang habis-habisan
Harakahdaily, | 28 Jul 2013 |
“Tindakan terbaru oleh tentera Mesir ini tidak dapat dikompromi sama sekali,” tegas Pengerusi Shura, Abdul Ghani Samsudin dan Presiden Mapim, Mohd Azmi Abdul Hamid dalam kenyataan bersama.
Bagi mereka, ia adalah isyarat jelas bahawa demokrasi yang diperjuangkan oleh Revolusi 25 Jun 2011 sudah dirampas oleh tentera.
Menurut mereka, pada hakikatnya tentera tidak pernah memihak kepada rakyat kerana institusi tentera sejak Mesir merdeka dari sistem monarki telah menjadi komponen yang selama ini hanya memelihara kepentingan golongan elit pegawai tinggi yang menjadi budak kepada kuasa Barat terutama Amerika Syarikat untuk mencengkam dan menindas rakyat dengan zalim.
Kenyataan penuh Shura dan Mapim sebagaimana di bawah.
Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (Shura) dan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) mengecam dan mengutuk dengan keras pembunuhan sekali lagi rakyat Mesir oleh tentera yang berlaku pada Jumaat baru-baru ini.
Tindakan terbaru oleh tentera Mesir ini tidak dapat dikompromi sama sekali. Ia adalah isyarat jelas bahawa demokrasi yang diperjuangkan oleh Revolusi 25 Jun 2011 sudah dirampas oleh tentera.
Pada hakikatnya tentera tidak pernah memihak kepada rakyat kerana institusi tentera sejak Mesir merdeka dari sistem monarki telah menjadi komponen yang selama ini hanya memelihara kepentingan golongan elit pegawai tinggi yang menjadi budak kepada kuasa Barat terutama Amerika Syarikat untuk mencengkam dan menindas rakyat dengan zalim.
Tentera yang bergabung dan berkospirasi dengan kehakiman, golongan liberal dan sekular serta Kristian Koptik dan kelompok mafia tamarroud adalah bertanggungjawab di atas pembunuhan ini.
Atas alasan menolak pemerintahan Ikhwan Muslimin, mereka menerima bantuan Amerika untuk mengguling Morsi dan membunuh rakyat Mesir.
Tentera yang mengguna kononnya mandat dari rakyat dalam perhimpunan anti Morsi yang didalangi oleh tentera sendiri di Tahrir Square telah dengan sengaja menyerang peserta perhimpunan pro Morsi di kawasan Universiti Al-Azhar menjelang waktu sahur pada Jumaat tersebut.
Kini angka kematian meningkat kepada lebih 100 orang dan lebih 1,000 cedera dalam insiden Jumaat itu akibat serangan tembakan rambang tentera dengan peluru hidup ke arah peserta demonstrasi.
Jelas tentera kini terang-terangan mahu mencetuskan perang sivil dengan rakyat sendiri yang boleh mengheret Mesir ke arah situasi seperti Syria.
Ketua tentera, Fatteh Al-Sisi yang melantik dirinya sebagai Menteri Pertahanan selepas menggulingkan Morsi juga telah secara terbuka mengistiharkan akan ‘membersihkan’ Mesir dari ‘teroris’ yang ditujukan kepada Ikhwan Muslimin dan penyokong Morsi.
Dengan tindakan membunuh rakyat Mesir sendiri melalui serangan brutal ke atas peserta yang tidak mempunyai sebarang daya berhadapan dengan tentera Mesir yang dilengkapi dengan senapang, keretal kebal dan pemancut gas dan air pancut yang beracun, bermakna peralihan kepada demokrasi yang diidamkan oleh rakyat Mesir hancur samas ekali.
Sangat jelas kelompok anti Islam didalangi oleh tentera dan kuasa luar untuk menolak kemenangan Mohammad Morsi yang terpilih secara pilihanraya yang demokratik. Ini sangat jelas membuktikan demokrasi yang dilaksanakan tentera adalah demokrasi penuh hipokrasi.
Dengan melakukan jenayah paling hina iaitu membunuh rakyat sendiri yang menuntut demokrasi di kembalikan selepas piliharan parlimen dan Presiden Mesir telah memenangkan calon-calon Ikhwan Muslimin, ternyata tentera yang menerima lebih USD1 bilion daripada US setiap tahun menjadi alat untuk membunuh demokrasi yang memihak kepada kelompok Islam.
Kami mendesak komuniti antarabangsa jangan mendiamkan diri. Rakyat Mesir tidak boleh dibiarkan dibunuh dengan zalim dan mereka yang bertanggungjawab dibiarkan terlepas dari dihukum.
Kami menegaskan Ketua Tentera Mesir mesti dipertanggungjawabkan di atas pembunuhan kejam tersebut dan beliau perlu dibicarakan atas kesalahan jenayah membunuh dan genosid.
Kami menuntut Malaysia mengantungkan hubungan diplomatiknya dengan Mesir untuk menyampaikan mesej yang tegas bahawa tindakan tentera Mesir tidak boleh diterima sama sekali.
Kami bertegas bahawa tuntutan rakyat Mesir untuk Morsi dibebaskan dan beliau dikembalikan sebagai Presiden yang sah adalah tuntutan yang wajar disokong oleh seluruh masyarakat dunia.
Kami mengusulkan gerakan Islam sedunia bersidang segera untuk merumuskan tindakan yang berkesan untuk menghalang pertumpahan darah berterusan di Mesir.
No comments:
Post a Comment