28 Jul 2013
Ulamak adalah orang yang memenuhi 2 syarat iaitu:
1-Mempunyai pengetahuan tinggi tentang agama, mampu merujuk kepada al-Quran dan al-Sunnah, dan
2-Mempunyai ketaqwaan kpd Allah s.w.t .
Mereka hidup dengan mewakafkan diri untuk kerja dakwah menyedarkan
ummat menerusi surau masjid dan pelbagai medium. Apabila golongan
berilmu dan bertaqwa ini menjadi sasaran kritikan dan penghinaan maka
bermulalah siri-siri kerosakan umat. Amat malang jika ia berlaku di
kalangan mereka yang menobatkan dirinya sebagai pejuang Islam dalam
gerakan Islam.
Adakah kesedaran yang mereka dapat hasil usaha sendiri tanpa menerusi ulamak yang memberikan pencerahan dan ilmu kesedaran?
Inilah bibit kerosakan dalam gerakan Islam. Kalau dulu parti nasional
yang memperkecil dan menghina ulamak namun sekarang suara-suara yang
menasabkan mereka sebagai ahli gerakan Islam pula yang meniru aksi
mereka. Adakah ini kejayaan musuh meresap masuk ke dalam saf gerakan
Islam?
Serangan dibuat secara umum terhadap ulamak kononnya
tidak turun ke padang untuk berdakwah, tiada daya kepimpinan dan tidak
kompeten serta berselindung di bawah jubah ulamak untuk menjadi
pemimpin.
Fitnah-fitnah seumpama ini sangat jahat, sedangkan
secara realitinya ulamak-ulamak ini turun bersama masyarakat di waktu
pagi dan petang dengan puluhan program dakwah 7 hari seminggu untuk
bergerak menyampaikan Islam di pelbagai medium tanpa meminta secara
peribadi untuk menjadi pemimpin. Di kala sebahagian kita sibuk dengan
mencari nafkah, para ulamak turun berdakwah sama ada dengan imbalan
dunia sebagai nafkah harian atau tanpa habuan hanya meletakkan Allah
sebagai pergantungan rezeki.
Lidah mereka seharian basah dengan
zikir dan ayat-ayat Allah. Malam-malam mereka dipenuhi dengan munajat
kepada Allah. Berhati-hatilah dengan fitnah yang sedang dinyalakan oleh
mereka yang bertopengkan aktivis dakwah tanpa ilmu dan petunjuk al-Quran
dan al-Sunnah. Nabi saw bersabda dalam hadis sahih: من عادى لي وليا فقد آذنته بالحرب
"Sesiapa yang memusuhi waliku (orang yang hampir dengan-Ku) maka Aku isytiharkan perang terhadap mereka".
YB Datuk Dr Khairuddin Aman Razali
Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat
Ahli Parlimen Kuala Nerus
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Iklan Berbayar - SMS 013 929 9944 ( RM50.00 Sebulan )
-
-
No comments:
Post a Comment