Ads 468x60px

-

Sunday, December 22, 2013

KEPULAUAN Natuna Milik Terengganu?

KEPULAUAN Natuna adalah gugusan kepulauan yang berselerakan di tengah-tengah Laut China Selatan yang memisahkan Semenanjung Malaysia dan Sabah serta Sarawak. Ia terletak lebih kurang 450km di utara pulau Singapura. Pulau terbesar di dalam gugusan kepulauan Natuna adalah Pulau Serindit atau nama lainnya, Pulau Bunguran.
Nama antarabangsa yang diiktiraf bagi Pulau Bunguran ialah ‘Natuna’. Walaupun dikatakan terpencil, Kepulauan Natuna terletak di kawasan laluan utama perdagangan antara Asia Timur dan Asia Barat.
Kedudukan Kepulauan Natuna
Berpusatkan kota Ranai sebagai ibu negerinya, Kepulauan Natuna terdiri daripada 272 buah pulau yang terletak di barat laut Pulau Borneo. Mungkin terdapat sebahagian daripada kita yang bertanya; kenapakah kepulauan Natuna yang terletak di tengah-tengah Malaysia, bukan milik Malaysia?
Penduduk
Sehingga tahun 2010, dianggarkan penduduk di Kabupaten (Regency) Natuna adalah sebanyak 69,003 orang, yang terdiri daripada 35,741 orang lelaki dan 33,262 perempuan. Lebih kurang 85% penduduk di sana 85.27% adalah berketurunan Melayu dan selainnya adalah berketurunan Jawa, Sumatera dan Cina.
Bahasa pertuturan utama adalah Bahasa Melayu dielek negeri Terengganu dan Islam adalah agama utama penduduk di Kabupaten Natuna.
Sejarah
Sejarah Kepulauan Natuna tidak dapat dipisahkan daripada pengaruh negeri-negeri di Tanah Melayu. Pemerintahan di Natuna dikatakan bermula pada tahun 1597 yang didirikan hasil gabungan penghijrahan kaum bangsawan Patani dan Johor. Pada sekitar kurun ke-16 iaitu selepas kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka ke tangan Portugis, kerajaan Patani dan Johor muncul sebagai kuasa baru di rantau Tanah Melayu.
Kuasa dan pengaruh kesultanan Patani dikatakan lebih tertumpu di kawasan utara merangkumi negeri-negeri Terengganu, Kelantan, Menara (Narathiwat) dan Jala (Yala) sebelum dijajah Siam pada kurun ke-18. Manakala Kesultanan Johor pula menguasai kawasan selatan yang terdiri daripada negeri Pahang, sebahagian pantai timur Sumatera dan kepulauan Riau.
Susur galur pemerintahan Patani di Natuna bermula apabila salah seorang puteri berketurunan pemerintah asal Natuna bernama Puteri Wan Seri Bulan yang telah berkahwin dengan Datuk Bendahara Lingkai al-Fathani, seorang kerabat diRaja Patani. Zuriat dari pasangan ini telah menjadi Datuk Kaya yang memegang teraju pemerintahan Natuna.
Selain dari itu, antara pemerintah yang terkenal ialah Wan Muhammad al-Fathani yang berketurunan Orang Kaya Aling.
Baginda, yang juga digelar Orang Kaya Perdana Mahkota telah berhubung dengan pihak Inggeris pada tahun 1848 apabila Penguasa Tentera Inggeris bagi negeri-negeri Selat di Tanah Melayu, Leftenan Kolonel Butterworth menghadiahkan sebuah meriam tembaga atas jasa baginda memberikan bantuan kepada sebuah kapal milik pihak Inggeris yang pecah di sekitar pulau Natuna pada 25 Januari 1848.
Sorotan sejarah pemerintahan dan kependudukan awal bangsa Melayu di Natuna ini jelas menunjukkan bahawa kepulauan tersebut mempunyai hubungan yang lebih erat dengan dengan negeri-negeri di Tanah Melayu berbanding dengan kerajaan-kerajaan dari kepulauan Indonesia ataupun pihak penjajah Belanda yang berpusat di Batavia (Jakarta).
Pemerintahan Penjajah Barat Di Nusantara
Salah satu pemandangan di Kepulauan Natuna.
Kepulauan Melayu (Nusantara) adalah gugusan kepulauan yang terbesar di dunia dan Pulau Natuna terletak di kawasan ini. Sejak zaman kerajaan Srivijaya lagi, iaitu bermula dari kurun ke-7 Masihi, kerajaan-kerajaan Melayu sangat aktif dalam bidang perdagangan dan kota-kota Melayu menjadi pusat pelabuhan yang penting, seperti Palembang, Melaka, Kotaraja (Aceh), Patani dan Brunei.
Namun, kegemilangan kerajaan-kerajaan Melayu dan kekayaan sumber-sumber alam kepulauan Melayu ini telah mengundang minat penjajah Barat untuk datang menguasai rantau ini.. Kerajaan Melaka adalah kerajaan yang pertama jatuh ke tangan penguasa Portugis pada tahun 1511.
Melaka kemudiannya dikuasai oleh Belanda pada tahun 1641 sementara Bengkulu, yang terletak di Pulau Sumatera, dikuasai Inggeris pada tahun 1685.
Perlumbaan dalam mengembangkan kuasa dan pengaruh British dan Belanda di Kepulauan Melayu telah menimbulkan rasa tidak puas hati antara kedua-dua kuasa penjajah tersebut.
Bagi menamatkan bibit-bibit konflik dan mengekalkan hubungan baik British-Belanda, Perjanjian Inggeris-Belanda pada 17 Mac 1824 (Perjanjian 1824) telah dimetarai. Perjanjian ini telah membahagikan ‘Dunia Melayu’ di mana kedua kuasa tersebut secara sewenang-wenangnya melakarkan ‘peta kekuasaan’ masing-masing.
Artikel 10 Perjanjian ini berbunyi ‘Kota Melaka diserahkan kepada Raja Inggeris, manakala Raja Belanda dan rakyatnya tidak akan menubuhkan sebarang penempatan di Singapura dan Semenanjung Melaka (Semenanjung Melayu)’. Artikel 9 Perjanjian 1824 mengiktiraf pengaruh Belanda di Pulau Sumatera dan pulau-pulau di selatan pulau Singapura.
Dengan termeterainya perjanjian ini, pihak British tidak akan membuka penempatan di pulau-pulau di selatan Singapura dan Belanda juga tidak akan membuka penempatan di Semenanjung Melayu.
Perjanjian 1824 ini telah menjarah sempadan di kepulauan Melayu dan kesannya kekal sehingga ke hari ini.
Kesan Perjanjian 1824 ke Atas Kepulauan Natuna
Secara umum, boleh dikatakan bahawa Perjanjian 1824 tidak meletakkan kepulauan Natuna dengan jelas sama ada di bawah pengaruh Inggeris atau Belanda.
Akan tetapi, Perjanjian 1824 ada mengatakan yang Belanda tidak akan menubuhkan penempatan di utara pulau Singapura dan Semenanjung Melayu yang diiktiraf sebagai wilayah British.
Wilayah Belanda adalah di pulau Sumatera dan pulau-pulau di selatan pulau Singapura. Dari sudut geografi, Kepulauan Natuna bukanlah gugusan kepulauan yang terletak di selatan pulau Singapura.
Kepulauan Natuna Sebagai Wilayah di Dalam Indonesia
Kepulauan Natuna telah dimasukkan sebagai salah sebuah wilayah di dalam Republik Indonesia berdasarkan Surat Keputusan Delegasi Republik Indonesia, Provinsi Sumatera Tengah bertarikh 18 Mei 1956.
Kabupaten Natuna kemudiannya telah ditubuhkan di dalam Provinsi Kepulauan Riau berdasarkan Undang-undang No. 53 Tahun 1999 yang telah dikuatkuasakan pada 12 Oktober 1999.
Namun, jika dilihat pada peta Asia Tenggara, jelas menunjukkan bahawa Kepuluan Natuna secara semulajadinya terletak sejajar dengan lokasi negeri Terengganu, sekiranya garis lurus dilukis dari pesisir negeri berkenaan ke arah timur.
Sempadan Indonesia jelas melengkung ke atas dan bukanlah dalam satu garisan yang lurus.
Kepulauan Natuna menjadi salah satu aset utama dalam menjadikan Indonesia sebagai sebuah negara kepulauan terbesar di dunia.
Dalam melukis garis kepulauan bagi membentuk perairan kepulauan, satu garis melengkung telah dilukis dari Pulau Bintan ke arah utara menyambung Kepulauan Anambas dan seterusnya Kepulauan Natuna sebelum garis ini melengkung ke bawah untuk bersambung dengan provinsi Kalimantan Barat.
Berdasarkan sumber sejarah, adalah munasabah untuk mengatakan Kepulauan Natuna tidak banyak mempunyai perkaitan dengan negara Indonesia. Kepulauan Natuna berbeza dengan tanah jajahan Belanda yang lain di Indonesia seperti Pulau Sumatera, Pulau Jawa, Nusa Tenggara, Makassar dan Papua.
Wilayah-wilayah ini yang menjadi milik Indonesia yang mewarisinya daripada bekas penjajahnya, Belanda apabila Indonesia mencapai kemerdekaan pada tahun 1945. Konsep yang wujud di dalam undang-undang antarabangsa ini dipanggil utti possideti juris.
Semasa Perjanjian 1824 dibuat, kepulauan Natuna masih lagi di bawah pengaruh kesultanan Melayu menerusi pemerintahan Baginda Wan Muhammad al-Fathani. Juga, Perjanjian 1824 tidak secara jelas meletakkan kepulauan Natuna di bawah pengaruh Belanda.
Malah, sekiranya Perjanjian 1824 diteliti, Belanda tidak berhak membuka penempatan di mana-mana kawasan di utara pulau Singapura yang jelas berada di dalam kawasan pengaruh British.
Secara logiknya, memandangkan kepulauan Natuna masih berada di dalam wilayah lingkup kerajaan Johor saat Perjanjian 1824 ditandantangani, ianya patut berada di bawah pengaruh British, yang menjadi penaung bagi kesultanan Johor pada ketika itu.
Oleh itu, mungkin timbul hujah yang mengatakan kepulauan Natuna sepatutnya berada bersama Malaysia apabila kesultanan Johor merdeka di dalam Persekutuan Malaya pada tahun 1957 menerusi konsep utti possideti juris.
Tuntutan ke Atas Kepulauan Natuna
Indonesia secara rasmi memasukkan kepulauan Natuna sebagai wilayahnya pada tahun 1956, setahun sebelum Tanah Melayu (Malaysia) mencapai kemerdekaan dan 6 tahun sebelum berlakunya Konfrontasi Malaysia dengan Indonesia.
Tanah Melayu pada ketika itu masih lagi diperintah British dan belum lagi menjadi sebuah negara berdaulat bagi menuntut ketuanan ke atas kepulauan Natuna. Walaupun Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 dan menjadi Malaysia pada tahun 1963, Konfrontasi Malaysia-Indonesia yang berlaku pada tahun 1962-1966 berkemungkinan telah mengalih pandangan pemerintah Malaysia pada ketika itu yang lebih menumpukan untuk menamatkan konflik dengan Indonesia.
Manakala Indonesia pula memerlukan kepulauan Natuna supaya garis kepulauan dapat dilukis menghubungkan pulau-pulau di dalam Indonesia bagi mencipta sebuah lingkungan laut kepulauan bagi memenuhi hasratnya menjadi sebuah negara kepulauan (Archipelagic State) berdasarkan undang-undang laut antarabangsa.
Makanya, besar kemungkinan, atas dasar ingin menamatkan konfrantasi dan berbaik-baik dengan jiran serumpun, isu tuntutan kedaulatan ke atas kepulauan Natuna mungkin tidak menjadi keutamaan pemerintah Malaysia pada ketika itu. Sehingga kini, Malaysia mengiktiraf kedudukan kepulauan Natuna sebagai sebuah wilayah dalam negara kepulauan republik Indonesia.
Di bawah konsep undang-undang antarabangsa, sesebuah wilayah itu boleh diperolehi oleh sesebuah kerajaan atau kuasa pemerintah melalui empat cara iaitu perluasan wilayah melalui cara semulajadi (accretion), penyerahan wilayah (cession), penjajahan, dan effective occupation ataupun prescription.
Prescription merujuk kepada tindakan sebuah negara yang mezahirkan kedaulatan dengan cara mengamalkan penguasaan ke atas wilayah tertentu tanpa dibantah oleh negara-negara lain.
Berdasarkan fakta ini, boleh dikatakan bahawa Indonesia telah menguasai Pulau Natuna selama 56 tahun tanpa bantahan dari Malaysia sejak tahun 1956.
Oleh yang demikian, adalah sukar untuk ketika ini bagi Malaysia menuntut hak kedaulatan ke atas kepulauan Natuna walaupun berdasarkan fakta geografi dan sejarah, kepulauan Natuna memang mempunyai pertalian yang kuat dengan negeri-negeri di Semenanjung Melayu.
Kesimpulan
Fakta-fakta sejarah jelas menunjukkan kepulauan Natuna mempunyai perkaitan yang lebih jelas dan kukuh dengan negeri-negeri Tanah Melayu berbanding kerajaan-kerajaan awal di kepulauan Indonesia.
Akan tetapi, tiada tuntutan konsisten pernah dilakukan oleh Malaysia dan kependudukan Indonesia di kepulauan Natuna tidak pernah dibantah oleh Malaysia.
Kedaulatan Indonesia ke atasnya telah mencipta ruang lingkup wilayah Indonesia yang membelah Malaysia kepada dua bahagian. Sehingga kini, kepulauan Natuna kekal sebagai sebuah wilayah Indonesia walaupun yang secara geografinya, kedudukan kepulauan tersebut lebih sejajar dengan kedudukan Malaysia.
Artikel ini disumbangkan Oleh MOHD HAZMI MOHD RUSLI (Ph. D) pensyarah kanan di Universiti Sains Islam Malaysia dan seorang Felo Bersekutu di Institut Oseanografi dan Sekitaran, Universiti Malaysia Terengganu. MOHD AFANDI SALLEH (Ph.D) seorang pensyarah kanan Universiti Sultan Zainal Abidin dan seorang Felo Bersekutu di Institut Oseanografi dan Sekitaran, Universiti Malaysia Terengganu dan WAN IZATUL ASMA WAN TALAAT (Ph. D), seorang profesor madya di Institut Oseanografi dan Sekitaran, Universiti Malaysia Terengganu.

Sunday, November 24, 2013

PEMUDA KUTUK TINDAKAN BANGLADESH TERHADAP JAMA'AT ISLAMI

SHAH ALAM, 24 Nov - Dewan Pemuda PAS mendesak agar PAS mengutuk sekeras-kerasnya tindakan rejim pemerintahan Bangladesh terhadap Jama'at Islami.
Kerajaan Bangladesh di bawah pimpinan Sheikh Hasina yang telah memenangi pilihanraya pada tahun 2009, telah meminda perlembagaan negara dengan lebih sekular.
Dalam usaha menghalang kebangkitan gerakan Islam di Bangladesh, beberapa pemimpin utama Jama'at Islamiyah telah ditangkap, di antaranya adalah Amir Jama'at Islamiyah yang juga bekas Ahli Parlimen dan mantan Menteri Perindustrian dan Pertanian, Syeikh Muth'ierahman Alzomi, mantan pemimpin Jama'at Islamiyah dan pemikir Islam, Prof. Ghulam 'Aazhom.
Turut ditangkap adalah Naib Amir Jama'at Islamiyah dan mantan Ahli Parlimen Syeikh Dalour Husein Sai'di, Setiausaha Agung Jama'at Islamiyah, ALi Ahsan Muhammad Mujahid dan Penolong Setiausaha Agung Jama'at Islamiyah, Mohammad Qamaruzaman.
Lebih 40,000 aktivis parti Islam telah ditahan.
Kerajaan Bangladesh turut menyebarkan berita palsu di media-media milik kerajaan dengan menuduh pemimpin Jama'at Islamiyah sebagai punca jenayah perang yang berlaku di antara Negara Pakistan dan Bangladesh pada tahun 1971.
Dewan Pemuda juga mendesak agar kesemua tahanan politik dari kalangan pimpinan dan ahli Jama'at Islamiyah dibebaskan serta menggesa pemerintah Bangladesh mengembalikan demokrasi dan kebebasan di negara tersebut.

USUL DESAK PERLAKSANAAN SYARIAH ISLAM, ATASI JENAYAH

SHAH ALAM, 24 Nov - Melihat angka 74,127 kes jenayah dari bulan Januari hingga Jun 2013 semakin membimbangkan keselamatan rakyat yang tidak lagi terjamin, PAS Kawasan Kuala Krau mencadangkan PAS dicadang untuk segera Perlaksanaan Syariah Islam.
Usul ini mencadang PAS mendesak Kerajaan Malaysia menggubal serta meminda Perlembagaan Negara bagi membolehkan Undang-undang Jenayah Islam menjadi sebahagian daripada Undang-undang Negara serta tidak menyekat perlaksanaan Undang-undang Jenayah Islam di negeri-negeri yang ingin melaksanakannya.
Cadangan tersebut dikemukakan bersama Dewan Muslimat PAS Pusat ketika membahaskan ucapan dasar presiden semalam.
"Kadar kes jenayah di dalam negara semakin hari semakin meruncing dengan kadar jenayah bersenjata api dan pembunuhan sentiasa meningkat seolah-olah rakyat Malaysia tidak takut kepada undang勃ndang penguatkuasaan dalam negara," tambah perwakilan berkenaan.
Mumtaz Md Nawi mewakili DMPP menyokong penuh usul ini menegaskan jenayah senjata api yang berlaku mutakhir ini membuatkan masyarakat kini hidup dalam situasi penuh ketakutan dan tahap kebimbangan yang sangat tinggi.
Katanya, walaupun pelbagai cara dibuat oleh kerajaan dalam membendung jenayah barat ini semakin gagal sekalipun modul penguatkuasaan undang-undang turut menekankan aspek agama, nilai murni dan moral bagi mewujudkan kawalan sosial.
Justeru, beliau menegaskan, perlaksanaan Syariatnya secara menyeluruh sahaja yang mampu membendung gejala ini.

Keputusan Pemilihan bagi Jawatan Naib Presiden

1. Dato' Hj Abu Bakar Chik - 364
2. YB. Dato' Husam Musa - 520
3. YB Dato' Mahfuz Omar - 504
4. Hj Salahuddin Ayub - 917
5. Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man - 847

Oleh yang demikian Naib Presiden PAS Sesi 2013-2015 adalah seperti berikut:

1. Hj Salahuddin Ayub
2. Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man
3. YB. Dato' Hj Husam Musa

Takbir!

USUL EKONOMI, HIMPUNAN RAKYAT BANTAH GST DAN TPPA

SHAH ALAM, 24 Nov - Dewan Ulama PAS ketika sidang Muktamar Tahunan ke-59 membangkitkan usul demonstrasi besar-besaran bagi membantah tindakan kerajaan memperkenalkan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dan juga membantah gejala rasuah.
Perwakilannya itu mengemukakan usul berkenaan semasa sesi perbahasan usul ekonomi di Stadium Melawati, semalam.
Usul yang dicadang bersama Jawatankuasa PAS Pusat itu diterima dan PAS akan mendesak kerajaan menarik balik hasarat dan keputusan melaksanakan GST dan TPPA.
Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu mewakili PAS Pusat yang mewakili Jawatankuasa PAS Pusat menyatakan PAS akan gerakkan rakyat membantah rasuah dan ketirisan.
Selain GST, usul berkenaan turut menyentuh soal Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA) dan juga pembaziran yang didedahkan Laporan Ketua Audit Negara 2012.

SEPULUH ARAHAN PRESIDEN BERSEMPENA MUKTAMAR PAS KE-59

1. Semua pihak dalam Dewan, Lajnah, Badan Perhubungan PAS Negeri dan Wilayah serta Kawasan mestilah mempunyai kefahaman yang jelas terhadap tema ”RAHMAT UNTUK SEMUA”, dan seterusnya bertindak merangka perancangan dan strategi pelaksanaan agar intipati ini dapat berada dalam masyarakat dan difahami bahawa dasar Islam ini dibawa oleh PAS. Jadikanlah tema ini sebagai sesuatu yang benar bernafas, bukan sekadar slogan kosong yang sedap didengar sebagai halwa telinga untuk Muktamar semata-mata.
2. Badan Perhubungan PAS Negeri-Negeri dan Wilayah Persekutuan juga perlu lebih dinamik dalam gerakerja tersusun yang mempunyai sasaran bulanan dan tahunan, menambahkan ahli yang berkualiti, mendekati medan baharu dalam masyarakat, dan mempunyai sekurang-kurangnya 50% program di kalangan ahli baharu atau masyarakat awam di luar lingkungan ahli jamaah. Penentuan petunjuk prestasi perlu dibangunkan, sebagai sasaran kerja yang lebih terarah. Kukuhkan organisasi parti dengan berbagai ilmu pengurusan, kepimpinan perlu dibajai dengan tarbiyah untuk membentuk diri seterusnya mengikhlaskan niat perjuangan. Usaha yang berterusan untuk mengaktifkan ILHAM, dan modul-modul pembinaan diri ahli di berbagai peringkat mestilah diperkukuhkan dengan menjadikannya sebagai salah satu sasaran tahunan.
3. Sabah dan Sarawak adalah rakan penting dalam pembentukan Malaysia. Rakyat di sana telah bersama dalam referendum yang melahirkan negara Malaysia, maka hargailah hasil yang turut sama dibina oleh rakyat Sabah dan Sarawak ini. Maka seluruh jentera PAS di medan ini perlulah berusaha gigih untuk menyedarkan rakyat tentang hak mereka ini supaya tidak dibuli oleh UMNO-BN disetiap masa dan ketika. Badan Perhubungan PAS di Sabah dan Sarawak pula perlulah melengkap dan memperkemaskan organisasi, mempertingkatkan kerja dakwah, menghilangkan phobia masyarakat di sana terhadap PAS, dan seterusnya merakyatkan PAS supaya diterima sebagai parti yang berupaya menjadi tempat bergantung mereka.
4. Dewan Ulama pula merupakan nadi denyutan jamaah yang perlu bertindak pantas menjadi jurubicara jamaah dan menjelaskan isu di sekitaran dengan merujuk kepada panduan al-Quran dan as-Sunnah, ijma dan qiyas. Bahan-bahan penerbitan dalam pelbagai rupa dan bentuk yang bersesuai dengan masyarakat perlu lebih dinamik dan bertenaga menjelaskan pendirian jamaah khususnya menterjemahkan Islam bagi menangani masalah semasa, juga membantu kerajaan negeri melaksanakan Islam yang menjadi rahmat kepada seluruh alam. Perbincangan ilmiah dan seminar khusus dalam memahami persoalan maqasid syariah, siyasah syari’yyah, perlu dijalankan dari masa ke semasa untuk menangani ketidakfahaman dalam masyarakat kita ini dan seterusnya menyediakan penyelesaian yang sesuai untuk sepanjang zaman.
5. Dewan Pemuda pula mestilah sentiasa dinamik, melengkapkan diri dengan ilmu Islam dan kefahamannya, serta bersedia menyambung legasi perjuangan kepimpinan terdahulu sehingga mampu untuk melakukan islah di dalam masyarakat Malaysia yang masih sarat dengan berbagai fikrah yang berlawanan dengan Islam. Inovasi baharu dakwah perlu diterokai. Pemuda juga perlu mendepani isu semasa nasional, tempatan dan antarabangsa; dan mampu mengenengahkan permasalahan ummah dan mencadangkan penyelesaiannya dengan menonjolkan Islam sebagai rahmat untuk sekalian alam. Program siyasah yang bersifat inklusif perlulah diterokai untuk mendekatkan diri kepada masyarakat awam di luar sana.
6. Dewan Muslimat perlulah mendepani berbagai isu dalam bahasa yang mudah dan menyentuh hati nurani masyarakat dalam negara kita ini, bahkan menerokai isu-isu antarabangsa. Program dalaman seperti tarbiyah wajar dimantapkan lagi, sejajar dengan keperluan semasa terutamanya untuk berdepan dengan zaman penggunaan pelbagai media supaya Dewan Muslimat berperanan besar dalam masyarakat terkini yang meletakkan kaum wanita menjadi penentu kepada wajah umat dan negara.
7. Dewan Himpunan wajar untuk diperkembangkan peranan mereka dengan mempunyai modul-modul latihan khusus kepada ahlinya. Modul ini perlu dibangunkan, untuk melahirkan ahli Dewan Himpunan yang mampu bergerak dengan lebih baik lagi sebagai satu dari sayap parti yang penting, menjadi jambatan atau pintu yang menghubungkan rahmat Islam perjuangan PAS kapada kaum bukan Islam.
8. Kawasan dan Cawangan perlu mempunyai sasaran kerja yang jelas yang dan dipantau oleh pimpinan negeri. Zaman mesyuarat tanpa fail dan tidak berkala itu adalah sudah berlalu. Program dalaman seperti program tarbiyah dan latihan mestilah menjadi agenda yang penting dalam aktiviti Kawasan dan Cawangan.

9. Ahli dan kepimpinan PAS yang memikul amanah sebagai Ahli Dewan Negara, Ahli Dewan Rakyat, Ahli Dewan Undangan Negeri, Ahli Majlis dan Anggota Lembaga Pengarah, Ketua Kampung dan semua yang berkaitan perlulah melaksanakan amanah dengan sepenuhnya mengikut adab dan batas-batas akhlak, kerana peranan mereka yang telah dipilih oleh rakyat ini adalah sebagai wajah depan PAS. Prestasi mereka akan dipantau, dinilai dan akan dibantu oleh jemaah sekiranya terdapat kelemahan dalam melaksanakan tugas mereka. Semua dari kalangan mereka ini akan dijemput menyertai forum, perbincangan meja bulat, bengkel dan sesi latihan yang bersesuaian supaya lebih mahir dan dapat membantu dalam menjalankan tugas masing-masing.
10. Ahli – ahli PAS secara keseluruhannya perlulah mempunyai disiplin dan akhlak yang tinggi, merapatkan saf ahli, mempunyai hubungan dengan Allah yang kuat, berada dalam suasana sentiasa dahagakan ilmu, dan seterusnya terlibat dalam aktiviti majlis ilmu, usrah, tamrin, muqayyam dan sebagainya dengan pelbagai pendekatan yang sesuai dengan waqi’ dan keupayaan masing-masing.

Keputusan Pemilihan PAS Pusat Sesi 2013-2015

PRESIDEN
YB Dato' Seri Abdul Hadi Awang

TIMBALAN PRESIDEN
Mohamad Sabu

NAIB PRESIDEN
1. Hj Salahuddin Ayub
2. Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man
3. YB. Dato' Hj Husam Musa
AHLI JAWATAN KUASA

1. Idris Ahmad, Ustaz
2. Mazlan Aliman, Haji
3. Mohd Nizar Jamaluddin, Dato' Seri Ir.
4. Amiruddin Hamzah, YB Dato' Ir.
5. Mohd Hatta Ramli, YB Dr.
6. Nasrudin Hassan, YB Ustaz
7. Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz, YB Ustaz
8. Mujahid Yusof Rawa, YB Datuk Dr
9. Dzulkefly Ahmad, Dr
10. Mohamed hanipa Maidin, YB Hj
11. Kamaruddin Jaafar, YB Dato'
12. Khalid Abd samad, YB Hj
13. Nik Zawawi Salleh, Ustaz
14. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, YB Dr.
15. Riduan Mohd Nor, Dr.
16. Mahfodz Mohamed, Dato' Dr.
17. Siti Mariah Mahmud, YB.Dr.
18. Nuridah Salleh, Ustazah

.

Thursday, November 14, 2013

Sekitar PRK Sungai Limau




KEPUTUSAN PENUH PRK N 20 SUNGAI LIMAU MENGIKUT DAERAH MENGUNDI & KAUM

KEPUTUSAN PENUH PRK N 20 SUNGAI LIMAU
Jika dibandingkan dengan jumlah pengundi yang keluar mengundi pada PRU13 iaitu 24406 & jumlah pengundi keluar mengundi kali ini iaitu 85.5% x 27222 atau 23274 undi, terdapat pengurangan pengundi sebanyak 1131 yang tidak keluar mengundi kali ini.

Sungguhpun bn menggunakan segala jentera kerajaan negeri & persekutuan serta hujan duit di Sungai Limau, mereka hanya mampu menarik 465 undi kepada mereka. Kekurangan majoriti PAS kali ini adalah disebabkan oleh kemungkinan 1131 pengundi yang tidak hadir hari ini untuk mengundi PAS.
Spin machai bn bahawa bn dapat mengurangkan majoriti PAS sebanyak 61% sebenarnya tidak berdasarkan kepada FAKTA!!!! Pengurangan majoriti PAS adalah lebih kepada kaedah licik yang diguna-pakai oleh spr untuk menidakkan pengundi PAS dari keluar mengundi pada hari bekerja.

Monday, November 4, 2013

Bil elektrik rumah PM: "Tu dia, lagu tu ka?"

Harakahdaily, 02 Nov 2013
JERAI: Isu bil eletrik kediaman rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin yang didedahkan di parlimen menjadi contoh paling digemari penceramah Pakatan Rakyat yang datang berkempen di Sungai Limau ini.

Sejak beberapa hari lalu, isu ini dimainkan penceramah sebagai menunjukkan sikap boros dan hipokrit pemimpin tertinggi negara yang pada masa lain menyeru rakyat berbelanja dengan berhemah.

Ternyata ianya sedikit-sebanyak memberi kesan kepada pengundi di sini yang rata-ratanya berkerja sebagai petani dan pesawah padi.

Dewan Rakyat minggu lalu diberitahu bahawa kos perbelanjaan bil elektrik kediaman rasmi Perdan Menteri sepanjang tahun 2012 adalah sebanyak RM2.2 juta manakala bil air sebanyak RM300,000.

Ini bermakna bil elektrik rumah perdana menteri untuk tempoh sejam adalah sebanyak RM250.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kasim berkata, perbelanjaan untuk bil air dan elektrik bagi kediaman perdana menteri dan timbalannya telah meningkat dalam tempoh dua tahun sebanyak 40 peratus daripada RM6,000 kepada RM8,000 setiap hari.

"Orang Sungai Limau boleh terima ke bil eletrik dan air rumah Najib dan Muhyiddin cecah ribuan ringgit sehari?

"Layakkah pemimpin begini turun turun Sungai Limau bagi nasihat supaya kita berjimat cermat," kata Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali ketika berceramah di Simpang Tiga Sungai Limau di sini.

"Ni Muhyiddin duk ada di sini, kalau tuan-tuan nampak dia lalu, tahan dia, tanya dia buat apa sampai bil macam tu sekali," katanya lagi.

Isu sama turut dibangkitkan Ketua Penerangan PAS Sungai Petani, Ustaz Syahril Long ketika berceramah di Sungai Limau Dalam.

"Dia mandi ke buat apa. Inikah pemimpin yang nak kita jadikan contoh? Di kala rakyat hidup penuh kesempitan, harga barang naik, pemimpin bersenang lenang habiskan duit rakyat," katanya.

Apapun ternyata isu ini mudah dihadam oleh pengundi di sini apabila perbandingan cara hidup pemimpin didedahkan kepada mereka.

Ia sedikit berbeza dengan isu-isu lain seperti pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan GST yang cuba dibawa sesetengah penceramah.

Antara isu lain yang juga dilihat berkesan di Sungai Limau adalah kenaikan 34 sen harga gula sekilogram serta isu harga padi yang tidak pernah naik sejak 23 tahun lalu.

Sg Limau: Kegagalan ketiga Mahathir, Mahathirisme?

Harakahdaily, 04 Nov 2013
KUALA LUMPUR: Pilihan raya kecil Sungai Limau hari ini akan menjawab persoalan, apakah Mahathir dan Mahathirisme akan menghadapi kegagalan ketiga atau terakhir sejak enam bulan lalu, kata Lim Kit Siang.

Minggu lalu, bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad berkata kumpulan pelampau sedang menguasai Malaysia pada ketika Barisan Nasional sedang bergelut untuk menangani masalah kemerosotan sokongan orang ramai terhadap pakatan parti pemerintah itu walaupun ia masih menguasai kerajaan.

Bagi Kit Siang, benar dakwaan Mahathir bahawa kerajaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak lemah dan ia merasa perlu untuk melayan ‘tuntutan-tuntutan tidak munasabah’ daripada puak pelampau untuk mengekalkan sokongan orang ramai.

“Tetapi beliau melakukan kesilapan dengan mendakwa puak pelampau itu terdiri daripada anggota Pakatan Rakyat,” tegas Ahli Parlimen Gelang Patah itu dalam satu kenyataan, semalam.

Hakikatnya, kata beliau Mahathir sendiri boleh dianggap mewakili puak pelampau berkenaan yang menjadikan ‘kumpulan majoriti yang moderat’ sebagai tebusan dengan segala pembohongan mereka sehingga menjejaskan usaha pembinaan dan pembangunan negara serta penyatuan warga.

“Dalam majlis pengumuman calon Pakatan Rakyat di Sungai Limau 21 Oktober lalu, saya telah menyatakan harapan agar pilihanraya kecil itu menjadi model bagi politik bersih, jujur, dan bermaruah dengan memastikan pembohongan dan kepalsuan tidak disebarkan dan taktik serangan peribadi atau politik wang tidak digunakan,” ujarnya.

Tetapi, katanya sejak hari pertama kempen lagi, pembohongan dan taktik serangan peribadi menjadi isi utama kempen Umno BN dalam pilihanraya kecil Sungai Limau, antaranya pembohongan tentang DAP yang kononnya mahu membentuk negara Kristian di Malaysia, menghapuskan sistem Raja Berperlembagaan, anti-Melayu dan anti-Islam.

Katanya lagi, segala pembohongan yang karut itu tidak berbeza dengan pembohongan yang disebarkan oleh Mahathir dalam Pilihanraya Umum ke-13 apabila membuat tuduhan palsu dan tidak bertanggungjawab.

Menurut Lim, Mahahthir mengatakan beliau bertanding di Gelang Patah untuk menimbulkan ketegangan antara Melayu dan Cina di Johor dan mahu orang Cina Johor ‘membenci Melayu’, serta DAP menolak konsep perkongsian kuasa Melayu/Cina/India kerana kaum Cina mahu menghapuskan kuasa politik orang Melayu.

Tetapi, jelasnya Mahathir dan Mahathirisme menanggung kegagalan enam bulan lalu dalam Pilihanraya Umum ke-13 apabila para pengundi Melayu tidak termakan dengan pembohongan dan dusta dan memenangkannya di Gelang Patah dengan majoriti lebih 14,000 undi.

“Dalam kempen Pilihanraya Umum ke-13 di Gelang Patah saya menyeru ke arah yang sama sekali berlawanan dengan pembohongan Mahathir dan Mahathirisme itu, iaitu apabila saya menyeru kaum Melayu, Cina, India, Iban, dan Kadazan untuk bersatu di bawah wawasan Impian Malaysia untuk membina masyarakat Malaysia yang lebih bersatu, demokratik, bebas, adil, berdaya saing serta makmur demi kebaikan semua warga Malaysia,” jelasnya lagi.

Menurut beliau lagi, Mahathir dan Mahathirisme juga gagal memberikan kemenangan kepada puak pelampau di Pasir Mas dan Shah Alam dan yang diwakili oleh Presiden Perkasa dan naibnya, Ibrahim Ali dan Zulkifli Noordin.

Malah, ujarnya selepas pilihanraya umum, ketua bahagian Umno Shah Alam menyebut bahawa jika Mahathir tidak berkempen di Shah Alam, BN mungkin mendapat lebih banyak undi.

Kata Lim lagi, Mahathir dan Mahathirisme seterusnya berdepan kekalahan dalam pemilihan parti Umno bulan lalu dan Mahathir lalu menyalahkan politik wang sebagai punca beliau gagal memastikan anaknya, Mukhriz Mahathir, menang sebagai Naib Presiden Umno.

Tambahnya, Mahathir muncul dalam kempen Umno BN di Sungai Limau dan mengambil pendirian bahawa politik wang ke atas Mukhriz dalam pemilihan parti Umno adalah sesuatu yang jelek tetapi ‘OK’ untuk diamalkan oleh Umno dan Mukhriz dalam pilihanraya kecil Sungai Limau.

Persoalan lebih menarik, ujarnya ialah sama ada Mahathir dan Mahathirisme akan menghadapi kegagalan ketiga atau mungkin yang terakhir sejak enam bulan selepas PRU13 dalam pilihanraya kecil Sungai Limau, hari ini.

“Inilah yang akan terjadi jika calon PAS dan Pakatan Rakyat, Mohd Azam Abd Samat mampu mempertahankan kawasan itu, terutama dengan perbezaan undi lebih besar,” ujarnya.

Pilihanraya kecil Sungai Limau pada hari ini berlangsung genap enam bulan setelah PRU13 yang diadakan pada 5 Mei lalu.

“Kemenangan calon Pakatan Rakyat itu akan menjadi berita terbaik bagi negara ini,” tegasnya.

Saturday, October 12, 2013

Pejabat Tanah Bawa Polis Serah Notis, Kemudian Tuduh Mengugut dan Mengancam

- Haji Salleh akan membuat laporan rasmi kepada pihak polis
KUALA NERUS – Pendirian PAS berkait soal pembangunan adalah amat jelas, tidak menghalang sebarang bentuk pembangunan dan kemajuan yang dilaksanakan mana-mana pihak, selagi tidak menjejaskan hak serta kepentingan rakyat.

Ia adalah lebih baik, sejak dari awal, setiap rancangan untuk membangukan apa-apa projek itu mencapai muafakat, diantara rakyat da pihak kerajaan, sejajar dengan kehendak Islam dan kepentigan sejagat.
Namun sebaliknya, setiap hari semakin banyak rancangan pembangunan yang mahu dilaksanakan oleh kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN), hanya merundingkannya dengan pihak-pihak yang selari dengan kerajaan, umpamanya Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) yang semuanya dianggotai oleh parti yang memerintah.
1377149_617895701582899_905856552_n (1)Sedangkan Umno hanyalah sebahagian dari 51% di kawasan-kawasan yag dimenangi parti itu dan selebihnya dimenangi oleh PAS, yag sepatutnya menjadi panduan bagi ‘runding cara’ setiap projek itu dengan rakyat.
Umpamanya, projek pembinaan jalan dan jambatan Kampung Jeram Tok Kong yang mula dilaksanakan pada tahun 2008, kerajaan hanya merundingkannya dengan JKKK yang mempunyai kepentingan justeru kecederungan menyokong Umno.
Pembinaan jalan yag melibat pengambilan tanah-tanah milik orang ramai itu, sepatutnya dirunding dan diperhalusi, justeru mana-mana undang-undang sekali pun dunia dan akhirat, tidak membolehkan perlaksanaan pembangunan dengan ‘merampas’ hak orang lain.
Salah satu kelompok taah yang terlibat adalah tanah kampung tradisi Banggol Donas, yang ditebas tebang, dibuka dan dibangunkan oleh orang-orang Melayu Islam.
Dalam milenium baru, abad ke-21 ini, kerajaan tidak boleh sewenang-wenangnya mengunakan undang-undang atau akta bagi memaksa rakyat menerima sebarang pembangunan terutamanya yang melibatkan tanah.
“sekarang orang dah cerdik, sudah pandai, kerajaan tak boleh mengguakan ‘akta tanah’ begitu sahaja demi untuk membina jalan itu, ada peruntukan dalam perlembagaan yang memberikan hak lebih besar kepada rakyat, hak-hak asasi,”kata Haji Salleh Embong, Pengerusi Jawatakuasa Bertindak Tanah Kampung Baggol Donas.
“Ha….ha…ha……. lucu, itu cerita lucu, dia (pejabat) tak tahu nak buat apa dah, sebab itu dia nak bunuh peribadi (saya)………bila balik nanti, saya akan buat ‘report’ polis berkenaan fitnah dan ugutan,”kata Haji Salleh ketika dihubungi berada di luar Terengganu kerana merundigkan tindakan selanjutnya dengan peguam yang mewakili tuntutannya.
polis gempur banggol donas3Beliau berkata demikian apabila ditanya tentang komen Penolong Kanan Pentadbir Tanah bahagian Pengambilan Tanah, Pejabat Tanah Kuala Terengganu, Wan Hariff Rafany Wan Muda yang berkata, tindakan membawa pasukan polis untuk menyerahkan notis kepada Haji Salleh atas faktor keselamatan.
Wan Hariff mendakwa pegawainya pernah menerima ancaman ketika menghantar notis pindah sebelum hari Selasa 8 Oktober lalu.
Sedangkan, seorang lagi pemilik tanah yang terlibat dengan projek itu, Halim bin Mohd, menafikan pihaknya pernah mendapat sebarang notis pindah sebelum ini.
“sangat-sangat bohong, sebenarnya tak ada, tak pernah pegawai datang serah notis, yang ada datang (pegawai pejabat tanah) hanya menawarkan wang pampasan, itu sahaja,”jelasnya ketika dihubungi.
Tegasya, datang serah notis pun tidak pernah, bagaimana pegawai itu boleh mendakwa, pernah menerima ancaman!

Thursday, October 10, 2013

PAS Kawasan Membentuk Kabinet 2013 - 2015

Berikut ialah kabinet penuh Pas Kawasan Marang :


Anggota Dewan Harian ; 
YDP : Hj Yahaya Ali, 
TYDP : YB Ust Mohd Nor Hamzah, 
NYDP : YB Ust Ariffin Deraman, 

K.Urusan Ulamak : Ust Hashim Mohamad, 
K.Dewan Pemuda : Ust Mohd Khalil Abd Hadi, 
K.Dewan Muslimat : Hjh Zarani Othman, 

Setiausaha : Hassan Jusoh, 
Bendahari : Abd Haris Abd Malek, 
K.Penerangan : Hj Mohamad Deraman, 
P.Pilihanraya : Ahmad Maaruf Ismail, 

Pen Setiausaha 1 : Ust Sulaiman Sulong, 
Pen Setiausaha 2 : Mohd Daik Abu Bakar, 
Pen Setiausaha 3 : Ust Zakaria Ismail


Ketua2 Lajnah/Jawatakuasa Khas ; 
Politik & Pilihanraya : Hj Yahaya Ali, 
Tarbiyyah & Perkaderan : YB Ust Mohd Nor Hamzah, 
Penerangan & Dakwah : Hj Mohamad Deraman, 
Jentera Pilihanraya : Ahmad Maaruf Ismail, 
Pemerkasaan Parti : Hassan Jusoh, 
Kebajikan & Kemasyarakatan : Hj Sidek Abu Bakar, 
Ekonomi & Pembangunan : Hj Ramli Ismail, 
ICT : Abd Hadi Mohamad, 
Jabatan Kerajaan, Swasta & NGO's : Hj Daud Jusoh, 
Pertanian & Halehwal Pengguna : Ust Abu Bakar Salleh, 
Perpaduan Nasional : Nasir Ismail, 
JK Halehwal Ahli Parlimen & ADUN : Hj Hussin Ismail, 
JK Kewangan & Harta PAS : Abd Haris Abd Malek, 
Pengerusi Lembaga Pengarah MDI : Ahmad Maaruf Ismail

Pengarah2 DUN ; 
Alur Limbat : YB Ust Ariffin Deraman, 
Bukit Payung : YB Ust Mohd Nor Hamzah, 
Ru Rendang : Hj Mohamad Embong, 
Pengkalan Berangan : Ust Sulaiman Sulong

Tuesday, August 20, 2013

Tip Amalan Harian : 15 Sunnah Rasulullah SAW



بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
 .
Berikut merupakan antara amalan yang dilakukan oleh Nabi Muhammad Shalallahu ‘alaihi wasalam dan ia menjadi sunnah  buat umatnya yang dikasihi. Amalan ini mampu menjadikan seseorang itu mencintai baginda dan boleh membawa seseorang itu cenderung ke arah  ‘soleh wa musleh’..

1.     Senyuman

Abdullah bin Al-Harist Radliyallahu’anhu menuturkan, yang artinya, “Tidak pernah aku melihat seseorang yang lebih banyak tersenyum daripada Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam.” (Riwayat At-Tirmidzi).

2.     Dahulukan Kanan

Daripada Aisyah, katanya: “Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam lebih suka mendahulukan yang kanan dalam segala hal (perbuatan) seperti memakai terompah, bersikat, berwuduk dan mandi.“ (Hadis riwayat Muslim).

3.     Berpakaian

Ummu Salamah meriwayatkan: “Pakaian yang paling disukai oleh Baginda Shalallahu ‘alaihi wasalam ialah pakaian Qamis).” (Riwayat Tarmizi dan Abu Daud).

4.     Bercelak

Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam bersabda:“Hendaklah kamu bercelak dengan menggunakan batu celak (Al-Itsmid) kerana celak dapat memperjelaskan penglihatan dan menumbuhkan bulu (mata).” (Riwayat Tarmizi dan Abu Daud).

5.     Memakai Cincin

Ali bin Abi Talib meriwayatkan: “Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam memakai cincin di jari tangan kanan Baginda.” (Riwayat Tarmizi, Abu Daud, Nasa’i dan Ibnu Hibban.)
.

6.     Makan

Ka’ab bin Malik r.a. meriwayatkan: “Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam makan menggunakan ketiga jari Baginda. Selepas makan  Baginda menjilati ketiga-tiganya.”(Riwayat Tarmizi, Muslim, Abu Daud dan Ahmad).

7.     Minum

Ibnu Abbas r.a. meriwayatkan: “Ketika Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam minum, Baginda menarik nafas (menghela) dua kali.” (Riwayat Tarmizi dan Abu Syaikh).

8.     Bersilaturrahim

Rasulullah SAW bersabda: “Tahukah kamu tentang sesuatu yang paling cepat mendatangkan kebaikan ataupun keburukan? Sesuatu yang paling cepat mendatangkan kebaikan, adalah balasan (pahala) orang yang berbuat kebaikan dan menghubungkan tali silaturahmi, sedangkan yang paling cepat mendatangkan keburukan ialah balasan bagi orang yang berbuat jahat dan yang memutuskan persaudaraan.”   (Riwayat Ibnu Majah)..

9.     Berjalan

Ali bin Abi Talib meriwayatkan: “Apabila Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam berjalan, tubuh Baginda tegak seperti sedang menuruni tanah yang landai.” (Riwayat Tarmizi dan Hakim).

10.  Berkata

Anas Ibnu Malik r.a. meriwayatkan: “Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam mengulangi  perkataan Baginda tiga kali supaya lebih difahami (oleh pendengarnya).” (Riwayat Tarmizi dan Hakim).

11.  Tertawa

Abdullah bin Harith r.a. meriwayatkan: “Tawa Nabi Muhammad  Shalallahu ‘alaihi wasalam hanyalah senyuman.” (Riwayat Tarmizi ).

12.  Bergurau

Anas bin Malik r.a. meriwayatkan: “Betapa baiknya Nabi Shalallahu ‘alaihi wasalammenggauli kami. Baginda berkata kepada saudaraku yang masih kecil, ‘Wahai Abu Umair, apa yang sedang dilakukan oleh burung nughair?’” (Riwayat Tarmizi, Bukhari, Abu Daud, Nasa’i dan Ahmad).
13.  Tidur
Aisyah r.ha. meriwayatkan: “Setiap kali hendak tidur pada malam hari, RasulullahShalallahu ‘alaihi wasalam selalu menadahkan  kedua tapak tangan sambil membaca Surah al-Ikhlas, al-Falaq dan an-Nas kemudian Baginda meniup kedua-dua tapak tangan tersebut. Setelah itu, Baginda menyapu bahagian tubuh yang terjangkau, dimulai dari kepala, wajah lalu bahagian depan tubuh Baginda. Hal itu Baginda lakukan sebanyak tiga kali.” (Riwayat Tarmizi, Abu Daud, Ibnu Majah, Nasa’i dan Ahmad).
14.  Membaca al-Quran
Ya’la bin Mamlak bertanya kepada Ummu Salamah tentang cara Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam membaca al-Quran. Menurut Ummu Salamah, Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam membaca al-Quran dengan sangat jelas kalimah demi kalimah. (Riwayat Tarmizi, Bukhari, Abu Daud dan Nasa’i).
15.  Ibadah
Abu Hurairah r.a. meriwayatkan: “Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam melaksanakan solat hingga kedua-dua kaki Baginda bengkak. Beliau bertanya, “Mengapa engkau melakukan hal ini padahal engkau mengetahui bahawa Allah SWT telah mengampuni dosamu yang telah berlalu dan akan datang?” Baginda Shalallahu ‘alaihi wasalammenjawab, ‘Tidakkah aku menjadi hamba yang banyak bersyukur?’.” (Riwayat Tarmizi dan Ibnu Khuzaimah).

والله أعلم بالصواب

 (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)
.
.
والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته

Saturday, August 17, 2013

Pemuda PAS Kuala Terengganu dapat ketua baru

KUALA TERENGGANU – Mesyuarat Agong Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Terengganu (DPPNT) kali ke 31 yang berlangsung di markaz Tarbiyah Kuala Ibai dekat sini pada Jumaat 16 Ogos, menyaksikan perubahan kepimpinan utama sayap PAS itu bagi penggal 2013 hingga 2015.

Ustaz Wan Mohd Faizul Wan Abas dipilih dan dilantik menjadi Ketua yang baru menggantikan penyandangnya Ustaz Ahmad Kamal Ali yang bersara wajib melepasi usia pemuda 40 tahun.

wan faizulSebelas orang ahli jawatankuasa DPPPNT yang baru selain Faizul adalah Azrin Aris, Mohd Nasir Abdul Razak, Tuan Fauzan Tuan Puteh, Al Ghazali Abu Bakar, Najmuddin Mohamad, Khairul Ariffin Che Ali, Wan Mohd Mizan Wan Abdul Latiff, Nafizul Ismail, Syed Ahmad Syed Mohamed, dan Mohd Azhari Abdul Aziz.
Mesyuarat Agong DPPNT tersebut dirasmikan oleh Ketua Pemuda PAS, YB Ustaz Nasruddin Hasan.
Dalam ucapannya, beliau menekankan aspek pemerkasaan parti dan pengukuhan kepimpinan pemuda. Beliau menyatakan harapan agar pemuda menjadi nadi perubahan yang kuat dalam membawa Islam dalam masyarakat.

Nasruddin yang juga Ahli Parlimen Temerloh berharap perwakilan memilih pimpinan yang mampu membawa pendekatan yang sederhana, dengan ertikata tidak terlalu gopoh dan tidak terlalu lembab dalam gerakerja parti.

Manakala Wan Mohd Faizul Wan Abas, 38, yang sebelum ini adalah Timbalan Ketua Terengganu, berharap para pemuda dapat meningkatkan aspek taqwa dalam melaksanakan aktiviti yang melibatkan hubungan dengan manusia dan Allah.

Beliau berharap para pemuda dapat meningkatkan kerjasama dalam setiap gerakerja pemuda pada masa akan datang dan meminta para pemuda menegur serta memberi nasihat kepadanya, ketika melaksanakan amanah sebagai ketua.

Anak Setiausaha PAS Marang Meninggal Dunia Kemalangan


Ibu sempat beri wang RM2 

Ahmad Shahir parah dan dalam keadaan tenat selepas terlibat kemalangan sebelum disahkan meninggal dunia di Klinik Kesihatan Marang.  

MARANG – “Mak cik sempat beri wang RM2 kepadanya untuk diberikan kepada adiknya sebelum dia keluar rumah, tak sangka pula ia pemberian terakhir apabila dia pergi selama-lamanya selepas terlibat dalam kemalangan.”

Demikian cerita isteri Setiausaha Pas Kawasan Marang, Hassan Jusoh, Puanyah Sulong, 48, selepas anak keempat pasangan itu, Ahmad Syahir, 17, maut dalam kemalangan di Jalan Kampung Darat Pak Chan di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira 2.10 petang itu, mangsa tenat selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan tiga buah motosikal dan sebuah kereta jenis BMW sebelum disahkan meninggal dunia di Klinik Kesihatan Marang, kira-kira tiga jam kemudian.

Puanyah ditemui di Tanah Perkuburan Rusila semalam, berkata, arwah sempat menghantar wang itu kepada adiknya, Ahmad Sharifuddin, 12, yang bermain futsal di Dewan Tok Guru di Rusila, malah berjanji akan datang semula mengambil adiknya.

“Bagaimanapun hasrat arwah untuk mengambil adiknya sekitar jam 3.30 petang itu tidak kesampaian, sebaliknya adiknya, Sharifuddin bersama kakak serta suami pula bergegas ke Klinik Kesihatan Marang apabila dimaklumkan arwah kemalangan.

“Kehilangan arwah sungguh dirasai keluarga ini kerana dia sangat rapat dengan kami. Arwah juga sangat manja dengan ayahnya dan kadang kala sering bergurau serta masih mahu duduk di atas riba ayahnya itu,” katanya.

Tak sempat duduki peperiksaan

Terdahulu, bapa mangsa, Hassan Jusoh ketika ditemui di Klinik Kesihatan Marang berkata, dia hanya mengetahui mengenai kejadian kemalangan selepas dimaklumkan mengenainya lalu bergegas ke klinik untuk mengetahui keadaan sebenar.

Bagaimanapun, Hassan dikejutkan dengan berita menyedihkan itu sebelum jenazah anaknya dibawa ke Unit Forensik, Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di Kuala Terengganu untuk bedah siasat dan kemudiannya dituntut ahli keluarga mangsa.

Hassan yang sedih dengan kejadian juga terkilan apabila anak keempatnya yang bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Durian Guling di Pengkalan Berangan di sini, tidak sempat menduduki peperiksaan akhir tahun ini.

Jenazah Ahmad Syahir selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Rusila selepas solat jenazah kira-kira jam 10.45 pagi semalam, selepas solat jenazah itu diketuai Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang diadakan di Masjid Rusila di sini.

Motosikal bertembung dari dua arah berlawanan

Dalam pada itu, Ketua Polis daerah, Deputi Superintendan Ahmad Mazlan Yahaya mengesahkan menerima laporan berkata, siasatan awal polis kelmarin mendapati, seramai lima orang terlibat dalam kemalangan itu.

Menurutnya, kemalangan itu melibatkan tiga buah motosikal iaitu dua motosikal jenis Honda EX5 dan sebuah motosikal jenis Yamaha Lagenda termasuk sebuah kereta jenis BMW, dipandu Muhammad Amir Alias yang tidak mengalami kecederaan.

“Seorang meninggal dunia manakala empat lagi mangsa lain dikejarkan ke HSNZ. Kejadian dipercayai berpunca daripada pertembungan motosikal dari dua arah berlawanan.

“Bagaimanapun, maklumat terperinci mengenai penunggang atau pembonceng masih belum diperoleh kerana kesemua mangsa masih mendapat rawatan kecemasan,” katanya.

Jenazah disolatkan selepas kuliah dhuha Tuan Guru Abdul Hadi Awang di Masjid Rusila.

Tuesday, August 6, 2013

Tentera ‘Kamal Ataturk’ Bertempur Dengan Polis

Penunjuk perasaan yang melaungkan “Kami tentera Mustafa Kamal Ataturk” telah bertempur dengan pasukan polis sebaik mahkamah Turki mengeluarkan keputusan perbicaraan yang mendedahkan konspirasi kumpulan ‘sekular’ Turki dalam cubaan menggulingkan kerajaan.
Selepas ia diumumkan pada hari Isnin 5 Julai, pertempuran sengit meletus antara polis dan kira-kira 10,000 penunjuk perasaan berhampiran mahkamah di bandar Silivri, sebuah bandar di pinggir Istanbul
Penunjuk perasaan membaling batu ke arah polis rusuhan yang bertindak balas dengan meriam air, gas pemedih mata dan peluru getah untuk menyuraikan bantahan yang telah menghalang lalu lintas.
basbugBekas ketua angkatan tentera Ilker Basbug [Gambar kanan] dijatuhi hukuman penjara seumur hidup oleh mahkamah dalam kes yang melibatkan tuduhan konspirasi untuk menggulingkan kerajaan.
Hakim juga menghukum tiga ahli-ahli parlimen pembangkang dari Parti Rakyat Republikan (CHP) kepada di antara 12 dan 35 tahun di dalam penjara.
Mahkamah membebaskan 21 defendan dalam kes kontroversi. Semua telah dituduh sebagai ahli kumpulan bawah tanah sedikit diketahui dipanggil Ergenekon.

Bukti Ergenekon pertubuhan pengganas
Menteri Turki bagi hal ehwal Eropah dan ketua perunding EU, Egemen Bagis, dialu-alukan keputusan mahkamah.
“Ia secara rasmi terbukti hari ini bahawa Ergenekon adalah organisasi pengganas, hari ini adalah hari yang bersejarah dari segi demokrasi dan kedaulatan undang-undang di Turki” katanya.
Kemal Kilicdaroglu, pemimpin utama parti pembangkang CHP, berkata dalam satu kenyataan bahawa “Keputusan mahkamah adalah tidak sah dari segi undang-undang, politik dan moral”.
Pengkritik, termasuk parti pembangkang utama, telah berkata caj direka sehingga, yang bertujuan untuk menghalang pembangkang dan menjinakkan penubuhan sekular yang telah lama menguasai Turki.
fc1_ergenekonMereka berkata badan kehakiman telah tertakluk kepada pengaruh politik dalam mendengar kes itu.
Siasatan Ergenekon bermula pada bulan Jun 2007 selepas tip tanpa nama membawa polis untuk mencari bahan letupan di sebuah rumah Pondok milik seorang pegawai bersara.
Pengkritik mendakwa siasatan hanya tertumpu kepada penentang kerajaan AKP.
Kerajaan menafikan sebarang motif itu, dan menegaskan bahawa ia bertujuan untuk menghapuskan apa yang dipanggil “dalam negeri”, kuasa yang dikatakan beroperasi di dalam negeri ini.
Pada September 2012, mahkamah di Silivri dihukum lebih daripada 300 pegawai tentera ke penjara atas tuduhan berkomplot untuk menggulingkan Perdana Menteri Turki Recep Tayyip Erdogan pada tahun 2003.(sumber al-Jazeera)

Muhyiddin ke negara Syiah hadiri pelantikan Presiden baharu negara itu

Akhirnya terdedah juga bahawa isu Syiah yang dimainkan oleh pemimpin-pemimpin UMNO dan juga media tunggangan mereka hanyalah bertujuan untuk mengalih perhatian rakyat terutamanya yang berbangsa Melayu dan berugama Islam dari masaalah sebenar yang dihadapi..

Umum mengetahui bahawa Iran adalah bumi kepada penganut Syiah, dan di Malaysia fahaman Syiah ini akan dan ada negeri yang telah memfatwakannya sebagai haram.

Dan Kerajaan Barisan Nasional juga dikatakan tidak menyokong sama sekali fahaman Syiah ini..

Muhyiddin telah berkata "Pengaruh Syiah dari negara Iran ada di sini dan cuba disebarkan di kalangan masyarakat. Ini satu masalah besar bukan sahaja sistem pendidikan tetapi masyarakat Islam, jadi saya mahu tindakan segera diambil bagi mengelak perkara ini terus merebak,".

Tak sokong konon.. tapi..Muhyiddin Yassin telah ke Teheran, Iran pada Ahad sebagai mewakili Malaysia pada majlis pelantikan presiden baharu Iran.

http://pasmarang.blogspot.com

Monday, August 5, 2013

PERUTUSAN 'IDULFITRI 1434 Presiden PAS

RAMADAN, SYAWAL MEMBINA JATI DIRI.

Selawat dan salam kepada junjungan Nabi Muhammad SAW.

Saya ucapkan selamat Hari Raya ' Idulfitri bagi pihak PAS kepada seluruh ahli dan penyokong, juga kepada umat Islam dengan kita menyambut hari yang mulia kurniaan Allah SWT bersempena ibadat puasa sebulan yang telah ditunaikan.

Bukan sahaja dilihat dari sudut Hari rayanya, bahkan dilihat juga dari segi besarnya ibadat Puasa Ramadan. Oleh kerana itulah, ditutup dengan hari raya yang sangat mulia.

Ini menandakan kesyukuran kira kepada Allah SWT, yang mengurniakan nikmat Islam dan nikmat Ramadan yang mendidik kita membina jati diri orang-orang IOslam sehingga mencapai martabat kepada Allah SWT yang menjadi penentuan dan pengukuran martabat diri manusia di sisi Allah SWT.

Ini kerana Allah Taala mengukur manusia bukan berdasarkan kepada baka dan keturunan, kaya dan miskin, pangkat dan warna kulit. Ukurannya ialah sejauh mana ketakwaan kita kepada ALLah SWT ialah yang paling bertakwa kepada Allah SWT. Firman Allah Taala yang bermaksd .

" Sesunggunhnya semulia mulia manusia di sisi Allah SWT ialah yang palaing bertakwa kepada Allah"
Ketakwaan ini bukan sahaja kita mengikut perintah Allah, dalam hubungan kita dengan Allah SWT. Bahkan , hukum Allah yang terkandung dakam ajaran Islam, dalam al-Quran yang diajart oleh Nabi Muhammad SAW.

Allah Taala amat mengetahui , Dia(Tuhan) yang mencipta alam ini. Maka semua arahan yang ada dalam Islam adalah baik. Ibadah puasa mengajar kita menerima semua arahan yang ada dalam ajaran Islam.

Dengan sebab itu , sekiranya kita melaksanakan semua perkara itu akan membina jatidiri kita, yang mengeratkan hubungan dengan Allah dan hubungan dengan manusia serta hubungan dengan alam sekeliling kita. Bukan saja kita bertakbir pada hari raya dan dalam masa yang sama kita menghayati kebesaran Allah melalui Takbir.

Dan Akhirnya, saya mengaharapkan supaya kita menyambut hari raya dengan khusyuk, dengan senang, dengan aman dan dengan cara yang tidak melampaui batas . Allah Taala mengajar kita supaya bersedehana dan tidak melampaui batas. Bukan sahaja dalam makan minum kita , pakaian kita, termasuklah dalam perjalanan kita.

Saya mengingatkan yang berjalan menuju ke destinasi yang jauh supaya dapat menjaga keselamatan di Jalanraya. Tidak gopoh, bawa kenderaan dengan cermat, dengan teliti kerana itu semua adalah dari ajaran Islam, sementara Gopoh pula adalah dari ajaran dan amalan syaitan.

Dan akhirnya , saya doakan supaya Allah Taala memberkati kehidupan kita dan sentiasa memberi pertunjuk kepada kita sehingga kita bertemu dengan Allah dalam keadaan yang diredhaiNya serta hari pertemuan kita dengan Allah adalah hari yang paling bahagia.

Salam hormat, selamat hari raya 'Idulfitri 1434.

YB Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang
Presiden PAS.


Monday, July 29, 2013

Kemenangan Demonstran Pro Mursi di Bulan Ramadhan

Minggu, 28 Juli 2013



Oleh Irsyad Syafar
Ketua DSW PKS Sumbar 2005-2013

Walau sebulan sudah mereka berkumpul dan berdemonstrasi di medan-medan utama mesir: Rab’ah Adawiyah, An Nahdhah, Al Ittihadiyah, Alexandria, manshourah, sinai dan lain sebagainya. Walau ratusan sudah nyawa yang melayang saat shalat shubuh, shalat qiyam, menjelang sahur dan waktu-waktu lainnya. Dan ribuan lain yang terluka oleh peluru para tentara preman-preman bersenjata.

Walaupun sampai hari ini Mursi belum juga kembali menempati jabatan dan amanah rakyatnya sebagai presiden, bahkan tidak tahu dimana posisinya beserta istri dan anak-anaknya, malah diperpanjang penjaranya 15 hari lagi oleh pengadilan mesir dengan tuduhan menjalin komunikasi dengan Hamas di Palestina. Walaupun itu semua, tapi para pejuang kebenaran, demonstran pro  Mursi telah meraih banyak sekali kemenangan pada ramadhan ini.

Kemenangan pertama adalah, mereka telah berhasil membuat bersatunya mayoritas berbagai kekuatan Islam di mesir, mengusung kepentingan bersama yang lebih besar. Mereka menjadi punya lahan latihan yang riil untuk bekerjasama dan saling menguatkan serta saling membantu.

Mereka secara bergantian tampil di panggung-panggung utama, berkolaborasi secara apik dan saling mendekatkan, menyeragamkan, menguatkan ide, gagasan, pemahaman bahkan langkah perjuangan. Dan ini merupakan kemenangan besar. Bahkan, mengatur para demonstran yang jutaan jumlahnya, mengamankan mereka dari para penyusup, mensuplai makanan untuk sahur dan berbuka, mengatur relawan dan para dokter untuk menghadapi korban tembakan, mempertahankan ruh jihad dan semangat untuk tetap tsabat di lokasi acara utk waktu yang lama dengan fasilitas sangat terbatas, memenuhi kebutuhan MCK dan lain sebagainya, itu semua adalah pekerjaan besar sekaligus berat yang telah dilaksanakan dengan baik oleh pemuda-pemuda dari berbagai gerakan, jamaah, unsur dan organisasi.

Kemenangan kedua, berhasilnya mereka membuka mata, wawasan, serta cara pandang banyak ulama, baik di dalam mesir ataupun di luar mesir, yang selama ini mungkin cendrung menutup diri, menjauh dari medan politik, relatif dianggap parsial, atau terkesan ta’ashshub golongan, dan lebih mengutamakan pengajian di masjid saja, berubah drastis menjadi ulama yang proaktif, peduli, mau bekerja sama dan bahkan mengorbankan darah dan nyawa demi eksistensi Islam di dalam kekuasaan dan pemerintahan.

Ulama-ulama senior dari kalangan salafi dan Jamaah Islamiyah yang dulunya menghindarkan diri dari panggung politik dan demokrasi, mereka hadir di tengah para demonstran memberikan suntikan semangat kepada para pemuda. Seperti: Syekh Muhammad Abdul Maqshud, Syekh Muhammad Yusri, Syekh Umar Abdul Aziz Quraisyi dan sekjen Partai Bina dan Tanmiah sayap politiknya JI serta ulama-ulama lainnya. Bahkan sebagian mereka hadir dengan istri dan anak-anak mereka.

Kemenangan ketiga adalah kemenangan dalam fiqh dakwah. Mereka mengajarkan kepada seluruh umat Islam bahwa perjuangan di negeri mayoritas muslim hanya dilakukan secara damai. Walaupun sudah ratusan nyawa melayang, mereka takkan melakukan perlawanan. Tidak akan mengangkat senjata melawan kediktatoran.

Dari panggung utama Rab’ah adawiyah mereka teriakkan dengan lantang: “Walau sampai sejuta orang yang syahid, kami tetap akan bertahan di sini sampai pemilik kebenaran dan legitimasi memperoleh haknya. Kami akan teruskan perlawanan damai”.

Ketika ada kekuatan islam di luar yang memancing mereka untuk melakukan perlawanan bersenjata karena mereka telah betul-betul terzhalimi, mereka menolaknya dengan baik.  Mereka mengatakan bahwa mengangkat senjata hanya untuk orang kafir harbi, seperti di palestina, bosnia, cehnya, Afghanistan dan sejenisnya. Adapun kepada sesama muslim tak akan mengangkat senjata.

Kemenangan keempat adalah terbongkarnya kedok para pemimpin sebagian Negara arab. Ternyata mereka telah bekerjasama dengan militer untuk melakukan kudeta ini, dan berkolaborasi dengan amerika dan Israel untuk suksesnya agenda ini. Mereka kucurkan dana besar untuk membiayai kudeta ini, membayar para preman serta media.

Salah seorang raja arab adalah orang pertama yang mengucapkan selamat atas berhasilnya kudeta ini, kurang dari 24 jam setelah kudeta. Disusul oleh raja arab lainnya yang langsung mengharapkan kerjasama yang baik dengan penguasa kudeta yang baru. Bahkan menlu negara arab ini aktif di amerika mengkampanyekan dukungan dana dan sikap untuk penguasa militer di mesir. Ini memberikan pelajaran berharga bagi umat Islam dalam bersikap dan memberikan loyalitas.

Kemenangan kelima adalah lahirnya generasi baru di Mesir. Setelah penembakan-penembakan yang dilakukan militer terhadap demonstran damai, muncullah generasi baru dari para pemuda yang tidak takut mati dan tidak takut ancaman. Malah mereka dengan lantang mengharapkan mati syahid, menuliskan surat wasiat untuk keluarganya, dan berdiri dengan berani sambil memegang mushaf menghadapi tentara dan preman yang memegang senjata api dan menembaknya. Kematian tidak lagi menjadi suatu yang menakutkan dan mengerikan bagi mereka bila untuk menegakkan kebenaran.

Diluar kemenangan besar di atas, sebenarnya ditembak ketika shalat shubuh, saat qiyam ramadhan, menjelang waktu sahur dipertiga malam terakhir, shalat qiyam ramadhan setiap malam dengan jutaan jamaah diiringi dengan qunut-qunut yang khusyuk, ceramah-ceramah keislaman dari para ulama, diskusi-diskusi ilmiah dan kenegaraan yang digelar dipanggung-panggung utama mereka selama ramadhan ini, merupakan kemenangan-kemengan lain yang tidak ternilai harganya.

Dalam suasana penuh tekanan ini mereka menjadi semakin dekat dengan Allah, semakin utuh tawakkal kepadaNya. Semoga kemenangan demi kemenangan akan terus hadir menghampiri mereka… dan kita umat Islam

Iklan Berbayar - SMS 013 929 9944 ( RM50.00 Sebulan )

-
-