Senarai Exco Kelantan 2013
Menteri Besar: Dato’ Ahmad Yakob (Adun Pasir Pekan)
Timbalan MB: Dato’ Mohd Amar Nik Abdullah (Adun Panchor)
Senarai Exco (kekal):
Dato’ Ab Fattah Mahmood (Adun Bukit Panau)
Datuk Anuar Tan Abdullah (Adun Kota Lama)
Mej (B) Dato’ Md Anizam Ab Rahman (Adun Kemahang)
Dato’ Che Abdullah Mat Nawi (Adun Wakaf Bharu)
Dato’ Dr Fadzli Dato’ Hj Hassan (Adun Temangan)
Dato’ Nassuruddin Daud (Adun Meranti)
Senarai Exco (baru):
Hanifa Ahmad (Adun Pengkalan Pasir)
Dr Ramli Mamat (Adun Bunut Payong)
Mumtaz Md Nawi (Adun Demit)
Tahniah diucapkan dan kami mengharapkan semua y dilantik dapat menjalankan amanah rakyat dan tentunya amanah Allah jua sebaiknya.
MENTERI Besar, Datuk Ahmad Yakob mengangkat sumpah taat setia di hadapan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad ke V pada Majlis Mengangkat Sumpah Pelantikan Menteri Besar dan Timbalan serta Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan di Istana Negeri Kubang Kerian, Kota Bharu, hari ini.
..
ADUN Pasir Pekan itu menggantikan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang yang telah memegang jawatan sebagai Menteri Besar negeri itu sejak 1990.
Sementara itu ADUN Panchor Datuk Nik Mohd Amar Nik Abdullah pula mengangkat sumpah sebagai timbalan menteri besar.
Istiadat mengangkat sumpah dan menerima watikah pelantikan itu bermula pada 6 petang.
Turut hadir pada istiadat itu Tengku Mahkota Kelantan Tengku Dr Muhammad Faiz Petra, Mufti negeri Kelantan Datuk Shukri Mohamad dan Ketua Polis Kelantan Datuk Jalaluddin Abdul Rahman.
Desas-desus mengenai pelantikan Ahmad sebagai menteri besar baru tersebar luas dan menjadi perhatian utama masyarakat di negeri itu sejak awal hari ini, selepas PAS diumumkan berjaya menguasai Kelantan dengan kelebihan 32 Kerusi DUN.
No comments:
Post a Comment