KENYATAAN RASMI PEMUDA PAS KAWASAN DUNGUN :
KESAL DENGAN KECAMAN KETUA AMK PUSAT TERHADAP DATO’ SERI TUAN GURU PRESIDEN PAS MALAYSIA
1) Merujuk kenyataan biadap Shamsul Iskandar Mat Akin yang sengaja dan secara terang-terangan menyelar Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam Kongres Angkatan Muda Keadilan (AMK) amatlah dikesali sebagaimana yang telah dilaporkan oleh Malaysian Insider pada 24 Mei 2013.
2) Cercaan dan penghinaan terbuka yang dibuat oleh ketua AMK ini amatlah memalukan kerana sebagai komponen Pakatan Rakyat perkara tersebut boleh diselesaikan secara baik dan berhemah. Tidakkah ketua AMK terfikir bahawa kami boleh mengambil tindakbalas yang sewajarnya di atas ucapan tersebut? Apakah Ketua AMK bersedia untuk mendengar cercaan dan hinaan ke atas Ketua UMUM PKR atau Presiden PKR nanti? Ketua AMK dilihat sebagai pemimpin yang tidak memahami susila persefahaman politik. Apakah beliau kini terpesona dengan kejayaan bergelar YB hingga menjadikannya hilang kewarasan dan gemarkan kepada populariti? Atau masih lagi ghairah mengejar populariti dan kedudukan yang lebih tinggi dalam hiraki organisasi PKR, menjadikan beliau biadap dan mahu menjadi juara dalam isu yg telah diselasaikan dengan persefahaman yang baik sebelum PRU13 baru-baru ini.
3) Tindakan Ketua AMK yang secara jelas mempertikaikan keputusan rakan parti seolah-olah memandang rendah keupayaan Dato Seri Presiden PAS. Tampaknya, ketidakpuasan hati tersebut berlegar kepada pertindihan Calon PRU 13, khususnya bagi kerusi Kota Damansara. Umum mengetahui bahawa Kerjasama Pakatan Rakyat hanya melibatkan PAS, DAP dan PKR. Bagaimanapun tindakan PKR yang menjalinkan “hubungan sumbang” dengan PSM dan menawarkan kerusi tersebut kepada PSM amatlah mengejutkan dan dikesali. PAS sangat peka kepada situasi tersebut dan bimbang kejadian seperti di Perak berulang kembali. Apakah PKR tidak belajar dari kejatuhan Kerajaan Pakatan Rakyat Perak selepas PRU-12 yang dimulai oleh wakil rakyat dari PKR?
4) Ketua AMK adalah bekas calon PKR Parlimen Dungun bagi PRU 12. Beliau hanya tampil ke Dungun dalam keadaan yang sangat kekurangan dari segi kewangan, jentera dan petugas. Ketiadaan Ranting dan kelemahan Cabang PKR Dungun amat-amat dirasakan. Kami yakin, kelemahan begini masih banyak di tempat-tempat yang ingin ditandingi oleh PKR. Kelemahan inilah yang harus diperbaiki oleh PKR khusunya bagi menghadapi PRU-14. Bukannya bersikap tamak dalam memperolehi bilangan kerusi dan memperkudakan tenaga parti rakan, kemudian selepas kemenangan diperolehi bersikap pula seperti “Kacang Lupakan Kulit”. Adalah dinasihatkan kepada ketua AMK supaya menjadikan agenda pemerkasaan parti sebagai langkah utama daripada sibuk dengan urusan Parti Rakan Pakatan Rakyat.
5) Dewan Pemuda PAS Dungun mendesak Shamsul Iskandar Mat Akin agar membuat permohonan maaf atas ketelanjuran beliau mengaibkan Presiden PAS. Jika gagal berbuat demikian pihak kami tidak akan berurusan dengan PKR dan akan mengambil tindakan lain yang lebih wajar.
Ustaz Sheikh Mohd Hanafi bin Abdul Aziz,
Ketua Pemuda,
Dewan Pemuda PAS Kawasan Dungun.
26 Mei 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Iklan Berbayar - SMS 013 929 9944 ( RM50.00 Sebulan )
-
-
No comments:
Post a Comment