Mat Said berkata barisan Exconya mantap!!
Antara 10 Exco yang mengangkat sumpah hari ini ialah;“Barisan Exco ini sudah cukup mantap untuk melaksanakan segala perancangan dan perubahan negeri walaupun ada muka baharu (yang dilantik terus sebagai Exco selepas pertama kali menjadi calon), namun saya yakin, mereka ada pengalaman dalam bidang masing-masing,” kata Mat Said – SinarHarian.
1. Datuk Ahmad Razif Abd Rahman (Seberang Takir) – Pengerusi Jawatankuasa Sains & Teknologi, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Air
2. Rozi Mamat (Telemung) – Pengerusi Jawatankuasa Belia & Sukan, Sumber Manusia
3. Dr A Rahman Mokhtar (Kuala Besut)- Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
4. Datuk Tengku Putera Tengku Awang (Kuala Berang) – Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian dan Perdagangan
5. Datuk Mohd Jidin Shafee (Permaisuri) – Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.
6. Ir Rosli Othman (Kemasik) – Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya dan Pengangkutan
7. Nawi Mohamad (Hulu Besut) – Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani, Perusahan Perladangan & Komoditi
8. A Latiff Awang (Pengkalan Berangan) – Pengerusi Jawatankuasa Tranformasi Kerajaan, Penyampaian & Pengurusan Prestasi dan Teknologi Maklumat
9. Roslee Daud (Bukit Besi) – Pengerusi Jawatankuasa Usahawan, Pembangunan Luar Bandar, Kepenggunaan dan Koperasi
10. Ghazali Taib (Ajil) - Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Inovasi dan Tugas-tugas Khas.
Namun begitu, ada sesuatu yang mengejutkan dari maklumat yang diperolehi di sini. Seorang Exco Mat Said tak lulus SPM? Takkanlah kot…kalau sesiapa mempunyai maklumat jelas boleh sertakan di bawah.
Mengikut sumber blog tersebut, Exco yang dimaksudkan adalah Roslee
Daud, Pengerusi Jawatankuasa Usahawan, Pembangunan Luar Bandar,
Kepenggunaan dan Koperasi. Bermula dengan kerja pengawal, kemudian
office boy, penyelia Rosli Mat Hassan (Calon Parlimen UMNO Dungun).
Kalau benar, bertapa bertuah nasibnya. Kini ADUN dan Exco.Macam tak percaya pula? Lulus kot, pangkat 3 pun jadilah!!
No comments:
Post a Comment