Ads 468x60px

-

Wednesday, June 26, 2013

ADUN Kuala Besut meninggal dunia


11:20AM Jun 26 2013  
Seorang anggota Exco kerajaan negeri Terengganu Dr A Rahman Mokhtar meninggal dunia hari ini, tujuh hari selepas dimasukkan ke unit rawatan rapi di Hospital Sultanah Nur Zahirah.
Laporan Bernama menyebut, A Rahman, 55, meninggal dunia pada jan 10.18 pagi ini akibat kanser paru-paru di hospital berkenaan di Kuala Terengganu.
azlan
Laporan itu memetik kenyataan Pengarah Kesihatan Terengganu Datuk Dr Anwa Sulaiman yang mengesahkan perkara itu.
"Pagi ini keadaannya semakin kritikal sehingga terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan dan disahkan meninggal pukul 10.18 pagi ini di HSNZ," katanya Anwa seperti dipetik Bernama.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Kesihatan, Wanita dan Masyarakat negeri Terengganu itu meninggalkan seorang balu dan empat anak.
Jenazah dijangka  dikebumikan di tanah perkuburan Islam Masjid Teluk Bayu Kuala Besut selepas solat Zohor hari ini, lapor agensi berkenaan.

Satu pilihan raya kecil dijangka akan diadakan ekoran kematian ADUN Kuala Besut itu, yang meninggal dunia hanya beberapa minggu selepas pilihan raya umum 5 Mei.

Dalam pilihan raya tersebut, A Rahman menewaskan calon PAS Napisah Ismail dengan majoriti 2,434 undi.
Kawasan berkenaan terdiri daripada lebih 17,000 pengundi, yang mana 99 peratus daripadanya terdiri dari pengundi Melayu.

BN berjaya membentuk kerajaan negeri apabila berjaya meraih 17 daripada 32 kerusi yang dipertandingkan.

Friday, June 21, 2013

MB T'ganu 'mengamuk' isu Pasar Payang

KUALA TERENGGANU: Seperti yang dijangka, isu pembinaan Pasar Besar Kedai Payang yang baru benar-benar menghangatkan sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) yang pertama kali diadakan selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Selepas usul berhubung isu tersebut ditolak Yang Dipertua Dewan Mohd Zubir Embong Selasa lalu, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi (PAS-Batu Buruk) mengambil peluang membangkitkannya sewaktu sesi penggulungan oleh Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said, petang semalam.

Ketika Ahmad menjelaskan isu tersebut, Syed Azman bangun meminta penjelasan berhubung pemberian projek bernilai RM400 juta itu kepada sebuah syarikat yang berpangkalan di Kuala Lumpur.

"Saya mohon penjelasan adakah benar projek ini diberikan kepada Syarikat Gabungan Granite yang dimiliki oleh Tan Sri Datuk Abu Sahid Muhamed, Lim Chiau Woei, Law Phooi Wong dan Chan Lai Choon.

"Pasar payang ini adalah persoalan warisan Negeri Terengganu. Bukan sahaja saya yang membuat bantahan tetapi Datuk Seri Menteri Besar perlu teliti pandangan ramai (dari) dalam negeri dan luar negeri dan seorang penulis prolifik Anak Terengganu, Awang Goneng menulis dengan jelas dalam akhbar New Straits Times, kalau nak bina hotel, bina di tempat lain," kata beliau ketika bangun mencelah.

Ahmad menafikan projek tersebut mendapat bantahan ramai sebaliknya mendakwa 'pihak-pihak tertentu' mempengaruhi peniaga Pasar Payang supaya membantah projek tersebut.

Beliau tidak menjawab dakwaan Syed Azman berhubung pemberian projek kepada bukan anak tempatan itu.

Tidak berpuas hati, Syed Azman bangun memohon penjelasan sekali lagi.

"Saya tanya soalan yang spesifik iaitu kepada syarikat mana projek ini diberikan. Kalau saya gunakan bahasa 'jawapan bodoh' tak kena dengan dewan tapi jawapan memang jawapan bodoh," katanya.

Ahmad kemudiannya melenting dan berkata 'dah soalan bodoh, jawapan biar bodohlah. Mung (awak) mahu apa lagi?'

"RM400 juta bukan kita beri projek ini kepada kontraktor tapi kepada pemaju yang majukan. PhD apa begini tak faham?" sanggahnya lagi.

Pertikaman lidah berlarutan beberapa minit dan turut disampuk beberapa wakil BN sehingga Mohd Zubir mengarahkan mereka diam dan bertenang.

"Kalau dikatakan panas dan sesak, kenapa tak diperbaiki pasar sedia ada? Kenapa perlu dibina pasar baru sekali dengan hotel dan apartmen?" soal Syed Azman lagi.

"Baik pulih tidak memberikan erti yang besar. Kerajaan bina pasar baru untuk memberikan yang terbaik kepada peniaga dan orang ramai," jawab Ahmad.

Thursday, June 20, 2013

PAS minta MB Terengganu, JKKK tidak derhaka

Harakahdaily, 19 Jun 2013

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) seluruh negeri diseru mentaati titah Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin yang mahu semua pihak membuang sentimen kepartian dalam memberikan bantuan kepada rakyat.

Adun Chukai, Hanafiah Mat (gambar) memberitahu, selepas Pilihan raya Umum ke-13 lalu, JKKK telah berhelah dan tidak mahu menandatangani borang-borang permohonan rakyat dengan alasan kononnya mereka tidak ada kuasa lagi.

Beliau yang juga Penolong Setiausaha PAS Terengganu berkata, apabila ditanya kepada pihak JKKK mengapa berbuat demikian diberitahu tidak mempunyai kuasa.

"Saya paling ramai orang mengadu, JKKK tak mahu tandatangan. Bila saya tanya, dia (JKKK) kata MB tak beri untuk tandatangan dan dia (JKKK) sebut lagi, dia tak ada kuasa.

"Jadi saya juga minta MB Ahmad Said supaya dengar perintah (titah) sultan hari ini, jangan menderhaka," ujarya dipetik Buletin Online.

Sultan Mizan sewaktu bertitah merasmikan pembukaan penggal pertama sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) kali Ke-13 di Wisma Darul Iman kelmarin menyeru semua pihak bekerjasama tanpa mengira fahaman politik.

Harakahdaily sebelum ini melaporkan, Presiden PAS yang juga Adun Rhu Rendang, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, titah tuanku itu harus diberi perhatian kerana selepas PRU13 Mei lalu, wujud diskriminasi terhadap rakyat kerana faktor politik.


"Jadi kita minta Jawatankuasa Kemajuan kampung (JKK) supaya mudah tandatangan borang (permohonan bantuan) rakyat kerana selepas pilihan raya ini saya menerima banyak aduan rakyat yang JKK tak mahu tandatangan borang,” ujarnya.

Sebelum ini, Ahmad berkata, pihak kerajaan negeri tidak akan membuat rumah mampu milik di kawasan yang dimenangi Pakatan Rakyat dalam pilihan raya lalu.

Beliau yang bercakap kepada media selepas mengangkat sumpah jawatan dilaporkan berkata, rakyat di kawasan berkenaan perlu meminta bantuan dari wakil rakyat yang mereka pilih dalam pilihan raya lepas.

Wednesday, June 19, 2013

KERAJAAN BN TERENGGANU X HTR PELAJAR KE MSESIR

Kerajaan Umno Terengganu 'Berdolak-dalih' Tentang Isu Hantar Pelajar Ke Mesir


http://buletinonline.net/images/stories/aberita22/satiful%20sidang%20dun.jpgKUALA TERENGGANU - Kerajaan Umno dalam Sidang Dewan Undangan Negeri Terengganu hari ini, gagal menyatakan sebab sebenarnya, mengapa para pelajar pengajian agama tidak lagi dihantar melanjurkan pengajian mereka ke Universiti al-Azhar Mesir.

Bahkan apabila 'ditekan' dengan soalan tambahan oleh Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Terengganu Ustaz Satiful Bahri Mamat, Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Inovasi dan Tugas-tugas Khas negeri Terengganu, Ghazali Taib meminta notis kerana tidak dapat menjawab.

Menjawab soalan asal yang dikemukakan oleh ADUN wakaf Mempelam, Haji Mohd Abdul Wahid Endut, Ghazali berkata kerajaan tidak menghantar pelajar pengajian agama kerana faktor-faktor keselamatan di negara Mesir.

"memandangkan suasana politik yang tidak stabil dan boleh menimbulkan ancaman nyawa jika apa-apa berlaku maka pihak kerajaan negeri mengambil langkah berjaga-jaga kerana memikirkan keselamatan menjadi keutamaan kepada kita,

"saya yakin dan percaya apabila situasi (Mesir) kembali aman dan sejahtera, maka program (penghantaran pelajar agama ke Mesir) ini tidak masalah untuk di teruskan,"ujar Ghazali.

Ustaz Satiful bangun dan mempersoalkan, mengapa pemberhentian penghantaran pelajar itu hanya melibatkan pengajian agama sahaja, sedangkan pelajar yang mengambil pengajian perubatan terus dibiayai dan dihantar ke Mesir.

"soalan tambahan.......macamana kursus 'medic' (pengajian perubatan) boleh bagi (boleh hantar ke Mesir).....ke (adakah) orang 'medic' kebal dari kawasan bahaya (di Mesir) macaman (mengapa) kursus pengajian Islam tak boleh (hantar) sedang pelajar kursus perubatan dan pergigian disebut tadi masih lagi dapat menyambung pelajaran,

"kalau nak kira sekarang ni......(keadaan) di Jordan lebih bahaya kerana Jordan dekat dengan Syria!,"ujarnya dalam sesi soal jawab di hari terakhir Sidang DUN Terengganu yang bermula 16 Jun dan berakhir pada Rabu 19 Jun.

Ustaz Satiful yang juga ADUN Paka menolak alasan permohonan 'notis' selepas Ghazali yang juga ADUN Ajil, gagal menjawab soalan tersebut dengan menegaskan beliau bukan meminta angka atau data, namun hanya meminta penjelasan tentang dasar dan polisi penghantaran pelajar ke Mesir.

Tidak puas hati dengan jawapan Exconya itu, Menteri Besar Terengganu Dato' Seri Ahmad Said bangun dan sebaliknya berkata, kerajaan menghentikan penghantaran pelajar ke Mesir khususnya ke Universiti al-Azhar kerana sistem pelajaran di negara Jordan lebih baik dari sistem pelajaran di Mesir.

Ahmad yang juga ADUN Kijal mendakwa ada pelajar anak Terengganu yang telah tinggal 25 tahun di Mesir tetapi belum mendapat Ijazah Pertama dan pelajar yang tinggal selama 14 tahun serta ada yang beniaga sebagai ejen jual tiket dan berniaga apam balik serta menjual 'mee teow' dan lain-lain lagi.

Namun begitu, Ahmad mengakui kerajaan masih menghantar pelajar pengajian perubatan ke Mesir, bercanggah dengan jawapan Ghazali yang menegaskan, pemberhentian penghantaran pelajar ke Mesir kerana soal-soal keselamatan [Lihat Video]

Pasar Payang : MB ajak Bergaduh

  1. Isu perobohan Pasar Payang - hujah MB, pasar skrg kotor, panas n sesak. Ia bukan warisan n akn bina baru yg ada aircon n parking bertingkat
  2. Isu perobohan Pasar Payang - jawapan MB Mat Said emosi n ajak saya bergaduh dlm dewan! Akui projek RM400 juta beri kpd sykt TS Abu Sahid.

Dana

Anda tak perlu jual Top Up tetapi setiap kali rakan-rakan anda Top Up dimana saja & pada bila-bila masa anda meraih pendapatan
Satu Dimensi Baru Setiap Kali OrangTop Up Anda Meraih Pendapatan
Satu peluang perniagaan yang sangat mudah, pasaran yang sangat luas dan setiap orang perlu menggunakannya. Ini bukan konsep perniagaan MLM, jualan langsung, skim cepat buat duit, program sms dan bukan program ‘Loyalty Rewards’ yang bertaburan di pasaran. Anda tidak perlu menjual atau membeli apa–apa barangan, hanya mengajak saudara mara atau kawan-kawan anda tukar ke talian TUNE TALK.COM sahaja dan selagi mereka TOP UP anda akan meraih pendapatan
REBUT PELUANG KEEMASAN
INI SEBELUM TERLAMBAT
1. Berapa lama anda sudah mengguna telefon bimbit, ada tak dalam 10 – 15 tahun atau lebih ?
2. Berapa banyak Tambah Nilai ( Top Up ) anda telah belanja setakat ini, ada tak lebih dari RM10,000 ?
3. Selama ini anda belanja Tambah Nilai anda, dapat apa-apa pulangan tak ?
4. Mahu tak dengan tukar talian anda guna sekarang ke talian Tone Plus untuk menjana pendapatan dari RM1,000 ke RM35,000 sebulan berterusan ? sms : 013 991 9717



Bila lagi mahu bina hospital baru Dungun

Salmiyah Harun, 19 Jun 2013

KUALA LUMPUR: Projek pembinaan hospital baharu daerah Dungun yang dirancang sejak sekian lama bagi menggantikan hospital sedia ada sehingga hari ini masih belum bermula.

Hospital Dungun yang sedia ada dibina sejak tahun 60-an lalu sudah tidak dapat menampung keperluan rakyat di daerah itu yang semakin bertambah.

Menurut Ahli Parlimen Dungun, Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli (gambar) perkembangan di Dungun sebagai daerah yang sudah dinaik taraf perlu menyediakan  infrastruktur dan keperluan mengikut taraf perbandarannya.

Katanya, hospital yang moden sangat diperlukan apatah lagi selari dengan perkembangan industri minyak dan gas di Kerteh yang melibatkan ramai pekerja.

"Berlaku sebarang kemalangan di Kerteh, mereka akan dirujuk ke Hospital Dungun yang paling dekat, kemudian barulah dipindahkan ke Hospital Kuala Terengganu sekiranya hospital Dungun tidak boleh memenuhi keperluan pesakit," katanya kepada Harakahdaily.

Malah katanya, jika Hospital Dungun tidak dinaikkan taraf bagaimana hendak memenuhi keperluan mendesak bukan sahaja rakyat di Dungun tetapi melibatkan pekerja-pekerja industri ini.

Peruntukan untuk membina Hospital Dungun, katanya telah diluluskan oleh Kerajaan Pusat dalam pembentangan Bajet 2013 lalu namun sehingga kini pembinaan masih belum bermula.

"Tapak juga telah dikenal pasti, beberapa kali Exco negeri bahagian kesihatan dipersoalkan perkara ini namun hasilnya agak mendukacitakan," katanya.

Beliau yang akan memasuki parlimen pada 24 Jun ini akan membangkitkan masalah pembinaan Hospital Dungun malah beliau pun sudah menghantar soalan kepada Kementerian Kesihatan untuk sesi kali ini.

Hari ini dalam sidang Dun Terengganu,  Wan Hapandi Wan Nik (PAS-Sura) sekali lagi mendesak kerajaan negeri menyegerakan projek pembinaan Hospital Dungun yang sudah lama terbengkalai.

"Rakyat Dungun sangat memerlukan hospital baru kerana hospital sekarang sudah tidak dapat menampung bilangan pesakit yang ramai.

"Projek pembinaan hospital ini sudah diluluskan Kerajaan Pusat tapi sampai sekarang masih belum dibina, hanya ada tapak," katanya.

Pada Disember 2012 dalam sidang Dun, kerajaan negeri berjanji bahawa pembinaan hospital Dungun akan dimulakan pertengahan tahun ini.

Hospital itu akan dibina di Kampung Che Lijah, Dungun, di atas tapak berkeluasan 25 hektar dan mengambil masa dua tahun untuk disiapkan.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Perpaduan dan Hal Ehwal Pengguna negeri waktu itu, Dr. A. Rahman Mokhtar berkata, pembinaan hospital yang akan dibahagikan kepada dua fasa itu menelan belanja kira-kira RM150 juta.

Mengapa Terengganu tiada exco agama?

Hazayani Zakaria, 18 Jun 2013

KUALA TERENGGANU: Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (PAS-Rhu Rendang) mempersoal Kerajaan Negeri Terengganu yang tidak mewujudkan exco yang khusus menjaga portfolio agama.

Ustaz Abdul Hadi berkata, tidak sewajarnya hal ehwal agama diletakkan di bawah Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Inovasi Dan Tugas-Tugas Khas kerana skop agama Islam itu luas dan perlu kepada portfolio khusus.

"Di (kerajaan) pusat ada Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang jaga hal ehwal agama dan keseluruhan kerajaan negeri juga ada yang jaga hal ehwal agama.

"Definisi agama Islam itu lebih luas daripada pelajaran. Aspek-aspek lain duduk dalam agama jadi bagaimana agama diletak dalam satu exco yang hanya dalam aspek yang kecil. Perkara ini sudah lari dari asasnya," kata beliau sewaktu mengemukakan soalan tambahan pada sesi soal jawab lisan di sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) Terengganu hari ini.

Beliau yang juga Presiden PAS dalam soalan asal ingin tahu siapakah di kalangan Ahli-ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri yang diberi tanggungjawab untuk mengendalikan urusan agama di bawah pentadbiran kerajaan negeri yang baru.

Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Inovasi Dan Tugas-Tugas Khas, Ghazali Taib memberitahu beliau diberi tanggungjawab untuk menjaga hal ehwal agama.

"Hal ehwal agama Islam diletakkan bawah pengurusan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) yang diketuai Ketua Agama negeri, Sultan Terengganu.

"Saya membantu dari segi kerjasama dengan Maidam untuk melancarkan pentadbiran," katanya.

Mohd Abdul Wahid Endut (PAS-Wakaf Mempelam) ketika bangun mencelah berkata, belum pernah berlaku kerajaan negeri tidak mewujudkan portfolio agama yang disifatkan sebagai sangat penting.

"Portfolio agama ini penting dan dalam ingatan saya belum pernah berlaku tak ada exco khusus yang menjaga portfolio ini dan biasanya diberi kepada orang berlatar belakang agama dan berkemampuan," katanya yang juga Ketua Pembangkang.

Adun BN 'panas' apabila PAS bangkit isu JKKK

Hazayani Zakaria, 19 Jun 2013

KUALA TERENGGANU: Wan Hapandi Wan Nik (PAS-Sura) memberi tumpuan kepada titah Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin yang mahu semua pihak membuang sentimen kepartian dalam memberikan bantuan kepada rakyat.

Beliau sewaktu membahaskan titah Tuanku Sultan pada sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) hari ini berkata, kerajaan negeri seharusnya memberikan bantuan kepada pihak yang benar-benar memerlukan tanpa mengira dari parti mana.

"Saya kecewa apabila berlaku ketidakadilan di peringkat kerajaan negeri dalam memberi bantuan kepada rakyat.

"Isu tandatangan Jawatankuasa Kemajuan Kampung (JKKK) dan tandatangan Adun sepatutnya tidak perlu dipanjangkan sehingga menjadi isu kepada masyarakat yang akhirnya menyusahkan rakyat terutamanya mereka yang benar-benar memerlukan bantuan khususnya kepada anak-anak yang mahu menyambung pelajaran," kata beliau yang merupakan muka baru di Dun Terengganu.

Isnin lalu, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang juga Adun Rhu Rendang berkata, titah Tuanku itu harus diberi perhatian kerana selepas PRU13 Mei lalu, wujud diskriminasi terhadap rakyat kerana faktor politik.

Sewaktu Hapandi menyentuh isu tersebut, dewan sedikit kecoh apabila beberapa wakil BN 'mengganggu' antaranya Rozi Mamat ((BN-Telemong) yang kelihatan 'panas' dengan dakwaan tersebut.

Semalam, Hanafiah Mat (PAS-Chukai) memberitahu, selepas Pilihan raya Umum ke-13 lalu, JKKK berhelah dan tidak mahu menandatangani borang-borang permohonan rakyat dengan alasan kononnya mereka tidak ada kuasa lagi.

Beliau yang juga Penolong Setiausaha PAS Terengganu berkata, apabila ditanya kepada pihak JKKK mengapa berbuat demikian, mereka memberi alasan sudah tidak mempunyai kuasa.

Selain itu, Hapandi juga menggesa kerajaan negeri menyegerakan projek pembinaan Hospital Dungun yang sudah lama terbengkalai.

"Rakyat Dungun sangat memerlukan hospital baru kerana hospital sekarang sudah tidak dapat menampung bilangan pesakit yang ramai.

"Projek pembinaan hospital ini sudah diluluskan Kerajaan Pusat tapi sampai sekarang masih belum dibina, hanya ada tapak," katanya.

PAS kesal Maahad Tahfiz ditangguh

Harakah, 19 Jun 2013


ALOR SETAR: Alasan kerajaan BN negeri menangguhkan pembinaan Maahad Tahfiz Sains Darul Aman (MTSD) di Pulau Tuba dianggap tidak munasabah dan seolah-olah sengaja melumpuhkan pembangunan sekolah berkenaan.

Exco Agama negeri, Mohd Rawi Abd Hamid dilaporkan berkata, pelaksanaan projek MTSD di Pulau Tuba perlu dinilai semula sebelum kerja-kerja pembinaannya dibuat.

Alasan utama beliau adalah bekalan elektrik di kawasan terbabit tidak mencukupi dan perlu bergantung kepada jana kuasa, kekurangan sumber bekalan air serta teknologi yang terhad.

Konflik berdarah Syria perlu dihentikan segera

Harakahdaily,19 Jun 2013

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia mendesak agar pemerintah Syria segera menghentikan sebarang bentuk kekerasan ke atas rakyatnya dan kembali ke meja rundingan untuk mengembalikan keamanan.

Demikian gesaan ketuanya, Nasrudin Hassan dalam surat terbuka untuk Syria, Iran dan OIC berhubung konflik yang berlaku di Syria itu.

“Kami menyokong penuh pandangan yang pernah dibuat oleh YB Tuan Guru Presiden yang dimuatkan di dalam nukilan beliau ‘Syria di Persimpangan’ yang tegas mahukan semua pihak yang bertelingkah untuk mengenali kawan dan lawan sebenar dan membuka semula ruang dialog bagi menutup peluang campur tangan asing  yang kelak lebih merugikan Islam dan umatnya,” ujarnya.

Beliau berkata, pentadbiran baru Iran di bawah Syeikh Dr. Hassan Rouhani mempunyai peluang untuk mengemukakan penyelesaian baru di dalam konflik ini dengan menghentikan bantuan ketenteraan kepada Syria dan mendesak Hizbollah Lubnan untuk menghentikan campur tangan.

Pada masa yang sama, kata beliau Iran seharusnya menawarkan kepimpinan politik bersama keanggotaan lain di dalam OIC (termasuklah Malaysia) untuk mencari konsensus baru dengan komitmen untuk mengembalikan kedamaian di bumi Syam dan mengekang campur tangan Barat.

Beliau menambah, ianya boleh dimulakan melalui cabang OIC iaitu Majma' Fiqh yang mengumpulkan ulama-ulama muktabar bagi mendapatkan kesepakatan ijtihad sebagai sandaran dan dorongan ke arah penyelesaian politik yang lebih jitu di Syria.

“Yang lebih penting, ianya akan menjadi mesej yang jelas kepada seluruh Umat Islam khususnya pihak yang berseteru di Syria bahawa konflik yang berlaku memerlukan penyelesaian politik untuk menghentikan konflik berdarah ini,” katanya yang juga Ahli Parlimen Temerloh.

Adun PAS fokus ucapan mengikut portfolio

Buletin Online,19 Jun 2013
KUALA TERENGGANU: Pesuruhjaya PAS Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut berkata, pengagihan tugas-tugas mengikut beberapa portfolio kepada semua wakil rakyat telah disepakati dan keutamaan akan diberi kepada Adun-Adun baru yang muda untuk berucap pada persidangan dewan kali ini.

“Kita (PAS) telah bahagikan tugas-tugas kepada semua Adun, kita beri keutamaan kepada Adun-adun muda yang baru supaya berucap. Ambil peluang ini untuk bercakap di dewan dan yang ‘veteran’ jika ada peluang dan kesempatan, kita juga akan bercakap.
“Kita telah beritahu kepada semua Adun ambil kesempatan waktu soal jawab lisan, kemukakan soalan tambahan atau mencelah minta penjelasan.

“Masalah kita adalah kerana masa yang terhad, kita (PAS) ramai kali ini. Kadang-kadang isu banyak, bila masa terhad mungkin tidak sempat untuk kupas isu,” ujarnya kepada media, kelmarin.

Beliau yang juga Adun Wakaf Mempelam akan menumpukan soal petroluem dan berkaitan dengan royalti serta Dana Khas.

Sehubungan itu, Timbalan Pesuruhjaya I yang juga Adun Paka, Ustaz Saiful Bahari Mamat akan menyentuh soal pendidikan termasuk pengajian tinggi, Timbalan Pesuruhjaya II yang juga Pengerusi Lujnah Hal Ehwal Dewan Undangan Negeri PAS Terengganu, Dr Alias Razak akan berucap dalam konteks isu-isu yang berkaitan kesihatan dan teknologi.

Ketua Pemuda PAS negeri yang juga Adun Bukit Payong, Ustaz Mohd Nor Hamzah memberi fokus kepada isu agama dan penerangan sementara Penolong Setiausaha PAS Terengganu yang juga Adun Chukai, Hanafiah Mat akan memberikan fokus ucapannya kepada soal industri.

Adun Ladang, Tengku Hassan Tengku Omar (ekonomi dan pentadbiran), Adun Tepoh, Ustaz Hishamudin Abdul Karim (belia dan pelancongan), Adun Manir, Ustaz Hilmi Harun (pertanian dan pembangunan luar bandar), Adun Batu Burok, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi (pembalakan), Adun Alor Limbat, Ustaz Ariffin Deraman (teknologi maklumat), Adun Sura, Wan Hapandi Wan Nik (kemudahan awam), Adun Teluk Pasu, Ustaz Ridzuan Hashim (usahawan dan pengguna) dan Adun Rantau Abang, Alias Harun (kebajikan dan wanita).

Tuesday, June 18, 2013

Otak pelajar tahfiz 'segar' seperti hidup

TIKAM BATU – Satu demi satu keajaiban dapat disaksikan sepanjang membuat liputan tragedi kebakaran yang menyebabkan seorang pelajar Maahad Tahfiz Al-Barakah (Mantab), Kampung Masjid, Tikam Batu terkorban dalam kejadian jam 1.50 pagi, Sabtu lalu.

Namun, apa yang berlaku pasti mempunyai hikmah tersendiri selain menunjukkan kekuasaan ALLAH SWT.
Ini bukan sahaja dapat dibuktikan dengan penemuan barang-barang milik mangsa terkorban yang masih elok tersusun dalam almari kayu sedangkan almari besi milik pelajar lain semuanya hangus termasuk pakaian dan barang-barang peribadi lain.
Otak pelajar tahfiz 'segar' seperti hidup
Keadaan asrama Maahad Tahfiz Al-Barakah yang musnah.
 
Otak pelajar tahfiz 'segar' seperti hidup
Anuar menunjukkan almari Aiman yang tidak terjejas dalam kebakaran.
 
Otak pelajar tahfiz 'segar' seperti hidup
Anuar


Dalam kejadian itu, mangsa, Aiman Nurhakim Yahya, 13, seorang pelajar pintar, rajin dan antara yang paling berdisiplin dikatakan gagal untuk menyelamatkan diri setelah terperangkap dalam kebakaran di asrama tempat mereka menetap.

Barang rakan lain musnah

Menceritakan kembali tragedi itu, Penaung Rangkaian Pusat Pendidikan Al-Barakah yang juga imam kariah Kampung Masjid, Anuar Md Isa berkata, kesemua pelajar sudah terjaga dari tidur dan menjangkakan Aiman adalah yang terakhir keluar menyelamatkan diri.
“Kemungkinan arwah yang tidur di tingkat atas cuba untuk turun melalui tangga, tetapi bahagian atas binaan asrama yang berasaskan kayu runtuh menyebabkan dia terperangkap dalam api yang marak,” katanya.

Menurut Anuar, apa yang lebih ajaib ialah penemuan barang-barang peribadi milik arwah yang masih elok tersusun dalam almari miliknya sedangkan barang peribadi rakan-rakan lain semuanya musnah.

“Kalau nak diikutkan, api menjulang tinggi sehingga memusnahkan keseluruhan bahagian asrama, bagaimanapun almari Aiman yang diperbuat daripada kayu, terpelihara.

“Apa yang saya perasan juga ialah selipar yang selalu digunakan arwah selalunya diletakkan di luar, tetapi sebelum kejadian, dia ambil dan letak elok-elok dalam laci. Selipar itu juga masih elok dan tersimpan rapi,” katanya yang mengakui sesuatu keajaiban mengenai peribadi pelajar itu.

Baru lakukan tasmid

Anuar berkata, Aiman baru sahaja selesai menghabiskan satu juzuk al-Quran dan dijangka bakal masuk ke juzuk kedua.

“Dia baru sahaja melakukan tasmid (mendengar bacaan al-Quran) satu juzuk dengan ustaznya bagi membolehkannya memasuki juzuk kedua yang dijangka hari ini (semalam),” katanya.

Lebih memeranjatkan, Anuar berkata, pakar yang melakukan bedah siasat ke atas jasad Aiman mendapati, otaknya masih segar, seperti otak orang masih hidup, sedangkan anggota badan lain sudah rentung.

“Memang keajaiban apabila pakar yang menjalani bedah siasat menjelaskan, otaknya masih segar, bersinar seolah-olah milik insan yang masih hidup,” katanya, memuji kekuasaan ALLAH SWT.

Tidak jejas ambilan pelajar
Menurut Anuar, tragedi yang menimpa Mantab langsung tidak mematahkan semangatnya dan tenaga pengajar lain untuk terus mengembangkan syiar Islam dalam usaha melahirkan generasi al-Quran yang cemerlang.
“Kita baru sahaja menerima seorang pelajar hari ini (semalam). Ini menunjukkan respons positif daripada pihak ibu bapa dan ia (tragedi) sebenarnya tidak menjejaskan pengambilan pelajar,” katanya.
Berhubung soal keselamatan pula, katanya, pihaknya akan meningkatkan ciri-ciri keselamatan di samping menyediakan kelengkapan dan meningkatkan ilmu berhubung keselamatan selain menyediakan prasarana yang layak.
“Setakat ini, pelajar diberi cuti seminggu untuk kita jalankan proses pengurusan, terutamanya melibatkan penempatan pelajar di blok sebelah,” katanya.
Menurut Anuar, kesemua 20 pelajar berusia antara 13 dan 17 tahun akan dipindahkan ke blok bilik darjah yang sedang diubah suai menjadi tempat penginapan.
Beliau turut mengucapkan terima kasih atas keprihatinan pihak yang bersimpati, menyumbang dan membantu pihaknya untuk membangunkan semula maahad tahfiz itu.

Takziah buat keluarga Aiman

Syed Abdullah Syed Osman Jamalullail, Takziah buat keluarga mangsa kebakaran, Allahyarham Aiman Nurhakim Yahya, 13 tahun pelajar pengajian pondok Tahfiz di daerah Tikam Batu, Sungai Petani, Kedah. Mati kerana sedang mengikuti jalan Allah dianggap syahid. Semoga roh Allahyarham ditempatkan bersama orang-orang beriman atas keikhlasan menuntut ilmu terutamanya bidang agama.


Dalam pada itu saya menyeru agar pihak yang menyediakan pondok sekolah agama supaya meningkatkan lagi taraf bangunan dan tempat tinggal pelajar dengan keselamatannya terjamin dan benar-benar selamat serta kemudahan sapertimana sekolah berasrama yang lain. Pihak tertentu yang bertanggungjawab khususnya kerajaan wajarlah mengadakanlah lawatan dan menghulurkan bantuan yang secukupnya, tidak kira apa status pengajian pondok itu asalkan untuk kebaikan agama. Al-Fatihah untuk Allahyarham Aiman Nurhakim Yahya.

Sidang kecoh, Dun tolak usul Pasar Payang

Hazayani Zakaria | Foto: Shukri, 18 Jun 2013

Syed Azman pada sidang media selepas usul mengenai Pasar Payang baru ditolak.

KUALA TERENGGANU: Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (Dun) Terengganu menolak usul khas berhubung projek pembinaan Pasar Besar Kedai Payang baru yang dikemukakan Adun PAS hari ini.

Mohd Zubir Embong menolak usul yang dikemukakan Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi (PAS-Batu Buruk) atas alasan usul itu tidak perlu disegerakan.

Syed Azman sewaktu mengemukakan usul di bawah peraturan mesyuarat fasal 30 itu berkata, perobohan Pasar Besar Kedai Payang yang berusia 80 tahun bagi memberi laluan kepada projek mega dibina atas tapak pasar yang sedia ada akan memberi implikasi yang amat besar kepada sejarah dan pembagunan negeri Terengganu.

"Kontrak bernilai RM400 juta ini dianugerahkan kepada sebuah syarikat 'taikun-taikun Cina' yang berpangkalan di Kuala Lumpur.

"Yang lebih penting majoriti warga Terengganu membantah keras rancangan projek mega ini. Lebih-lebih lagi Terengganu berhadapan dengan banyak projek nazak yang terbengkalai seperti keruntuhan yang berlaku di Stadium Sultan Mizan yang bernilai hampir RM300 juta," katanya.

Tambah beliau, sejak akhir-akhir ini, banyak warisan Terengganu dirobohkan atas nama pembangunan.

"Di sekitar Kuala Terengganu sahaja telah menyaksikan perobohan Istana Kolam, Pasar Kedai Binjai, Pasar Tanjung, Menara Jam Besar dan yang terbaru  ialah Kampung Ladang yang terkenal dengan pusat industri tembaga dan batik yang terus hilang dari peta sejarah," katanya.

Sewaktu usul tersebut mula dibacakan, dewan menjadi kecoh kerana Zubir enggan membenarkan usul tersebut terus dibacakan.

Namun Syed Azman terus membaca usul sehingga habis kerana berpendirian notis berhubung usul tersebut sudah dalam makluman Speaker.

Zubir beberapa kali mengarahkan Syed Azman duduk namun tidak dihiraukan.

Suasana tersebut mengundang Abdul Wahid Endut (PAS-Wakaf Mempelam) yang juga ketua pembangkang bangun menegur tindakan Speaker.

Bercakap pada sidang media di luar dewan, Syed Azman menyatakan rasa kesal dengan sikap Zubir yang dilihat mengenepikan peraturan mesyuarat.

"Dewan dilihat seperti mengenepikan peraturan mesyuarat yang diamalkan di mana-mana persidangan di mana-mana negara pun.

"Sidang hari ini menunjukkan permulaan yang tempang apabila Yang Di-Pertua sendiri gagal mematuhi peraturan mesyuarat.

"Sepatutnya beliau harus membenarkan saya membaca usul saya sehingga habis walaupun panjang kerana ini termasuk dalam peraturan mesyuarat," tegasnya.

Speaker perlu buat kerja rumah

Sementara itu pada sidang media yang sama Abdul Wahid berkata, Zubir sebagai Speaker yang baru harus belajar daripada Speaker terdahulu.

"Kita faham beliau orang baru dan belum biasa tapi beliau harus baca buku peraturan mesyuarat dan bertanya dengan orang lama kalau tida faham.

"Menyekat Adun bersuara tidak seharusnya berlau. Saya harap Speaker dapat teliti semula buku pertauran mesyuarat dan hal seperti hari ini tidak berulang lagi," katanya.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Kuala Terengganu Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad Shah berkata, isu itu penting untuk dibincangkan dalam sidang Dun kerana membabitkan kepentingan rakyat.

"Semalam Tuanku Sultan Mizan bertitah mennyentuh mengenai projek-projek yang tidak memberi manfaat kepada rakyat.

"Pembinaan Pasar Payang baru ini adalah satu contoh projek yangmembazir dan mengenepikan penduduk dalam negeri sendiri," katanya yang juga Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pasar Payang.

Usul Pasar Payang dijangka gegarkan Dun Terengganu

Hazayani Zakaria, 18 Jun 2013


(Pasar Besar Kedai Payang antara warisan sejarah yang cuba dipertahankan oleh pelbagai pihak)


KUALA TERENGGANU: Usul mengenai perobohan Pasar Payang dijangka bakal menggegar sidang Dewan Undangan Negeri Terengganu sehari dua ini.

Ini kerana, isu inilah yang paling hangat di bincangkan sebelum dan selepas pilihan raya umum ke 13 lalu.

Dengan Pakatan Rakyat mempunyai 15 Adun (14 PAS dan 1 PKR) berdepan dengan 17 wakil BN, suasana sidang dijangka hangat.

Syed Azman Syed Ahmad Nawawi (PAS-Batu Buruk) (gambar) dijangka mengemukakan usul khas berkaitan pembinaan Pasar Payang yang baru yang mendapat bantahan daripada penduduk khususnya peniaga Pasar Payang.

Sebanyak 155 soalan iaitu 72 soalan bertulis dan 83 soalan lisan dikemukakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) bagi dijawab selama dua hari mesyuarat pertama penggal pertama Dun Ke-13.

Yang Di-Pertua Dewan, Mohd Zubir Embong menyatakan perkara itu pada awal persidangan pagi ini.

Adun PAS mengemukakan 21 soalan lisan manakala wakil tunggal Pakatan Rakyat iaitu Azan Ismail dari PKR mengemukakan tiga soalan.

Pada permulaan, Zubir menetapkan tiga soalan tambahan bagi setiap soalan yang dikemukakan namun selepas dua soalan dijawab, Datuk Tengku Hassan Tengku Omar (PAS-Ladang) bangun memberi cadangan agar satu soalan tambahan sahaja dibenarkan memandangkan masa tidak mencukupi.

Cadangan itu dipersetujui Muhammad Pehimi Yusof (BN-Jerteh) dan Datuk Tengku Putera Tengku Awang (BN-Kuala Berang).

Wakil-wakil PAS khususnya muka-muka baru kelihatan bersedia untuk memberikan perhatian penuh kepada persidangan.

Monday, June 17, 2013

Krisis Syria; Umat Islam Mesti Berhati-hati


http://buletinonline.net/images/stories/aberita22/khairul%20dan%20TG%20Hadi2.pngKUALA TERENGGANU - Umat Islam di seluruh dunia diminta berhati-hati menyatakan pendirian dan mengambil tindakan dalam menghadapi krisis yang melanda negara Syria, yang telah berpanjangan selama dua tahun.

Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengingatkan semua umat Islam, terdapat 'permainan' kuasa-kuasa besar dunia termasuk Amerika Syarikat dan Russia dalam krisis yang dihadapi oleh umat Islam di negara Syria.

Menurutnya, kuasa-kuasa besar tersebut sedang mengheret umat Islam di negara-negara Arab dalam 'konflik mazhab' yang akan menguntungkan sekutu Amerika Syarikat, Israel.

"ada 'permainan'.........Amerika (Syarikat), Russia......... dan dia (mereka sedang) mengheret Arab dibawah (konflik) mazhab sunni dan syiah.........(akhirnya) Bashar hidup dan Israel bebas,"ujarnya.

Beliau berkata demikian dalam mengulas krisis umat Islam dinegara Timur Tengah itu, ketika ditemui di Pejabat Perhubungan PAS Terengganu sebelum menghadiri Upacara Mengangkat Sumpan Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Terengganu (ADUN) yang diadakan di Wisma Darul Iman pada Ahad 16 Jun.

Menurutnya, terdapat beberapa kepentingan Amerika Syarikat dinegara-negara Arab termasuk pangkalan tentera Amerika Syarikat di negara Arab saudi dan Qatar.

Bahkan, katanya, negara Qatar mempunyai hubungan diplomasi dengan 'negara haram' Israel.

Belau menyaakan kebimbangan, konflik mazhab yang sudah wujud sekian lama dalam Islam akan digunakan oleh pihak musuh untuk menghancurkan umat Islam.

Katanya, antara faktor yang menyebabkan kejatuhan kerajaan Turki Othmaniyyah pada tahun 1924 dahulu adalah disebabkan perbalahan mazhab dan semangat kebangsaan Arab yang 'diapi-apikan' oleh kuasa Barat.

Menurutnya, Israel akan mengambil kesempatan ke atas kelemahan umat Islam ini dan sudah terdapat kenyataan dariapada pihak Israel yang akan menyerang Syria sekiranya mana-mana pihak dari kumpulan Islam berjaya menguasai Syria

Makanan kegemaran Rasulullah



1. Barli – Bagus untuk demam jika dibuat sup.

2. Kurma – Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah seperti rumah yang tidak ada makanan.

3. Buah Tin – Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir.

4. Anggur – Nabi suka buah anggur. Ia membersihkan darah, menguatkan buah pinggang, membersihkan perut

5. Madu – Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman, ubat segala ubat. Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air panas, membuka selera, menguatkan perut, membuang kahak. Elok diminun waktu pagi dengan air suam.

6. Tembikai (Segala Jenis) – Nabi berkata wanita mengandung tidak akan gagal melahirkan anak yang baik dari segi perwatakkan dan wajahnya.

7. Susu – Nabi berkata susu baik untuk membuang panas badan. Menguatkan belakang,memperbaiki otak memperbaharui pandangan mata, membuang kelupaan.

8. Cendawan – Baik untuk mata, perancang keluarga.

9. Minyak Zaitun – Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan, merawat radang perut.

10. Delima – Membersihkan tubuh dari syaitan & bisikan syaitan selama 40 hari.

11. Air – Minuman terbaik. Jika dahaga hendaklah disedut perlahan-lahan. Jangan diteguk. Mudah mendapat sakit pada hati.

“Hati yang bersih dapat melahirkan pemikiran yang waras. Maka, ‘suapkanlah’ ia dengan makanan dari sumber yang halal dan berkhasiat.” ~Wallahullam

Sunday, June 16, 2013

MADU

Kata Nabi SAW : "hendaklah kamu menggunakan 2 penawar iaitu al-Quran dan Madu"- Ibnu Majah

KEBAIKAN MADU YAMAN

1. Beberapa penemuan perubatan telah membuktikan madu Yaman boleh menyembuhkan ulser di dalam perut mahu pun di atas permukaan kulit. Ia juga dapat melegakan cirit-birit, meredakan masalah sukar tidur, menghilangkan rasa panas matahari pada kulit dan melegakan sakit tekak.

2. Golongan penyanyi dan penyair dari zaman dahulu kala lagi telah lama menggunakan madu Yaman untuk menjaga kualiti dan prestasi suara mereka.

3.Bagi mereka yang terlalu mementingan pemakanan, menggunakannya madu Yaman merupakan langkah terbaik menggantikan gula di dalam pemakanan harian.Ini kerana manisnya madu Yaman adalalah dari kandungan glukos yang tinggi, sesuai bagi mereka yang menghidap kencing manis dan darah tinggi.Ia menjadikan seseorang itu lebih bertenaga malah membantu kita agar berasa kenyang lebih lama dari biasa.

4. Pasangan yang lama atau baru berkahwin amat sesuai menggunakan madu Yaman sebagai makanan sokongan membantu prestasi dalam hubungan seks mereka.

KEGUNAAN MADU YAMAN

Selain daripada penggunaan perubatan madu Yaman sebagai makanan, ia juga sesuai digunakan untuk luaran seperti:

1. Keguguran rambut

Untuk mereka yang mengalami masalah keguguran rambut atau kebotakan, ramuan berikut amat berkesan untuk diamalkan: Masukkan satu camca besar madu, satu sudu teh serbuk kulit kayu manis ke dalam minyak zaitun suam. Buatkan satu campuran pekat dan lumurkanya ke kepala anda sebelum mandi. Biarkan pada kulit kepala/rambut selama 5 15 minit. Kemudian bilas rambut.Hasilnya Subhanallah

2. Jangkitan kulit

Sapukan madu Yaman dan serbuk kulit kayu manis dalam bahagian yang sama pada tempat yang terjejas dan bermasalah.InsyaAllah jika sering diamalkan.Kulit anda akan kering dari cecair bisa dan menjadikannya lebih licin dan cantik.Juga, boleh merawat ekzema, kurap dan apa juga jenis jangkitan kulit.

3. Masalah gemuk

Minum madu Yaman setiap hari pada waktu pagi - Sebelum sarapan ketika perut kosong dan pada waktu malam sebelum tidur. Campuran madu dan serbuk kulit kayu maAnis dimasak dalam satu cawan air. Cara pengambilan ini boleh mengurangkan berat badan seseorang itu sekalipun orang itu terlalu gemuk. Dengan meminum campuran ini selalu, lemak tidak akan terkumpul di dalam badan walaupun orang tersebut mungkin memakan makanan berkalori tinggi.

4. Keletihan

Kajian terbaru telah menunjukkan yang kandungan gula madu lebih membantu dalam menghasilkan tenaga dan menjana kekuatan badan. Warga tua yang mengambil madu dan serbuk kulit kayu manis dalam bahagian yang sama, akan menjadi lebih cergas dan fleksibel. Untuk memiliki tenaga yang berlebihan, seseorang dinasihatkan minum 1 sudu makan madu yang dikacau ke dalam segelas air dan disira dengan serbuk kulit kayu manis. Minum setiap hari pada jam 3 petang semasa tenaga badan sudah mula berkurangan. Pengambilan ini perlu dilakukan dalam masa seminggu berturut-turut setiap hari.

5. Nafas busuk

Bagi mengekalkan nafas segar sepanjang hari, berkumur dengan satu sudu besar madu Yaman dan serbuk kulit kayu manis sebaik sahaja terjaga dari tidur amat membantu bagi mereka yang mengalami masalah nafas berbau.

MADU LEBAH sudah dikenali sejak zaman Firaun yang memerintah Mesir pada tahun 300 sebelum Masihi hingga ke tamadun Parsi, Greek dan Rom, sebagai satu cara penjagaan kesihatan.Di Eropah, ada kesatuan diberi nama Apitheraphy, diasaskan oleh Profesor Bernard Descottes, Perancis yang menggunakan produk MADU LEBAH bagi penjagaan kesihatan.Di Timur Tengah, masyarakat Arab tidak dapat dipisahkan dengan pengambilan MADU LEBAH sebagai minuman kesihatan harian.Bagi masyarakat Cina, amalan memberi madu lebah kepada anak sejak kecil sudah lama dipraktikkan.Dalam persekitaran masyarakat berteknologi tinggi dan sentiasa sibuk sekarang, keperluan kepada makanan seimbang dan selamat adalah penting, malangnya kebanyakan pihak mengabaikan keperluan itu dengan mengambil jalan mudah dengan hanya bergantung kepada makanan dan minuman segera yang kurang berkhasiat. Oleh itu, madu disyorkan menjadi makanan tambahan kepada kita disebabkan khasiatnya yang tidak ternilai.

KHASIAT MADU LEBAH

Berikut adalah antara lain Khasiat MADU LEBAH ASLI

• Meningkatkan keupayaan tenaga fizikal
• Mencerahkan mata, memutih dan menguatkan gigi.
• Mencergaskan otak orang dewasa dan kanak-kanak. 
• Menjadikan kulit lebih licin dan halus (awet muda).
• MADU dan SARANG LEBAH MADU merupakan bahan asas kepada krim kulit, lipstik dan losyen tangan. 
• Mempercepatkan penyembuhan luka terbuka, melawan jangkitan dan meningkatkan daya ketahanan badan. 
• Menghilangkan kepanasan badan, batuk, selsema, meredakan urat saraf, menstabilkan sistem pernafasan, menguatkan jantung, mengelakkan kencing manis, darah tinggi dan melembapkan kerongkong serta menghilangkan serak suara.
• Merawat penyakit dalam perut dan melancarkan sistem pencernaan. MADU LEBAH juga merupakan bahan peneutral yang bertindak menyingkirkan toksik, serta memecahkan lebihan lemak dalam sistem tubuh. 
• MADU LEBAH mempunyai keupayaan untuk menarik dan menyerap lembapan, oleh yang demikian ia sangat mujarab untuk merawat luka terbakar yang kecil dan mencegah parut. Menghilangkan kesan terkena api, air panas dan minyak panas (sapukan).
• MADU LEBAH adalah punca semulajadi untuk tenaga segera! Ia membekalkan sumber tenaga yang tinggi, mencegah keletihan dan boleh mempertingkatkan keupayaan atlit sukan. 

Khasiat Berterusan Madu Lebah

Pengambilan MADU LEBAH secara berterusan banyak memberi manafaat kepada kesihatan serta mampu menghindari dari pelbagai jenis penyakit seperti:-•
Kencing manis• Barah / Kanser• Mata kelabu• Letih/Lesu/Tenat• Tenaga batin/Seks• Lendir/Kahak• Penyeri muka• Awet muda• Pendarahan otak• Gastrik• Gagap• Bersalin - senang• Batuk• Penyakit Kulit• Sakit Telinga• Lemah jantung• Jerawat• Pening• Pekak• Lumpuh• Uban (Berpenyakit)• Susah tidur• Sakit sendi • Sembelit• Selsema• Sakit puan• Resdung• Darah tinggi• Sakit kepala• Angin• Luka• Keputihan• Bintik-bintik hitam• Rambut gugur• Sakit pinggang• Terbakar• Haid• Buasir• Batuk kering• Lupa• Keracunan Makanan• Asma/Lelah• Kurang darah• Alahan/Allergic• Kanak-kanak (Sihat)• Dan lain-lain...

Saturday, June 15, 2013

Bentuk Hukuman Yang Dikenakan Ke Atas Penjenayah

Mengikut peruntukan hukum syara` yang disebutkan di dalam Al-Qur'an dan Al-Hadith dan yang dikuatkuasakan dalam undang-undang jinayah syar`iyyah, penjenayah-penjenayah yang didakwa di bawah kes jinayah syar`iyyah apabila sabit kesalahannya di dalam mahkamah wajib dikenakan hukuman hudud, qisas, diyat atau ta`zir.
Hukuman-hukuman ini adalah tertakluk kepada kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh penjenayah-penjenayah tersebut.
1. Hukuman Hudud
Hukuman hudud adalah hukuman yang telah ditentukan dan ditetapkan Allah di dalam Al-Qur'an dan Al-Hadith. Hukuman hudud ini adalah hak Allah yang bukan sahaja tidak boleh ditukar ganti hukumannya atau diubahsuai atau dipinda malah tidak boleh dimaafkan oleh sesiapapun di dunia ini. Mereka yang melanggar ketetapan hukum Allah yang telah ditentukan oleh Allah dan RasulNya adalah termasuk dalam golongan orang yang zalim. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
"Dan sesiapa yang melanggar aturan-aturan hukum Allah maka mereka itulah orang-orang yang zalim." (Surah Al-Baqarah, 2:229).
Kesalahan-kesalahan yang wajib dikenakan hukuman hudud ialah:
a) Berzina, iaitu melakukan persetubuhan tanpa nikah yang sah mengikut hukum syara`.
b) Menuduh orang berzina (qazaf), iaitu membuat tuduhan zina ke atas orang yang baik lagi suci atau menafikan keturunannya dan tuduhannya tidak dapat dibuktikan dengan empat orang saksi.
c) Minum arak atau minuman yang memabukkan sama ada sedikit atau banyak, mabuk ataupun tidak.
d) Mencuri, iaitu memindahkan secara sembunyi harta alih dari jagaan atau milik tuannya tanpa persetujuan tuannya dengan niat untuk menghilangkan harta itu dari jagaan atau milik tuannya.
e) Murtad, iaitu orang yang keluar dari agama Islam, sama ada dengan perbuatan atau dengan perkataan, atau dengan i`tiqad kepercayaan.
f) Merompak (hirabah), iiatu keluar seorang atau sekumpulan yang bertujuan untuk mengambil harta atau membunuh atau menakutkan dengan cara kekerasan.
g) Penderhaka (bughat), iaitu segolongan umat Islam yang melawan atau menderhaka kepada pemerintah yang menjalankan syari`at Islam dan hukum-hukum Islam.
2. Hukuman Qisas
Hukuman qisas adalah sama seperti hukuman hudud juga, iaitu hukuman yang telah ditentukan oleh Allah di dalam Al-Qur'an dan Al-Hadith. Hukuman qisas ialah kesalahan yang dikenakan hukuman balas.
Membunuh dibalas dengan bunuh (nyawa dibalas dengan nyawa), melukakan dibalas dengan melukakan, mencederakan dibalas dengan mencederakan.
Kesalahan-kesalahan yang wajib dikenakan hukuman qisas ialah:
a) Membunuh orang lain dengan sengaja.
b) Menghilangkan atau mencederakan salah satu anggota badan orang lain dengan sengaja.
c) Melukakan orang lain dengan sengaja. Hukuman membunuh orang lain dengan sengaja wajib dikenakan hukuman qisas ke atas si pembunuh dengan dibalas bunuh. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
"Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan kamu menjalankan hukuman qisas (balasan yang seimbang) dalam perkara orang-orang yang mati dibunuh." (Surah Al-Baqarah, 2:178)
Hukuman menghilangkan atau mencederakan salah satu anggota badan orang lain atau melukakannya wajib dibalas dengan hukuman qisas mengikut kadar kecederaan atau luka seseorang itu juga mengikut jenis anggota yang dicederakan dan dilukakan tadi.
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
"Dan Kami telah tetapkan atas mereka di dalam kitab Taurat itu, bahawasanya jiwa dibalas dengan jiwa, dan mata dibalas dengan mata, dan hidung dibalas dengan hidung, dan telinga dibalas dengan telinga, dan gigi dibalas dengan gigi, dan luka-luka juga hendaklah dibalas (seimbang). Tetapi sesiapa yang melepaskan hak membalasnya, maka menjadilah ia penebus dosa baginya. Dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim." (Surah Al-Ma'idah: 45)
3. Hukuman Diyat
Hukuman diyat ialah harta yang wajib dibayar dan diberikan oleh penjenayah kepada wali atau waris mangsanya sebagai gantirugi disebabkan jenayah yang dilakukan oleh penjenayah ke atas mangsanya. Hukuman diyat adalah hukuman kesalahan-kesalahan yang sehubungan dengan kesalahan qisas dan ia sebagai gantirugi di atas kesalahan-kesalahan yang melibatkan kecederaan anggota badan atau melukakannya.
Kesalahan-kesalahan yang wajib dikenakan hukuman diyat ialah:
a) Pembunuhan yang serupa sengaja.
b) Pembunuhan yang tersalah (tidak sengaja).
c) Pembunuhan yang sengaja yang dimaafkan oleh wali atau waris orang yang dibunuh. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
"Maka sesiapa (pembunuh) yang dapat sebahagian keampunan dari saudaranya (pihak yang terbunuh) maka hendaklah (orang yang mengampunkan itu) mengikut cara yang baik (dalam menuntut ganti nyawa), dan si pembunuh pula hendaklah menunaikan (bayaran ganti nyawa itu) dengan sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah suatu keringanan dari Tuhan kamu serta satu rahmat kemudahan. Sesudah itu sesiapa yang melampaui batas (untuk membalas dendam pula) maka baginya azab siksa yang tidak terperi sakitnya." (Surah Al-Baqarah, 2:178)
4. Hukuman Ta`zir
Hukuman ta`zir ialah kesalahan-kesalahan yang hukumannya merupakan dera, iaitu penjenayah-penjenayah tidak dijatuhkan hukuman hudud atau qisas. Hukuman ta`zir adalah hukuman yang tidak ditentukan kadar atau bentuk hukuman itu di dalam Al-Qur'an dan Al-Hadith.
Hukuman ta`zir adalah dera ke atas penjenayah-penjenayah yang telah sabit kesalahannya dalam mahkamah dan hukumannya tidak dikenakan hukuman hudud atau qisas kerana kesalahan yang dilakukan itu tidak termasuk di bawah kes yang membolehkannya dijatuhkan hukuman hudud atau qisas.
Jenis, kadar dan bentuk hukuman ta`zir itu adalah terserah kepada kearifan hakim untuk menentukan dan memilih hukuman yang patut dikenakan ke atas penjenayah-penjenayah itu kerana hukuman ta`zir itu adalah bertujuan untuk menghalang penjenayah-penjenayah mengulangi kembali kejahatan yang mereka lakukan tadi dan bukan untuk menyiksa mereka.

Monday, June 10, 2013

Mari kenali siapakah Adnan Menderes


Ali Adnan Ertekin Menderes (lahir di Aydin tahun 1899 – meninggal di Imrali, 17 September 1961 pada umur 62 tahun) merupakan seorang negarawan Turki dan pimpinan pertama yang dipilih secara demokratis dalam sejarah Turki. Ia menjawat jawatan Perdana Menteri Turki antara tahun 1950–1960. Salah seorang pengasas Parti Demokrat pada tahun 1946, parti oposisi rasmi ke-4 di Turki.

Masyhur di kalangan masyarakat Turki tersebar kisah Adnan Menderes menaiki sebuah pesawat terbang. Semasa di angkasa, salah satu mesin pesawat mati. Pilot pesawat mengumumkan keadaan emergency. Menderes bersumpah, jika Tuhan selamatkan dirinya, dia berjanji untuk mengembalikan kejayaan Islam di Turki. Akhirnya pesawat pun terbakar. Satu-satunya penumpang yang selamat, hanya dirinya. Allahu a’lam.

Dia dikenali sebagai orang yang pertama kali mengembalikan azan ke dalam bahasa Arab, dimana sejak lama diubah oleh Kamal Attaturk ke dalam bahasa Turki.

Tahun 1950 bergabung dengan Parti Demokrat Turki dan menjadi calon untuk pilihanraya.Amerika pada masa itu mensasarkan bahawa Menderes akan kalah dengan manifesto-manifesto yang dibawanya. Antara kempen Menderes ialah:

-Azan dikembalikan ke dalam bahasa Arab.
-Ibadah haji diizinkan.
-Pembukaan kembali sekolah-sekolah agama (Islam) dan pengajaran agama di sekolah-sekolah umum.
-Membatalkan dasar yang melarang hijab bagi Muslimah.

Dan hasilnya sangat mencengangkan! Parti Attaruk menurun 32 keursi. Manakala Parti Demokrat meraih 318 keursi. Adnan Menderes dipilih menjadi PM Turki, dengan presiden Celâl Bayar

Semenjak dilantik menjadi PM, Menderes memenuhi janji-janji di dalam manifesto. Pelantikannya bertepatan dengan awal Ramadhan dan dalam masa yang sama, Menderes mengisytiharkankan azan dengan bahasa Arab, kebebasan berpakaian untuk muslimah, pengajaran di masjid-masjid, dan dibolehkan memakmurkan masjid.

Pada pilihanraya 1954, parti Attatruk sekali lagi menurun secara drastik hingga tinggal 24 keursi. Pada masa yang sama, Menderes mengizinkan peraturan yang membolehkan pengajaran Bahasa Arab, pengajaran Al-Qur’an di seluruh sekolah menengah, membangunkan 10,000 masjid dan 22 maahad Islam di Anatolia, dalam rangka akselerasi program para khatib, da’i, dan guru-guru Al-Qur’an. Menderes juga megizinkan penerbitan buku-buku Islam, majalah-majalah, atau lebaran yang menyerukan agar kembali berpegang teguh dengan ajaran Islam. Lebih dari itu, Menderes mengaktifkan kembali masjid-masjid yang dijadikan gudang-gudang untuk kembali menjadi tempat ibadah dan membuka 25 madrasah tahfiz Al-Qur’an.

Menderes mulai aktif menjalin hubungan dengan Dunia Arab melawan Israel. Antaranya, melaksanakan aturan ketat untuk setiap kargo yang masuk dari Israel, baik kargo ubat-ubatan atau barang yang 'Made in Israel'. Malah Menderes pernah mengusir Duta Israel di Turki tahun 1956.

Arus Islamisasi yang begitu deras, membuat golongan anti Islam di Turki kepanasan. Didalangi oleh para jeneral dari zaman Kamal Attatruk banyak menikmati kucuran dollar dari Israel, Jeneral Kamal Joe Russel menangkap dan menghukum gantung Menderes.

Sebab-sebab Menderes dihukum gantung telah ditulis oleh seorang wartawan bernama Sami Kohen, "Penyebab hukuman mati Menderes adalah, kebijakan politiknya yang teramat dekat dengan dunia Islam, sebaliknya dingin dan kaku dengan Israel. Selain itu, kunjungan terakhirnya ke beberapa negara Teluk, yang kemudian dilanjutkan beribadah haji, menjadi sebab kemarahann militer tentera Turki."

Dengan izin Allah, Menderes syahid di tali gantung

Seorang Adnan Menderes, hanya dalam 10 tahun perjuangannya, sekolah-sekolah Islam yang dibukanya, lembaga-lembaga tahfiz yang telah digerakkan, masjid-masjid yang dibangunkan, azan yang idikembalikan dalam bahasa Arab, ternyata membuahkan hasil semenjak tahun 1996 dengan kemunculan Necmettin Erbakan, dan sehingga penghujung tahun 2006, benih-benih dakwah Menderes muncul seperti: Abdullah Gull, Recep Tayip Erdogan, dan generasi terbaik Turki saat ini.

Tak ramai yang mengenal dan pernah dengar tentang Adnan Menderes di dalam dunia Islam. Mungkin sebab Menderes tak pandai mengarang buku-buku, hingga tak ada yang menggelarnya 'Allamah Mujtahid Mutlaq Syaikh.' Tetapi pengorbanannya menjadi teladan bagi generasi muda Turki, sejajar dengan Imam Syahid Hasan Al-Banna, Sayyid Qutb, Raja Faisal dan lain-lain lagi

-Wallahua'lam-

Saturday, June 8, 2013

4 Tahap Mendidik Anak Cara Rasulullah S.A.W

Mendidik anak memerlukan ilmu pengetahuan yang cukup dan seorang ‘role-model’ untuk diteladani. Bagi umat Islam, contoh teladan yang terbaik adalah rasul junjungan yang mulia, Nabi Muhammad S.A.W. Baginda umpama ensiklopedia sebagai penyuluh buat segenap manusia.

Semua anak yang dilahirkan adalah pembawa rahmat dan rezeki buat semua  keluarga. Mereka dilahirkan penuh dengan kelebihan dan keistimewaan. Tiada istilah mereka dilahirkan membawa ‘nasib malang’ atau tidak elok buat kita.
Dilema ibubapa hari ini apabila setiap usaha yang mereka lakukan untuk mendidik anak-anak umpama mencurah air didaun keladi. Tiada apa perubahan positif yang terjadi pada tingkahlaku mereka. Jika tugas sebagai seorang guru di sekolah boleh mendidik beratus-ratus anak murid, tetapi ianya bukan jaminan kita mampu mendidik pada anak sendiri. Tertanya-tanya dimanakah silapnya.
Baik guru, pensyarah mahupun pakar motivasi semuanya adalah manusia biasa. Tiada satu formula yang ideal dalam usaha membentuk anak-anak untuk menjadi orang yang cemerlang. Apa yang terbaik adalah berbalik kepada fitrah dan sunnah yang telah sekian lama diamalkan oleh Rasulullah S.A.W.
4 tahap bagaimana mendidik anak mengikut sunnah Rasulullah s.a.w adalah :
1)   Umur anak-anak 0-6 tahun. Pada masa ini, Rasulullah s.a.w menyuruh kita untuk memanjakan, mengasihi dan menyayangi anak dengan kasih sayang yg tidak berbatas. Berikan mereka kasih sayang tanpa mengira anak sulung mahupun bongsu dengan bersikap adil terhadap setiap anak-anak. Tidak boleh dirotan sekiranya mereka melakukan kesalahan walaupun atas dasar untuk mendidik.
Kesannya, anak-anak akan lebih dekat dengan kita dan merasakan kita sebahagian masa membesar mereka yang boleh dianggap sebagai rakan dan rujukan yang terbaik. Anak-anak merasa aman dalam meniti usia kecil mereka kerana mereka tahu yang anda (ibubapa) selalu ada disisi mereka setiap masa.

2)   Umur anak-anak 7-14 tahun.  Pada tahap ini kita mula menanamkan nilai DISIPLIN dan TANGUNGJAWAB kepada anak-anak. Menurut hadith Abu Daud, “Perintahlah anak-anak kamu supaya mendirikan sembahyang ketika berusia tujuh tahun dan pukullah mereka kerana meninggalkan sembahyang ketika berumur sepuluh tahun dan asingkanlah tempat tidur di antara mereka (lelaki dan perempuan). Pukul itu pula bukanlah untuk menyeksa, cuma sekadar untuk menggerunkan mereka. Janganlah dipukul bahagian muka kerana muka adalah tempat penghormatan seseorang. Allah SWT mencipta sendiri muka Nabi Adam.
Kesannya, anak-anak akan lebih bertanggungjawab pada setiap suruhan terutama dalam mendirikan solat. Inilah masa terbaik bagi kita dalam memprogramkan sahsiah dan akhlak anak-anak mengikut acuan Islam. Terpulang pada ibubapa samada ingin menjadikan mereka seorang muslim, yahudi, nasrani ataupun majusi.
3)   Umur anak-anak 15- 21 tahun. Inilah fasa remaja yang penuh sikap memberontak. Pada tahap ini, ibubapa seeloknya mendekati anak-anak dengan BERKAWAN dengan mereka. Banyakkan berborak dan berbincang dengan mereka tentang perkara yang mereka hadapi. Bagi anak remaja perempuan, berkongsilah dengan mereka tentang kisah kedatangan ‘haid’ mereka dan perasaan mereka ketika itu. Jadilah pendengar yang setia kepada mereka. Sekiranya tidak bersetuju dengan sebarang tindakan mereka, elakkan mengherdik atau memarahi mereka terutama dihadapan adik-beradik yang lain tetapi banyakkan pendekatan secara diplomasi walaupun kita adalah orang tua mereka.Kesannya, tiada orang ketiga atau ‘asing’ akan hadir dalam hidup mereka sebagai tempat rujukan dan pendengar masalah mereka. Mereka tidak akan terpengaruh untuk keluar rumah untuk mencari keseronokkan memandangkan semua kebahagian dan keseronokkan telah ada di rumah bersama keluarga.
4)   Umur anak 21 tahun dan ke atas. Fasa ini adalah masa ibubapa untuk memberikan sepenuh KEPERCAYAAN kepada anak-anak dengan memberi KEBEBASAN dalam membuat keputusan mereka sendiri. Ibubapa hanya perlu pantau, nasihatkan dengan diiringi doa agar setiap hala tuju yang diambil mereka adalah betul. Bermula pengembaraan kehidupan mereka yang sebenar di luar rumah. Insha’Allah dengan segala displin yang diasah sejak tahap ke-2 sebelum ini cukup menjadi benteng diri buat merekaIbubapa jangan penat untuk menasihati mereka, kerana mengikut kajian nasihat yang diucap sebanyak 200 kali terhadap anak-anak mampu membentuk tingkahlaku yang baik seperti yang ibubapa inginkan.
Curahkan Kasih Sayang dengan Bermain Bersama-sama Mereka
Tiada manusia dilahirkan tanpa titik permulaan. Sesungguhnya fasa yang terpenting dalam tumbesaran setiap anak-anak adalah pada fasa yang pertama mengikut didikan Rasulullah S.A.W seperti di atas. Tahap ini dianggap paling penting kerana ketika inilah asas @ foundation dalam kerohanian anak-anak yang sihat terbentuk.
Mengikut ujian tingkah laku, anak-anak yang diberi perhatian dan kasih sayang yang cukup akan membesar dengan penuh yakin dan lebih mudah mendengar kata. Sebaliknya bagi anak-anak yang kurang diberi perhatian, mereka mudah memberontak dengan melakukan perkara yang ditegah walaupun berulang kali ditegur. Mereka percaya itulah cara terbaik bagaimana untuk menarik perhatian anda semula.
Masa Kecil Mereka Takkan Berulang Buat Kali Kedua…
Dipetik kata-kata Prof Dr Muhaya dalam siaran langsung di radio IKIM.fm dalam segmen ‘Reset Minda Orang Yang Tenang’ baru-baru ini,
“Carilah aktiviti atau program yang memberi manfaat masa berkualiti bersama anak-anak. Program yang menekan seperti ikatan kekeluargaan ataupun ‘family bonding time’ adalah program terbaik dalam ‘membayar’ semula masa dan tenaga yang kita gunakan untuk mencari rezeki kepada anak-anak”.

Justeru itu, atas dasar keprihatinan dan kasih sayang terhadap anak-anak, pihak kami Excel Qhalif berbesar hati untuk menjemput para ibubapa ke Kelas PERCUMA Excel QhalifPlaygroup yang berkonsepkan islamik bagi mengeratkan lagi hubungan anda sekeluarga. Anak-anak akan berpeluang bermain dan belajar bersama-sama rakan yang lain dengan kehadiran ibubapa mereka sendiri. Rebutlah peluang ini sementara mereka masih kecil, kerana masa kecil mereka takkan berulang buat kali kedua…
Sila semak tarikh dan lokasi program pada link banner di bawah ini sementara kekosongan tempat. Terhad kepada 10 kanak-kanak sahaja. Jumpa nanti ! 

Iklan Berbayar - SMS 013 929 9944 ( RM50.00 Sebulan )

-
-