Ads 468x60px

-

Wednesday, June 5, 2013

RINGKASAN KEJATUHAN OTHMANIYYAH

Oleh : Suhaimi Md Saad

Kebanyakan kita menganggap kejatuhan Khilafah Othmaniyyah berpunca dari Sultan Abdul Hamid II bin Abd Majid (memerintah 1876-1909). Sangkaan itu salah. Sultan Abd Hamid II telah berusaha sedaya upayanya untuk mempertahankan Turki namun beliau mewarisi kerajaan yang kurop. Ekonomi Turki runtuh dan diisytiharkan muflis. Sedaya upaya beliau menlangsaikan hutang hutang tersebut dan menampakkan sedikit kejayaan.

Kejatuhan Empayar Othmaniah sebenarnya bermula dari pemerintahan Sultan Mahmud II (memerintah 1808 -1839) lagi. Puncanya ialah Keghairahan untuk Pemodenan mengikut arus Barat dan meninggalkan amalan Islam. Pandangan ulama yg menentang kerajaan mula dipinggirkan dan mengangkat mereka yg menyokong.

Selama ini umat Islam menguasai bidang perniagaan dan perdagangan sementara masyarakat Yahudi dan Kristian membayar jizyah bagi keselamatan mereka dan membenarkan mereka tidak ikut serta dalam kewajipan ketenteraan. Malangnya selepas tugasan penyusunan semula masyarakat diserahkan kepada Bankers Yahudi atas nama untuk memodenkan Khilafah Othmaniah pekara yang sebaliknya berlaku orang Yahudi menjadi kaya raya sedangkan rakyat pulak menjadi miskin.

Sepanjang kurun ke 19 berlaku proses perindustrian Eropah, ianya bukan satu proses semulajadi bahkan satu perancangan Yahudi untuk mengaut keuntungan. Apa yang terjadi ? Kemajuan tanpa kawalan menyebabkan sistem asing masuk antaranya bon- bon, sekuriti, wang kertas dan lain-lain instrument kewangan yang mula menghakis nilai nilai Islam. Pemansuhan matawang Dinar dan Dirham digantikan dengan wang kertas yang nilainya ditentukan oleh manusia menambah kepincangan kerajaan Turki pada waktu itu. Cara perniagaan atau muamalat Islam mula diketepikan, keputusan para Ulamak yg menentang dalam hal – hal perniagaan bentuk baru ini tidak diperlukan lagi.

Keadaan bertambah parah apabila projek pembinaan keretapi yang memerlukan modal yang besar, cara pembayaran Islam tidak dipakai. Alasannya pelaburan wang yang melampau supaya Turki muncul sebagai pusat pemerintahan sebagaimana Mesir menjadi sebagai pusat intelektual Islam.

Sultan Mahmud II membentuk tentera diraja bermodelkan tentera British. Tentera jihad diganti dengan tentera makan gaji. Sistem demokrasi diperkenalkan, jawatan wazir besar diganti dengan Perdana Menteri. Cukai dinaikkan.

Pembaharuan dan modenisasi tanpa sempadan terus diperkenalkan pada tahun 1839 oleh Sultan Abdul Mecit (Majid). Sistem kerajaan tempatan digantikan dengan model Perancis. Akhirnya pada tahun 1875 Kerajaan Othmaniah diistiharkan muflis kerana tidak mampu membayar hutang.

SULTAN ABD HAMID CUBA BANGKIT

Apabila Sultan Abdul Hamid menjadi Khalifah pada tahun 1876. Beliau mahu kembali kepada pemerintahan asal Othmaniah sebelum modenisasi. Beliau menolak sistem hiraki barat dan mahukan sistem topkapi dan imaret diperintah oleh keluarga diraja Othmaniah semula. Beliau tidak percaya kepada pegawai-pegawai dan penasihat yang berkhidmat sebelumnya. Secara beransur-ansur beliau mengurangkan peranan mereka dalam kerajaan. Beliau berjaya mengurangkan hutang kerajaan.

Namun segalanya sudah terlambat. Kerosakan yang ditinggalkan oleh sultan sultan terdahulu sudah terlalu parah dan sukar dibaikpulih. Turki telah digelar “orang sakit Eropah”.

Perkara yang menarik terhadap Sultan Abd Hamid II ialah negara-negara Eropah tetap takut kepada Turki walaupun dianggap “orang sakit Eropah”.

Di Perancis, misalnya, pernah ada rancangan pementasan teater yang diadaptasi
dari karya Voltaire. Pementasan itu bertajuk "Muhammad atau Kefanatikan" yang
mencaci Rasulullah. Di samping itu juga menghina anak angkat Baginda nabi
Zaid bin Haritsah serta istrinya Zainab yang setelah bercerai dinikahi oleh
Rasulullah.

Setelah mengetahui berita tentang rancangan pementasan tersebut, Sultan Abdul
Hamid II memperingatkan pemerintah Perancis melalui duta besarnya di Paris
agar menghentikan pementasan teater itu dan mengingatkan akan kesan politik
yang bakal dihadapi Perancis jika pementasan tersebut diteruskan. Perancis pun serta-merta membatalkannya.

Kumpulan teater itu pun pergi ke Inggeris untuk pementasan serupa dan sekali lagi Sultan memberi amaran. Namun Inggeris menolak amaran tersebut dengan alasan tiket-tiket telah dijual dan pembatalan teater bertentangan dengan prinsip kebebasan rakyatnya. Inggeris pun menyatakan, meskipun Perancis mempraktikkan "kebebasan", tetapi mereka penakut. Inggeris dengan bangga mengisytiharkan kebebasan yang dinikmati oleh rakyatnya jauh lebih baik dari apa yang dinikmati oleh Perancis.

Setelah mendengar jawaban itu, Sultan Abdul Hamid II sekali lagi memberi amaran, "Saya akan mengeluarkan perintah kepada umat Islam dengan menyatakan Inggeris sedang menyerang dan menghina Rasulullah kami! Saya tidak akan teragak-agak mengisytiharkan jihad fisabilillah." Gertakkan ini,menyebabkan Inggeris dengan segera membatalkan pementasan teater itu.

Satu lagi kehebatan Sultan Abdul Hamid II, pada tahun 1896, perwakilan Zionis telah menemui beliau. Sebagai tawaran untuk mendapatkan Palestin mereka memberi tawaran untuk memperbaiki keadaan krisis kewangan yang dihadapi oleh kerajaan Othmaniah.

Bagaimana seorang yang tidak mempunyai tanahairnya sendiri boleh membuat tawaran kepada pewaris salah satu empayar terbesar di dunia. Jawapannya ialah satu bentuk kuasa baru telah muncul, kuasa bank telah mengatasi kuasa kerajaan dan kuasa politik. Semua ini berpunca dari kesan modenisasi tanpa kawalan yg diizinkan oleh beberapa sultan sebelumnya.

Sultan Abdul Hamid telah mengungkapkan kata-kata bersejarah yang ditujukan kepada Herzl melalui utusan yang dihantar untuk perundingan tersebut :

“Walaupun kamu membayar kepada saya emas sepenuh dunia ini, saya tidak akan memberikan apa yang kamu pinta. Saya minta Hezrl keluar dan membatalkan niatnya (untuk mendapatkan tanah Palestin). Saya tidak akan menjualkan walaupun satu kaki persegi daripada tanah ini kerana ianya bukan milik saya, tetapi milik umat Islam. Umat Islam dan nenek moyang saya telah membina Empayar ini dengan pengorbanan dan darah, dan kami akan mempertahankannya dengan darah kami sebelum menyerahkannya kepada sesiapapun. Biarlah yahudi itu menyimpan sahaja wang mereka yang berbilion-bilion itu. Jika sekiranya Empayar ini berpecah, maka mereka boleh mengambil Palestin secara percuma. Namun mestilah terlebih dahulu melangkah mayat kami dahulu"

Setelah diusir, Herzl bersama rekannya banker Yahudi Mizray Qrasow mengirim telegram kepada Sultan, "Anda akan membayar pertemuan itu dengan nyawa dan kerajaan Anda." Pendirian tegas Sultan Abdul Hamid untuk tidak mengizinkan Yahudi bermastautin di Palestin, terbukti telah dibayar dengan harga yang terlalu mahal.

1908 Meriam diletupkan sebagai petanda Sultan Mehmed V Resad (memerintah 1909-1918), ditabal sebagai Khalifah. Rasmilah malam itu Sultan Abd Hamid II digulingkan. Atas nama Khalifah boneka ini masih disokong oleh ulama-ulama Turki. Unsur penyelewengan mula hidup kembali selepas hampir berjaya dimatikan oleh Sultan Abd. Hamid II.

1918 Palestin, wilayah yg dipertahankan oleh Sultan Abd Hamid II sebelum ini, jatuh sepenuhnya ke tangan Inggeris selepas Turki tewas dalam perang dunia pertama

Sultan Mahmed Vaheddedin VI (memerintah 1918-1922) ditabalkan selepas kemangkatan Sultan Mehmad V. Ulama pengampu terus bermaharajalela menyokong sang penguasa. Struktur politik, ekonomi dan sosial semakin runtuh akibat semua ini. Rasuah dan kemiskinan semakin parah. Rakyat yg hidup dlm derita ini mula bosan dan hilang keyakinan pada sistem khalifah.

Khilafah Othmaniyyah tamat sekitar tahun 1924 apabila muncul Mustafa Kamal Artatuk (memerintah 1924-1938) merampas kuasa dari dalam. Artatuk merupakan komander tentera Turki semasa perang dunia pertama (1914-1918).

Nota
Terbuka untuk sebarang penambahan dan pembetulan. Yang baik jadi teladan, yang buruk jadi sempadan....


http://pasmarang.blogspot.com

No comments:

Post a Comment

Iklan Berbayar - SMS 013 929 9944 ( RM50.00 Sebulan )

-
-