Ads 468x60px

-

Wednesday, June 19, 2013

Adun PAS fokus ucapan mengikut portfolio

Buletin Online,19 Jun 2013
KUALA TERENGGANU: Pesuruhjaya PAS Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut berkata, pengagihan tugas-tugas mengikut beberapa portfolio kepada semua wakil rakyat telah disepakati dan keutamaan akan diberi kepada Adun-Adun baru yang muda untuk berucap pada persidangan dewan kali ini.

“Kita (PAS) telah bahagikan tugas-tugas kepada semua Adun, kita beri keutamaan kepada Adun-adun muda yang baru supaya berucap. Ambil peluang ini untuk bercakap di dewan dan yang ‘veteran’ jika ada peluang dan kesempatan, kita juga akan bercakap.
“Kita telah beritahu kepada semua Adun ambil kesempatan waktu soal jawab lisan, kemukakan soalan tambahan atau mencelah minta penjelasan.

“Masalah kita adalah kerana masa yang terhad, kita (PAS) ramai kali ini. Kadang-kadang isu banyak, bila masa terhad mungkin tidak sempat untuk kupas isu,” ujarnya kepada media, kelmarin.

Beliau yang juga Adun Wakaf Mempelam akan menumpukan soal petroluem dan berkaitan dengan royalti serta Dana Khas.

Sehubungan itu, Timbalan Pesuruhjaya I yang juga Adun Paka, Ustaz Saiful Bahari Mamat akan menyentuh soal pendidikan termasuk pengajian tinggi, Timbalan Pesuruhjaya II yang juga Pengerusi Lujnah Hal Ehwal Dewan Undangan Negeri PAS Terengganu, Dr Alias Razak akan berucap dalam konteks isu-isu yang berkaitan kesihatan dan teknologi.

Ketua Pemuda PAS negeri yang juga Adun Bukit Payong, Ustaz Mohd Nor Hamzah memberi fokus kepada isu agama dan penerangan sementara Penolong Setiausaha PAS Terengganu yang juga Adun Chukai, Hanafiah Mat akan memberikan fokus ucapannya kepada soal industri.

Adun Ladang, Tengku Hassan Tengku Omar (ekonomi dan pentadbiran), Adun Tepoh, Ustaz Hishamudin Abdul Karim (belia dan pelancongan), Adun Manir, Ustaz Hilmi Harun (pertanian dan pembangunan luar bandar), Adun Batu Burok, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi (pembalakan), Adun Alor Limbat, Ustaz Ariffin Deraman (teknologi maklumat), Adun Sura, Wan Hapandi Wan Nik (kemudahan awam), Adun Teluk Pasu, Ustaz Ridzuan Hashim (usahawan dan pengguna) dan Adun Rantau Abang, Alias Harun (kebajikan dan wanita).

No comments:

Post a Comment

Iklan Berbayar - SMS 013 929 9944 ( RM50.00 Sebulan )

-
-