Salam israk mikraj. Ringkasan , tapi dinukil agak panjang oleh Anem setelah merujuk beberapa sumber. Jika ada yang tertinggal, boleh dinyatakan di ruang komen dibawah.Terima kasih. :)
Israk mikraj yang disambut 27 rejab setiap tahun hijrah ini adalah hari di bermulanya pensyariatan solat lima waktu.Peristiwa dimana nabi Muhammad s.a.w dengan izin ALLAH, diangkat ke langit bertemu-Nya dalam masa yang singkat . Hanya yang bernar-benar beriman kepada ALLAH dan Rasullullah saw yang benar-benar percaya peristiwa ini pada waktu itu .
Perjalanan Rasullullah s.a.w ini telah dinyatakan dalam Al-Quran , ayat 1 Surah Al-Isra' yang bermaksud :
[ nasyid isra' mikraj ]
Ringkasan disebalik peristiwa israk mikraj ini :
*Sebelum peristiwa israk mikraj, Rasullullah s.a.w menjalani pembedahan dada yang dilakukan Malaikat Jibrail dan Mikail .Hati Rasullullah s.a.w dicuci dengan air zamzam , dibuang ketul hitam (a'laqah) , iaitu tempat syaitan membisikkan was was.
*Peristiwa israk mikraj ini berlaku setahun sebelum Rasullullah s.aw berhijrah ke Madinah bersamaan dengan tahun 721 masihi . Tahun ini juga Rasullullah kehilangan dua insan yang paling disayangi, isterinya Siti Khadijah dan bapa saudaranya abu talib (digelar tahun A'am al huzni - tahun berdukacita)
*Waktu ini, Baginda dan sahabat berada dalam tentangan kuat dengan Musyrikin Mekah seperti Abu Jahal dan Abu Lahab .
*Rasullullah s.a.w Israk dengan menunggang Buraq [sejenis bintang - putih rupanya, panjang (tinggi) lebih besar dari keldai , tetapi lebih kecil dari baghal, ia merendahkan dirinya hingga perutnya cecah ke bumi (alhadis) ]. Ketika dalam perjalanan dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa itu, baginda diiringi Malaikat Jibril dan Israfil.
*ISRAK - bergerak dari masjidil haram ke masjidil Aqsa. MIKRAJ - Naik ke langit , sampai ke Sidratul Muntaha , bahkan ke Mustawa dan sampai dibawah Arasy ALLAH dengan melalui tujuh lapis langit.
*Apabila tiba ditempat tertentu (mulia dan bersejarah) , malaikat Jibril mengarahkan Rasullullah solat dua rakaat . Antara tempat berkenaan adalah : Thaibah (Madinah) , tempat Rasullullah melakukan hijrah , Bukit tursina- dan Baitul Laham - iaitu tempat nabi Isa dilahirkan . *Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasullullah s.aw turun daripada Buraq , masuk ke dalam masjid mengimamkan seluruh nabi dan rasul untuk mengerjakan solat dua rakaat.
*Bertembung dengan Jin Afrit.
*MIKRAJ pula -Baginda naik ke langit , sampai ke Sidratul Muntaha , bahkan ke Mustawa dan sampai dibawah Arasy ALLAH dengan melalui tujuh lapis langit. Bertemu nabi berlainan setiap aras. (Cerita di setiap langit , rujuk sini : klik ) Juga dapat memasuki syurga-syurga. Terdapat 8 jenis Syurga ( Jannatul Firdaus, Jannatul Adnan, Jannatul Khuld, Jannatun Naim, Jannatul Makwa, Jannatul Makwa, Jannatus Salam, Jannatul Jalal, Janatul Maqamu Wal Qarar.)
*Dalam pengembaraan Rasullullah s.a.w itu , beliau menyaksikan banyak perkara dahsyat , seksaan balasan, serta ganjaran terhadap perbuatan yang manusia lakukan di muka bumi . - Selain seksaan meninggalkan ibadat solat, Rasulullah diperlihatkan seksaan akibat tidak menunaikan zakat, memberi sedekah, memakan riba, meninggalkan jihad pada jalan Allah, tidak menjaga lidah dan memelihara anggota tubuh badan.
*Nabi Muhammad s.a.w mendapat perintah solat secara langsung dari ALLAH tanpa perantaraan Malaikat Jibril . Baginda akhirnya mendapat keringanan solat fardu dari 50 kali sehari menjadi 5 kali sehari semalam, namun penilaian ALLAH tetap memberi 50 ganjaran pahala.
Rasulullah pun melalui 70,000 hijab daripada nur hingga sampai ke Mustawa, tempat Kalam menulis, yakni Kalam catatan di Luh Mahfuz. Di situ Rasulullah melihat seorang lelaki yang ghaib dalam Nur Arasy.
Bertanya Rasulullah: “Siapa ini? Adakah malaikat?”
“Tidak,” jawab lelaki itu.
“Adakah nabi?” soal Rasulullah lagi.
“Tidak. Sesungguhnya aku seorang lelaki yang hidup di dunia, basah dengan menyebut nama Allah yakni berzikir dan hatiku sentiasa terpaut kepada masjid dan aku juga tidak memaki kedua-dua ibu bapaku.”
Pengajaran dari peristiwa Israk Mikraj ini :
- Menerangkan tetang tanggungjawab kita dalam melakukan solat yang telah disyariatkan. - Betapa perlu menjaga kesucian masjid al-aqsa .
-Supaya dapat menerbitkan keyakinan dan kekuasaan manusia pada kekuasaan Allah.
- Menunjukkan nabi Muhammad adalah nabi terakhir dan penghulu segala nabi (Rujuk dia mengimami solat dalam peristiwa ini )
- Dan balasan dan seksaan Allah pada hambanya juga betul seperti yang dilihat Rasullullah s.a.w sepanjang perjalanan israk dan mikraj ini.
- Menunjukkan betapa kasih sayang dan kemuliaan ALLAH terhadap hambanya melalui perkenannya permintaan Rasullullah yang sangat menyayangi umatnya (permintaan mengurangkan jumlah solat wajib sehari )
-Rentetan kejadian demi kejadian ini menyingkap kewajipan agama sudah datang sekalipun masih belum difardukan dan mempamerkan corak kehidupan Islam merangkumi seluruh aspek kehidupan umat. Peristiwa Israk dan Mikraj sebenarnya mengukuhkan lagi kepercayaan Muslim kepada perkara ghaib yang merakamkan waktu silam, kini dan akan datang sekali gus menunjukkan kekuasaan, kebesaran dan keagungan Allah.
--
Sumber : Al-Quran dan Hadis
Surat khabar : Harian Metro
Lawan web : JAIS , iluvislam
Israk mikraj yang disambut 27 rejab setiap tahun hijrah ini adalah hari di bermulanya pensyariatan solat lima waktu.Peristiwa dimana nabi Muhammad s.a.w dengan izin ALLAH, diangkat ke langit bertemu-Nya dalam masa yang singkat . Hanya yang bernar-benar beriman kepada ALLAH dan Rasullullah saw yang benar-benar percaya peristiwa ini pada waktu itu .
Rujuk link untuk mengetahui tentang syurga dan neraka dalam peristiwa israk & mikraj :
Perjalanan Rasullullah s.a.w ini telah dinyatakan dalam Al-Quran , ayat 1 Surah Al-Isra' yang bermaksud :
"Maha suci Allah yang memperjalankan hambaNya pada suatu malam dari masjidil Haram ke masjid al-Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat"
[ nasyid isra' mikraj ]
*Sebelum peristiwa israk mikraj, Rasullullah s.a.w menjalani pembedahan dada yang dilakukan Malaikat Jibrail dan Mikail .Hati Rasullullah s.a.w dicuci dengan air zamzam , dibuang ketul hitam (a'laqah) , iaitu tempat syaitan membisikkan was was.
*Peristiwa israk mikraj ini berlaku setahun sebelum Rasullullah s.aw berhijrah ke Madinah bersamaan dengan tahun 721 masihi . Tahun ini juga Rasullullah kehilangan dua insan yang paling disayangi, isterinya Siti Khadijah dan bapa saudaranya abu talib (digelar tahun A'am al huzni - tahun berdukacita)
*Waktu ini, Baginda dan sahabat berada dalam tentangan kuat dengan Musyrikin Mekah seperti Abu Jahal dan Abu Lahab .
*Rasullullah s.a.w Israk dengan menunggang Buraq [sejenis bintang - putih rupanya, panjang (tinggi) lebih besar dari keldai , tetapi lebih kecil dari baghal, ia merendahkan dirinya hingga perutnya cecah ke bumi (alhadis) ]. Ketika dalam perjalanan dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa itu, baginda diiringi Malaikat Jibril dan Israfil.
*ISRAK - bergerak dari masjidil haram ke masjidil Aqsa. MIKRAJ - Naik ke langit , sampai ke Sidratul Muntaha , bahkan ke Mustawa dan sampai dibawah Arasy ALLAH dengan melalui tujuh lapis langit.
*Apabila tiba ditempat tertentu (mulia dan bersejarah) , malaikat Jibril mengarahkan Rasullullah solat dua rakaat . Antara tempat berkenaan adalah : Thaibah (Madinah) , tempat Rasullullah melakukan hijrah , Bukit tursina- dan Baitul Laham - iaitu tempat nabi Isa dilahirkan . *Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasullullah s.aw turun daripada Buraq , masuk ke dalam masjid mengimamkan seluruh nabi dan rasul untuk mengerjakan solat dua rakaat.
*Bertembung dengan Jin Afrit.
*MIKRAJ pula -Baginda naik ke langit , sampai ke Sidratul Muntaha , bahkan ke Mustawa dan sampai dibawah Arasy ALLAH dengan melalui tujuh lapis langit. Bertemu nabi berlainan setiap aras. (Cerita di setiap langit , rujuk sini : klik ) Juga dapat memasuki syurga-syurga. Terdapat 8 jenis Syurga ( Jannatul Firdaus, Jannatul Adnan, Jannatul Khuld, Jannatun Naim, Jannatul Makwa, Jannatul Makwa, Jannatus Salam, Jannatul Jalal, Janatul Maqamu Wal Qarar.)
*Dalam pengembaraan Rasullullah s.a.w itu , beliau menyaksikan banyak perkara dahsyat , seksaan balasan, serta ganjaran terhadap perbuatan yang manusia lakukan di muka bumi . - Selain seksaan meninggalkan ibadat solat, Rasulullah diperlihatkan seksaan akibat tidak menunaikan zakat, memberi sedekah, memakan riba, meninggalkan jihad pada jalan Allah, tidak menjaga lidah dan memelihara anggota tubuh badan.
*Nabi Muhammad s.a.w mendapat perintah solat secara langsung dari ALLAH tanpa perantaraan Malaikat Jibril . Baginda akhirnya mendapat keringanan solat fardu dari 50 kali sehari menjadi 5 kali sehari semalam, namun penilaian ALLAH tetap memberi 50 ganjaran pahala.
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : (Selain daripada apa yang aku saksikan ketika dibawa Israk dan Mikraj pada malam itu), maka ALLAH fardukan (atasku) dan umatku 50 waktu solat , lalu aku memohon kepada-Nya (supaya dikurangkan lagi bilangan solat itu yang sudahpun dikurangkan kepada lima sahaja), maka ALLAH berfirman yang bermaksud : 'Solat fardu (sehari semalam) itu tetap lima (dari segi bilangannya) dan ia tetap juga 50 (dari segi pahalanya). Keputusanku tidak dapat diubah atau ditukar ganti '. [Hadis Riwayat Bukhari ]*Selepas itu Rasullullah s.a.w turun ke langit dunia semula, seterunya ke Baitul Maqdis dengan menunggang Buraq dan pulang ke Mekah pada malam yang sama. - Dengan Kuasa ALLAH , mengikut perjalanan biasa , ia sebenarnya mengambil masa berbulan-bulan lamanya .
Rasulullah pun melalui 70,000 hijab daripada nur hingga sampai ke Mustawa, tempat Kalam menulis, yakni Kalam catatan di Luh Mahfuz. Di situ Rasulullah melihat seorang lelaki yang ghaib dalam Nur Arasy.
Bertanya Rasulullah: “Siapa ini? Adakah malaikat?”
“Tidak,” jawab lelaki itu.
“Adakah nabi?” soal Rasulullah lagi.
“Tidak. Sesungguhnya aku seorang lelaki yang hidup di dunia, basah dengan menyebut nama Allah yakni berzikir dan hatiku sentiasa terpaut kepada masjid dan aku juga tidak memaki kedua-dua ibu bapaku.”
Pengajaran dari peristiwa Israk Mikraj ini :
- Menerangkan tetang tanggungjawab kita dalam melakukan solat yang telah disyariatkan. - Betapa perlu menjaga kesucian masjid al-aqsa .
-Supaya dapat menerbitkan keyakinan dan kekuasaan manusia pada kekuasaan Allah.
- Menunjukkan nabi Muhammad adalah nabi terakhir dan penghulu segala nabi (Rujuk dia mengimami solat dalam peristiwa ini )
- Dan balasan dan seksaan Allah pada hambanya juga betul seperti yang dilihat Rasullullah s.a.w sepanjang perjalanan israk dan mikraj ini.
- Menunjukkan betapa kasih sayang dan kemuliaan ALLAH terhadap hambanya melalui perkenannya permintaan Rasullullah yang sangat menyayangi umatnya (permintaan mengurangkan jumlah solat wajib sehari )
-Rentetan kejadian demi kejadian ini menyingkap kewajipan agama sudah datang sekalipun masih belum difardukan dan mempamerkan corak kehidupan Islam merangkumi seluruh aspek kehidupan umat. Peristiwa Israk dan Mikraj sebenarnya mengukuhkan lagi kepercayaan Muslim kepada perkara ghaib yang merakamkan waktu silam, kini dan akan datang sekali gus menunjukkan kekuasaan, kebesaran dan keagungan Allah.
--
Sumber : Al-Quran dan Hadis
Surat khabar : Harian Metro
Lawan web : JAIS , iluvislam
No comments:
Post a Comment