Ads 468x60px

-

Thursday, June 6, 2013

Bina kampus universiti umpama 'curah air atas daun keladi'?

Harakahdaily,06 Jun 2013
ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah yang baru, Datuk Mukhriz Mahathir menyifatkan projek pendidikan yang dilakukan oleh Menteri Besar Kedah sebelum ini sebagai 'mencurah air ke daun keladi' sahaja.

Menurut Bernama, Mukhriz mengkritik pembinaan kampus induk Kolej Universiti Insaniah (Kuin) di Kuala Ketil bernilai RM330 juta yang disifatkannya membazir.

Ini kerana ia langsung tidak menjana pendapatan untuk kerajaan negeri.

"Kerajaan negeri sangat-sangat berhemah untuk uruskan kewangan negeri. Kita tak ada sumber pendapatan yang besar tetapi kita ada cita-cita tinggi untuk bangunkan negeri.

"Kesemua perbelanjaan, setiap ringgit yang dikeluarkan mesti jana hasil. Bukan seperti 'curah air atas daun keladi' sahaja. Ia akan mendatangkan hasil yang tinggi kepada rakyat sekali gus menyumbang ke arah penjanaan pendapatan negeri.

Mukhriz memberi contoh pembinaan kampus induk Kolej Universiti Insaniah (Kuin) di Kuala Ketil(gambar) bernilai RM330 juta yang langsung tidak menjana pendapatan kepada kerajaan negeri di mana mereka terpaksa membayar hutang sebanyak RM46 juta setahun, lapor Bernama.

MB Kedah sebelum ini, Datuk Seri Tan Sri Azizan Razak meninggalkan legasi tersendiri untuk Kedah walaupun sempat mentadbir Kedah untuk satu penggal sahaja.

Beliau sempat membina kampus baru untuk Kolej Universiti Insaniah (Kuin) di Kuala Ketil yang bernilai RM330 juta.

Kampus baru ini menjadi pusat pendidikan penting di Kedah kerana ia bukan sahaja menjadi kampus tumpuan untuk pendidikan agama tetapi juga perubatan.

No comments:

Post a Comment

Iklan Berbayar - SMS 013 929 9944 ( RM50.00 Sebulan )

-
-