Ads 468x60px

-

Monday, June 3, 2013

Kerajaan Malaysia Perlu Mencontohi Pemerintah Indonesia


http://buletinonline.net/images/stories/aberita21/ariffin%20deraman.png- Beri Ruang Kerajaan Negeri Laksanakan Syariat Islam
BANDA ACHEH - Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Alor Limbat  Ustaz Bapak Ariffin Deraman berkata kerajaan Malaysia aperlu mencontohi pemeritah Indonesia yang memberikan ruang sepenuhnya kepada wilayah Aceh melaksanakan syariat Allah SWT.

"sebagaimana yanag kita dapati di Aceh pihak pemerintah Indonesia memberikan ruang sepenuhnya kepada pemerintah wilayah Aceh untuk melaksanakan syariatNya, pihak (pemerintah) nasional telah memberikan ruang sepenuhnya,

"walaupun pemerintah Indonesia tidak melaksanakan syariah dan bukan sebuah kerajaan Islam.......dan inilah yang kita daripada kerajaan Malaysia, membuka ruang sepenuhnya kepada mana-mana kerajaan negeri yang mahu melaksanakan syariat khususnya kepada kerajaan Pakatan Rakyat yang memenangi kerajaan di Malaysia,"ujarnya.

Menurutya, berkata kerajaan pusat wajar memberikan kebenaran kepada kerajaan negeri Terengganu melaksanakan undang-undang Islam kerana negeri Terengganu telah memiliki undang-undang Hudud, Qusas dan Takzir yang tea diluluskan di peringkat Dewan Undangan Negeri.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan perjumpaan dan perbincangan dengan pihak pemerintah Aceh dan beberapa agensinya, termasuk pertemuan dengan pejabat Gubernor, Jabatan Perlaksanaan Syariah dan Majlis Permesyuaratn Ulamak dan Pejabat Datuk Bandar Banda Aceh.

"oleh kerana Terengganu sudah ada enakmen Hudud, Takzir dan Qisas yang telah kita tabalkan semasa menjadi kerajaan daripada (tahun) 1999 hingga 2004 yang lalu, pada (tahun) 2002 kita telah meletakkan undang-undang Islam sebagai kuasa yang tertinggi sekali dalam perlembagaan kita (negeri Terengganu),

"kita harap tidak berlaku (halangan sebagaimana) yang berlaku dahulu, apabila kita disekat untuk melaksanakan syariat sebagaimana yang telah ada dalam Undang-undang Tubuh kerajaan negeri Terengganu,"jelasnya. [Lihat Video]
Beliau menegaskan sepatutnya kerajaan pusat di Malaysia sepatutnya memberikan hak oleh kerana hal-hal yang berkait dengan agama adalah dalam bidang kuasa kerajaan negeri dibawah kuasa Sultan negeri terbabit.

Justeru, oleh kerana kerajaan Malaysia mendakwa ia melaksanakan Islam sepenuhnya, sayugialah, bukan sahaja undang-undang keluarga Islam sahaja yang dibenarkan tetapi undang-undang jenayah Islam juga mesti diberikan hak perlaksanaan.

No comments:

Post a Comment

Iklan Berbayar - SMS 013 929 9944 ( RM50.00 Sebulan )

-
-