skip to main |
skip to sidebar
Kedah Kecoh.!! Mukhriz Buat Hal Lagi.!!
Kecoh Di Kedah - Mukhriz 'Tendang' Pegawai Kewangan Negeri
|
MB Kedah |
Setelah mendapat persetujuan dari Majlis Pemangku Raja, pihak
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam mengeluarkan surat pelantikan Dato' Md
Noor Rafie sebagai Pegawai Kewangan Negeri. Dato' Md Noor sebagai
Pengarah Tanah dan Galian dilantik berdasarkan seniority dalam KCS.
Kekosongan Pegawai Kewangan berlaku apabila Dato' Puat Ali naik pangkat
sebagai SUK.
Pelantikan Dato'
Md Noor mendapat sokongan padu daripada pihak KCS. Malangnya ia tidak
disenangi oleh Datuk Mukhriz yang mungkin mendapat nasihat dari bapanya,
Tun Mahathir.
Dengan tidak menghormati persetujuan dan
keputusan SPA, Majlis Pemangku Raja dan KCS - Mukhriz mengarahkan
pelantikan Dato' Md Noor ditarik balik! Sedangkan Dato' Md Noor telah
menjalani raptai angkat sumpah di Istana Anak Bukit.
Like
father like son, Mukhriz memilih Dato' Khairudin a.k.a Tilong iaitu
Pengarah UPEN untuk memegang jawatan Pegawai Kewangan tanpa
memperdulikan pandangan pihak lain. Ramai pegawai KCS terkejut mengapa
Tilong yang terpalit dengan pelbagai masalah sewaktu memegang beberapa
jawatan dalam GLC (sebahagian skandal RM403 juta) dipilih oleh Mukhriz.
Apakah Mukhriz mahu 'mempergunakan' Tilong untuk apa2 tujuan tidak baik
apabila menyerahkan jawatan penting itu kepada beliau?
Banyak rahsia akan terdedah dari kegopohan Mukhriz walaupun baru sebulan mentadbir Kedah.
http://pasmarang.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment