Ads 468x60px

-

Saturday, June 1, 2013

Muslimat PAS Gombak kehilangan penggerak parti


Oleh : Khaulah Azwar,
31 Mei 2013
GOMBAK: Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Gombak, Dr. Azimah Ibrahim dan seluruh ahli merakamkan takziah kepada keluarga allahyarham Nik Roshdiah Nik Ahmad ( Anak Saudara Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik mat ) atas pemergian pagi tadi.


"Kami  seluruh ahli PAS Gombak begitu terasa dengan kehilangan allahyarhamuha Nik Roshdiah. Arwah merupakan seorang yang sangat kami kagumi kerana semangat juangnya  dalam perjuangan PAS,” katanya.

Katanya, allahyarhamuha adalah penggerak parti yang aktif dan banyak menghidupkan program-program kebajikan dan masyarakat di sekitar Gombak Setia terutama ziarah medik dari rumah ke rumah.
 
Menurutnya, sepanjang pilihanraya yang lalu, arwah terlibat hampir setiap program kempen dan munajat pilihan raya.

“Walaupun arwah sibuk menguruskan kerja pilihanraya namun tanggungjawab mengurus dua belas orang anak dan lima orang cucu tidak diabaikan.

“Jadikan semangat juang arwah sebagai motivasi kepada seluruh muslimat PAS Gombak,” katanya.

Nik Roshdiah yang merupakan Ketua Muslimat PAS cawangan Pinggiran Batu Caves telah menghembus nafas terakhir 4.45 pagi tadi di Hospital Sungai Buloh akibat darah beku di otak yang dihidapi semenjak 2009 akibat kemalangan jalan raya.

Beliau telah dimasukkan ke wad  ICU Hospital Sungai Buloh selama seminggu.

Jenazah selamat di solatkan di Masjid Khairiah selepas solat Jumaat dan dikebumikan di  Tanah Perkuburan Islam Seri Gombak.

No comments:

Post a Comment

Iklan Berbayar - SMS 013 929 9944 ( RM50.00 Sebulan )

-
-